Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Najib dan Pasca PRU13


Orang Melayu melihat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dari sudut pemikiran dan kepentingan orang Melayu manakala masyarakat Cina pula melihatnya dari sudut pandangan mereka. Jika ini dianggap sebagai polarisasi kaum, ia adalah perkara yang sangat nyata. Apabila sesuatu kaum bertindak atau membuat keputusan atas kepentingan kaumnya semata-mata, wujud suasana polarisasi tidak sihat. Dalam suasana yang penuh rahsia, akan wujud kekaburan maklumat yang menyebabkan banyak berita angin yang boleh memberi kesan kepada faktor keharmonian, keselamatan dan sebagainya.

Bagaimanapun, persepsi atau sudut pandangan mengenai kaum ini bukanlah terbatas kepada masyarakat Melayu dan Cina semata-mata. Cuma, perbezaan kedua-dua kaum inilah dilihat sebagai isu paling dominan dalam PRU-13 ini. Masyarakat India, Sikh dan kaum lain, termasuk etnik di Sabah dan Sarawak juga melihat PRU-13 dari sudut pandangan mereka yang mungkin berbeza dengan rakyat di Semenanjung Malaysia. Di kedua-dua negara itu, isu perkauman hampir tidak wujud kerana mereka boleh tinggal serumah walaupun berbeza etnik, bangsa dan agama.

Begitu juga golongan peniaga dari aspek perniagaan, pengguna pula mempunyai pandangan sendiri hingga ada yang bertindak mahu memboikot perniagaan kaum lain, pelabur dari aspek keyakinan mereka untuk menanam modal, orang muda dari kaca mata orang muda dan seterusnya. Orang politik pula melihat situasi ini dari sudut politik masing-masing, DAP menganggap mereka tidak cauvinis sedangkan pihak lain menganggap parti itulah yang meniup api perkauman di Malaysia. 

Perdana Menteri untuk semua 
Ada kumpulan yang menerima keputusan PRU-13 secara emosional dan ada golongan yang melihatnya secara praktikal. Dalam kekalutan panca pilihan raya ini, Datuk Seri Najib menegaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum di negara ini. Maknanya, walaupun wujud pelbagai pendapat, pandangan, pergeseran, tohmahan dan sebagai, Najib tetap yakin bahawa akhirnya semua rakyat mengharapkan kedamaian dan hidup dalam suasana harmoni.

Mungkin, pada Najib, jika dilayan semua pandangan ini, banyak masa akan dibuang dan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, hanya tujuh tahun lagi akan kecundang. Pemikiran ini jelas membuktikan ciri-ciri dan kualiti kepemimpinan seorang Perdana Menteri yang menjurus kepada keperibadian seorang negarawan. Sudah tentunya beliau tidak mahu penerima terhadap konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya hanya mampu bertahan separuh jalan. Ini adalah dugaan dan cabaran yang perlu dihadapinya.

Sebagai pemimpin Melayu dan menerajui sebuah organisasi Melayu, UMNO, sebenar Najib berani membuat kenyataan yang tidak memihak walaupun tahu bahawa ia mungkin tidak disenangi oleh segelintir ahli UMNO dan orang Melayu. Beliau pastinya tahu bahawa dalam suasana emosi yang memuncak akibat kecewa dengan keputusan PRU-13 yang tidak seperti diharapkan, Najib tidak berselindung mengatakan bahawa UMNO bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di negara ini. Orang UMNO kecewa dengan masyarakat Cina kerana walaupun kerajaan sudah banyak berkorban dan melayani pelbagai tuntutan mereka, mereka tetap tidak mengundi calon BN. Trend menunjukkan orang Cina menyokong DAP dan calon parti dalam pakatan pembangkang lain.

Bagi Najib, rakyat pada pelbagai peringkat bebas mempunyai pandangan tersendiri, sekurang-kurangnya untuk satu ketika, tetapi perlu kembali kepada realiti bahawa Malaysia adalah sebuah negara masyarakat berbilang kaum, tradisi dan adat budaya serta perbezaan agama. Bagi kebanyakan rakyat, mereka melihat pasca PRU dalam lingkungan jangka pendek, tetapi Najib melihat kemungkinan yang akan terjadi pada PRU-14 jika perbalahan yang wujud hari ini tidak ditangani dengan baik.

Diselesaikan secara berhemah
Sepatutnya, isu pilihan raya sudah boleh diselesaikan secara berhemah selepas proses pasca pilihan raya seperti pembentukan kerajaan dan kerajaan negeri, majlis mengangkat sumpah anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan sebagainya, selesai. Cuma, walaupun semua proses berkenaan berjalan lancar, pembangkang masih tidak puas hati dengan keputusan PRU-13 dan cuba mencari pelbagai kesilapan. Bantahan pula dilakukan menerusi perhimpunan haram di merata tempat yang dirancang.

Pembangkang yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan fikir mereka saja tidak berpuas hati. Dalam kalangan calon BN yang kalah dan pengikut mereka juga tidak puas hati dengan keputusan kerana mereka yakin akan menang. Mereka juga mempunyai alasan tersendiri untuk merungut tetapi disebabkan hormat kepada keputusan yang dibuat secara demokrasi, ia terhenti begitu saja. Perhimpunan pembangkang secara besar-besaran yang diadakan di merata tempat tidak boleh melambangkan kekuatan atau sokongan padu rakyat terhadap DAP, PAS dan PKR.

Ramai juga rakyat yang marah dengan tindakan mereka, seolah-olah tidak boleh menerima kekalahan. Jika pembangkang boleh menerima kemenangan di 89 kerusi Parlimen dan 230 kerusi DUN, mereka sepatutnya boleh menerima kekalahan di kerusi lain yang ditandingi. Pembangkang tidak mempersoalkan kemenangan mereka di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, sebaliknya mereka mencari kesalahan di tempat lain dan dirasakan mempunyai motif tertentu. BN dapat menawan semula Kedah. Hanya orang yang berfikiran keanak-anakan saja yang tidak mahu menerima kekalahan.

Sumber: BH (19/05/2013)

Wednesday, May 15, 2013

2013 Federal Cabinet Line-up


The new 2013 Federal Cabinet line-up of Ministers and Deputy Ministers as per STAR News:

Prime Minister
Najib Razak (UMNO)

Deputy Prime Minister
Muhyiddin Yassin (UMNO)

Prime Minister’s Department:
Ministers:
1. Jamil Khir Baharom (UMNO)
2. Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Idris Jala (senator)
4. Joseph Kurup (PBRS)
5. Shahidan KAssim (UMNO)
6. Nancy Shukri (PBB)
7. Paul Low Seng Kwan (senator)
8. Joseph Entulu Belaun (PRS)

Deputy Ministers:
1. Razali Ibrahim (UMNO)
2. Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Ministry of Finance
1. Minister of Finance 1: Najib Razak (UMNO)
2. Minister of Finance 2: Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (UMNO)

Deputy Minister of Finance
3. Ahmad Maslan (UMNO)

Ministry of Transport
1. Minister: (Acting – post being held open pending MCA decision) Hishammuddin Hussein (UMNO)
2. Deputy Minister: Ab Aziz Kaprawi (UMNO)

Ministry of Defence
1. Minister: Hishammuddin Hussein (UMNO)
2. Deputy Minister: Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Ministry of Home Affairs
1. Minister: Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
2. Deputy Minister: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)

Ministry of Education & Higher Learning
1. Minister 1: Muhyiddin Yassin (UMNO)
2. Minister 2: Idris Jusoh (UMNO
3. Deputy Minister 1: Mary Yap Kain Ching (PBS)
4. Deputy Minister 2: P. Kamalanathan (MIC)

Ministry of Works
1. Minister: Fadillah Yusof (PBB)
2. Deputy Minister: Rosnah Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Ministry of International Trade & Industry
1. Minister: Mustapa Mohamed (UMNO)
2. Deputy Minister: Hamim Samuri (UMNO)

Ministry of Foreign Affairs
1. Minister: Anifah Aman (UMNO)
2. Deputy Minister: Hamzah Zainuddin

Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism
1. Minister: Hasan Malek (UMNO)
2. Deputy Minister: Ahmad Bashah Mohamad Hanipah (Senator)

Ministry of Communication & Multimedia
1. Minister: Ahmad Shabery Cheek (UMNO)
2. Deputy Minister: Jailani Johari (UMNO)

Ministry of Human Resources
1. Minister: Richard Riot Jaem (SUPP)
2. Deputy Minister: Ismail Abdul Muttalib (UMNO)

Ministry of Rural & Regional Development
1. Minister: Shafie Apdal (UMNO)
2. Deputy Minister: Alexander Nanta Linggi (PBB)

Ministry of Urban Wellbeing, Housing & Local Government
1. Minister: Abdul Rahman Dahlan (UMNO)
2. Deputy Minister: Halimah Mohamad Saddique (UMNO)

Ministry of Youth & Sport
1. Minister: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO)
2. Deputy Minister: M. Saravanan (MIC)

Ministry of Health
1. Minister: S. Subramaniam (MIC)
2. Deputy Minister: Hilmi Yahaya (UMNO)

Ministry of the Federal Territories
1. Minister: Tengku Adnan Tengku Mansor (UMNO)
2. Deputy Minister: J. Loga Bala Mohan (Senator)

The Ministry of Plantation Industries & Commodities
1. Minister: Douglas Uggah Embas (PBB)
2. Deputy Minister: Noriah Kasnon (UMNO)

Ministry of Energy, Green Technology & Water
1. Minister: Maximus Johnity Ongkili (PBS)
2. Deputy Minister: Mahdzir Khalid (UMNO)

Ministry of Agriculture and Agro-Based Industry
1. Minister: Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
2. Deputy Minister: Tajuddin Abdul Rahman (UMNO)

Ministry of Tourism & Culture
1. Minister: Mohamed Nazri Abdul Aziz (UMNO)
2. Deputy Minister: Joseph Salang Gandum (PRS)

Ministry of Science, Technology and Innovation
1. Minister: Ewon Ebin (UPKO)
2. Deputy Minister: Abu Bakar Mohamad Diah (UMNO)

Ministry of Natural Resources & Environment
1. Minister: G. Palanivel (MIC)
2. Deputy Minister: James Dawos Mamit (PBB)

Ministry of Women, Family and Community Development
1. Minister: Rohani Abdul Karim (PBB)
2. Deputy Minister: Azizah Mohamad Dun (UMNO)

Ministers: 30
Deputy Ministers: 27
Total: 57
Total ministries: 24
Senators reappointed: 1
New Senators: 5
Backbenchers: 82

Sources: Credit to Dayak Artistes & Musicians Association FB

Monday, May 6, 2013

Statistik PRU13 Negeri Sarawak (Parlimen)

BN - 25 Kerusi

DAP - 5 Kerusi
1) Lanang
2) Sarikei
3) Sibu
4) Stampin
5) Kuching

PKR - 1 Kerusi
1) Miri

Sunday, May 5, 2013

Keputusan PRU13 Negeri Sarawak (Kemaskini)


Pengundi: 25,771 Pecahan Kaum: BBI: 68% C19% BI:13% 
1.     Nogeh Gumbek (BN) ----------------------------------8265
2.       Mordi Bimol (DAP)--------------------------------------------  462
3.       Patrick Anek Uren (STAR)----------------------------------  5293
4.       Datuk Dr Tekhee@Tiki Lafe (BEBAS)-------------------   6109
Pemenang: Nogeh Gumbek (BN) Majoriti: 2156

Pengundi: 37,017 Pecahan Kaum: BI:83% BBI:9% C:8% 
1.     Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN)----------- 24655
2.       Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)------------------------------- 3719
3.       Mura Kadir (STAR)---------------------------------------------   206
4.       Affendi Jeman (Bebas)-------------------------------------    233
Penyandang: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN) Majoriti: 20936

Pengundi: 49,750 Pecahan Kaum: BI:79% C:12% BBI:8% 
1.     Datuk Fadillah Yusof (BN) ------------------------------- 29559
2.       Ahmad Nazib Johari (PKR)---------------------------------- 8116
Penyandang: Fadillah Yusof (BN) Majoriti: 21443

Pengundi: 53,336 Pecahan Kaum: C: 91% BI:5% BBI:3% 
1.     Chong Chieng Jen (DAP) ------------------------------30133
2.       Tan Kai (BN)---------------------------------------------------- 10491
Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP) Majoriti: 19640

Pengundi: 84,732 Pecahan Kaum: C:73% BI:13% BBI:13% 
1.       Datuk Yong Khoon Seng (BN)------------------------------ 22993
2.       Soo Lina (STAR) ------------------------------------------------     239
3.     Julian Tan Kok Ping (DAP)------------------------------ 41663
Pemenang: Julian Tan Kok Ping (DAP) Majoriti: 18670

Pengundi: 38,158 Pecahan Kaum: BI:65% BBI:22% C:12% 
1.     Rubiah Wang (BN) ---------------------------------------- 24202
2.        Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)-------   6801
Pemenang: Rubiah Wang (BN) Majoriti: 17401

Pengundi: 42,344 Pecahan Kaum: BBI: 61% C:27% BI:12% 
1.       Willy Mongin (PKR)---------------------------------------------- 10740
2.     Datuk Seri James Dawos Mamit (BN)------------------- 20461
3.       Dr Dripin Sakoi (STAR)------------------------------------------     704
Penyandang: Datuk Dr. James Dawos Mamit (BN) Majoriti: 9721

Pengundi: 33,713 Pecahan Kaum: BBI:75% BI:15% C:11% 
1.     Datuk Richard Riot Jaem (BN)---------------------------- 19494
2.        Edward Andrew Luwak (DAP)------------------------------ 6343
3.       Johnny Aput (STAR)---------------------------------------------   390
Penyandang: Datuk Richard Riot Anak Jaem (BN) Majoriti: 13151

Pengundi: 19,839 Pecahan Kaum: BI:73% BBI:21% C:6% 
1.       Mohamad Jolhi (PAS)------------------------------------------ 8301
2.     Nancy Shukri (BN)------------------------------------------ 13277
Penyandang: Nancy Shukri (BN) Majoriti: 11260

Pengundi: 27,360 Pecahan Kaum: BI:77% BBI:20% C:3% 
1.     Datuk Rohani Abdul Karim (BN)---------------------------- 14625
2.       Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)---------------------------  4661
Penyandang: Datuk Rohani Abdul Karim (BN) Majoriti: 10964

Pengundi: 29,789 Pecahan Kaum: BBI:63% BI:20% C:17% 
1.     Masir Kujat (BN)--------------------------------------------- 12168
2.       Datuk Donald Lawan (BEBAS)--------------------------------   3837
3.       Nicholas Mujah Ason (PKR)------------------------------------   5618
4.       Wilfred Stephen (SWP)------------------------------------------  476
Penyandang: Masir Kujat (BN) Majoriti: 6550

Pengundi: 19,303 Pecahan Kaum: BBI:73% BI:18% C:8% 
1.       Larry Soon@ Larry Sng Wei Shien (SWP)------------------------ 4187
2.       Nicholas Bawin Anggat (PKR)-----------------------------------  2530
3.       William@Nyallau Badak (BN)------------------------------------ 8278
Penyandang: William @ Nyallau Anak Badak (BN) Majoriti: 4091

Pengundi: 26,322 Pecahan Kaum: BI:50% BBI:43% C:7% 
1.     Datuk Seri Douglas Uggah Embas (BN)---------------------- 15476
2.       Cecelia Siti Una@Sittie Endek (PKR)----------------------------  4589
Penyandang: Datuk Douglas Uggah Embas (BN) Majoriti: 10887

Pengundi: 27,562 Pecahan Kaum: BBI:49% BI:44% C:7% 
1.     Tan Sri William Mawan Ikom (BN)----------------------------- 11600
2.       Ali Biju (PKR)--------------------------------------------------------------  9519
3.       Datuk Abang Rosli Abang Paleng (BEBAS)--------------------     681
Pemenang: Tan Sri William Mawan Ikom (BN) Majoriti: 

Pengundi: 24,716 Pecahan Kaum: BI:74% BBI:20% C:5% 
1.     Datuk Norah Abdul Rahman (BN) ---------------------------- 12535
2.       Jurina Mut (PAS)-------------------------------------------------------   1571
Penyandang: Norah Abdul Rahman (BN) Majoriti: 10964

Pengundi: 17,771 Pecahan Kaum: BI:81% BBI:15% C:4% 
1.       Ajiji Fauzan (PAS)------------------------------------------------   1747
2.     Datuk Wahab Dollah (BN)---------------------------------- 11896
Penyandang: Datuk Abdul Wahab Dolah (BN) Majoriti: 10148

Pengundi: 36,550 Pecahan Kaum: C:66% BBI:23% BI:11% 
1. Ding Kuong Hiing (BN) ------------------------------------------------- 13758
2. Wong Ling Biu (DAP)-------------------------------------------- 14263
Pemenang: Wong Ling Biu (DAP) Majoriti: 505

Pengundi: 22,522 Pecahan Kaum: BBI:83% BI:12% C:5% 
1.     Datuk Joseph Salang Gandum (BN)-------------------------- 9891
2.       Wong Judat (SWP)--------------------------------------------------- 3936
3.       Andy Wong Hong Yu (PKR)---------------------------------------- 2852
Penyandang: Datuk Joseph Salang Gandum (BN) Majoriti: 5555

Pengundi: 19,433 Pecahan Kaum: BBI:72% BI:16% C:12% 
1.       Ellison Ludan (SWP) ------------------------------------------------  417
2.       Thomas Laja (PKR)------------------------------------------------- 5004
3.     Ago Anak Dagang (BN)------------------------------------ 8786
Penyandang: Ago Dagang @ Aaron (BN) Majoriti: 8342

Pengundi: 57,143 Pecahan Kaum: C:72% BBI:18% BI:10% 
1.       Datuk Tiong Thai King (BN) ----------------------------------- 17983
2.       Alice Lau Kiong Yieng (DAP)------------------------------- 26613
Penyandang: Tiong Thai King (BN) Majoriti: 8630

Pengundi: 64,601 Pecahan Kaum: C:65% BI:20% BBI:15% 
1.       Lau Lee Ming (BN) -----------------------------------------------23967
2.        Narawi Haron (BEBAS)------------------------------------------   203
3.       Oscar Ling Chai Yew (DAP)----------------------------- 26808
Penyandang: Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN) Majoriti: 2841

Pengundi: 26,477 Pecahan Kaum: BI:74% BBI:16% C:10% 
1.       Hai Merawin@Bonaventure (DAP)---------------------------   2219
2.     Datuk Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (BN)--- 14983
3.        Sylvester Ajah Subah@Ajah Subah (BEBAS)------------------- 2219
Penyandang: Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN) Majoriti: 

Pengundi: 25,461 Pecahan Kaum: BBI:83% BI:13% C:3% 
1.     Datuk Joseph Entulu Belaun (BN)------------------------- 12040
2.       Joshua Jabing@Joshua Jabeng (PKR)--------------------- 3891
3.       Sng Chee Hua (SWP)-------------------------------------------- 4485
Penyandang: Joseph Entulu Belaun (BN) Majoriti: 7555

Pengundi: 39,972 Pecahan Kaum: BBI:68% BI:22% C:10% 
1.     Datuk Alexander Nanta Linggi (BN)--------------------- 13446
2.       Ramli Malaka (DAP)-------------------------------------------   3115
Penyandang: Alexander Nanta Linggi (BN) Majoriti: 9731

Pengundi: 12,456 Pecahan Kaum: BBI:77% BI:20% L:2% 
1.       George Lagong (SWP) --------------------------------------- 2129
2.       Abun Sui Anyit (PKR)------------------------------------------- 3283
3.     Ugak Kumbong (BN)------------------------------------- 9117
Pemenang: Ugak Kumbong (BN) Majoriti: 5834

Pengundi: 59,893 Pecahan Kaum: BBI:43% BI:28% C:28% 
1.       Datuk Seri Tiong King Sing (BN)-------------------------- 26967
2.       John Brian Anthony Jeremy Guang (DAP)---------------- 19025
Penyandang: Datuk Seri Tiong King Sing (BN) Majoriti: 7433

Pengundi: 28,351 Pecahan Kaum: BBI:44% BI:33% C:22% 
1.     Ahmad Lai Bujang (BN)---------------------------------- 13348
2.       Muhammad Zaid Tandang (PAS)-------------------------   7282
Penyandang: Ahmad Lai Bujang (BN) Majoriti: 6666

Pengundi: 71,170 Pecahan Kaum: C:57% BI:26% BBI:6% 
1.       Datuk Sebastian Ting (BN)------------------------------------24917
2.     Dr Michael Teo Yu Keng (PKR)--------------------------- 26909
3.       Chong Kon Fatt (STAR)----------------------------------------     306
Penyandang: Datuk Peter Chin Fah Kui (BN) Majoriti: 1992

Pengundi: 29,385 Pecahan Kaum: BBI:70% BI:21% C:9% 
1.     Anyie Ngau (BN)------------------------------------------- 9182  
2.       Patrick Sibat Sujang (BEBAS)---------------------------------    332
3.       Roland Engan (PKR)--------------------------------------------- 8986
Pemenang: Anyie Ngau (BN) Majoriti:  194

Pengundi: 24,278 Pecahan Kaum: M:37% C:23% I:% B/Sab:% B/Swk:39% L:% 
1.       Hasbi Habibollah (BN)---------------------------------------------- 12999
2.       Baru Bian (PKR)----------------------------------------------------------------  4698
Penyandang: Hasbi Habibollah (BN) Majoriti: 8301 

Pengundi: 18,845 Pecahan Kaum: BBI:47% BI:43% C:10% 
1.     Datuk Henry Sum Agong (BN)------------------------------------ 9928
2.       Alirahman Kamseh (STAR)---------------------------------------------      69
3.       Baru Langub (DAP)------------------------------------------------------  3898
Penyandang: Henry Sum Agong (BN) Majoriti: 6030