Pengajaran dan pendekatan Literasi dan Numerasi (LINUS) sangat penting di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Ini kerana pada umur ketika inilah mereka berada pada tahap kritikal dan zone sensitif. Sebarang keterbantutan perkembangan sama ada dari segi fizikal, sosioemosi, jasmani, intelek dan kognitif pasti akan menyebabkan impak kepada masa depan kana-kanak itu sendiri.
Peranan
guru dilihat menjadi semakin kompleks dalam usaha mendidik anak bangsa supaya
menjadi celik nombor atau awal matematik sejak dari peringkat awal lagi.
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM), merupakan salah satu kaedah yang
berkesan dalam usaha untuk mewujudkan suasana alam belajar yang kondusif.
Sejajar dengan arus globalisasi, peningkatan dari segi kaedah penyampaian ilmu
kini kian dimantapkan untuk melahirkan golongan cerdik pandai dalam pelbagai
bidang.
Teng-Teng Minda |
Let's Play Maths |
Sebagai
seorang guru, kita perlulah kreatif dan boleh mempelbagaikan kaedah dan
strategi pengajaran supaya pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung menjadi
menarik dan mampu memupuk minat murid serta memberikan keseronokan kepada
mereka ketika pembelajaran berlaku. Seorang guru itu memainkan peranan yang
sangat penting untuk mencorak masa depan murid-murid dengan menyampaikan ilmu
semaksimum mungkin agar pengajaran dan pembelajaran bermakna berlaku. Pelbagai
strategi boleh digunakan dan dijadikan rujukan kepada pelaksana kurikulum bagi
memastikan tiada seorang murid pun tercicir dan mampu menjalani kehidupan yang
lebih baik pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment