Memahami
adalah proses bukan hasil yang diperlukan oleh kebanyakan kanak-kanak. Kehidupan
kita dalam orientasi kerja, budaya menumpukan penghasilan kadangkala kita
terlepas pandang kepada perkara yang mudah untuk keseronokan melakukan sesuatu
demi kepuasan diri. Kanak-kanak bagaimana pun mendapatkan kepuasan lebih
daripada keseronokan. Mereka melalui proses dan mengembirakan saat yang
dilalui. Oleh itu tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan sesuatu atau
merasa tekanan kepada menyiapkan sehingga selesai. Kanak-kanak merasa seronok
membawa pulang hasil rekaannya.
Cerminan Diri menempuhi duri dan onak di sepanjang jalan. Debuan jalanan menjadi semangat diri yang dikepal menjadi OBOR PERJUANGAN.
Showing posts with label Prasekolah. Show all posts
Showing posts with label Prasekolah. Show all posts
Wednesday, May 22, 2013
Wednesday, October 24, 2012
Konvokesyen Prasekolah IPGKTAR 2012
Tanggal 24 Oktober 2012, maka berlangsunglah majlis Konvokesyen Prasekolah IPGKTAR 2012 di Dewan Sri Samarahan. Bertemakan SEMUANYA BERMULA DISINI majlis ini dirasmikan oleh Pengarah IPGKTAR Pn Hamsiah Bt Abdullah Masni.
![]() |
| Pentas & Props |
Seramai 11 orang kanak-kanak prasekolah ini telah bergraduan dan semestinya akan memasuki alam persekolah di arus perdana iaitu Tahun 1. Manakala 14 orang lagi kanak-kanak hanya menerima hadiah kerana masih berumur 5 tahun dan masih belajar di prasekolah ini untuk tahun hadapan.
![]() |
| Wajah Ceria Kanak-Kanak Untuk Menerima sijil & Hadiah |
GOOD START, GROW SMART sememangnya ungkapan yang perlu direnung bersama jika menyingkap dunia persekolahan kanak-kanak di prasekolah. Umpama buah, jika benihnya baik maka hasilnya pun pasti baik. Oleh itu, permulaan didikan, disiplin dan bimbingan perlu diterapkan semasa kanak-kanak di dunia pendidikan awal seperti prasekolah. Jika tidak, akan susah untuk membentuk mereka nanti. Melentur buluh biarlah dari rebungnya!!!.
Monday, October 22, 2012
Kepentingan program transisi kepada kanak-kanak
i)
meningkatkan
minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah dapat menyelaraskan keperluan
kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum
memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
ii)
mengukuhkan
kembali kemahiran asas yang dipelajari di prasekolah dan dapat digunapakai ke Tahun Satu dalam aspek kognitif, efektif
dan psikomotor .
iii)
Kanak-kanak
akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru yang mengajar di
Tahun Satu dan serta pendekatan yang
lebih formal.
iv)
Memberi
keyakinan dan rasa selamat kepada kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran di
peringkat yang lebih tinggi.
v) Kanak-kanak telah bersedia dan menyesuaikan diri
menerima pendidikan secara formal
Kepentingan program transisi kepada ibubapa
i) mewujudkan
keyakinan dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan dan keselamatan anak
mereka di sekolah baru.
ii)
mengetahui
perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum dalam pendidikan awal dan ke
peringkat yang lebih tinggi.
iii)
mengetahui
peraturan dan amalan yang biasa dijalankan di sekolah.
Peranan Guru Prasekolah Dalam Proses Transisi Prasekolah Ke Tahun 1
Sebagai insan guru yang memahami kanak-kanak
prasekolah, adalah perlu guru prasekolah merancang beberapa perkara yang perlu
dititikberatkan bagi program transisi antaranya:-
i)
menyediakan
profil peribadi, rekod berkaitan perkembangan kanak-kanak serta latar belakang pencapaian pembelajaran mereka
di prasekolah. Tugas guru juga termasuk
mengenalpasti kanak-kanak berkeperluan khas yang bermasalah dalam pembelajaran.
ii)
menyediakan dan mendedahkan
pengalaman sebenar kepada kanak-kanak tentang
suasana persekitaran di sekolah rendah (di Tahun Satu).
iii) membuat lawatan ke sekolah yang akan menerima kanak-kanak ke Tahun Satu.
iv) bekerjasama atau berbincang dengan guru Tahun Satu
v) mengetahui sukatan pelajaran Tahun Satu.
iii) membuat lawatan ke sekolah yang akan menerima kanak-kanak ke Tahun Satu.
iv) bekerjasama atau berbincang dengan guru Tahun Satu
v) mengetahui sukatan pelajaran Tahun Satu.
vi) memberi penerangan yang
jelas kepada kanak-kanak tentang perubahan rutin pembelajaran di prasekolah dan
pembelajaran di Tahun Satu.
vii) guru prasekolah memahami iklim dan budaya sekolah di Tahun Satu.
viii) menyediakan murid dengan kemahiran asas sosialisasi, sosio-emosi dan psikologi
vii) guru prasekolah memahami iklim dan budaya sekolah di Tahun Satu.
viii) menyediakan murid dengan kemahiran asas sosialisasi, sosio-emosi dan psikologi
Peranan Guru Prasekolah Dalam Proses Transisi Rumah Ke Prasekolah
Guru prasekolah perlu memainkan peranan yang penting
dalam menghadapi kerenah kanak-kanak. Kehebatan seorang guru mempercepatkan proses
penerimaan pembelajaran dan persekitaran prasekolah kepada kanak-kanak
.Beberapa perkara perlu dititikberatkan bagi memendekkan kepelbagaian ragam
kanak-kanak di prasekolah antaranya:-
i) Guru
bijak mewujudkan dan mengeratkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan
kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa sendiri akan merasa selamat untuk
meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.Guru memainkan berperanan sebagai
pendidik, pembimbing, pengasuh kanak-kanak dan model yang baik. Dengan ini
kanak-kanak akan lebih merasa selamat dan mempercayai guru yang berada di
prasekolah sebagai pengganti kepada ibu bapa mereka. Mereka juga akan lebih
cepat menerima suasana prasekolah seperti suasana di rumah mereka.
ii)
Guru
menerapkan peraturan dan disiplin di prasekolah dengan cara yang bijak, dan
tidak drastik kepada kanak-kanak serta menyatakan perbezaannya dengan amalan
yang berlaku di rumah mereka.
iii)
Guru
perlu mendapat maklumat dari ibu bapa tentang kanak-kanak bagi menangani
perbezaan murid dari segi ras, latar
belakang, pengalaman dan kepandaian yang berbeza dengan kepelbagaian
pendekatan yang sesuai.
iv)
Guru
prasekolah merancang aktiviti yang menyeronokkan dan berkesan bagi
mempercepatkan kanak-kanak menyesuaikan
diri dengan persekitaran prasekolah,
aktiviti pembelajaran ,peraturan, dan
kawan yang baru di prasekolah.
Transisi Prasekolah Ke Tahun 1
Transisi prasekolah ke Tahun Satu pula adalah persediaan yang dijalankan bagi tujuan
membantu kanak-kanak menghadapi
perubahan di dalam keadaan transisi dari prasekolah ke pendidikan formal di Tahun Satu di sekolah
rendah. Persediaan ini penting bagi membantu mereka
lebih bersedia ke arah pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Transisi Dari Rumah Ke Prasekolah
Transisi dari rumah ke prasekolah adalah proses yang
meliputi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam proses
untuk pergi ke prasekolah. Mereka diajar dengan disiplin-disiplin tertentu
contohnya mandi, menggosok gigi, memakai baju dan bersarapan sebelum ke
sekolah. Transisi ini banyak dibantu oleh ibu bapa. Ia bertujuan
untuk membantu dan menyokong kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah
ke sistem pendidikan yang formal
atau prasekolah. Sesampai di
prasekolah pula mereka akan disambut oleh guru dan mereka akan diajar melakukan
rutin bagi persediaan ke arah pembelajaran.
Konsep Transisi Prasekolah
Dari segi definisi transisi bermaksud proses
perubahan dari satu tahap, gaya atau tempat ke perubahan yang lain. Dari segi
Konsep transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku
dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Transisi kanak-kanak
prasekolah dapat dibahagikan kepada dua iaitu transisi dari rumah ke prasekolah
dan transisi dari prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu).
Sunday, September 30, 2012
Pusat Pembelajaran Sains & Matematik
Hari ini juga, saya dengan rasa keletihan yang masih bersisa selepas balik daripada pentauliahan di Kem Alapong, Lundu berhempas pulas menyiapkan Pusat Pembelajaran di prasekolah IPGKTAR. Idea seorang insan biasa, yang berusaha dengan luar biasa untuk menghasilkan yang luar biasa.
![]() |
| Tekun |
![]() |
| Pusat Pembelajaran |
![]() |
| Bahagian Teknologi (Kenderaan Darat) |
![]() |
| Bahagian Matematik (Nombor) |
![]() |
| Bahagian Sains (Menyiasat Alam Kehidupan) |
Akhirnya, kerja saya siap juga (yang dimulakan sejak 830 pagi hingga 4.00 petang) meskipun idea yang terhasil secara spontan. Hanya sempat memikir dan mencanai pengisian pusat pembelajaran ini dalam masa satu malam. Syabas!!
Terima kasih pada Kak Siti, Maz, Ayien & Jura sebab ada menyumbangkan tenaga untuk mengambil gambar saya sedang bekerja, laminate bahan-bahan yang saya sediakan dan memeriahkan lunch saya hari ini. hahahahahaaa....
Sunday, September 23, 2012
KidZania : Impian, Mimpi, Harapan & Cita-Cita
Pada hari ketiga benchmark, saya pergi ke KidZania (Pusat Karier Kanak-Kanak). Setelah segala urusan selesai di kaunter tiket dan pegawai jualan, saya dibenarkan masuk. Sebabnya, saya tidak membawa kana-kanak, syarat untuk masuk at least seorang kanak-kanak ada. Saya diiringi dua orang pemandu arah yang turut memberikan penerangan berkenaan semua isi KidZania. Berikut merupakan gambar yang saya sempat rakamkan berkenaan isi KidZania.
![]() |
| Papan Tanda Jalan / Laluan |
![]() |
| KZ National Painting School |
![]() |
| Dental Care |
![]() |
| Kurlz Saloon |
Gambar diatas merupakan sebahagian daripada pengisian di KidZania. Banyak lagi bahagian yang tidak saya muatnaik di sini. Personally, saya sangat setuju dengan pembangunan idea kreatif KidZania ini. Pengalaman yang dilalui kanak-kanak di sini secara tidak langsung memberi gambaran kepada kanak-kanak terhadap impian dan cita-cita. Pengetahuan dan pengalaman di sini sebenarnya akan tumbuh dan membesar bersama kanak-kanak tersebut.
Saya percaya, setiap kanak-kanak yang merasai sendiri pengalaman di sini pasti jelas akan gambaran impian mereka sendiri. Malahan mereka akan betul-betul jatuh cinta dengan impian yang disatukan dengan pengalaman di KidZania.
Pendapat saya (tiada kaitan dengan sesiapa), ibu bapa, guru-guru dan kanak-kanak harus datang ke KidZania ini. Siramlah biji benih impian generasi masa depan, bajailah cita-cita anak watan, biar tumbuh dan mekar menjadi bunga kebangaan dunia, khasnya Malaysia. Chaiyok...Chaiyok KidZania.
TQ, Terima Kasih.
TQ, Terima Kasih.
Saturday, September 22, 2012
Bahagian Ke-2 Hari Ke-2 Benchmark
Bertolak tepat pukul 1130 pagi dari SKSBU terus menuju ke SK Padang Tembak 1. Sampai di sana, saya disambut dengan paluan kompang dari murid-murid sekolah ini. Dibawa terus ke pusat sumber untuk taklimat ringkas. Perasaan kagum menyelinap lagi (entah untuk yang keberapa kali sudah perasaan ini hadir). Kemudian terus di bawa ke Prasekolah Permata Aktif SKPT 1.
![]() |
| Disambut dengan bunga manggar & paluan kompang. |
Melangkah saja masuk ke prasekolah SKPT 1 membuatkan saya tergamam lagi. Ahhh.... puji Tuhan. Indahnya alam pendidikan yang diceburi ini. Kanak-kanak yang menanti dan dahagakan ilmu kian menggamit diri.
![]() |
| Diluar Kelas Prasekolah Permata Aktif |
"Apa yang paling penting ialah KEKUATAN ini" Guru prasekolah Ainalita berkata sambil menunjuk ke kepala. Faham saya, kekuatan mental...
Ini yang saya dapat di prasekolah ini. Seperti entry sebelum ini, saya hanya memuatnaik beberapa keping gambar sahaja. Perjalanan kali ini sangat menyeronokkan. Seronoknya.... Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ilmu yang saya perolehi berlipat kali ganda. Terima Kasih...
Perjalanan Hari Ke-2 Benchmark (21/9/2012)
Wooo.. Woooo..... Semangat itu PENTING ok...!!
Hari ini saya menggunakan kemeja berjalur ke bawah berwarna biru dan juga necktie biru... Warna kegemaran (kebanyakkan biru penghias almari pakaian ku). Dengan semngat itu saya melangkah pergi ke sekolah pertama hari ini. Saya akan pergi ke SK Seri Bintang Utara. Dengar cerita sekolah terbaik dan SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Sampai di SKSBU tepat pukul 830 pagi. Disambut dengan ramah oleh guru besar sekolah itu. Perasaan teruja semakin menggunung. Di bawa melihat-lihat persekitaran SKSBU. wooooo...patutlah. Memang ada budaya atau ETOS tersendiri sekolah ini. Murid-murid pun memberi salam dan tunduk ketika berjalan melalui pelawat. Kagum sendiri saya...
Kemudian di bawa masuk ke kawasan prasekolahnya. Ada dua buah. Sangat cantik dan perasaan bertuah menyelinap ke sanubari. Bukannya apa, perasaan itu wujud melihat betapa komited nya guru-guru prasekolah di SKSBU. Kelas penuh dengan warna-warni. Al-maklumlah, firtah kanak-kanak memang sukakan warna-warni.
![]() |
| Penyambut Tetamu |
![]() |
| Didikan Satu Bangsa, Satu Negara Satu dalam semuanya |
![]() |
| Prasekolah Bijak |
Dalam entry ini, saya hanya kepilkan bersama beberapa gambar. Namun, saya simpan yang selebihnya. Bukan kedekut. Tapi ada rasionalnya. Nantilah saya berikan alasannya... hahahahaha...
Di akhir pertemuan pertama ini (mungkin akan ada yang kedua atau ketiga...), jamuan diadakan di Pusat Sumber SKSBU. Amboi bertaraf dunia you .... cantik, indah, kondusif dan bla bal bal... kalau tak nak juga ke library tak tahulah. Selepas berborak dan berkongsi apa yang patut, perpisahan menjelma. Di pintu masuk SKSBU tarian sudah menanti. Kuda kepang dan joget johor dihidangkan.. Ahhh ... tak puas lagi sebenarnya, tapi masih ada misi perlu dilangsaikan... Iaitu SK Padang Tembak 1...... Here I come !!
Thursday, September 20, 2012
Perjalanan Hari Pertama Benchmark (20/9/2012)
Bertolak dari Kuching tepat pukul 605 pagi dengan penerbangan AK5620. Sampai di LCCT Kuala Lumpur pada pukul 750 pagi. Sempat bersarapan di LCCT. Makan ayam KFC jak dengan air Milo. Kemudian terus bertolak ke Tadika Rama-Rama Bestari di Seksyen 7 Shah Alam. Banyak juga maklumat dan input baru yang saya dapat.
Tepat 1230 tengahari bertolak ke Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, KL. Tengahari ini dijemput MERARAU bersama Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT. Habis MERARAU terus melawat ke prasekolah IPGKPT. Wooow... Itu perkataan pertama yang terpancul dari mulut. Sangat menarik. Kelasnya penuh dengan BBM/ABM yang saya kira sangat sesuai untuk memastikan kanak-kanak prasekolah ini 'BERLARI TURUN KE SEKOLAH, BERJALAN UNTUK BALIK KE RUMAH". Saya hanya memuatnaik beberapa keping gambar sahaja. Yang selebihnya untuk entry lain kali.
![]() |
| HASIL KERJA KANAK-KANAK |
![]() |
| SALAH SATU TUNJANG KSPK PRASEKOLAH |
Benchmark (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
![]() |
| Suasana Gembira Kanak-Kanak |
Harapan menggunung moga lawatan / benchmark ini akan menjadi penambah rencah ilmu di dada sebagai bekalan menempuh gelombang untuk mengemudi bahtera dunia prasekolah yang saya pilih ini.
Wednesday, September 19, 2012
Pentaksiran & Penilaian Perkembangan Awal Kanak-Kanak
Kementerian Pendidikan Malaysia
(2003), dalam menghuraikan kurikulum prasekolah menyatakan bahawa pentaksiran
dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan secara berterusan.
Selain bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi
pengukuhan dan dipertingkatkan di dalam kesemua domain- domain kognitif,
afektif dan psikomotor, penilaian tersebut juga memberi maklumat untuk menentukan
pencapaian sesuatu objektif dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran.
Disamping itu, dengan membandingkan
perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada
peringkat-peringkat tertentu mengikut umur membolehkan guru, memilih dan
merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan
kanak-kanak. Proses pemerhatian, mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis
rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan guru memahami perkembangan serta
kemajuan pembelajaran kanak-kanak.
Dari sisi yang lain, pengetahuan
yang terhad dalam aspek pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak–kanak perlu
didalami dan difahami oleh guru prasekolah bukan sekadar berunsurkan teori dan
mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru perlu
diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan
penilaian. Kanak–kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi
dinilai. Justeru, guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran
pemerhatian daripada segi teori dan pratikal seperti rekod anekdot dapat
menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu dijalankan di
peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan
kognitif kanak–kanak (Saayah Abu, Siti Saleha Samsuri & Surayah Zaidon, 2006).
Kesimpulannya,
pentaksiran dan penilaian pendidikan awal kanak-kanak seharusnya dilakukan
sebaik mungkin untuk memastikan perkembangan dan potensi kanak-kanak boleh
dikembangkan dan digilap. Sikap “ambil mudah” dan “melepaskan batuk ditangga”
seharusnya dikikis. Ini kerana peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan
akar kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Jika tersilap langkah
pada peringkat akar, akibatnya akan musnahlah generasi dan masa depan negara.
Ekoran itu, portfolio kanak-kanak Prasekolah dilihat
sebagai satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan
perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu
portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang
dialami oleh kanak-kanak. Namun, jika pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail
untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar
bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program
prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin
perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu
perkembangan kanak-kanak.
Monday, September 10, 2012
Mendisiplinkan Kanak-Kanak Prasekolah
Apakah perkara pertama yang terlintas di benak apabila disebut tentang mendisiplinkan kanak-kanak prasekolah? Adakah ia sama dengan cara mendisiplikan anak-anak kita di rumah?
"Sayangkan anak-anak, tangan-tangankan"
Mungkin kata-kata ini boleh dijadikan landasan untuk mendisipilnkan anak-anak atau kanak-kanak prasekolah. Kita tegur mereka bukan bererti kita marah. Tetapi kita mengajar mereka ke arah yang sepatutnya.
Satu lagi apa yang terlintas di benak saya adalah kita sebagai guru prasekolah atau ibu bapa kalau di rumah perlu mengamalkan "THREE F". F pertama ialah FAIR. Kita kena adil dalam mebuat tindakan dan teguran. Kedua iala FIRM. Tindakan tegas perlu dibuat untuk sebarang keadaan dan situasi. F yang ketiga ialah FRIENDLY. Kita perlu mesra kepada anak-anak atau kanak-kanak prasekolah. Dengan ini mereka akan merasa bahawa mereka penting dalam hidup kita.
Perkara yang perlu dielakkan. Kalau boleh mesti dihindari ialah F=FEARS... jangan takutkan mereka...
Thursday, September 6, 2012
Komunikasi & Tingkahlaku Kanak-Kanak
Cara dan bagaimana kita berinteraksi atau berkomunikasi dengan kanak-kanak mempunyai pengaruh yang begitu besar terhadap perkembangan konsep kendiri yang positif. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i) komunikasi verbal
ii) non-verbal.
Komunikasi verbal adalah komunikasi secara lisan, manakala komunikasi non-verbal pula adalah komunikasi bukan lisan. Komunikasi non-verbal merupakan satu bentuk komunikasi yang dinyatakan melalui gerak tubuh badan, nada suara, jarak dan sebagainya. Contohnya memberi senyuman, menjegilkan mata, memasamkan muka, mengerutkan dahi dan menguatkan suara. Komunikasi non-verbal juga berfungsi sebagai metakomunikasi, iaitu komunikasi tentang mesej yang ingin disampaikan. Contohnya, kanak-kanak mengatakan bahawa dia gembira dan kegembiraan ini dapat dilihat daripada riak wajahnya yang ceria.
Friday, August 31, 2012
Konsep Kendiri Kanak-Kanak Pertengahan & Akhir
PERKAMBANGAN KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan mula bertanya pada dirinya “ Siapakah saya ? Sukakah saya pada diri saya ? semuanya persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep diri adalah sesuatu yang kompleks. Antara fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri contohnya ialah “Adakah saya lakukan dengan betul ? Selain itu ia juga berperanan sebagai pengukuhan kendiri dan juga berfungsi untuk penentuan dalaman dan luaran. Menurut David Shaffer, konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah “ looking glass self ” untuk menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan bagaimana orang lain bergerak balas terhadap diri mereka.
Sistem kendiri terbahagi kepada 3 iaitu :-
Pengetahuan kendiri ( self-knowledge ) :
Sistem kendiri terbahagi kepada 3 iaitu :-
Pengetahuan kendiri ( self-knowledge ) :
Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya
Penilaian kendiri ( self-evaluation ) :
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak terhadap dirinya
Pengaturan kendiri ( self-regulation ) :
Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan kendiri
Tuesday, August 28, 2012
Sosioemosi dan Kanak-Kanak Prasekolah
Hurlock (1997) menyebut masa atau usia
tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai The Golden Age di mana terdapat enam
perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat pada tahap ini tetapi perkembangan
yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah perkembangan sosioemosi di mana
mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan
atau orang lain.
Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995 menyatakan anak-anak yang
memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih mempunyai keyakinan diri yang
tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah diterima oleh
rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















