Showing posts with label PRAKTIKUM. Show all posts
Showing posts with label PRAKTIKUM. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Penghujung misi....

Hari ini (29 April 2013) merupakan hari pertama selepas habis menjalani praktimum. Rasa sedikit janggal kerana rutin mula balik kepada asal. Tiada lagi kanak-kanak ynag bergelak ketawa. Tiada lagi kanak-kanak yang diajar untuk membaca suku kata pada awal pagi. Tiada lagi kanak-kanak yang boleh saya tegur dan suruh duduk dengan baik dalam barisan. Hahahahaha.... bermacam-macam perasaan timbul.

Teringat pula keadaan dan situasi ketika menjalankan aktiviti bersama-sama mereka. Sangat seronok dan menyenangkan ketika dikenang. 



Sedih pula bila mengingat keadaan dan keseronokkan bersama mereka. Meskipun nakal tapi mereka dalam diam mengingat apa yang diajar, ditegur dan dilarang. Apa yang pasti pengalaman ini akan kekal di dalam kenangan. Tempat inilah merupakan tempat tumpahnya keringat sebagai guru awal kanak-kanak / prasekolah yang pertama. Selepas ini apa jua keadaan atau tempat / lokasi sekolah yang saya akan ditempatkan saya menerima dengan tenang hati dan terbuka. Kerana saya sedar di luar sana ramai watan / anak bangsa yang dahagakan ilmu untuk menempuh duniawi yang semakin mencabar!!


Tuesday, April 9, 2013

Pertandingan mewarna kanak-kanak Pusat Prasekolah IPGKTAR 2013

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPGKTAR bersama Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTAR. Seramai 23 orang kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun telah menyertai pertandingan ini.


Pemenang Pertama hingga tempat ke-5

Tempat Pertama: Dayangku Siti Nurirzahtul
Kenang-Kenangan 2013
Hadiah untuk pemenang
Sepanjang pertandingan ini berlangsung, bermacam-macam ragam yang ditunjukkan kanak-kanak. Ada yang mengeluh tangan sakit, penat serta idea-idea yang diluar jangkaan kita.

"Cikgu, saya warnakan latar belakang lukisan saya dengan warna hitam ya. Hari malam mestilah warna hitam"

"Cikgu, tengok tanah saya warna merah. Warna merah sebab cahaya matahari saya warna merah".

Pelbagai ragam inilah yang menghiburkan dan nikmat sebagai seorang guru prasekolah. Kadang-kadang kanak-kanak ini bertindak dan melihat apa yang orang dewasa tidak lihat. Mereka kreatif dan jujur!!

Thursday, January 31, 2013

Karenah anak-anak didik

Fuhhh....Hampir seminggu sudah praktikum bermula. Maaflah kerana baru menulis hari ini. Ini sahaja kesempatan yang ada. Ini pun mencuri masa yang saya ada. Itulah dulu selalu marah orang kalau kata tak cukup masa. Sekarang diri terkena pula. Macam-macam berlaku apabila 24 jam tak cukup. Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi. Teruknya sayakan!!

Minggu ini, tema yang digunakan ialah ANGGOTA BADAN (BAHAGIAN KEPALA). Macam-macam aktiviti dirancang untuk menarik minat anak-anak didik untuk terus lekat bersama saya di dalam kelas tanpa perlu melayang memikirkan ibu bapa di rumah, adik atau apa saja yang mengganggu fikiran mereka. Syukur juga berjaya. Bohong juga kalau kata tak ada anak-anak didik yang nakal. Itkan budak namanya. Kalau dah besar dan dewasa siapa yang mahu nakal. Mesti jadi budak baik. Walaupun dalam hati ada nakal!!!

Foto-foto yang saya ambil semasa aktiviti dijalankan akan saya upload nanti sajalah. Mungkin hujung minggu ini akan saya usahakan dan mencuri sedikit masa yang ada. Thank. Bye byeeee

Wednesday, January 23, 2013

Praktikum Oh Praktikum

Selamat malam!! Lama pula rasanya tidak menulis di blog ini. Al-maklumlah, sekarang tengah sibuk membuat persediaan untuk praktikum yang bakal bermula 28 Januari 2013 ini. Banyak perkara perlu dibuat pertimbangan dan diteliti.

Dalam pada itu, sakit mata pula bertandang. Aduh, hari ini genap 8 hari sakit mata ini menyerang. Bilalah nak sembuh? Saya dah dua kali pergi ke farmasi dan klinik. Tapi masih tetap sama keadaannya. Tidak berubah. Malahan berjangkit pula ke mata sebelah kanan pula. Risau pula dibuatnya. Macamana nak praktikum kalau sakit mata? Takut berjangkit pula kepada anak-anak murid pula. Harap-harap sembuhlah sebelum minggu depan. Amean!!!


Friday, November 9, 2012

Lain yang diharap Lain pula yang datang

Musim praktikum (latihan mengajar) sudah hampir tiba. Semester kedua di IPG dilalui dengan baik dan lancar meskipun terdapat sedikit huru-hara pada pertengahan semester jika nak dibandingkan dengan semester pertama yang saya kira sangat lancar. Ini bermaksud, tinggal semester depan yang tinggal yang pengisiannya adalah PRAKTIKUM, BIG (PERKHEMAHAN), KISSEM & beberapa aktiviti persediaan seperti pendedahan KSSR, pertolongan cemas etc. 

Bila menyebut berkenaan PRAKTIKUM, hari ini keputusan penempatan sudah diperolehi. Saya ditempatkan di Prasekolah IPGKTAR. Bagai kaca terhempas ke atas batu. Gugur jatung! Gugur semangat! Gugur berkecai harapan diri!!.Benar. Benci keadaan begini. Lain yang saya impikan, lain pula yang saya dapat. Saya sangat berharap agar diri ditempatkan di sekolah sebenar. Yang mempunyai guru-guru lain dan persekitaran persekolahan. 

Tambahan pula, inilah satu-satunya peluang yang saya ada untuk mempersiapkan diri untuk menggalas status bakal guru prasekolah lelaki. Sebelum ini memang mempunyai pengalaman mengajar tetapi bukan di prasekolah (dunia dimana kanak-kanak sedang & baru bertumbuh). Pernah menjadi tutor di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pernah mengajar di sekolah menengah dan juga merupakan jurulatih untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). 

Dunia pendidikan awal kanak-kanak ini sangat baru dan asing bagi saya. Oleh sebab itu, saya rasakan saya mahu menimba sebanyak mungkin ilmu pendidikan awal kanak-kanak ini sebelum benar-benar turun ke medan perjuangan (ditempatkan di sekolah). Ini kerana bagi saya apabila sudah ditempatkan di sekolah, eksperimen tidak lagi boleh dilakukan. DO RIGHT AT FIRST!!!! ;-) Jangan memperjudikan masa depan kanak-kanak.! Itu pegangan diri. 

Secara jujur, saya mengharap saya ditempatkan di prasekolah, sekolah sebenar. TQ