Showing posts with label GSTT. Show all posts
Showing posts with label GSTT. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Akhirnya... Disinilah Diri Ini


PUTRAJAYA: Seramai 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan ditawarkan mengikuti latihan dan kursus perguruan mulai Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.
Katanya, dari jumlah itu, seramai 4,433 GSTT akan mengikuti latihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Februari, manakala selebihnya di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), bermula 9 Januari.
Beliau berkata mereka itu merupakan antara 13,184 GSTT yang telah berkhidmat sejak Jun tahun lepas dan diberikan keutamaan kerana memenuhi syarat, antaranya telah berkhidmat sebagai GSST lebih dua tahun serta berusia tidak lebih 35 tahun pada 31 Dis 2010.
"Kementerian Pelajaran memang memandang serius apa jua pandangan dan keluhan berhubung GSTT. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang juga Menteri Pelajaran turut begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh GSTT. "Ini (pengumuman hari ini) menunjukkan komitmen dan janji Timbalan Perdana Menteri kepada 13,184 GSST yang berkhidmat dalam Kementerian Pelajaran dan dikotakan oleh beliau sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Guru Sandaran di sini Isnin.
Daripada 13,184 GSTT, Wee berkata seramai 1,799 pula sedang mengikuti kursus dan latihan perguruan mod Kursus Dalam cuti (KDC) manakala 2,788 GSST pula tidak mengemukakan dokumen yang lengkap untuk dipertimbangkan bagi mengikuti kursus perguruan dan mereka diberi tempoh sehingga Isnin depan (26 Dis) untuk membuat rayuan.
"Mereka diberi tempoh sehingga 26 Disember untuk kemukakan dokumen asal dan kami akan terima mereka secara berperingkat," katanya.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 2,928 GSTT pula tidak layak untuk mengikuti kursus perguruan kerana melebihi had umur serta tempoh berkhidmat kurang daripada dua tahun secara berturut-turut.
Bagaimanapun, katanya disebabkan kumpulan itu komited terhadap sistem pendidikan negara, maka kementerian menawarkan mereka meneruskan perkhidmatan secara "contract of service".
"Contract of service ini tidak dibuat untuk jangka panjang...secara berperingkat dan boleh diperbaharui mengikut keperluan pada ketika itu," katanya.
Wee turut memberi jaminan bahawa mereka yang berkhidmat secara "contract of service", pendapatan dan kebajikan mereka akan tetap sama seperti ketika menjadi GSTT.
Wee berkata Timbalan Perdana Menteri juga membuat keputusan bahawa kesemua GSTT berkenaan, tidak perlu membayar balik gaji yang diterima mereka sejak Oktober lepas. "Dengan pengumuman hari ini, isu ini dianggap telah diselesaikan secara komprehensif dan jangan ada yang bangkitkannya lagi," katanya. - BERNAMA
Sumber / Pautan:
http://www.pengajar.info/search/label/GSTT


**** Saya menjadi salah seorang daripada senarai tersebut. Terima kasih Tuhan. Niat dan azam makin membara kerana inilah bidang yang sangat saya suka dan cinta sedari saya kecil.

Disini...bermulanya ia !!!

Semakan Kali Pertama
Ini merupakan semakan kali pertama yang saya dapat pada 19 Disember 2011 yang lepas. Betapa kecewanya perasaan di dalam. Segala perasaan bercampur baur. Tersentak dengan itu, mucnul pula satu perasaan putu asa. Terdetik di hati "Ahh... gagal lagi kali ini. Jika inilah caranya, lebih baik saya tinggalkan bidang yang amat saya cintai ini. Mungkin Tuhan itu ada rencana yang lain.


Semakan Tawaran Latihan Perguruan Bagi GSTT Ambilan Ke-2 Dis 2011

Tawaran Latihan Perguruan bagi calon Guru Sandaran Tidak Terlatih 
Ambilan ke-2 Disember 2011 boleh disemak melalui url 

27hb Disember iaitu beberapa hari kemudian, saya membuat semakan 
semula kerana beberapa orang rakan memberitakan kepada saya bahawa 
nama-nama mereka yang tidak ada dalam sistem pada hari 
pertama kemungkinan akan ada kerana masalah key-in nama 
tersebut ke dalam sistem. Saya mencuba juga. Walaupun pada 
ketika itu perasaan putus asa sangat menggunung dan 
menyesakkan. Pada semakan kali kedua itu tertera 
di kaca komputer. "Tahniah! Anda Berjaya untuk ambilan 
ke-2. Sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri Masing-masing" 
Itulah frasa yang sedikit memberi warna kembali dalam hidup 
saya. Tetapi belum lagi 100%. Saya tidak mahu terlalu mengharap. 
Saya berlagak seperti biasa. Seminggu kemudian iaitu 5hb 
Januari 2012 saya di minta melapor di sebuah sekolah di Sibu.
Saya sudah lupakan tawaran tersebut kerana menganggap 
ianya belum lagi rezeki saya dan lambat lagi rasanya.