Monday, September 10, 2012

PM Lancar Pelan Pendidikan Esok (11/9/2012)



KUALA LUMPUR - Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan dilancarkan esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) bakal melonjakkan kualiti dan pencapaian bidang tersebut pada aras yang lebih tinggi.
Melalui pelan itu, kualiti keseluruhan sistem pendidikan yang meliputi guru, modal insan, kurikulum, pentaksiran, penyampaian dan pengurusan pendidikan bakal menerima satu perubahan besar.
Pelan itu juga bukan sekadar pernyataan dasar tetapi dokumen yang memperincikan strategi dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk mencapai sasarannya.
Pelaksanaannya akan dibuat secara telus dan demi mencapai matlamat itu, kepimpinan tertinggi di peringkat kementerian akan mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu yang perlu dicapai selain laporan tahunan perlu diumumkan kepada pihak awam.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2012&amp:dt=0910&amp:pub=Kosmo&amp"sec=Negara&amp:pg=ne_03.thm 

1 comment:

  1. Rasanya, saya adalah antara mereka yang tidak sabar untuk mendengar dan melihat Pelan Pembangunan Pendidikan ini dibentangkan. Bukan apa, saya nak lihat apa yang bakal berlaku terhadap bidang pendidikan di negara kita. Kemanakah arahnya?

    ReplyDelete