PENGENALAN
Program
Khidmat Masyarakat ini melibatkan guru pelatih DPLI-SR (GSTT) Ambilan Khas
Disember 2011 yang terdiri daripada kumpulan DRPAKK 11211 (Pendidikan Awal
Kanak-Kanak), DRPJ 11211 (Pendidikan Jasmani) dan DRBM 11211 (Bahasa Malayu).
Matlamat utamanya adalah menyediakan ruang untuk pembangunan insan guru secara holistik dan kontekstual
yang berilmu pengetahuan, berdaya maju, berdaya tahan, berdaya saing, berakhlak
mulia, mempunyai komitmen yang tinggi, menjunjung nilai-nilai setempat dan
kebudayaan serta nilai-nilai murni.
Disamping itu, Program Khidmat Masyarakat (pengisian
dalam kandungan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah) merupakan satu program
yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan
insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai rohani
dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program Khidmat Masyarakat yang
dirancang oleh BPG ini, kumpulan DPLI-SR Ambilan Khas (GSTT) Disember 2011,
Unit Beruniform (Kadet Remaja Sekolah) akan melaksanakan KHIDMAT MASYARAKAT, iaitu aktiviti GOTONG-ROYONG sebagai pengisian.
Selain itu, penghayatan yang begitu mendalam terhadap
pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam Program Khidmat Masyarakat
ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan
dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara dan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN serta FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.
Semua aktiviti ini dirancang serta diadakan untuk
membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua aspek, terutamanya interaksi
dengan komuniti luar dan sumbangan tenaga, usaha serta masa. Sesungguhnya,
aktiviti Khidmat Masyarakat ini seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk
menjadikan warga bakal pendidik insan yang sentiasa bersedia untuk “BERKHIDMAT & BERBAKTI” kepada nusa
dan bangsa.
OBJEKTIF
Di akhir program ini, guru pelatih dapat :-
v Memenuhi sukatan pelajaran
Unit Beruniform (Kadet Remaja sekolah) .
v Melatih guru untuk
menggunakan ilmu dan kemahiran estetika serta kepimpinan dalam melaksanakan
sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.
v Memahami realiti sebenar
seorang guru dan bertindak balas secara positif kepada keadaan serta keperluan
persekitaran yang berbeza.
v Menghayati dan menerapkan
dalam diri nilai-nilai kerohanian, nilai murni, etika dan akhlak keguruan.
v Membina hubungan mesra dan
bergaul dengan masyarakat sekeliling.
v Menilai kesesuaian ciri
personaliti dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap
kerjaya keguruan.
v Mampu mengurus diri dengan
mempamerkan disiplin yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang
sesuai.
v Membina kemahiran berfikir
aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
v Membina kemahiran
bersosial dan berinteraksi dengan masyarakat setempat dalam persediaan menjadi
seorang guru yang berkebolehan.
Sebagai pengisian program ini, kami telah menyiapkan tiga ( 3 ) lukisan mural di SK Sungai Maong Hilir, Pedawan.
1Malaysia Menuju Puncak |
Alam 1Malaysia |
Perasaan
puas dan gembira jelas terpancar di wajah masing-masing. Ini kerana objektif
dan matlamat program Khidmat Masyarakat ini berjaya. Banyak input baru yang
berguna yang diperolehi. Antaranya ialah bekerja dalam satu pasukan dengan
penih keikhlasan dan kegembiraan.
Terima Kasih kawan-kawan kerana kerjasama yang diberikan kepada saya sebagai Pengarah Program. Keep it Up!!!
No comments:
Post a Comment