Friday, April 19, 2013

Pergi takkan kembali...

Titipan buat sang sahabat yang pada tika dan saat ini telah pergi jauh meninggalkan semua yang menyayanginya dan disayanginya untuk selama-lamanya. Apa yang pasti kehilangannya akan diingati dan kehadirannya dirindui.
Pengalaman dan kenangan bersama-sama menempuh pahit manis dan ranjau menuju ke menara gading akan sentiasa terpahat di dalam ingatan. Namamu sahabat takkan hilang dan luput dari tugu ingatan. Moga rohmu aman di sana!! Amen.
                                                                        
                                                                          Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi

2 comments:

  1. seseorang yang berdisiplin,yakin pada diri,tak menerima kekalahan dan kekurangan,sentiasa berjuang melawan yang terbaik............dan sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan untuk menjadi yang terbaik....ini yang saya tahu dan kenal tentang kawan saya yang 1 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tepat sekali gambaran tentang kawan ini... seorang yg tahu apa yang dia mahu...kemudian terus bertindak tanpa mengharap bantuan org lain. Sentiasa begitu, senyum dan berusaha..

      Delete