Showing posts with label Bicara Sukan. Show all posts
Showing posts with label Bicara Sukan. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Messi terbaik dunia


Oleh: Gaddafi Musli (myMetro)
BINTANG bola sepak kelahiran Argentina, Lionel Messi, 25, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut awal pagi tadi.
Anugerah Ballon d’Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.
Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga.

Dalam Majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi C.Ronaldo (23.68 peratus) dan Iniesta (10.91 peratus).
Foto

Dia menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2009 sebelum memenangi Ballon d’Or FIFA pada 2010 dan 2011 apabila gelaran berkenaan digabungkan dengan anugerah Ballon d’Or yang dianjurkan oleh majalah France Football.

Penyerang legenda Brazil, Ronaldo dan pemain tengah Perancis, Zinedine Zidane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali namun bukan secara berturut-turut, manakala Michel Platini memenangi anugerah Ballon d’Or tiga kali berturut-turut pada tahun 80-an. - REUTERS


Senarai Pemenang
  • Jurulatih Terbaik 2012 - Vicente Del Bosque (Sepanyol) dan Pia Sundhage (Bekas jurulatih pasukan wanita Amerika Syarikat)
  • Pemain Wanita Terbaik 2012 - Abby Wambach (AS)
  • Anugerah Puskas (Jaringan Terbaik) - Miroslav Stoch, Fenerbahçe
  • Anugerah Presiden FIFA - Franz Beckenbauer
  • Anugerah FIFA Fair Play - Uzbekistan
    Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/08
  • Sunday, September 30, 2012

    Chelsea Vs Arsenal

    FullTime:
    2:1

    Tahniah Chelsea kerana bermain dengan baik. Dari mula lagi saya sudah rasakan yang Chelsea mampu menang. Nampak gayanya, pasukan kegemaran saya ini bermula dengan agak baik untuk musim ini. Syabas.

    Monday, July 2, 2012

    Spain Mengganas Italy Longlai

    KEPUTUSAN FINALE EURO 2012

    FULL TIME
    Spain Vs Italy
    4 - 0
    Kamilah Juara
    David Silva 14'
    Penjaring Aksi Finale
    Fernando Torres 84' 
    (Penjaring terbanyak Kejohanan)











    Jordi Alba 41'

    Juan Mata 88'











    Finale EURO 2012 antara 2 pasukan yang saya minat amat saya nantikan. Semalaman berjaga akhirnya saya dapat rasakan sedikit terkilan di dada. Pasukan Italy yang saya lihat garang pada separuh akhir dengan menewaskan Jerman seakan-akan hilang taring pada aksi finale.

    Sedari awal saya menjangkakan bahawa Italy mampu menangkis serangan Spain yang saya kira cukup lengkap dari semua sudut. Dari depender hinggalah ke penyerang, semuanya lengkap. Pemain yang disenaraikan sebagai pemain gantian juga bukan calang-calang. Buktinya Juan Mata dan Torres yang diturunkan sebagai pemain gantian mampu menyumbangkan gol.

    Manakala pasukan Azzuri yang saya kira akan mampu menjinakkan Spain kelihatan longlai dan hilang punca. Penyudah yang tumpul seakan-akan membayangkan yang Azzuri tidak mampu mencabar pasukan Spain sedari awal. Balotelli kelihatan hilang sentuhan berbisanya. Kemudian kecederaan yang melanda Thioga telah memaksa Italy bermain 10 pemain turut menunjukkan piala EURO 2012 bukan milik mereka... 

    Akhirnya, Spain mengesahkan bahawa merekalah Raja Bola Sepak Dunia dan berada di ranking pertama dunia....Dalam tempoh 4 tahun sejak 2008 Spain telah menjulang 3 kemenangan penting. Bermula dengan Juara EURO 2008, Juara Wolrd Cup 2010 dan Juara EURO 2012....Marvellous JOBS

    Friday, June 29, 2012

    Spain Vs Italy Finale EURO 2012

    Pasukan manakah yang bakal merebut gelaran juara kejohanan Edisi 2012 ini? Saya sendiri secara jujur sukar untuk membuat ramalan. Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang saya ikuti perkembangan dari peringkat awal. Begitu juga dengan Skuad Portugal. Tetapi inilah dua pasukan Eropah yang saya kira terbaik dan layak ke peringkat akhir / finale. 

    Kalau dari segi pasukan dan pemain, Spain adalah pasukan yang saya kira cukup lengkap. Begitu juga dengan sejarah kemenangan yang telah mereka perolehi sepanjang tempoh 4 tahun ini dengan kemenangan World Cup 2010 dan EURO 2008. Ini juga bagi saya sedikit sebanyak akan menaikan semangat Spain untuk mencipta sejarah.

    Walaupun begitu, Azzuri tidak boleh dipandang enteng. Pasukan ini mempunyai aura kekentalan yang saya kira jarang ada pada pasukan lain bagi kejohanan EURO 2012 selain Greece. 

    Kedua-dua pasukan ini boleh melakukan apa sahaja kejutan....

    Skuad Spain (EURO 2012)


    Barisan Pemain Skuad Spain:
    1. Iker Casillas
    2. Albiol
    3. Piqué
    4. Javi Martínez
    5. Juanfran
    6. Iniesta
    7. Pedro
    8. Xavi
    9. Torres
    10. Fàbregas
    11. Negredo
    12. Valdés
    13. Mata
    14. Xabi Alonso
    15. Ramos
    16. Busquets
    17. Arbeloa
    18. Jordi Alba
    19. Llorente
    20. Cazorla
    21. Silva
    22. Navas
    23. Reina
    Logo Spain
    Skuad Spain

    Bila merujuk kepada senarai pemain Skuad spain ini dan juga Jururlatih Kebangsaan Spain Vicente del Bosque yang merupakan tulang belakang kepada pasukan kebangsaan spain. Untuk rekod, Vicente del Bosque juga merupaka jurulatih yang membawa dan menjulang Spain sebagai Juara Wolrd Cup 2010 dan EURO 2008.

    Tidak mustahil EURO 2012, skuad Spain sekali lagi membuat sejarah. 

    Skuad Italy (EURO 2012)

    Barisan pemain Itali:

    1 Gianluigi Buffon
    19 Leonardo Bonucci
    16 Daniele De Rossi
    3 Giorgio Chiellini
    2 Christian Maggio
    21 Andrea Pirlo
    8 Claudio Marchisio
    13 Emanuele Giaccherini
    22 Alessandro Diamanti
    11 Antonio Di Natale

    Pasukan Itali terkenal dengan jolokan Azzurri. Kali terakhir menjulang trofi kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) pada tahun 1968. Dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia dan berpengalaman, seperti Gianluigi Buffon, Daniele De Rossi, Andrea Pirlo dan Antonio Cassano.


    Beraksi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Sepanyol, Republik Ireland dan Croatia. Selain muncul juara sejak 44 tahun lalu, pencapaian terbaik Itali di pentas Euro ialah kejayaan menlayakan kaki sehingga ke peringkat separuh akhir pada tahun 1980.
    INFO PASUKAN BOLA SEPAK ITALI

    Ditubuhkan semenjak: 1898
    Gelaran: Azzuri
    Pengurus: Cesare Prandelli

    Pemain tumpuan: Antonio Cassano, Giampaolo Pazzini, Leonardo Bonucci, Daniele De Rossi, Alberto Gilardino, Claudio Marchisio,

    Penjaring terbanyak: Luigi Riva (35), Alessandro Del Piero (27)

    Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan C

    Sejarah di kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO)

    1968- Juara

    1988- Layak ke separuh akhir

    2008- Layak ke separuh akhir

    Itali Tundukan Jerman

    KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KE-2 EURO 2012

    FULL TIME
    Germany Vs Italy
    1 - 2

    Ozil (90+2) : Balotelli (20', 26')

    ***** ITALY MARA KE FINALE BERTEMU SPAIN*****

    Pelebur impian Germany
    NATIONAL STADIUM, WARSAW menjadi saksi bahawa jangkaan peminat seluruh dunia yang memilih Germany sebagai bakal seteru Spain di pentas finale pada 2 Julai nanti lebur. Italy berjaya menghantar pulang Germany di peringkat separuh akhir ke 2 dengan Mario Balotelli menjaringkan 2 gol. Walaupun begitu, skuad Germany hanya diberikan sagu hati 1 gol pada saat kecederaan oleh Ozil. 

    Thursday, June 28, 2012

    SPAIN MARA KE FINALE EURO 2012



    KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR EURO 2012

    FULL TIME
    Spain Vs Portugal
    0 - 0

    SEPAKAN PENALTI
    4 - 2

    ***Spain mara ke Peringkat Akhir dengan aggregate 4 - 2


    Fabregas yang masuk mengantikan Negredo pada minit ke-54 membuktikan Spain lebih layak beraksi di pentas final Euro 2012 apabila tendangan penaltinya membolehkan Sepanyol menewaskan Portugal 4-2 dalam penentuan sepakan penalti setelah aksi 120 minit perlawanan terikat seri 0-0

    Separuh masa pertama memperlihatkan Sepanyol dan Portugal saling membalas serangan, peluang terbaik Spain untuk di depan menerusi rembatan Iniesta pada minit ke -29 sedikit melewati tiang gol. Begitu juga Portugal sepakan rendah Cristiano Ronaldo di minit ke 31 sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol yang dikawal oleh Casillas
    Spain meraikan kemenangan
    Pada separuh masa kedua corak permainan kedua pasukan menjadi lebih agresif, mungkin tiba masanya untuk melakukan sesuatu.Hasilnya jentera serangan Sepanyol banyak melakukan serangan, tetapi penyudah yang kurang berkesan membantutkan peluang untuk mendapatkan gol.

    Perlawanan berlarutan hingga ke masa tambahan,dalam waktu tersebut kedua pasukan saling buntu mencari gol meskipun melakukan percubaan tetapi masih tidak menepati sasaran.

    Pastinya kekalahan Portugal menerusi sepakan penalti memberi impak yang mendalam kepada Cristiano Ronaldo, di mana Portugal telah tewas sebelum beliau dapat melakukan tendangan penalti
    Dengan kemenangan ini,Spain mara ke final Euro 2012 bertemu Germany ataupun Italy.

    Wednesday, June 27, 2012

    Bahang Euro 212: Pasukan Pilihan

    Bahang Peringkat Akhir Euro 2012 kian terasa. Empat pasukan telah mara iaitu Spain Vs Portugal dan Germany Vs Italy. Daripada 4 pasukan tersebut saya memilih Spain bakal menentang Germany di peringkat akhir. Tetapi Italy juga tidak boleh dipandang sebelak mata. Ini merujuk kepada rekod perlawanan dan pertemuan diantara mereka (Germany Vs Italy).

    Euro 2012 (Spain Vs Portugal)

    Kejohanan kali ini sudah menghampiri penghujungnya, banyak kejutan dan keajaiban berlaku dalam kejohanan kali ini. Apa yang paling dikenang sudah pasti tersingkirnya pasukan pilihan seperti Belanda pada peringkat awal yang pada mulanya dijangka akan memberi saingan. Tetapi malangnya Belanda pulang tanpa sebarang mata. 

    Walau bagaimanapun, Greece dilihat pulang bermaruah selepas tewas 4-2 kepada Jerman  manakala pasukan Spain menepati ramalan awal mara ke Separuh Akhir Euro 2012 selepas membenam cabaran France dengan jaringan 2-0 hasil sumbangan Xavi Alonso.



    Pasukan Kegemaran 
    Disamping itu, aksi kurang meyakinkan pasukan Englands sedari awal kejohanan menepati ramalan saya kerana tunduk kepada Italy dengan aggregate 4 - 2 sepakan penalti. Dengan itu pagi Jumaat (28 Jun) Italy akan menentang Jerman.


    Pada ramalan saya Pasukan Spain akan menetang Jerman di peringkat akhir. Cayooo...cayooo