Friday, July 26, 2013

Makmal kaji dasar pertukaran, penempatan guru Ogos ini

KUALA LUMPUR 26 Julai - Kementerian Pendidikan akan mengadakan makmal khusus pada bulan Ogos ini untuk memperincikan langkah-langkah penyelesaian isu dasar pertukaran dan penempatan guru.
Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, sesi pertemuan dengan pihak berkepentingan telah diadakan untuk mengumpulkan maklum balas dan pandangan dalam usaha menambah baik mekanisme yang sedia ada.

Buat ketika ini, ujar beliau, dasar mengenai penempatan dan pertukaran guru adalah tertakluk kepada kekosongan perjawatan dan atas keperluan perkhidmatan, kesesuaian pengkhususan mata pelajaran dan opsyen guru berkenaan.

"Makmal ini akan membincangkan dengan terperinci mekanisme penambahbaikan Dasar Penempatan dan Pertukaran Guru yang sedang disediakan.

"Pada masa sama, kajian mengenai unjuran keperluan guru telah pun dilaksanakan bermula dari bulan Februari 2013 sehingga Januari 2014," katanya pada sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed yang bertanyakan dasar atau kaedah yang diguna pakai bagi penempatan dan pertukaran dalam memastikan pencapaian cemerlang pelajar.



Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment