PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) pada 20 April ini, manakala pengundian pada 5 Mei.
Tempoh berkempen ialah selama 15 hari berbanding 13 hari pada pilihan raya umum 2008. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.
Tempoh berkempen ialah selama 15 hari berbanding 13 hari pada pilihan raya umum 2008. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April.
Pengumuman
itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media
di ibu pejabat SPR, jam 12.30 tengah hari tadi yang disiarkan di TV3, RTM1,
NTV7, 8TV and TV9.
Abdul Aziz berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan esok.
Katanya, pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sumber: Berita Harian (10 April 2013)
No comments:
Post a Comment