Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Mesti Tonton Skyfall

Superb!!! 
Dari 5 bintang, saya bagi 4 setangah bintang. Nak bagi lima? Bolelah. Sangat ok.
Skyfall Actor's Danial Craig
Seperti yang saya jangka. Filem James Bond's Skyfall memang menarik. Bukan setakat aksi, jalan cerita, teknik yang digunakan etc...malahan pengisian filem ini juga lengkap. Dimasukkan unsur kasih sayang dan ketaatan kepada ketua.

A Place Name' Skyfall
Saya berasa sangat puashati dengan filem ini. Tidak rugi saya pergi menonton sorang2 di panggung. Saya rasakan saya akan beberapa kali lagi akan menonton filem Skyfall ini.

Skyfall (Francais Bond)

Skyfall
Ini adalah antara filem yang aku nantikan sepanjang tahun ini, Kemunculannya memang menjadi impian aku untuk menontonnya. Tetapi, ketika dan hari ini, sudah sedikit terlajak dari tarikh awal tanyangan iaitu pada 1 November 2012. Bukannya apa, kerana tugas yang menuntut pergorbanan dan perhatian. James Bond terpaksa dilupakan seketika. Misi bermula hari ini. Saya akan menyaksikan filem James Bond!!! Al-maklumlah...cuti sudah bermula. Yeahhh...oooooo...haaaa.....bravoooo!!!

James Bond - SKYFALL


Skyfall raih RM861j

pix_gal0

Selepas 10 hari ditayangkan, filem James Bond capai pungutan box office di seluruh dunia

Walaupun belum ditayang di Amerika Syarikat (AS), filem terbaru ejen perisik James Bond, Skyfall mencapai kutipan box office apabila mengaut lebih RM861 juta (AS$287 juta) di benua Eropah dan Asia.

Kutipan ini adalah tertinggi direkodkan dalam sejarah 50 tahun ejen perisik 007 yang sudah mengumpul 23 judul sejak karya pertama, Dr No diterbitkan pada 1962. 
Mengikut statistik industri perfileman, Skyfall yang mula ditayang di AS, Jumaat ini, memungut RM471 juta (AS$157 juta) pada Sabtu dan Ahad lalu, mengetepikan jauh jumlah kutipan judul terdahulu seperti Quantum of Solace dan Casino Royale. 



Laman blog melaporkan, Skyfall merekodkan pembukaan terbesar di Jerman dengan pungutan lebih RM70 juta (AS$23.9 juta), menjadikan ia filem paling berjaya tahun ini.

Sambutan peminat Switzerland terhadap Skyfall juga tidak mengecewakan apabila filem itu meraih pungutan hampir RM16 juta ((AS$5.3 juta). Filem lakonan Daniel Craig ini turut mendapat sambutan hangat di Itali, Sepanyol, Belanda, Austria, India, Taiwan dan Mexico.

Di Malaysia, hampir semua pawagam yang menayangkan Skyfall terutama bagi tayangan hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad lalu, dikerumuni peminat. Malah ada yang terpaksa pulang hampa apabila tiket bagi semua tayangan habis termasuk slot tengah malam.

Tertinggi di UK

Di United Kingdom (UK), produksi Skyfall boleh tersenyum lebar kerana filem ini memperoleh pungutan kasar lebih RM77 juta (AS$25.7 juta) pada Sabtu dan Ahad lalu. Ini adalah kutipan tertinggi yang direkodkan bagi pembukaan filem James Bond dalam sejarah filem ini di UK - negara asal Bond.

Sehingga hari ini, Skyfall memungut lebih RM250 juta (AS$85.8 juta) di UK.

Merentas Lautan Pasifik di Amerika Syarikat (AS), tinjauan sebelum pembukaan Skyfall meramalkan pungutan lebih RM240 juta (AS$80 juta) bakal diraih filem aksi ini berdasarkan reaksi peminat James Bond di seluruh AS.

Difahamkan, pembukaan Skyfall di AS ditangguhkan bagi mengelak bertembung dengan Pilihan Raya Presiden AS 2012 dan Taufan Sandy.


INFO

* Ditayang di 81 negara
* Mulai ditonton sejak 26 Oktober di Eropah dan Asia
* Kos pembikinan RM600 juta (AS$200 juta)  * Dibintangi Daniel Craig (sebagai James Bond); Judi Dench (M); Javier Bardem (Raoul Silva); Ralph Fiennes (Gareth Mallory) dan Naomie Harris (Eve) 

Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SkyfallraihRM861j/Article/

Wednesday, June 27, 2012

The Amazing Spider Man

Ini satu lagi movie yang saya tunggu sejak dari hari pertama iklan akan kemunculannya ditayangkan. Saya pasti akan menonton movie ini. Niat dihati lah tuuu!!! 

The Amazing Spider Man!!! Tak sabar nak tonton movie ini. Hobi sihat yang saya selalu saja lakukan dikala tidak limpahi dan dilemaskan dengan kerja yang menuntut setiap detik waktu bertungkus lumus. Sekarang masih ada masa untuk saya manjakan diri melakukan aktiviti ini.......See u there Spider-Man...

Friday, June 22, 2012

Snow White and Huntsman

Semalam juga saya turut pergi menonton wayang bersama rakan-rakan selepas penat mendengar ceramah dalam SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK. Kami memilih slot pukul 530 petang di MBO Cineplaxs The Spring. 

Tujuan utama saya nak tengok cerita ini adalah untuk mengembalikan kenangan yang saya kutip semasa sekolah rendah melalui buku Purti Salji dan 7 Orang Kerdil. Walau tajuk diubah saya tetap nak pergi tengok.

Berani saya katakan bahawa cerita ini berjaya menarik perhatian saya. Ini kerana turut menyerapkan nilai kemanusiaan dan kasih sayang walaupun telah dihiasi oleh gaya canggih teknologi......AMIGOS

Friday, May 25, 2012

Men In Black 3

Men in Black 3
Semalam dalam hujan ribut. Aku pergi seorang diri. Niat dihati cuma satu. Nonton wayang Men in Black 3. Perrrghhh!!! Thumb Ups for it. Memang memuaskan. Cerita yang bagus. Semua elemen ada disitu. Manusia dan bukan manusia. Mesin-mesin. Masa yang boleh ditukar balik ke zaman lampau. Gembira. Tegas. Berani. Kepercayaan. Sedia ada. Kekeluargaan pun ada. Semua da. lengkap rasanya pengisian cerita ini.

Don't ask questions if you don't know the answers". I like kata-kata ini. Bagi saya perkataan dan ayat ini besar dan dalam maksudnya. Betul jugakan. Kalau kita sendiri tidak tahu di mana nak cari jawapannya. Lebih baik diam daripada bertanya soalan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap orang lain.