Wednesday, June 27, 2012

Happy Birthday

Bila sebut saja pasal tarikh-tarikh penting untuk orang-orang penting di sekeliling saya pasti ada yang saya akan lupa. Seriusly, itulah salah satu penyakit yang ada pada diri saya. Susah nak ingat tarikh-tarikh. Tapi kalau diberi arahan dan tugasan, lain pula saya boleh ingat sehingga arahan dan tugasan tersbeut berjaya dilangsaikan.

Bulan Jun, saya mempunyai tarikh yang penting untuk orang-orang penting dalam hidup saya. Yang pertama ialah 25 Jun  merupakan hari lahir adik perempuan saya yang bongsu iaitu Cecelia Annie. Tahun lepas semua kami sekeluarga terlupa tentang tarikh ini. Adik manja saya ini merajuk dan memberontak. Satu minggu tidak mahu turun ke sekolah. Tapi untuk tahun ini kami sekeluarga sudah bersiap awal. Mak  dan Ayah takut adik manja saya ini berolah lagi. Maka keputusan untuk meraikan sambutan hari lahir nya ke 9 tahun akan diadakan pada malam 30 Jun. Tapi sayang saya tidak dapat menyertai mereka kerana masih berada jauh di perantauan. SELAMAT HARI LAHIR MY LITTLE PRINCES CECELIA ANNIE....


Selain itu, satu lagi tarikh penting itu adalah 27 Jun. Tarikh ini merupakan hari lahir untuk insan yang sangat istimewa dalam hati saya. Opppsss....tapi biasalah saya ini kan. Sejak tahun 2009 hingga sekarang tahun 2012 (kami bersama) tidak pernah sekalipun saya meraikan hari lahir insan ini. Bukannya apa. Saya asyik jauh dari dia ketika tarikh ini bertandang. Bukan kejam!! Hahaha..hanya ucapan yang selalu saya titipkan. Tahun ini pun sama....Harapkan tahun ini dia dapat apa yang dia nak...gembira dan sihat selalu. Terima kasih kerana selalu disamping saya walau macam mana sekalipun diri saya....

SELAMAT HARI LAHIR UNTUKMU!!! MOGA PERJALANAN KITA INI AKAN SENTIASA DIBERKATI TUHAN SERTA BRAVE AND BOLD MENEMPUH HIDUP INI BERSAMA....AMEN


No comments:

Post a Comment