Thursday, September 6, 2012

Komunikasi & Tingkahlaku Kanak-Kanak

Cara dan bagaimana kita berinteraksi atau berkomunikasi dengan kanak-kanak mempunyai pengaruh yang begitu besar terhadap perkembangan konsep kendiri yang positif. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i) komunikasi verbal 
ii) non-verbal. 

Komunikasi verbal adalah komunikasi secara lisan, manakala komunikasi non-verbal pula adalah komunikasi bukan lisan. Komunikasi non-verbal merupakan satu bentuk komunikasi yang dinyatakan melalui gerak tubuh badan, nada suara, jarak dan sebagainya. Contohnya memberi senyuman, menjegilkan mata, memasamkan muka, mengerutkan dahi dan menguatkan suara. Komunikasi non-verbal juga berfungsi sebagai metakomunikasi, iaitu komunikasi tentang mesej yang ingin disampaikan. Contohnya, kanak-kanak mengatakan bahawa dia gembira dan kegembiraan ini dapat dilihat daripada riak wajahnya yang ceria.

No comments:

Post a Comment