LEPTOSPIROSIS merupakan penyakit yang jarang
berlaku yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.--->
Kencing Tikus!!
Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk
spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak
boleh hidup didalam air laut.
CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang
mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara
antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari
oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria
LEPTOSPIRA.
Faktor risiko termasuklah:
• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani,
penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu,
pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan
berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti
anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil
makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus
tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung
atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
GEJALA/SIMPTOM TERKENA JANGKITAN
1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10
hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit
kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit
tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot,
pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan
otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.
KOMPLIKASI
• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk.
• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang
*boleh membawa maut sekiranya kritikal!!
RAWATAN
Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan
erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan
sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
PENCEGAHAN
Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di
kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang
berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat
penyakit.
sumber: http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=975.0
No comments:
Post a Comment