Kejohanan kali ini sudah menghampiri penghujungnya, banyak kejutan dan keajaiban berlaku dalam kejohanan kali ini. Apa yang paling dikenang sudah pasti tersingkirnya pasukan pilihan seperti Belanda pada peringkat awal yang pada mulanya dijangka akan memberi saingan. Tetapi malangnya Belanda pulang tanpa sebarang mata.
Walau bagaimanapun, Greece dilihat pulang bermaruah selepas tewas 4-2 kepada Jerman manakala pasukan Spain menepati ramalan awal mara ke Separuh Akhir Euro 2012 selepas membenam cabaran France dengan jaringan 2-0 hasil sumbangan Xavi Alonso.
Pasukan Kegemaran |
Disamping itu, aksi kurang meyakinkan pasukan Englands sedari awal kejohanan menepati ramalan saya kerana tunduk kepada Italy dengan aggregate 4 - 2 sepakan penalti. Dengan itu pagi Jumaat (28 Jun) Italy akan menentang Jerman.
Pada ramalan saya Pasukan Spain akan menetang Jerman di peringkat akhir. Cayooo...cayooo
No comments:
Post a Comment