Tuesday, November 6, 2012

Mengenal sikap melalui warna

1) Biru
Jika dia menyukai warna biru, maka dia sememangnya sangat tenang dan sangat mudah bersimpati dengan perkara yang berlaku disekeliling. Namun begitu, dikatakan peminat warna ini agak kolot orangnya dan sukar menerima perubahan. Walau bagaimanapun si dia sangat suka jika kita melayannya dengan penuh perasaan cinta dan kelembutan. Kalau kita meninggikan suara sedikit, dia cepat kecil hati dan terkilan. Hati-hati kerana sekali dia ragu-ragu, dia akan sentiasa merasa curiga dengan kelakuan pasangannya.

Orang kata, orang suka warna biru adalah orang yang sangat romantik.

2) Kuning
Boleh dikatakan lelaki yang menyukai warna ini, agak berani orangnya. Pantang sahaja di cabar keegoannya, dia akan terus menyahut cabaran tersebut. Namun begitu peminat warna ini agak mensia-siakan peluang yang ada di hadapannya, justeru itu tidak hairanlah jika beliau melalui beberapa cinta sebelum bertemu cinta sebenar. Beliau juga sentiasa ingin membuat keputusan secara individu. Namun begitu, penampilannya sentiasa memukau mata memandang dan bijak membawa diri di mana-mana sahaja. Kawan-kawan sentiasa menunggu kehadirannya untuk mendengar dia bercerita.

3) Merah jambu
Kasih sayang, cinta dan kehangatan ada pada sidia. Terlalu mengambil berat tentang perasaan orang yang berada di sampingnya sehingga melupakan kebajikan diri sendiri. Mungkin disebabkan itu, dia bersikap lebih matang dari umurnya sendiri.

4) Hijau
Lelaki di bawah lamabang ini sentiasa bekerja keras dalam setiap usahanya. Namun begitu, dia tidak mudah percaya kepada mereka yang baru dikenalinya. Tetapi, apabila dilanda arus cinta,dia akan sentiasa membuatkan pasangannya gembira dan ceria di sampingnya. Pendek kata, lelaki yang menyukai hijau amat berhati-hati apabila melakukan sesuatu.

5) Merah
Amat sukakan cabaran dan sentiasa melakukan perkara yang sentiasa mencabar pada setiap pertemuan. Jika diajak untuk berborak di kafe, mungkin agak membosankan dan mengantuk bagi sidia. Tetapi jika mendaki bukit atau naik roller coaster akan membuatkan sidia gembira. Sidia juga aktif dan sukakan persaingan, prinsipnya nikmati hari ini bukan esok!

6) Coklat
Wajahnya yang tenang mendamaikan siapa yang memandang dan mempunyai peminat yang ramai. Penampilannya juga sedap mata memandang dan dapat menyesuaikan diri di mana sahaja. Hubungan cintanya juga berjalan lancar namun pasangannya perlu menahan sabar kerana ada saja gadis yang ingin mendekati.

7) Ungu
Pandai bercakap dan sentiasa menjadi tumpuan kawan-kawan untuk meminta nasihat dan juga untuk acara sosial yang lain. Namun begitu, lelaki yang menyukai warna ungu ini agak 'moody'. Dalam masa sehari, dia boleh tersenyum ramah dan bersikap sedikit keanakan, tetapi jika hatinya tercuit, dia juga boleh duduk diam membatu tanpa sebarang kata. Untuk mengatasi masalah ini, teman wanitanya perlu membangkitkan mood dengan berbual topik yang menyenangkan atau membawanya berjalan jauh.


No comments:

Post a Comment