Showing posts with label Dunia Perubatan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Perubatan. Show all posts

Wednesday, June 19, 2013

Kencing Tikus: Faktor, Tanda, Rawatan & Pencegahan

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda dan Gejala

Gejala :
  1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
  3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
  4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  5. Radang selaput mata.
  6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
  1. Ujian sel darah putih (WBC).
  2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
  3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
  4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
  5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
  6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
  7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
  8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
  9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:
  • Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
  • Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
  • Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
  • Kegagalan fungsi hati.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
 ....boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

Rawatan
 Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan
 Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit



Kencing Tikus!!!


LEPTOSPIROSIS merupakan penyakit yang jarang berlaku yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.---> Kencing Tikus!!

Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.


CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.


GEJALA/SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.


KOMPLIKASI

• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. 
• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

*boleh membawa maut sekiranya kritikal!!


RAWATAN 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.


PENCEGAHAN 

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.


sumber: http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=975.0


Minuman Tin Antara Punca Virus Kencing Tikus


Doakanlah moga uncle saya sembuh cepat... Sekarang ini uncle saya sedang ditahan & dirawat di Hospital Umum Miri (HUM). Tolong saya berdoa agar dia sembuh dari penyakit ganjil ini!!! Amean




Wednesday, January 9, 2013

Foods That Kill Cancer

Foods That Kill Cancer


7 Most Alkaline Foods

Entry kali ini memaparkan makanan yang boleh digunakan utnuk mencegah kanser. Ini kerana ramai di antara kita tidak menyedari akan makanan-makanan ini. Ramai yang tidak sedar akan kebaikannya. Kata orang mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi, amalkanlah selalu.

Tuesday, October 16, 2012

Kanser & Kawan

Banyakkan artikel yang saya uploadkan pada hari ini di dalam blog AkuAnakIban. Entahlah, terlalu banyak cerita di sepanjang jalan hidup ini. Kata orang "banyak udang, banyak kuah. banyak orang, banyak juga tingkah". 

Tidak terasa diri kini sudah menjangkau umur yang dikira sebagai cukup matang. Namun begitu, ramai juga orang yang ditemui. Menjadi kawan, teman dan sahabat. 

Pada awal September 2012, saya dikejutkan dengan khabar seorang sahabat lama yang dimasukkan di ICU Hospital Miri. Sahabat ini disahkan menghidap kanser usus tahap 3. Terkejut saya! Selama ini dia sihat dan aktif selalu. Orangnya ceria dan sentiasa bersemangat.

Beberapa kali juga saya pergi melawat dan menemani sahabat tersebut di Hospital Umum Sarawak. Walaupun dalam keadaan sakit, sahabat ini sangat bersemangat dan macam tiada apa yang sedang berlaku dalam diri. Cuma keadaan dirinya yang nampak sangat susut berat badannya. Kasihan. 

"Tuhan, ampunkan dosa aku dan dosa kawan-kawan, sahabat-sahabatku dan semua orang yang aku sayang. Amen!!" 

Buah delima & kanser


Pandagan phytokimia buah delima mempunyai kesan anti-kanser bukanlah fakta baru. Telah terbukti dari pelbagai penyelidikan lebih sedekad ini bahawa selain kebaikan kesihatan dari buah delima (seperti melegakan radangan dan mengurangkan risiko sakit jantung) boleh menahan dan/atau merawat kanser.
Antara sifat anti-kanser yang telah dikaji ialah kanser prostate dan kanser payudara.
Buah delima kaya dengan flavanoid dan bahan lain seperti gallocetechins, pelargonidin, sitosterol dan asid ellagik. Kebanyakan bahan-bahan ini adalah antioksidan polyphenol serupa dengan yang didapati dalam buah-bauhan lain berwarna ungu kemerahan. bahan yang menarik perhatian buah delima ini ialah asid ellagic yang mempunyai sifat anti-radangan, anti-microb dan anti-kanser.
Asid Ellagik, yang menhalang atau mengawal infeksi bakteria dan serangan virus, sebagai bahan ellagitannin. Kompaun ini juga boleh merwat salmodellosis kerana sifat antimikrobnya. Dalam kajian 2005 “anticancer Research” menunjukkan kesan mengawal sel kanser prostat, paydara dan kolon, dalam “World Journal of gastroenterology” juga menunjukkan kesan yang sama pada sel cancer pankreas.

Apa yang tercatat di atas adalah hasil kajian zaman famasitukal yang memerlukan pembuktian siantifik. Dari seerah lagi kita dapati buah delima ini telah digunakan sebagai penawar bermcam penyakit dan amat sesuai untuk kaum wanita. Mengapa kita mesti bergantung pada kajian dan pembuktian saindifik sahaja, bacalah buku perubatan kesihatan yang berdasarkan alam semula jadi. Industri farmesutikal ini timbul zaman penindustrialian , iaitu hanya duar ratus tahun. Komplot “Big Pharma” ini adalah untuk meraih keuntungan dengn menghasilkan ubat dadah yang boleh dipaten dan menjana kekayaan. Big Pharma tidak akan menykong bahan alami kerana tidak boleh dipaten untuk mendapat royalti kekayaan.
Mengapa pelu lalui kemoterapi ? Kemoterapi membunuh semua sel maka pesakit akan mengalami kesan sampingan yang sangat teruk. Rasullullah sendiri tidak menggalakkan peubatan yang ada memberi kesan sampingan. Oleh itu saya mengajak anda agar berubah dan kembali ke ciptaan Allah swt untuk memulihkan sakit kita.
Sumber: http://mypenawar.wordpress.com/

Kebaikan susu kambing berbanding susu lembu


Susu kambing lebih popular jika dibandingkan dengan susu lembu. 65% dari susu yang  diminum adalah dari susu kambing, dan kegemaran ini bukan hasil kempen dan promosi yang hebat.
“Susu tidak dijadikan sama” oleh Allah SWT. Setiap jenis susu ada kesesuaiannya
bagi makhluk tertentu. Jika dikaji dengan teliti akan lihat hubungkait antara
susu (sama ada lembu atau kambing) dengan tubuh manusia. Semua manusia dicipta
agar bergantung sepenuhnya pada susu ibu sekurang-kurangnya selama enam bulan
pertama. Tidak ada makanan lain di seluruh dunia ini lebih baik dari susu ibu.
Perkara ini telah terbukti sama ada di makmal atau di dunia harian. Selepas
beberapa bulan itu telah berlalu bagaimana cabaran masa depan ? Mengapa pilih
susu kambing jika dibandingkan dengan susu lembu yang lebih mudah diperolehi dan
hebat dipromosikan.
Berikut ada 5 sebab mengapa susu kambing lebih baik dari susu lembu.
1. Susu kambing kurang allegenik
Makanan utama kanak-kanak alah ialah susu lembu. Kesan sampingan termsuk
muntah, cirit birit, gatal kulit dan ada yang lebih teruk lagi seperti
anaphylactic shock! Perkara ini perlu diambil serious. Tindak balas alahan
adalah kesan dari protein allergen dikenali sebagai Alpha s1 Casein yang
terdapatdalam susu lembu. Tahap Alpha s1 Casein dalam sus kambing adalah 89%
kurang dari susu lembu, dengan lain perkataan kurang memberi kesan alahan.
Dalam satu kajin baru-baru ini telah didapati 93% kanak-kanak yang alah susu
lembu boleh minum susu kambing tanpa sebarang masalah.
2. Susu kambing homogenise semula jadi
Jika anda letakkan susu lembu segar dan susu kambing segar ke dalam gelas
berasingan dan letakkan di dalam peti sejuk, esok paginya anda akan dapati susu
kambing tidak berubah manakala susu lembu sudah berpisah dua iaitu krim di atas
dan susu skim di bahagian bawah. Ini adalah proses pemisahan semulajadi akibat
kompaun agglutinin dan ia selalu menyebabkan susu lembu berpisah. Konsumer
selalunya menghendaki produk yang kelihatan cantik, oleh itu industri makananan
tenusu telah menggunakan satu proses yang dinamakan homogenisasi. Kaedah ini
memaksa cecair melalui satu tekanan tinggi melalui lubang yang sangat kecil yang
merosakkan dinding sel globul lemak dan menghapuskan agglutinin yang menbiarkan
ia kelihatan cantik dan bercampur rata.
Masalahnya ialah proses homogenisasi merosakkan dinding sel globul lemak yang
pecah, ia akan melepaskan superoksid (radikal bebas) dikenalai sebagai Xanthine
Oxidase. Radikal bebas akan menyebabkan berbagai masalah kesihatan seperti
mutasi DNA yang kana membawa kepada kanser. oleh itu, khasiat homogenisasi
semula jadi sangat ketara. Susu kambing mempunyai globul lemak yang kecil dan
tidak ada agglutinin yang menyebabkan ia berkeadaan homogen lebih lama dan
menghapuskan bahaya kesan homogenasasi.
3. Susu kambing lebih mudah dihadam
Susu kambing mengandungi globul lemak lebih kecil dan lebih paras asid lemak
rantain sederhana. Ini bermakna semasa proses penghadaman, setiap globul lemak
dan asid lemak individu akan mempunayi nisbah permukaan-ke-isipadu yang lebih
besar mengakibatkan proses penghadaman yang lebih mudah dan berkesan. Juga
apabila protein dalam susu gumpal dalam perut, menghasilkan bolus yang lebih
lembut jika dibandingkan dengan hasil dari susu lembu. ini membenarkan badan
menghadam protein lebih lancar dan lengkap jika dibandingkan dengan susu lembu.
4. Susu kambing jarang menyebabkan ketidak toleransi laktosa
Semua susu mengandungi paras laktosa yang dipanggil ‘gula susu’. Ramai orang
kekurangan enzim bernama laktas yang digunaan untu menghadam laktosa.
Kekurangan ini akan menyebabkan ketidak toleransi laktosa, satu masalah yang
biasa, Alahan sus lembu disebabkan proteinallergen manakala ketidak toleransi
laktosa ialah peka karbohidrat.
Susu kambing mengandungi kurang laktosa jika dibanding dengan susu lembu dan
oleh itu ia lebih mudah di hadam bagi mereka yang tidak toleransi laktosa.mmYang
anehnya ialah laktosa susu kambing hanya 10% kurang dari laktosa susu lembu
tetapi ramai yang berjaya sihat dengan susu kambing. Walaupun jawapan kepada
persoalan ini kurang jelas, hipotesisnya ialah oleh sebab susu kambing mudh
hadam dan penyerapan yang tinggi, maka laktosa ‘lebihan’ yang tidak terhadam
yang menyebabkan sakit perut kesan ketidak toleransi laktosa
5. Susu kambing lebih serasi dengan tubuh manusia jika dibandingkan dengan susu
lembu
Dalam hal ini kedua-dua bikmia dan termodinamik perlu diambilkira. isu
biokimia, kita tahu susu kambing mempunyai lebih asid lemak seperti asi linoneik dan asid arachidonik dan juga lebih Vitamin B-6, vitamin A dan niacin jika dibandingkan dengan susu lembu. Susu kambing juga lebih sumber potasium yang memberikan ia bersifat alkali manakala susu lembu kurang potasium bersifat asid.
Secara termodinamik pula, susu kambing lebih sesuai diminum oleh manusia. Seorang bayi mula kehidupan dengan berat badan 3-4kg, anak kambing biasanya bermula kehidupan dengan berat 3-4kg, dan anak lembu pula mula dengan berat 45kg. Secara termodinamiknya kedua-dua binatang ini mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza untuk hidup dan membesar. Susu lembu untuk memberi anak lembu berat 45kg dan transformasi kepada lembu 550kg. Susu kambing dan juga susu ibu direka cipta untuk anak berat 3kg ke pada dewasa 55kg-80kg. Jelas kelhatan mengapa obesiti meningkat di negara yang mengamalkan minum susu lembu.
.
Akhir kata, kita dapat perhatikan susu kambing mempunyai beberapa ciri yang melihatkan ia lebih superior dibandingkan dengan susu lembu. Susu kambing kurang allergenik, homogenis semulajadi, mudah dihadam, tidak toleransi laktosa, dan lebih superior secara biokmia/termodinamik dibandingkan dengan susu lembu.
Minumlah susu kambing yang tidak mengandungi hormon tumbesaran atau antibiotik yang banyak diamalkan oleh dindustri tenusu lembu.

Diet Pesakit Kanser: Boleh atau Tidak Boleh

Makanan yang sangat digalakkan

Bawang Putih

Diet untuk pesakit kanser payudara

Sangat TIDAK digalakkan

Soya galakan pembesaran tumor / kanser



Pengambilan makanan atau minuman berasaskan kacang soya boleh menjejaskan rawatan kanser dan menggalakkan tumbesaran tumor di kalangan pesakit kanser payudara, menurut sekumpulan saintis.

Penyelidik dari Universiti Georgetown yang membentangkan kajian mereka dalam satu persidangan perubatan di sini semalam berkata, terdapat kemungkinan kaitan antara pengambilan kacang soya dan tindak balas ubat kanser payudara yang biasa diambil iaitu tamoxifen.

Menurut mereka, kajian yang dilakukan terhadap tikus makmal menunjukkan, tikus yang diberi makanan atau minuman berasaskan kacang soya dari kecil bertindak balas sempurna dengan tamoxifen.

Sebaliknya, tikus yang mula diberi makan bahan itu ketika dewasa dan selepas diserang kanser payudara, didapati kebal dengan rawatan yang diberikan.

"Kajian ini mencadangkan agar wanita yang tidak biasa mengambil kacang soya, patut menghentikannya jika disahkan menghidap kanser payudara," kata Leena Hilakivi-Clarke, yang juga merupakan profesor bahagian onkologi di universiti tersebut.

Menurutnya, kacang soya mengandungi bahan isoflavone yang meniru penghasilan hormon estrogen yang oleh tubuh pada paras rendah dan ia dikategorikan sebagai sumber protein yang sihat.

Bagaimanapun, manfaat dalam menentang penyakit yang paling ditakuti wanita itu biasanya dikaitkan dengan kanser payudara jenis penerima positif hormon rendah bagi wanita Asia, yang biasa mengambil soya dalam diet harian mereka sejak kecil.

Disebabkan tamoxifen biasanya diberi kepada pesakit kanser dengan saraf penerima estrogen atau progesteron tumor jenis positif, kajian mencadangkan mereka yang mengambil soya pada usia dewasa boleh menyebabkan ubat tersebut tidak berkesan.

Khasiat Kunyit Penawar Pelbagai Penyakit


Bahan aktif dalam kunyit iaitu curcumin adalah antioksiden yang sangat kuat kesannya pada kesihatan manusia. Walaupun kunyit telah digunaakn berkurun-kurun sebagai rempah dalam masakan dan juga sebagai bahan perubatan, sifat penawar penyakit daripada kuntyi ini telah menarik perhatian para penyelidik barat dan banyak hasil penyelidikan telah dikemuakan dalam jurnal serta persidangan perubatan. Sifat penawaralami kunyi yang anti-radangan , anti-bakteria dan anti-viral mempunyai khasiat menghalang dan merawat berbagai penyakit dari kanser ke penyakit Alzheimer.
Berikut disenarikan 20 sebab mengapa anda harus menambahkan kunyit di dalam diet harian anda:-
1) sifat antiseptik dan antibakteria berguna untuk mengawal infeksi kulit luka dan terbakar.
2) apabila digabungkan dengan bunga kobis (cauliflower) ia boleh mengawal kanser prostate dan memberhentikan tumbesaran sel kanser prostate
3) kajian pada tikus menunjukkan kawalan merebak kanser payudara ke peparu
4) boleh mengawal melanoma dan juga menyebabkan sel melanoma membunuh diri
5) mengurangkan risiko leukemia kanak-kanak
6) detox alami untuk hati
7) menghalang dan melambatkan berlakunya penyakit Alzheimar degnan menyahkan plaque amyloyd di dalam otak
8) mengawal berlakunya metastases dalam berbagai kanser
9) mujarab sebagai anti-radangan
10) kajian tikus menunjukkan mengawal pengembangan multiple sclerosis
11) painkiller alami dan inhibit cox-2
12) kawal metabolisma badan dan bantu mengawal berat badan
13) perubatan cina digunakan untuk rawatan depression
14) sifat anti-radangan sesuai untuk rawatan arthritis dan rheumatoid arthritis
15) meningkatkan kesan dadah chemo paclitaxel dan mengurangkan kesan sampingannya
16) kajian menggalakan mengenai kanser pankreas
17) kajian menggalakkan mengenai multiple myeloma
18) telah ada bukti kunyit boleh menghentikan penumbuhan saluran darah baru dalam tumor
19) mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu baiki semula kulit yang telah rosak
20) boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan keadaan radagan yang lain.
Kunyit boleh diambil secara serbuk dalam capsule atau bahan masak. 

Khasiat Tembikai anti-kanser


Buah tembikai merah merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal).
Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.
Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.
Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.
Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan
Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.  

Kimoterapi "membunuh" bukan "menyembuh"


petikan dari Dr Mercola
One of the reasons why conventional cancer treatment is such a dismal failure in the United States , (also in Malaysia), is because it relies on chemotherapy.
Chemotherapy drugs are, by their very nature, extremely toxic and typically work against your body’s natural ability to fight cancer, e.g. destroying host immunity instead of supporting it.
One of the biggest drawbacks to chemotherapy is the fact that it destroys healthy cells throughout your body right along with cancer cells, a “side effect” that often leads to accelerated death, not healing.
Another devastating side effect of chemotherapy is the way it actually supports the more chemo resistant and malignant cell subpopulations within tumors (e.g. cancer stem cells), both killing the more benign cells and/or senescent cells within the tumor that keep it slow-growing, or even harmless.
As a result, this unleashes a more aggressive, treatment-resistant type of cancer to wreak havoc on the body


Kanser Kolorektal (Kanser Usus)


Kanser Kolorektal (Kanser Usus)

SIMPTOM buasir sering disalah anggap sebagai kanser kolorektal iaitu gabungan kanser kolon dan rektal. Bukan hanya kerana kedudukannya sama ada di luar dubur atau di hujung salur najis, tetapi rupanya yang bengkak dan tersembul keluar memang nampak seperti ketumbuhan menakutkan.

Malah, simptom buasir seperti sukar membuang air besar, rasa tidak puas walaupun berkali-kali berulang ke tandas dan najis berdarah mungkin boleh menjadi petanda awal penyakit lain seperti kanser kolorektal.

Bagaimanapun, buasir bukan penyebab kanser kolorektal dan tiada kaitan dengan penyakit berbahaya itu.

Kanser kolorektal adalah kanser ketiga biasa di dunia selepas paru-paru dan payudara, dengan anggaran kira-kira 3,500 kes baru setiap tahun di negara ini.

Kanser kolorektal adalah istilah merujuk kepada kanser yang bermula dalam usus atau rektum (bahagian akhir usus besar yang menyimpan bahan buangan sebelum ia dibuang sebagai najis).

Setiausaha Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Mohamed Ibrahim Wahid, berkata kanser usus adalah sel malignan yang hidup di dinding usus (atau rektum) yang bermula dengan polip (ketulan kecil), membesar menjadi tumor dan akhirnya berubah kepada kanser.

Proses ini mengambil masa bertahun-tahun tetapi ramai membiarkannya berlaku. Walaupun menyedari mereka mula mengalami masalah membuang air besar, ramai beranggapan ia perkara normal.

Peringkat awal kanser usus mungkin tidak menunjukkan simptom, tetapi apabila polip mula membesar menjadi tumor, ia boleh menyekat laluan usus dan mungkin menyebabkan pendarahan; iaitu antara simptom kanser.

Antara simptom lain termasuk berak berdarah, perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis), perut rasa memulas, terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu), perut rasa tidak selesa (kembung atau senak), muntah, hilang selera makan tanpa alasan tertentu dan sentiasa rasa penat. Pada keadaan serius, pesakit tidak boleh buang air langsung kerana pembengkakan pada rektum menghalang laluan najis keluar.

"Tanda paling nyata ialah apabila jadual buang air besar berubah, cepat penat dan berat badan menurun tanpa sebab. Di kalangan pesakit muda, simptom ini sering disalah diagnos sebagai sakit perut atau gastrik.

"Jadual ke tandas ini juga berbeza antara individu. Jangan bandingkan jadual kita dengan orang lain kerana ada orang hanya pergi tandas seminggu sekali dan itu adalah normal baginya. Apabila jadual ini berubah, contohnya kepada sebulan dua minggu sekali dan disertakan simptom lain, segeralah berjumpa doktor," katanya dalam seminar kesihatan anjuran Pfizer Malaysia.

Puncanya masih tidak difahami sepenuhnya, tetapi banyak faktor dikatakan menyumbang kepada kanser kolorektal. Antaranya:

# Umur - Golongan berumur 40 tahun ke atas lebih berisiko. Lebih 90 peratus kes kanser kolorektal di Malaysia memb a b i tkan pesakit berumur 40 tahun ke atas.

# Polip - Kebanyakan kanser kolorektal bermula dengan polip. Ketumbuhan bukan kanser ini tumbuh pada dinding usus besar dan sesetengah polip boleh berubah menjadi kanser. Jika ia dapat dikesan, polip ini akan dibuang, walaupun ia tidak berbahaya.

# Sejarah keluarga - Individu yang ada ahli keluarga mendapat kanser kolorektal juga berisiko tinggi mengalami masalah sama.

# Sejarah diri - Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau uterus juga boleh mendapat kanser kolorektal.

# Pemakanan - Pemakanan yang kaya lemak dan kurang serat juga dikatakan boleh menyebabkan kanser usus.

# Rokok - Merokok meningkatkan risiko pembentukan polip.

# Berat badan dan aktiviti fizikal Individu yang kurang bersenam dan obes meningkatkan risiko mereka mendapat kanser. Bersenam memudahkan anda untuk buang air besar.

# Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs) dikatakan boleh mengurangkan risiko pembentukan polip.

# Orang Cina lebih ramai mendapat kanser kolorektal, tetapi orang Melayu mendapatnya pada umur lebih muda.

Perunding Pembedahan Kolorektal, Dr Aktar Qureshi, berkata sindrom keluarga kanser iaitu sama ada tiga ahli keluarga mendapat kanser (payudara, usus, ovari atau endometriosis); atau dua ahli keluarga terdekat (ayah, ibu atau adik-beradik mendapat kanser) atau seorang ahli keluarga mendapat kanser sebelum berumur 50 tahun adalah keluarga berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal.

Katanya, pada forum kesihatan umum anjuran Pusat Perubatan Sunway, kanser kolorektal didiagnos melalui dua cara iaitu kolonoskopi (memeriksa seluruh usus menggunakan alat khas yang dimasukkan ke dalam dubur) dan kolonoskopi virtual secara imbasan Scan.

Walaupun kaedah kedua lebih canggih, cepat dan kurang risiko, ia tidak dapat memastikan saiz sebenar ketumbuhan dalam usus. Malah, alat kolonoskopi biasa masih perlu digunakan untuk membuang polip dalam usus.

Sebagaimana kanser lain, kanser kolorektal dirawat secara pembedahan (dipanggil kolostomi untuk membuang ketumbuhan, sebahagian usus dan nodus limfa yang berhampiran), kemoterapi dan radioterapi.

"Kekerapan untuk pemeriksaan kesihatan usus bergantung kepada faktor risiko dihadapi seseorang, tetapi biasanya lima atau enam tahun sekali sudah memadai kerana kanser kolorektal mengambil masa kira-kira lapan tahun untuk berkembang," katanya.

Walaupun tiada kaedah khusus untuk mengelakkan kanser kolorektal, kita boleh merendahkan risiko dengan mengamalkan pemakanan kaya serat, bersenam selalu dan kekalkan berat badan seimbang.

Sumber: Blog Artikel Pilihan
http://bernama548.blogspot.com/2011/07/kanser-kolorektal-kanser-usus.html

Kanser usus perlu rawatan awal, segera



Kanser usus perlu rawatan awal, segera

JIKA diberitahu rawatan A membolehkan anda hidup satu tahun dan dua tahun bagi rawatan B, agaknya manakah yang menjadi pilihan anda? Atau anda berasakan kedua-dua rawatan sama saja kerana perbezaan masa yang tidak begitu ketara?

Bagi orang sihat, perbezaan masa ini mungkin dianggap kecil dan tidak penting, tetapi besar maknanya dan sangat berharga kepada pesakit kronik seperti kanser, apatah lagi jika penyakit itu mencapai tahap kritikal.

Namun, bak kata orang Iban Sarawak, Agi Idup Agi Ngelaban yang bermakna selagi hidup, selagi itu perlu berjuang dan berkorban, terutama untuk melawan penyakit. Kita juga dilarang berputus asa berusaha mencari rawatan, walaupun ada sesetengah penyakit masih tidak ditemui penawarnya.

Menghidap penyakit kronik seperti kanser bukan bermakna hidup kita akan berakhir. Harapan sentiasa ada selagi kita berusaha. Pesakit kanser usus kronik kini ada harapan lebih baik dengan kemunculan ubat baru, bevacizumab.

Menurut Perunding Onkologi dan Radioterapi merangkap Presiden Persatuan Onkologi Malaysia (MOS), Dr Gucharan Singh, kanser usus kini pada tangga ketiga menyebabkan kematian di kalangan rakyat negara ini selepas kanser payu dara dan paru-paru.

Pada 2001 saja, hampir sejuta rakyat negara kita menghidap kanser kolorektal (usus kecil dan besar). Di seluruh dunia, kanser usus menjadi kanser kedua terpenting menyebabkan kematian, terutama di kalangan orang dewasa dan tabiat makan dikenal pasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes kanser usus.

Katanya, antara faktor risiko kanser usus ialah peningkatan usia, pemakanan yang kaya lemak, sejarah keluarga, kencing manis, merokok, alkohol, obesiti, kehadiran penyakit keradangan dalam usus serta kesan sampingan ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs).

Walaupun risiko bertambah dengan peningkatan usia, kanser usus boleh berlaku kepada orang muda. Malangnya, ramai menganggap simptom seperti berak berdarah, perubahan waktu buang air besar, rasa tidak puas setiap kali selepas buang air besar dan sakit perut, sebagai masalah buasir. Dianggarkan 30 hingga 40 peratus atau lebih 200,000 pesakit lewat menjalani pemeriksaan.

Justeru, tanda ini dibiarkan saja tanpa mendapatkan rawatan hinggalah penyakit menjadi kronik dan ada sesetengah kes, sel kanser dari usus merebak dan menjangkiti bahagian badan lain (dipanggil metastasis).

Kanser bermula dari satu sel yang tidak normal. Untuk membentuk satu ketulan, ia memerlukan kira-kira 1,000 juta sel tidak normal. Biasanya pada diagnosis awal, bilangan sel kanser mencecah satu bilion.

Walaupun jumlah ini banyak, tetapi jika dikesan awal, peratusan sembuh sangat tinggi iaitu hampir 100 peratus, tetapi jumlah ini kecil. Hanya 20 peratus pesakit didiagnos awal, sedangkan 80 peratus lagi hanya datang apabila kanser mencapai tahap ketiga (serius), katanya pada pelancaran ubat kanser usus Avastin anjuran Roche (M) Sdn Bhd.

Ketumbuhan pada usus memerlukan oksigen dan nutrien untuk hidup dan membesar. Ia akan membentuk salur darah sendiri (menjadikan salur darah sedia ada bercabang untuk sampai ke ketumbuhan berkenaan) bagi mendapatkan oksigen dan nutrien. Proses ini dipanggil angiogenesis.

Salur darah

Dari sini sel kanser boleh merebak ke anggota badan lain dengan memasuki salur darah. Bevacizumab yang mempunyai sifat anti-angiogenesis menyekat proses pembentukan salur darah ke ketumbuhan dan menghalang salur darah daripada terus membekalkan oksigen serta nutrien. Sel kanser yang tidak mendapat �makanan� lama kelamaan akan mati.

Menurut Perunding Onkologi Klinikal dan Radioterapi, Datuk Dr Mohamed Ibrahim Abdul Wahid, rawatan bevacizumab bersama kemoterapi dapat memberi kesan positif dan meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Katanya, rawatan ini juga sesuai digunakan bagi pesakit yang sel kansernya merebak ke anggota badan lain. Ini kerana bevacizumab bertindak khusus pada protein yang dipanggil VEGF iaitu bahan utama proses angiogenesis dan menyekat bekalan darah ke sel kanser.

Setiap hari sangat berharga bagi pesakit kronik. Ini harapan baru kepada pesakit. Dapat meneruskan hidup dua atau tiga tahun bermakna mereka boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga dan orang tersayang, katanya.

Rawatan kemoterapi digabungkan bersama bevacizumab untuk pesakit kanser usus adalah prosedur biasa di Amerika Syarikat sejak ia digunakan setahun lalu, kata Pensyarah Jabatan Hematologi dan Onkologi, Fakulti Perubatan UCLA, California, Dr Fairooz Kabbinavar.

Seperti ubat lain, bevacizumab ada kesan sampingan seperti hidung berdarah, tekanan darah meningkat sedikit dan kehadiran protein dalam air kencing, tetapi menurut Dr Fairooz, kesan itu bersifat sementara. Setiap pesakit menunjukkan reaksi berbeza terhadap ubat, malah ada yang tidak mengalami kesan sampingan.

Biasanya doktor akan membuat imbangan antara faedah dan kesan sampingan. Dalam hal ini, pesakit mendapat lebih banyak faedah berbanding kesan sampingan. Pertambahan lima atau enam bulan kepada jangka hayat pesakit adalah penting bukan kepada pakar perubatan saja tetapi pesakit sendiri.

Malah rata-rata pesakit dapat menikmati kehidupan lebih bermakna dengan pertambahan masa berkenaan, katanya.

Jadi, jika anda mengalami simptom seperti di bawah, segera jalani pemeriksaan supaya penyakit dapat dirawat pada peringkat awal.


Ada masalah usus seperti kerap cirit-birit dan sembelit yang bersilih ganti
Ada pendarahan ketika buang air
Najis berdarah (najis berwarna kemerahan atau kehitaman)
Sering rasa tidak puas, walaupun berkali-kali buang air
Sakit perut
Muka jadi pucat
Lemah seluruh badan

Sumber: Blog Artikel Pilihan
http://bernama548.blogspot.com/2011/07/kanser-usus-perlu-rawatan-awal-segera_18.html

Kanser Kolon Perlu Dikesan Awal


Kanser Kolon Perlu Dikesan Awal


oleh Dr. Tan Huck Joo

Kanser kolon atau kanser rektum yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal menyebabkan 655,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun. Ia merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan lelaki Malaysia dan pembunuh ketiga di kalangan wanita negara ini.

Kanser kolon bermula dengan polip. Peringkaan permulaan polip akan tumbuh berbentuk benjolan kecil seperti cendawan di permukaan kolon. Polip adalah petanda awal kanser kolon. Kebanyakan polip tidak berbahaya tetapi ada sesetengahnya boleh bertukar menjadi kanser.

Kanser kolon boleh dicegah dan dirawat sekiranya dikesan awal. Oleh itu cara untuk mengelak daripada mendapat kanser kolon adalah dengan menjalani pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan Awal

Pemeriksaan awal bertujuan mengenalpasti atau mengesan kanser kepada pesakit yang tidak menunjukkan tanda gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser kolon. Kanser kolon boleh menyerang tanpa sebarang tanda. Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan, atau ujian, oleh doktor walaupun anda tidak mengalami sebarang tanda dan gejala.


Berdasarkan data yang diperolehi dari negara Barat, individu yang berisiko tinggi dan mencapai usia 50 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan awal pada usus iaitu kolonoskopi. Individu yang berisiko tinggi yang dimaksudkan adalah mereka yang mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit kanser kolon.

Mengikut panduan American College of Gastroenterology, jika anda mempunyai saudara terdekat (ibu bapa atau adik-beradik) menghidapi kanser kolon pada usia 60 tahun ke atas atau sebelum umur 60 tahun, anda perlu mula menjalani pemeriksaan usus atau kolonoskopi pada umur 40 tahun. Atau anda perlu melakukan pemeriksaan 10 tahun lebih awal daripada pesakit yang paling muda. Sebagai contoh, jika adik beradik anda menghidapi kanser kolon pada umur 38 tahun, anda perlu menjalani pemeriksaan pada umur 28 tahun.


Pemeriksaan awal oleh doktor untuk kanser kolon adalah penting untuk mengelakkan kanser kolon. Tetapi, ia memerlukan banyak sumber dan tenaga manusia untuk melakukannya. Selain daripada kolonoskopi yang merupakan cara terbaik untuk mengesan kanser kolon, terdapat kaedah lain untuk mengesan kanser kolon seperti pemeriksaan darah dari najis, barium enema, sigmoidoskopi dan imbasan kolonografi CT.

Mengesan Kanser Kolon

Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi bagi penghidap penyakit kanser kolon. Malangnya, kebanyakan pesakit berjumpa doktor apabila kanser pada tahap sudah teruk. Mereka enggan berjumpa doktor hingga tanda gejala berlarutan beberapa bulan.

Dan apabila mereka berjumpa dengan doktor, kanser tersebut mencapai tahap 3 (tahap yang agak teruk) atau 4 (kanser yang telah merebak ke organ lain, seperti hati atau peparu). Tahap 4 merupakan kanser terminal dan kemungkinan peluang untuk hidup adalah tipis. Diagnosis awal adalah penting dan seharusnya pesakit mendapatkan rawatan segera sejurus mempunyai tanda gejala kanser kolon.


Sekiranya anda mempunyai tanda gejala kanser kolon dan mendapatkan pengesanan awal doktor, doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan usus atau kolonoskopi di bawah pembiusan ringan.

Kolonoskopi adalah prosedur yang boleh dilakukan di bilik rawatan harian. Dalam prosedur kolonoskopi doktor akan menggunakan skop iaitu satu tiub panjang dan boleh melentur (fleksibel) dengan garis pusat ½ inci. Tiub ini disambungkan ke alat perakam kamera video untuk doktor memeriksa seluruh kolon dan dubur (rektum). Prosedur ini boleh dilihat oleh doktor dengan jelas pada skrin televisyen.

Semasa prosedur, doktor boleh membuang polip atau mengambil sampel tisu yang tidak normal di dalam usus untuk dianalisis. Pembuangan polip bertujuan mengurangkan risiko pesakit mendapat kanser. Prosedur kolonoskopi berguna untuk mendiagnos penyakit dan ia juga berguna merawat pendarahan usus, membuang polip dan merawat usus yang tersumbat disebabkan kanser kolon.

Barium enema dan imbasan kolonografi adalah satu lagi cara yang sesuai untuk mendiagnos kanser kolon yang telah menyumbat lubang usus. Tetapi dengan cara ini doktor tidak dapat mengambil sampel tisu kolon untuk dianalisa.


Ujian darah CEA (Carcinoembryonic Antigen) pula tidak tepat untuk mengesan kanser kolon. Bagaimanapun, bacaan CEA yang tinggi tidak semestinya menunjukkan pesakit menghidap kanser kolon, tetapi kemungkinan pesakit menghidap kanser paru-paru atau kanser perut. Bacaan CEA yang tinggi boleh juga dikesan di kalangan perokok. Untuk peringatan, bacaan CEA pada paras normal tidak semestinya bermaksud seseorang itu bebas dari kanser kolon.

Rawatan

Pembedahan - Harapan pesakit kanser kolon untuk sembuh adalah dengan menjalani pembedahan. Sekiranya ketumbuhan yang dialami oleh pesakit belum merebak, pembuangan sebahagian usus melalui pembedahan akan dilakukan. Cara pembedahan yang dilakukan bergantung pada lokasi ketumbuhan. Jika kanser tersebut adalah terlalu dekat dengan dubur, pesakit mungkin memerlukan beg kolostomi sementara dan kolon disambung semula selepas beberapa bulan. Lebih awal kanser dapat dikesan, lebih besar peluang pesakit dapat hidup dengan jangka masa yang lebih panjang.

Pembedahan kadang-kala juga akan dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kanser terminal di mana penyumbatan keadaan usus tersekat disebabkan kanser yang terlalu besar dan menutup lubang usus, yang juga boleh menyebabkan kebocoran usus. Colonic stentingatau proses penggunaan pendawaian tiub adalah alternatif lain untuk mengurangkan sumbatan kolon daripada kanser kolon.


Kemoterapi - doktor menggunakan ubat anti-kanser untuk menghalang pertumbuhan atau membunuh sel kanser. Kebanyakan ubat anti-kanser diberi melalui suntikan. Rawatan kemoterapi adalah lebih berkesan untuk membunuh sel kanser dan menghalang perulangan. Secara umumnya, cara ini mempunyai kesan sampingan tetapi boleh dikawal secara keseluruhan.

Terapi radiasi - menggunakan sinar-X berkuasa tinggi digunakan untuk membunuh sel kanser dan menghalangnya daripada merebak. Rawatan ini juga digunakan bersama kemoterapi untuk mengecutkan ketumbuhan sebelum pembedahan.

Imunoterapi atau terapi biologi - terapi ini meningkatkan fungsi anti-kanser pesakit dengan menggunakan sistem imun tubuh badan untuk melawan kanser.


Bolehkah Kanser Kolon Dicegah?

Walaupun faktor risiko utama kanser kolon adalah gen anda, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan anda boleh mencegah kanser ini. Anda boleh melakukannya dengan menambah pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, mengamalkan dietrendah kalori, berhenti merokok, mengurangkan atau berhenti mengambil alkohol dan banyakkan bersenam adalah terbukti dapat mencegah daripada mendapat kanser.

Sekiranya anda mempunyai sejarah kanser kolon dalam keluarga, risiko anda mendapat kanser kolon adalah tinggi dan ujian pemeriksaan awal oleh doktor adalah sangat penting. Ingat, kanser kolon boleh dielakkan. Oleh itu, jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi, jalani ujian pemeriksaan awal. Jangan tunggu sehingga anda melihat tanda dan gejalanya untuk berjumpa doktor.

Sumber:
http://www.sihatselalu.com.my/2010/06/kanser-kolon-perlu-dikesan-awal.html