Showing posts with label Wawasan Minda. Show all posts
Showing posts with label Wawasan Minda. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

Renung-renungkan ...

                    

Dimana jua letaknya padang, rumput dan lalang tetap memerlukan belalang!!!

Tuesday, April 2, 2013

Merokok lepas bangun tidur tingkat risiko barah paru-paru (Berita Harian 2/4/2013)



WASHINGTON: Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru. 

“Kami mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur,” kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter, dari Universiti Pennsylvania State. 

Bahan kimia NNK akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah paru-paru pada tikus selain manusia.

Menurut Branstetter, penyelidikan lain menunjukkan NNK mendorong pertumbuhan tumor paru-paru pada beberapa spesies tikus. 

Di samping itu, paras NNAL stabil dalam perokok dari semasa ke semasa dan ukuran tunggal boleh menunjukkan dengan tepat pendedahan individu. 

Branstetter dan rakannya, Joshua Muscat, yang juga profesor sains kesihatan umum, memeriksa data mengenai 1,945 perokok dewasa daripada Tinjauan Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Negara yang memberikan contoh air kencing bagi analisis NNAL. 

Peserta juga memberikan maklumat mengenai tabiat merokok, termasuk berapa cepat mereka merokok selepas bangun tidur. 

Penyelidik mendapati kira-kira 32 peratus peserta yang diperiksa memulakan tabiat itu dalam masa lima minit selepas bangun; 31 peratus dalam masa enam hingga 30 minit; 18 peratus dalam masa 31 hingga 60 minit dan 19 peratus mula merokok lebih sejam selepas bangun. 

Di samping itu, penyelidikan juga mendapati paras NNAL dalam darah peserta berkait rapat dengan usia peserta, umur mereka mula merokok, jantina dan sama ada perokok lain tinggal di rumah mereka, antara faktor lain. 

“Paling penting, kami mendapat paras NNAL tertinggi di kalangan perokok yang merokok sebaik bangun tidur, tidak kira kekerapan merokok dan tfaktor lain yang meramalkan kepekatan NNAL. – Agensi

Tuesday, November 6, 2012

Mengenal sikap melalui warna

1) Biru
Jika dia menyukai warna biru, maka dia sememangnya sangat tenang dan sangat mudah bersimpati dengan perkara yang berlaku disekeliling. Namun begitu, dikatakan peminat warna ini agak kolot orangnya dan sukar menerima perubahan. Walau bagaimanapun si dia sangat suka jika kita melayannya dengan penuh perasaan cinta dan kelembutan. Kalau kita meninggikan suara sedikit, dia cepat kecil hati dan terkilan. Hati-hati kerana sekali dia ragu-ragu, dia akan sentiasa merasa curiga dengan kelakuan pasangannya.

Orang kata, orang suka warna biru adalah orang yang sangat romantik.

2) Kuning
Boleh dikatakan lelaki yang menyukai warna ini, agak berani orangnya. Pantang sahaja di cabar keegoannya, dia akan terus menyahut cabaran tersebut. Namun begitu peminat warna ini agak mensia-siakan peluang yang ada di hadapannya, justeru itu tidak hairanlah jika beliau melalui beberapa cinta sebelum bertemu cinta sebenar. Beliau juga sentiasa ingin membuat keputusan secara individu. Namun begitu, penampilannya sentiasa memukau mata memandang dan bijak membawa diri di mana-mana sahaja. Kawan-kawan sentiasa menunggu kehadirannya untuk mendengar dia bercerita.

3) Merah jambu
Kasih sayang, cinta dan kehangatan ada pada sidia. Terlalu mengambil berat tentang perasaan orang yang berada di sampingnya sehingga melupakan kebajikan diri sendiri. Mungkin disebabkan itu, dia bersikap lebih matang dari umurnya sendiri.

4) Hijau
Lelaki di bawah lamabang ini sentiasa bekerja keras dalam setiap usahanya. Namun begitu, dia tidak mudah percaya kepada mereka yang baru dikenalinya. Tetapi, apabila dilanda arus cinta,dia akan sentiasa membuatkan pasangannya gembira dan ceria di sampingnya. Pendek kata, lelaki yang menyukai hijau amat berhati-hati apabila melakukan sesuatu.

5) Merah
Amat sukakan cabaran dan sentiasa melakukan perkara yang sentiasa mencabar pada setiap pertemuan. Jika diajak untuk berborak di kafe, mungkin agak membosankan dan mengantuk bagi sidia. Tetapi jika mendaki bukit atau naik roller coaster akan membuatkan sidia gembira. Sidia juga aktif dan sukakan persaingan, prinsipnya nikmati hari ini bukan esok!

6) Coklat
Wajahnya yang tenang mendamaikan siapa yang memandang dan mempunyai peminat yang ramai. Penampilannya juga sedap mata memandang dan dapat menyesuaikan diri di mana sahaja. Hubungan cintanya juga berjalan lancar namun pasangannya perlu menahan sabar kerana ada saja gadis yang ingin mendekati.

7) Ungu
Pandai bercakap dan sentiasa menjadi tumpuan kawan-kawan untuk meminta nasihat dan juga untuk acara sosial yang lain. Namun begitu, lelaki yang menyukai warna ungu ini agak 'moody'. Dalam masa sehari, dia boleh tersenyum ramah dan bersikap sedikit keanakan, tetapi jika hatinya tercuit, dia juga boleh duduk diam membatu tanpa sebarang kata. Untuk mengatasi masalah ini, teman wanitanya perlu membangkitkan mood dengan berbual topik yang menyenangkan atau membawanya berjalan jauh.


Monday, October 29, 2012

Item Wajib Setiap Jejaka

oleh ALIF ABU BAKAR

FRASA lelaki sejati memakai hitam berkemungkinan boleh dipersetujui ramai. Malah, pada tahun 1990, kumpulan muzik bergenre R&B/funk, Cameo turut meminjam kenyataan Real Men... Wear Black sebagai tajuk album mereka.

Apakah kuasa yang terkandung dalam warna pilihan jejaka itu? Jawapannya mudah, ia satu rona ringkas yang mampu mengekspresikan 1,001 gaya lelaki tanpa bantuan warna lain.

Hitam sudah mampu membentuk personaliti maskulin seorang lelaki. 

Apa jua jenis pakaian berwarna hitam pasti menjadi pilihan lelaki di serata dunia, begitu juga Malaysia. Namun sayangnya, kecenderungan itu tidak kelihatan pada pemilihan sut. Segelintir sahaja menyedari aura sut hitam, manakala selebihnya lebih teruja menyarungkan sut berona terang khususnya golongan selebriti lelaki tempatan.

“Artis-artis lelaki kita sukakan pakaian atau sut berwarna terang dan yang berkilat. Bagi mereka, sut hitam bakal membuatkan mereka tampak bosan dan tidak menyerlah di karpet merah.

“Di sinilah silapnya mentaliti yang mereka pegang. Cuba teliti pemakaian selebriti lelaki Hollywood. Majoriti mereka selesa menggayakan sut hitam. Ia mungkin kelihatan ringkas, tetapi kebijaksanaan suai padan dan potongan yang sempurna mampu menciptakan penampilan eksklusif.

“Sewajarnya, artis lelaki yang datang berpasangan perlu tampil ringkas dengan sut hitam. Selebriti wanita memang tidak dinafikan perlu bergaya sehabis baik bagi menangkap perhatian sekeliling. Lelaki pula perlu menjadi pelengkap kepada gaya wanita dan memakai sesuatu yang tidak keterlaluan.

“Pakaian lelaki tidak dinilai semata-mata pada kecantikannya, malah lebih kepada penonjolan karakter yang diserlahkan. Oleh yang demikian, jika anda diberi tajaan sekalipun, pastikan pakaian tersebut bertepatan dengan personaliti diri,” demikian pesanan bernas yang diutarakan pereka fesyen prolifik, Bon Zainal.

Sebagai ‘raja sut lelaki’, Bon cukup arif tentang identifikasi persalinan rasmi jejaka itu. Menyifatkan bahawa sut hitam adalah item wajib ada dalam setiap almari lelaki, ujar Bon, ia menjadi pilihan mudah dan terbaik sekiranya anda mengalami masalah memilih pakaian bersesuaian.
JAKET hitam denim mirip kulit buaya tampak ranggi dipadankan bersama jean kain kapas ini.


Kuasa sut hitam terletak pada keseluruhan aspek yang dibawanya. Selain menjadi pendamping untuk acara formal, ia boleh diolah untuk disesuaikan ke majlis kasual dan santai.

Segak seorang jejaka dalam sut hitam akan lebih mantap dengan potongan dan saiz yang tepat. Sut hitam klasik kebanyakannya tertumpu kepada potongan slim yang amat sesuai bagi jejaka bertubuh segak. Keseimbangan bahagian atas dan bawah juga perlu sesuai dengan bentuk badan.

Selain itu, warna hitam sebenarnya boleh dipecahkan kepada beberapa tona warna. Sut hitam boleh diterjemahkan menerusi rona hitam arang, karbon, ebony, ivory, onyx, matte dan banyak lagi.

Memilih sut hitam
Apabila memilih sepasang sut hitam, apa yang perlu diambil kira adalah jenis butangnya. Sut hitam berbutang sebaris (single breasted) adalah pilihan terbaik dan seelok-eloknya yang mempunyai dua butang. Terdapat juga sut single breasted berbutang tiga dan empat tetapi, ia bergantung kepada fizikal dan ketinggian seseorang.

Sut hitam silang pangkah (herringbone), mirip kulit atau hitam bertekstur antara gaya yang boleh dibentuk menerusi persalinan merentas zaman tersebut. Hentikan stigma bahawa sut hitam hanya menepati tema pakaian acara formal kerana ia mampu digayakan lebih daripada itu.
“Sepasang sut hitam boleh membentuk 10 hingga 15 gaya yang berbeza. Anda boleh hapuskan formaliti dengan mengenakan jaket hitam bersama seluar putih atau kelabu.

“Jean juga sepadan dengan jaket atau blazer hitam. Sekiranya mahu penampilan santai tetapi kemas, sarungkan baju T leher V warna putih dan lengkapkan bersama jaket hitam.

“Anda perlu kreatif dengan sut hitam. Cukup dengan satu sut, anda boleh mencipta pelbagai gaya tanpa perlu gusar komen orang ramai.

“Tiada siapa akan menegur anda memakai sut hitam berulang kali. Paling penting, suai padan dan bijak mengatur gaya berlainan,” jelas Bon yang memiliki 12 koleksi sut hitam pelbagai stail dan potongan.

Tambah Bon, kasut hitam menjadi pilihan terbaik bagi sut hitam. Stoking pula perlu dipadankan mengikut kesesuaian majlis. Acara formal lebih sesuai dengan stoking hitam, sporty pula tampak menarik bersama stoking putih dan baju T putih, ibarat gaya sinonim Raja Pop Dunia, Michael Jackson.

Bagaimanapun, semuanya berbalik kepada kehebatan warna hitam yang padan dengan semua rona. Campurkan apa sahaja warna bersama hitam, ia sama sekali tidak akan bercanggah.

BON Zainal (dua dari kanan) memiliki 12 koleksi sut hitam peribadi pelbagai stail dan potongan.

Tatacara gaya
Selepas sut hitam segak disarungkan, jangan rosakkan keseluruhan penampilan dengan kesilapan penggayaan rambut. Pesona sut hitam perlu disokong gaya rambut yang kemas dan rapi.

Ujar Bon: “Sut hitam ke acara formal perlu disertakan bersama gaya rambut dirapi menggunakan gel. Selalunya, rambut disikat ke belakang (slick back) dengan gaya kebasahan (wet look) menjadi pilihan sempurna penampilan ini.

“Bergaya bersama jaket hitam bagi acara kasual pula memerlukan rambut ringkas dan rileks. Tidak salah jika jejaka berambut panjang mengikat rambut mereka seperti gaya ekor kuda.”

Satu lagi elemen perlu dititikberatkan kaum Adam di luar sana adalah penjagaan badan. Sememangnya diakui, hitam mampu memberi ilusi fizikal bentuk badan yang besar menjadi lebih kecil. Namun, perut buncit dan lemak berlebihan pada kawasan tertentu seperti pinggang dan punggung, secara terang-terangan mencacatkan penampilan.

Lelaki dinasihatkan menjaga bentuk badan agar sut hitam yang disarungkan mampu menyerlahkan penampilan luaran sempurna. Untuk kelihatan segak dan kacak, ia perlu seimbang dari segi pemilihan pakaian dan usaha menjaga bentuk badan.

Sumber: Kosmo! Online - Stailo

Monday, October 8, 2012

Gigi Sihat, Senyuman Menawan

Hari ini, saya dan beberapa orang rakn telah menghadiri Kursus Pergigian. Dalam kursus tersebut banyak info yang kami dapat. Banyak pertandingan yang diadakan. Antaranya ialah pertandingan membuat video berkenaan penjagaan gigi dan melukis poster. Berikut saya sertakan beberapa poster yang saya pertimbangkan sebagai baik. 
Tempat Pertama

Tempat Ke-2

Tempat Ke-3








Thursday, October 4, 2012

Anak dan Kahwin-Kahwin

Petikan daripada Yahoo Malaysia News.

Tulisan Hishammudin Rais (2 Oct 2012)



Saya terbaca artikel ini di Yahoo Malaysia News. Melalui pembacaan tersebutlah yang membawa saya untuk memuatnaik dan berkongsi hasil tulisan Hisahammudin Rais ini. Secara peribadi, tulisan ini sangat kena pada masa dan tempatnya. Tulisan ini kemungkinan akan mengajak kita untuk sama-sama merenung ke dalam diri. Adakah betul "The 3rd Wave" sedang melanda dunia. Alvin Toffler dalam tulisannya The Third Wave mengatakan bahawa gelombang ke-3 akan melanda dunia. Implikasinya, peradaban manusia pasti akan goyah jika tiada cukup kekentalan di dada. 


Pasti ada ayah, ibu, datuk dan nenek yang teringat ketika  membesar dahulu pernah 'main kahwin-kahwin'. Pasti ada yang teringat si Anu dan si Anu telah pernah menjadi isteri atau suami. Teringat juga  si Polan dan si Polan yang berlakon menjadi  anak-anak. Ini pemainan kanak-kanak ketika membesar.Di zaman kanak-kanak kita tidak faham apa itu 'kahwin-kahwin' dan tidak mengerti apa makna 'anak-anak'. Kanak-kanak hanya meniru apa yang dapat  dilihat dihadapan mata.

Kita mendewasa. Akhirnya ada yang berumah tangga. Beranak-pinak. Aman bahagia. Ada yang berkahwin, beranak-pinak kemudian bercerai. Ada yang terus membujang. Kedewasan kita membolehkan kita membuat pilihan. Tetapi sebelum main kahwin-kahwin menjadi kahwin betul-betul, ada satu ruang  yang pada anggapan saya amat 'bahaya'.

Kalau roket Apollo hendak ke bulan, ianya wajib melintasi satu ruang yang dipanggil 'Ven Allen Radiation Belt'. Ini ruang  yang amat bahaya kerana di ruang ini banyak bertaburan meteorit yang mungkin melanggar Apollo.Untuk perjalanan mendewasa, manusia juga ada "Ven Allen Belt". Ruang yang saya anggap bahaya ini ialah zaman peralihan dari main-main kahwin ke betul-betul kahwin. Kahwin betul-betul bermakna kita memberi tahu orang ramai bahawa kita meniduri si Mamat atau si Minah ini dengan persetujuan orang ramai. Kita akur kepada permintaan budaya dan agama agar hubungan seksual kita dianggaphalal atau hosher.

Ruang peralihan telah meninggalkan dunia kanak-kanak dipanggil zaman remaja. Umur belasan untuk memasuki umur puluhan boleh ditafsirkan sebagai zaman remaja. Tetapi untuk saya yang penting bukan tarikh umur yang dijadikan tanda, tetapi lejangan seksual yang sedang meronta-ronta.Dalam negara kita ini - terbukti - dari apa yang saya baca - zaman peralihan ini dilihat sebagai zaman yang membawa banyak masalah.  Masalah yang saya maksudkan wujud hasil dari lejangan seksual dan ledakan keberahian remaja. Godaan keberahian  seksual di zaman peralihan ini dilihat sebagai masalah. Apa yang menjadikan masalah ini besar ialah hingga kini belum ditemui ubatan yang mujarab untuk meredakan lejangan seksual ini.Bulan lalu kita membaca bagaimana bayi yang baru lahir dicampakkan ke luar tingkap. Kita ternampak gambar sang ibu yang amat muda bergari dibawa ke mahkamah. Kita juga membaca  kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagaimana dari tahun 2008 hingga 2010 terdapat 152,182 bayi lahir diluar nikah.

Kalau diambil dari nisbah statistik negara, maka 60% dari bayi yang lahir diluar nikah ini pastilah 'bayi Melayu'. Sayangnya wacana tentang anak luar nikah dan lejangan keberahian ini hanya cuba diselesaikan dengan ajaran moral dan agama.

Malah, saya perhatikan apabila berita bayi 'dicampak ke luar tingkap' dilaporkan berita ini hanya menjadi berita untuk dua hari. Kemudian ianya padam dan tenggelam. Untuk saya berita ini cukup memeranjatkan. Seharusnya berita 'bayi dicampak keluar tingkap' ini akan membangunkan seluruh umat masyarakat Malaysia terutama umat Melayu untuk bersuara.Cuba ingatkan kembali dengan berita bergambar seorang model cun yang digari kerana terlibat dalam perhimpuan Janji DemokrasiLihat betapa ramainya politikus yang heboh. Ramai yang memberi pandangan tentang 'tidak adil' dan 'tidak sopan' anak gadis yang begitu muda digari ke rumah pasong.

Tetapi apabila berita bergambar 'ibu muda campakkan anak' yang juga bergari ke mahkamah, tidak pula ada sesiapa pun yang bersuara. Semua senyap menikus. Saya menunggu untuk melihat siapakah rakyat Malaysia yang pertama bersuara mengeluarkan pandangan.Harapan saya meleset. Tidak ada Tok Imam, tidak ada suara Mufti, profesor di universiti senyap. Para budayawan tidak bersajak dan kaunselor masalah sosial pun senyap membatu.

Para politikus yang biasanya suka bercakap untuk mencari publisiti tiba-tiba tidak kedengaran suara. NGO Melayu dan NGO  Islam tidak terbuka mulut mereka untuk mengeluarkan pandangan.

Lalu saya bertanya - apakah mereka ini telah letih? Apalah mereka  telah diserang oleh social fatique?Atau jiwa dan raga mereka telah 'kebal dan lali' kerana telah selalu sangat membaca berita sedemikian?

Berita bayi mati dalam longkang. Mayat bayi ditanam di belakang rumah. Bayi ditemui di ladang Felda. Bayi baru lahir mati dihurung semut. Bayi ditemui ditangga masjid dan dan dan. Berita-berita ini telah tidak lagi memeranjatkan kita semua. Media dan TV kita tidak heboh-heboh seperti Jom Heboh. TV kita tidak memaparkan berhari-hari berita ini seperti berita lawatan Cik Siti Catherine Duchess of Cambridge ke Malaysia.

Berita-berita bayi mati dan bayi ditemui ini telah diterima sebagai lumrah. Berita sedemikian tidak lagi menjadi berita.

Cuba bandingkan pula berita tangkapan khalwat. Saya berani bertaruh setiap kali ada cuti panjang - Hari Tahun Baru atau Hari Merdeka - maka keesokan harinya akan ada terpapar berita jumlah penangkapan anak-anak muda yang 'dikepung' dalam hotel-hotel murah di kota besar dan kecil. Berhari-hari berita tangkapan ini dimainkan oleh media.

Saya juga berani bertaruh pada tarikh 11, 12 dan 13 Febuarari yang akan datang ini pasti akan muncul berita tentang Hari Kekasih/Valentine Day. Maka para agamawan akan bersuara mengeluarkan fatwa dan fatwi yang muluk-muluk tentang bahaya pengaruh Hari Valentine. Berminggu-minggu debat ini akan dipapar media. Media laman sosial juga akan 'viral' dengan kes khalwat.Apa maknanya semua ini? Untuk saya ini adalah tanda-tanda bahawa masyarakat kita khususnya masyarakat Melayu/Islam sedang dalam kesakitan yang maha sangat. Ruang Ven Allen Belt yang dipenuhi dengan meteorite ini sedang melanggar pembudayaan Melayu.

Saya bukan sosok agamawan, saya juga bukan terlatih dalam hal kounseling tetapi saya adalah sebahagian dari anggota masyarakat yang saya anggap sedang sakit tenat. Maka untuk ini saya berhak untuk bersuara dan mengeluarkan pandangan.

Pandangan saya  tidak berniat untuk mempertikai pandangan agamawan  tentang keberahian seksual. Saya juga tidak mempertikaikan  ajaran semua agama tentang larangan dan taboo seksual.

Saya memahami hujah moral sebagai cara untuk menangkis lejangan seksual. Saya memahami moral dan didikan agama untuk menjadi benteng keberahian seksual. Tetapi hanya menggunakan hujah dan pendekatan moral jelas tidak mencukupi. Buktinya - penemuan bayi yang dibuang berterusan tanpa henti-henti.

Saya tidak menolak bahawa ada anak-anak muda yang gersang dan menjadi luntur dan lembik jika mereka 'mandi air sejuk'. Ada juga anak-anak muda yang akan menjauhkan diri dari lejangan seksual kerana mereka beriman. Kepada anak-anak muda sedemikian kita wajib merayakan kejayaan mereka ini.

Tetapi rasanya telah sampai masa untuk kita semua menerima hakikat  bahawa keremajaan dan kemudaan ada zaman melejang keberahian seksual. Telah juga sampai masanya untuk kita menerima cadangan 'mandi air sejuk ketika merasa gersang' bukan satu jawapan ilmiah. Kita memerlukan lebih dari ini.

Tamadun  dan budaya kita hari ini telah mendekatkan besi berani seksual. Zaman dimana anak jantan dan anak betina hanya boleh bertemu dimalam mengemping atau di Pekan Sehari telah lama tamat. Hari ini Mamat dan Minah bersua, berkenal dan bertukar number telefon untuk membuat temujanji. Yang 'rare' dan amat asing ialah bertemu dengan Mamat atau Minah yang tidak berteman atau tidak ber-Facebook.

Jika kita telah bersedia menerima hakikat bahawa Van Allen Belt yang membawa lejangan seksual ini wujud, maka kita juga wajib bersedia menerima hakikat bahawa tidak semua hubungan seksual remaja ini  dapat dipatahkan.

Orang ramai sedar bahawa nyamuk boleh membawa demam malaria, maka orang ramai tanpa sengan silu menggunakan kelambu untuk menangkis  serangan nyamuk. Orang ramai sedar - ketika hujan - jika tidak mahu basah kita boleh menggunakan payung atau baju hujan. Menggunakan kelambu, payung dan baju hujan adalah langkah rasional.

Justeru, langkah awal yang rasional untuk menghindarkan penemuan bayi mati, pembuangan bayi dan dan dan ialah menerangkan kepada remaja, bahawa jika lejangan seksual sampai dan mandi air sejuk gagal meredakan gersang, maka sila gunakan baju hujan. Ini kerana zaman main kahwin-kahwin telah tamat. Kali ini  jika mian kahwin-kahwin, pasti akan melahirkan anak.


Sumber:http://my.news.yahoo.com/blogs/yahoo-malaysia-newsroom/anak-dan-kahwin-kahwin-033325487.html