Minat membaca memang sudah ditanam oleh bapa sejak kecil ke dalam diri kami adik beradik. Kami dibelikan buku cerita. Kadang-kadang bapa akan menjadi penglipur lara kepada kami adik beradik sebelum tidur atau bila saja ada kelapangan. Suka! Sangat Suka! Sampai sekarang saya tersenyum sendiri bila teringat.
Oleh sebab itu, minat yang telah ditanam, dibaja dan disiram oleh bapa sejak kami kecil terus mekar dan berkembang. Saya sangat suka membaca. Banyak buku, novel dan majalah menjadi kegemaran. Sehinggalah suatu hari saya diberikan oleh seseorang tajuk sebuah buku. Dia mencari buku tersebut semasa kami membeli buku di sebuah kedai buku di Kuching. Itupun untuk menghabiskan baucer buku 1Malaysia yang diberikan. Selepas membaca buku itu saya terus minat untuk membaca siri seterusnya. Buku itu adalah tulisan Roza Roslan. Sangat dekat, personally saya akui hampir dengan diri.
Pertama: Travelog CINTA ABADI (Masa Yang Berlalu) |
Ke-2: Travelog IMPIAN ABADI (Itu Yang Tertulis) |
Ke-3: Travelog KEHIDUPAN ABADI (Perjalanan Menuju Remaja) |
Selepas membaca buku-buku ini, satu perasaan yang sudah dan pernah wujud suatu masa dahulu bertandang lagi. Perasaan yang sudah wujud sejak saya masih dibangku sekolah. Benar! Lama sudah wujud. Tapi saya tidak tahu caranya. Buntu! Keliru memikirkan kemampuan diri.
Suatu masa dahulu: saya pernah bermimpi dan berangan-angan untuk menulis cerita atau novel sendiri. Saya mahu semua orang yang membacanya terhibur dan merasa dekat dengannya. Bila saya membaca buku-buku tulisan Roza Roslan ini, impian dan mimpi itu datang lagi. Suatu hari, saya nak tulis dan hasil travelog saya sendiri. Itu impian! Itu mimpi! Bila agaknya kan...
No comments:
Post a Comment