Friday, September 7, 2012

Konsep Kendiri & Murid


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa bebelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Bagai Bunga Kembang Tak Jadi
Rangkap pantun di atas boleh dijadikan suatu panduan untuk membincangkan tentang konsep kendiri. Ini kerana seseorang itu membentuk kendirinya sendiri sejak dari kecil. Jika tersilap langkah dan orang yang dijadikan rujukan maka akan berlaku kepincangan terhadap konsep kendiri seseorang. 

Konsep kendiri diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988. Dalam istilah konsep kendiri James menyifatkan kendiri sebagai ‘saya’ dan menegaskan, setiap orang perlu tahu mengenai diri sendiri. Istilah ‘saya’ ini dapat dilihat daripada pelbagai perspektif yang merangkumi aspek-aspek seperti tubuh badan, pemikiran, pakaian, tempat tinggal, ahli keluarga rakan-rakan dan segala perkara yang berkaitan dengan diri sendiri. Pendek kata ‘saya’ boleh menjadi hak peribadi serta menjadi sebahagian daripada diri yang dikenali sebagai konsep kendiri. Konsep kendiri seseorang dapat mempengaruhi cara berinteraksi dengan persekitaran sosial secara langsung.


No comments:

Post a Comment