Guru prasekolah perlu memainkan peranan yang penting
dalam menghadapi kerenah kanak-kanak. Kehebatan seorang guru mempercepatkan proses
penerimaan pembelajaran dan persekitaran prasekolah kepada kanak-kanak
.Beberapa perkara perlu dititikberatkan bagi memendekkan kepelbagaian ragam
kanak-kanak di prasekolah antaranya:-
i) Guru
bijak mewujudkan dan mengeratkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan
kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa sendiri akan merasa selamat untuk
meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.Guru memainkan berperanan sebagai
pendidik, pembimbing, pengasuh kanak-kanak dan model yang baik. Dengan ini
kanak-kanak akan lebih merasa selamat dan mempercayai guru yang berada di
prasekolah sebagai pengganti kepada ibu bapa mereka. Mereka juga akan lebih
cepat menerima suasana prasekolah seperti suasana di rumah mereka.
ii)
Guru
menerapkan peraturan dan disiplin di prasekolah dengan cara yang bijak, dan
tidak drastik kepada kanak-kanak serta menyatakan perbezaannya dengan amalan
yang berlaku di rumah mereka.
iii)
Guru
perlu mendapat maklumat dari ibu bapa tentang kanak-kanak bagi menangani
perbezaan murid dari segi ras, latar
belakang, pengalaman dan kepandaian yang berbeza dengan kepelbagaian
pendekatan yang sesuai.
iv)
Guru
prasekolah merancang aktiviti yang menyeronokkan dan berkesan bagi
mempercepatkan kanak-kanak menyesuaikan
diri dengan persekitaran prasekolah,
aktiviti pembelajaran ,peraturan, dan
kawan yang baru di prasekolah.
No comments:
Post a Comment