Showing posts with label Penempatan. Show all posts
Showing posts with label Penempatan. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Makmal kaji dasar pertukaran, penempatan guru Ogos ini

KUALA LUMPUR 26 Julai - Kementerian Pendidikan akan mengadakan makmal khusus pada bulan Ogos ini untuk memperincikan langkah-langkah penyelesaian isu dasar pertukaran dan penempatan guru.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, sesi pertemuan dengan pihak berkepentingan telah diadakan untuk mengumpulkan maklum balas dan pandangan dalam usaha menambah baik mekanisme yang sedia ada.

Buat ketika ini, ujar beliau, dasar mengenai penempatan dan pertukaran guru adalah tertakluk kepada kekosongan perjawatan dan atas keperluan perkhidmatan, kesesuaian pengkhususan mata pelajaran dan opsyen guru berkenaan.

"Makmal ini akan membincangkan dengan terperinci mekanisme penambahbaikan Dasar Penempatan dan Pertukaran Guru yang sedang disediakan.

"Pada masa sama, kajian mengenai unjuran keperluan guru telah pun dilaksanakan bermula dari bulan Februari 2013 sehingga Januari 2014," katanya pada sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed yang bertanyakan dasar atau kaedah yang diguna pakai bagi penempatan dan pertukaran dalam memastikan pencapaian cemerlang pelajar.



Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, July 22, 2013

Permohonan Jawatan Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41

Akhir-akhir ini, sistem terbuka dalam permohonan pekerjaan telah digunakan. Oleh itu semua yang berkaitan & berkenaan perlu mengisi apa sahaja permohonan jawatan yang dikehendaki melalui jobsmalaysia. Ini termasuk untuk permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41. Permohonan boleh dilakukan di laman sesawang jobsmalaysia seperti yang berikut:
Pengguna perlu mengisi permohonan mereka dengan mendaftar sebagai pencari pekerja terlebih dahulu. Kemudian barulah permohonan boleh dilakukan. Pendaftaran yang dibuat pada laman sesawang jobsmalaysia ini akan secara langsung dilink ke laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). So, tak payah nak pening-pening....

Untuk permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41, pemohon perlu klik pada petak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Isikan semua maklumat & butiran diri setepatnya. Kemudian pemohon boleh melakukan semakan pendaftaran melalui link berikut: 
Selepas semakan, barulah pemohonan tersebut berjaya dan nama anda akan wujud pada data-based Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selamat mencuba peeps!!! Good Luck

Saturday, June 15, 2013

Jawapan SPP tentang posting (penempatan) DPLI GSTT Ambilan Disember 2011



Credit to: FB Mutalib Kasim
dalam Group DPLI-SR (GSTT) Ambilan Disember 2011 IPGK Tun Abdul Razak

Ini merupakan maklumbalas yang diberikan oleh SPP berkenaan posting (penempatan) DPLI-SR GSTT Ambilan Disember 2011. 

Hopefully, kenyataan ini benar-benar mencerminkan keadaan sebenar. Ramai rakan-rakan DPLI-SR GSTT Ambilan Disember 2011 mengharapkan posting (penempatan) akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat. Sudah terlalu lama menunggu untuk menjadi seorang guru bertauliah. Ada diantara rakan yang sudah berusia 30+. Keadaan ini sepatutnya diambil perhatian sewajarnya. 

Wednesday, February 20, 2013

Siswazah pendidikan ke gred DG41


KUALA LUMPUR 19 Feb. - Seramai 7,824 siswazah pendidikan lulusan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang menamatkan pengajian selepas Jun 2012 sedang dipertimbangkan untuk pelantikan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) gred DG41.

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, daripada jumlah tersebut, 2,791 siswazah cemerlang yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.5 dan ke atas, mendapat keputusan A- dalam praktikum serta diperaku oleh IPTA dan IPGM, tidak perlu ditemu duga untuk pelantikan tetap.

"Mereka terdiri daripada 1,601 graduan IPTA dan 1,190 graduan IPGM hanya perlu menjalani sesi penilaian khas yang akan dilaksanakan oleh SPP.

"Baki 5,033 yang telah memohon jawatan PPPS gred DG41 akan melalui urusan temu duga yang dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari hingga 27 Mac 2013," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, semakan maklumat temuduga boleh dibuat oleh setiap siswazah di portal SPP mulai 15 Februari 2013.

Dalam perkembangan lain, berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pelajaran, sejumlah 2,807 daripada siswazah tersebut akan dilantik sebagai guru interim mulai 1 Mac ini.

"Pelantikan ini adalah berdasarkan kepada opsyen kritikal yang amat diperlukan di sekolah iaitu 2,067 di sekolah menengah dan 740 di sekolah kebangsaan.

"Kementerian juga memaklumkan, oleh sebab tarikh dan tempat temu duga telah ditetapkan, guru interim ini dibenarkan menangguhkan urusan melapor diri bertugas sebagai sehingga 30 Mac 2013," jelas kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, baki siswazah berkenaan akan dilantik terus sebagai PPPS DG41 setelah mereka lulus temu duga dan waran perjawatan 2013 diluluskan oleh pihak agensi Pusat


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, February 18, 2013

Temuduga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 IPTA & IPGM 2012


Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran akan menjalankan temu duga pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi graduan pendidikan lulusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bergraduat pada tahun 2012 dan graduan pendidikan lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) tahun 2012 yang bergraduat selepas Jun 2012. Temu duga yang melibatkan seramai 5,033 orang calon akan dijalankan di seluruh negara mulai 19 Februari 2013 hingga 27 Mac 2013. Semakan secara berperingkat mengenai temu duga tersebut boleh dibuat di portal Suruhanjaya di www.spp.gov.my mulai 15 Februari 2013. Baki seramai 2,791 orang calon perlu menjalani sesi penilaian khas oleh Suruhanjaya. Maklumat mengenai program tersebut akan dimaklumkan dalam sedikit masa lagi. Semak di sini
        Dimua tnaik pada 15 Februari 2013
Top of Form





No. Kad Pengenalan :   

Sila Isikan No. Kad Pengenalan Anda (Contoh : 731211105455 atau A2345567)


Bottom of Form


Thursday, January 24, 2013

600 Guru Baru di Sarawak Menjelang Bulan Depan



KUCHING: Penempatan kira-kira 600 guru baru di Sarawak menjelang bulan depan atau Mac dijangka dapat mengurangkan masalah kekurangan guru terutama di luar bandar, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Datuk Fatimah Abdullah.



Beliau berkata, guru-guru ini akan ditempatkan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang mengalami kekurangan guru terutama guru agama dan bahasa Melayu.

"Kita berkongsi keprihatinan rakyat dan akan memastikan kemudahan pengajaran, sumber manusia dan infrastruktur dinikmati oleh anak-anak kita di Sarawak sama seperti kanak-kanak lain di negara ini," katanya ketika menghadiri taklimat Pengarah Pelajaran Negeri, Abdillah Adam di sini, hari ini.

“Kini terdapat 364 kekosongan dari kuota 14,327 yang perlu diisi di Sekolah Menengah, 354 kekosongan di Sekolah Kebangsaan daripada 20,002 kuota sementara Sekolah Jenis Kebangsaan mempunyai 64 kekosongan daripada 5,111 kuota,” katanya.

Data jabatan berkenaan turut menunjukkan sejumlah 4,117 guru kelahiran Sarawak berkhidmat di luar Sarawak termasuk 879 di Sabah, 821 di Selangor, 638 di Johor dan 292 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 31 Oktober tahun lalu.

Mengenai penutupan sekolah yang terdapat sebilangan kecil pelajar, Fatimah berkata, kini terdapat 600 sekolah yang mempunyai pelajar kurang dari 150 orang di seluruh Sarawak, tetapi pihak berkaitan termasuk Jabatan Pelajaran perlu terlebih dulu berbincang dengan masyarakat setempat sebelum keputusan dibuat untuk menutup sekolah berkenaan atau menempatkan pelajar di sekolah lain.

Beliau berkata, beberapa isu seperti keadaan sekolah berasrama di luar bandar yang yang uzur dan kekurangan kemudahan infrastruktur akan dibangkitkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran ketika melawat Sarawak minggu depan. - BERNAMA

Saturday, July 21, 2012

Isu Penempatan Graduan Pendidikan IPTA 2012


Kenyataan Media Mengenai Isu Penempatan Graduan Pendidikan IPTA, 27 April 2012


KENYATAAN MEDIA 

YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI 

MERANGKAP MENTERI PELAJARAN 

MENGENAI ISU PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN 

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat prihatin dengan masalah yang 
dihadapi oleh graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 
dan telah mengambil langkah-langkah prakmatik dalam menyelesaikan soal
penempatan mereka di sekolah-sekolah KPM.

Beberapa ketetapan dan penyelarasan telah dibuat bagi memastikan graduan 
ISMP yang belum ditempatkan dapat diserapkan di sekolah-sekolah bermula Mei ini.

Seramai 5,510 graduan IPTA telah mendapat panggilan temuduga dari 
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai Januari tahun ini. Proses
 temuduga telah diadakan secara berfasa. 

Seramai 4,953 graduan telah hadir dan dari jumlah tersebut SPP terpaksa 
menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap sementara 
557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila mereka tidak menghadirkan 
diri pada hari temuduga itu dijalankan.

Seramai 4,859 graduan telah berjaya dalam temuduga manakala 62 graduan 
telah gagal kerana tidak memenuhi empat (4) elemen yang dinilai iaitu keterampilan 
diri dan sikap, keupayaan berfikir dan kemahiran berkomunikasi, pengetahuan am 
dan isu semasa pendidikan serta pengetahuan bidang tugas.

Bagi sejumlah 4,859 graduan yang berjaya dalam temuduga, 29 graduan telah 
diberi penempatan ke Pusat Anak Permata Negara pada 8 April lalu.

Baki 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa. Penempatan 
Fasa 1 akan dilaksanakan pada 23 Mei 2012 dengan melibatkan 4,671 graduan.

Daripada jumlah itu, seramai 4,116 graduan akan ditempatkan di Sekolah Menengah, 
439 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, 98 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 
(SJKC) dan 18 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). 

Baki 159 pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam Penempatan Fasa 2 
pada bulan Julai 2012 . 

Pecahan graduan ISMP mengikut IPTA adalah seperti berikut :
Universiti Utara Malaysia (90), Universiti Sains Malaysia (368), 
Universiti Teknologi Malaysia (185), Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017), 
Universiti Pertanian Malaysia (482), Universiti Malaya (308), 
Universiti Sains Islam Malaysia (54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), 
Universiti Kebangsaan Malaysia (330), Universiti Teknologi Mara (132), 
Universiti Islam Antarabangsa (53) dan Universiti Malaysia Sabah (214).

Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 
5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian
guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan 
Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim 
yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai 
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan 
keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, 
Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT.

Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi 
mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan 
mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan 
notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari SPP.

Status Graduan Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG)
• Pada Jun 2012, terdapat 2,484 graduan J-QAF keluaran IPG 
untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan. Kesemua mereka akan 
melalui urusan temuduga pelantikan sebagai PPPS oleh SPP terlebih 
dahulu sebelum penempatan diuruskan.

Status Graduan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 
• Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan 
pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA 
yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang 
telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 
Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam 
bidang pendidikan adalah tajaan KPM. 

Graduan boleh melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 
www.spp.gov.my untuk mengetahui samada mereka berjaya atau t
idak. Keputusan penempatan akan diumumkan oleh KPM dalam sedikit masa lagi. 

Saya berharap kenyataan media ini dapat menerangkan dengan jelas 
kedudukan ISMP IPTA. Kepada yang telah berjaya di dalam temuduga 
dan akan diberikan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, 
saya ucapkan tahniah. Semoga anda semua akan menjadi Guru yang berdedikasi 
dan dapat berbakti kepada negara. Kepada yang gagal pula, masih ada lagi 
ruang untuk terus berusaha.

YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri 
Merangkap Menteri Pelajaran

Sumber / Pautan: