Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan
memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat
persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam
objektif pembelajaran.
Salah satu daripada implikasi positif penggunaan BBM
dalam proses pembelajaran ialah ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang
menyeronokkan.
Contohnya semasa melaksanakan aktiviti menggunakan BBM
ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan
mengeja perkataan yang terdapat pada papan carta pusing yang telah disediakan.
Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan mendapat
pengetahuan baru.
Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan BBM
yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu
dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan
kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru
sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.
Di samping itu, melalui aktiviti penggunaan BBM ini juga
akan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. Belajar secara berkumpulan
dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana
ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua
murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka
terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya semasa belajar suku kata ini murid yang sudah fasih
membaca boleh membantu rakan yang masih lemah penguasaan membaca mereka mengeja
perkataan yang diberikan dalam kad suku kata pada BBM yang telah disediakan
oleh guru.
Penggunaan BBM yang berkesan juga akan menggalakkan guru
untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik
darjah. Bagi menghasilkan perlaksaaan aktiviti yang berkesan, guru akan
mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Secara tidak langsung ini
akan menjadikan mereka lebih professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah
dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah.
Dalam erti kata lain dengan adanya integrasi pendekatan
yang digunakan akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada
semua murid kerana mereka tidak terikat dengan teknik pengajaran tradisional
yang agak membosankan dimana ianya lebih berpusatkan guru sahaja. Aplikasi
penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar ini akan lebih berkesan kerana
ianya tidak hanya terikat kepada kaedah “talk
and chalk”.
Oleh itu, penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dilihat mampu memberi kesan yang positif baik kepada murid dan
guru sama ada dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun peningkatan
dalam akademik dan amalan dalam ikhtisas perguruan.
terima kasih ka pemanah nuan laban ti deka bekunsi penemu enggau maklumat....aku bisi macha pasal BBM nuan, kena ku berforum dlm LMS IPGBL. Terus mh meri maklumat/bahan...TQ..
ReplyDelete