Tuesday, April 30, 2013

Renung-renungkan ...

                    

Dimana jua letaknya padang, rumput dan lalang tetap memerlukan belalang!!!

Monday, April 29, 2013

Mirror (Justin Timberlake)


[Verse 1]
Aren't you somethin' to admire, cause your shine is somethin' like a mirror
And I can't help but notice, you reflect in this heart of mine
If you ever feel alone and the glare makes me hard to find
Just know that I'm always parallell on the other side

[Pre-Hook]
Cause with your hand in my hand and a pocket full of soul
I can tell you there's no place we couldn't go
Just put your hand on the past, I'm here tryin' to pull you through
You just gotta be strong

[Hook]
Cause I don't wanna lose you now
I'm lookin' right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
Show me how to fight for now
And I'll tell you baby, it was easy
Comin' back into you once I figured it out
You were right here all along
It's like you're my mirror
My mirror staring back at me
I couldn't get any bigger
With anyone else besides of me
And now it's clear as this promise
That we're making two reflections into one
Cause it's like you're my mirror
My mirror staring back at me, staring back at me

[Verse 2]
Aren't you somethin', an original, cause it doesn't seem merely assembled
And I can't help but stare cause I see truth somewhere in your eyes
I can't ever change without you, you reflect me, I love that about you
And if I could, I would look at us all the time

[Pre-Hook]
Cause with your hand in my hand and a pocket full of soul
I can tell you there's no place we couldn't go
Just put your hand on the past, I'm here tryin' to pull you through
You just gotta be strong

[Hook]
Cause I don't wanna lose you now
I'm lookin' right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
Show me how to fight for now
And I'll tell you baby, it was easy
Comin' back into you once I figured it out
You were right here all along
It's like you're my mirror
My mirror staring back at me
I couldn't get any bigger
With anyone else besides of me
And now it's clear as this promise
That we're making two reflections into one
Cause it's like you're my mirror
My mirror staring back at me, staring back at me

[Break]
Yesterday is history
Tomorrow's a mystery
I can see you lookin' back at me
Keep your eyes on me
Baby, keep your eyes on me

[Hook]
Cause I don't wanna lose you now
I'm lookin' right at the other half of me
The vacancy that sat in my heart
Is a space that now you hold
Show me how to fight for now
And I'll tell you baby, it was easy
Comin' back into you once I figured it out
You were right here all along
It's like you're my mirror
My mirror staring back at me
I couldn't get any bigger
With anyone else beside of me
And now it's clear as this promise
That we're making two reflections into one
Cause it's like you're my mirror
My mirror staring back at me, staring back at me

[Hook 2] x10
You are you are the love of my life

[Verse 3]
Baby you're the inspiration for this precious song
And I just wanna see your face light up since you put me on
So now I say goodbye to the old me, it's already gone
And I can't wait wait wait wait wait to get you home
Just to let you know, you are

[Hook 2] x8
You are you are the love of my life

[Verse 4]
Girl you're my reflection, all I see is you
My reflection, in everything I do
You're my reflection and all I see is you
My reflection, in everything I do

[Hook 2] x16
You are you are the love of my life 

Keajaiban Cinta (Alif Aziz Feat Adira)


Takkan pernah aku menyerah
Walau harus terpisah ruang
Hanya bisa bermimpi
Terlukis dalam khayal
Betapaku tunjuk setia
Biar waktu terus berlalu

Hati takkan pernah berhenti
Menyanyikan lagumu
Membaca puisimu
Selamanya aku rindu

Biar hujan yang turun
Membasahahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Biar hujan yang turun
Membasahi jiwa ini
Ku tetap setia menanti dirimu

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku (memeluk daku)

#sukalaguni#

Penghujung misi....

Hari ini (29 April 2013) merupakan hari pertama selepas habis menjalani praktimum. Rasa sedikit janggal kerana rutin mula balik kepada asal. Tiada lagi kanak-kanak ynag bergelak ketawa. Tiada lagi kanak-kanak yang diajar untuk membaca suku kata pada awal pagi. Tiada lagi kanak-kanak yang boleh saya tegur dan suruh duduk dengan baik dalam barisan. Hahahahaha.... bermacam-macam perasaan timbul.

Teringat pula keadaan dan situasi ketika menjalankan aktiviti bersama-sama mereka. Sangat seronok dan menyenangkan ketika dikenang. 



Sedih pula bila mengingat keadaan dan keseronokkan bersama mereka. Meskipun nakal tapi mereka dalam diam mengingat apa yang diajar, ditegur dan dilarang. Apa yang pasti pengalaman ini akan kekal di dalam kenangan. Tempat inilah merupakan tempat tumpahnya keringat sebagai guru awal kanak-kanak / prasekolah yang pertama. Selepas ini apa jua keadaan atau tempat / lokasi sekolah yang saya akan ditempatkan saya menerima dengan tenang hati dan terbuka. Kerana saya sedar di luar sana ramai watan / anak bangsa yang dahagakan ilmu untuk menempuh duniawi yang semakin mencabar!!


Wednesday, April 24, 2013

Jumlah pengundi tentukan nasib calon


Hasil tulisan : Jeniri Amir

Pada Pilihan Raya Umum 2008, hanya 76 peratus daripada 10.7 juta pengundi di negara ini turun mengundi. Peratusan undian tertinggi ialah Terengganu sebanyak 85 peratus. 

Hanya lima negeri, termasuk Wilayah Persekutuan mencatat peratus undian lebih daripada 80 peratus. Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak mencatat kurang daripada 70 peratus. Sarawak berada di tempat tercorot sebanyak 65.1 peratus walaupun mempunyai pengundi keenam terbanyak, iaitu 533,155. 

Adakah peratus mengundi pada PRU-13 nanti meningkat atau merosot? Apakah yang menyebabkan peratusan meningkat atau merosot? Peratusan mengundi dalam PRU Parlimen Sarawak memperlihatkan trend merosot kecuali pada 1995 meskipun jumlah pengundi meningkat dari tahun ke tahun. 

Jumlah pengundi di Sarawak pada 1969 adalah 332,737. Jumlah itu mengukuh menjadi 385,345 pada 1978 sebelum meningkat kepada 556,995 pada 1986. Pada 1999, jumlah pengundi berdaftar ialah 854,912. Peningkatan ketara adalah antara 1982 dengan 1986. Wujud pertambahan sebanyak 144,837 pengundi. 

Peratusan terbaik adalah pada 1969 dengan 79.60 peratus turun mengundi ketika rakyat ghairah dan teruja untuk mengundi dengan sebahagian besar penduduk masih tinggal di luar bandar. Jumlah itu mulai merosot pada PRU 1974 hinggalah 1990. Pada 1974, peratusan yang turun mengundi ialah 75.10 peratus dan terus merosot kepada sekitar 67 peratus pada 1990. Namun, peratusan mengundi meningkat kepada 70.15 peratus pada 1995, sebelum turun kembali menjadi 62.4 pada 1999. 


Faktor geografi beri kesan undi 
Mengapakah peratusan mengundi di Sarawak secara relatifnya rendah? Adakah kerana tahap kesedaran politik mereka rendah? Atau disebabkan oleh faktor geografi? Sebagai sebuah negeri yang mempunyai saiz fizikal yang hampir sebesar Semenanjung, mengendalikan pilihan raya di Sarawak memang amat mencabar.

Dari segi logistik dan mobilisasi jentera pilihan raya, bayangkan cabaran dan kesukaran yang terpaksa dihadapi Suruhanjaya Pilihan Raya, jentera parti dan calon di Sarawak? Adakah itu yang menyebabkan Baram, kawasan pedalaman menyaksikan peratusan mengundi terendah sebanyak 49.65 peratus pada PRU lalu? Atau adakah faktor cuaca dan geografi menjadi penyumbang? 

Baram, Hulu Rejang, Kapit, Saratok dan Lubok Antu adalah kawasan yang mencabar bukan sahaja kerana saiz yang besar, tetapi keadaan geografinya yang bergunung-ganang serta memiliki sungai. 

Selain faktor geografi, jika hujan turun sepanjang hari atau separuh hari, keadaan ini boleh menjejaskan jumlah yang keluar mengundi. Pengundi tidak berminat untuk keluar rumah kerana keadaan yang tidak selesa sehingga akhirnya peratusan mengundi berkurangan. Jumlah pengundi boleh menentukan nasib calon. Itulah sebabnya amat penting jentera akar umbi mengerah seluruh tenaga dan sistem agar pengundi keluar mengundi. 

Bagi kawasan hulu seperti Baram dan Hulu Rejang, memang menjadi mimpi ngeri bagi pengarah bilik operasi di akar umbi untuk memastikan jentera mereka bergerak dengan baik pada hari mengundi. Bukan mudah untuk menggerakkan pengundi dari perkampungan dan rumah panjang yang terasing ke pusat mengundi. Komitmen jitu pekerja parti amat dituntut. 


Masalah pengangkutan 
Adakah rendahnya peratusan undi di Sarawak dan sesetengah kawasan juga kerana masalah mobiliti? Memang diakui pengundi dari kawasan terbabit yang bekerja di luar balik adalah sesuatu yang sukar dan memakan kos yang tinggi. Bayangkan anak tempatan yang berasal dari Baram yang bekerja di Pulau Pinang, adakah dia sanggup balik semata-mata untuk mengundi. 

Dia perlu menaiki pesawat ke Kuala Lumpur sebelum terbang ke Miri dan seterusnya meneruskan perjalanan berjam-jam ke kampung halamannya. Berapa orangkah yang sanggup berbuat demikian dan mengeluarkan kos tinggi? Langkah syarikat penerbangan menawarkan pakej khas dengan harga istimewa bagi mereka yang hendak balik mengundi melambangkan keprihatinan dan komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat. 

Segala langkah perlu diambil untuk memastikan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada PRU-13 meningkat. Peratusan mengundi yang tinggi memperlihatkan minat politik dan kesedaran tinggi dalam kalangan rakyat terhadap politik. 
Pilihan raya merupakan saluran utama rakyat membabitkan diri dalam proses politik negara dengan sistem demokrasi. 

Melalui pilihan raya, rakyat dan pengundi dapat menentukan corak pemerintahan yang diingini. Sesungguhnya, melalui PRU ini, pengundi dapat memberi keabsahan kepada wakil rakyat dan parti yang terpilih mentadbirkan negara. Justeru, pengundi perlu memainkan peranan untuk menentukan wakil rakyat yang bakal memperjuangkan nasib dan masa depan mereka.

Penulis ialah pensyarah kanan dan penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak

Sumber: BH (22 April 2013)

Sunday, April 21, 2013

Hari ke penudi nuan bujang asi anak andai...


Saritu hari ke penudi nuan bujang,
Pengudah tu nuan semina tinggal dalam kenang,
Laban nuan udah dulu ngejang dulu hilang,
Pagila lusa kami nganti enda meh nuan pulang,

Kasih meh nuan bujang,
Dulu lesi dibai ambun pulai ke remang,
Kasih meh nuan keling,
Dulu danjan ditaban ke ayas lenyau ari perening,

Pulai meh nuan intan anak andai,
Pulai nengali hari lesi nengali lemai,
Kami ke tinggal berasai puang enda nyamai,
Aimata seruran labuh naya keberai,

Saritu hari ke penudi nuan bujang asi,
Penyayau sereta pemanah nuan mengkang dalam ati,
Taja nuan dulu lesi enda nemu pulai agi,
Nuan mengkang kami kenang dalam sampi dalam mimpi.

Rest In Peace (R.I.P) My Dear Friend Ali Anai

Friday, April 19, 2013

Pergi takkan kembali...

Titipan buat sang sahabat yang pada tika dan saat ini telah pergi jauh meninggalkan semua yang menyayanginya dan disayanginya untuk selama-lamanya. Apa yang pasti kehilangannya akan diingati dan kehadirannya dirindui.
Pengalaman dan kenangan bersama-sama menempuh pahit manis dan ranjau menuju ke menara gading akan sentiasa terpahat di dalam ingatan. Namamu sahabat takkan hilang dan luput dari tugu ingatan. Moga rohmu aman di sana!! Amen.
                                                                        
                                                                          Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau ku lupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia


Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi
Pergi

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari


Kau pergi

Kau Pergi Jua Sahabatku....


Pukul 1040 malam 18 April 2013 merupakan tarikh keramat yang tidak mungkin dapat dilupa seumur hidup ini. Seorang sahabat yang dikenali kepintaran, kebijaksanaan, kemesraan, kebaikan, baik hati, rendah diri, jujur, tidak pernah berkira dan semua yng sukar untuk dinyatakan disini telah pergi menyahut seruan-NYa.

Kesedihan di hati sukar untuk digambarkan. Pemergiannya bermakna hilang seorang teman, kawan dan sahabat yang akan dikenang sampai mati. Dirinya tiada pengganti!!

Semoga pemergiaanmu sahabat dapat meghapus kesakitan yang kau tanggung selama ini. KANSER...kau pembunuh sahabat ku ini! Kejamnya... Sedang usia masih muda dan masih banyak perkara yang mahu dikongsi bersama teman-teman disekeliling & keluarga tercinta, dirimu pergi sahabat ku.

Airmata...usah diungkap. Mengalir tanpa mahu berhenti. Terpandang gambar kita bersama membuat hati semakin sedih dan sayu..

Doa untukmu sahabat...semoga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan biarkan Bapa membawamu ke syurga sana sahabatku. Biarkanlah dirimu sahabat duduk tenang disebelah kanan Bapa. Amen!!

Tuesday, April 16, 2013

Calon mesra pengundi lebih berpotensi menang

Anak tempatan berkebolehan patut jadi calon

Suhu pilihan raya semakin meningkat dan semua orang berteka-teki siapa bakal dipilih, digugurkan dan dicalonkan semula. Menjelang hari penamaan calon Sabtu depan, pengundi mengharapkan calon terbaik bagi mewakili mereka untuk lima tahun akan datang. 

Pemilihan calon yang sesuai untuk 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) amat penting bagi menjamin kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Bukan tidak ada kerusi yang terlepas kepada pihak lawan gara-gara pemilihan calon yang tidak tepat. Bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak, antara kriteria penting ialah personaliti calon dan penerimaan rakyat. 

Dalam PRU-13, BN dijangka menggugurkan beberapa muka lama yang dianggap tidak lagi dapat memainkan peranan yang berkesan. Memang wajar untuk mereka kecewa. Itu lumrah manusia. Tetapi kekecewaan itu tidak harus sampai mensabotaj parti dan enggan memberi sokongan kepada calon dan jentera parti di peringkat akar umbi. 

Najib teliti pilih calon 
Jika ahli BN mahu memastikan kemenangan, mereka perlu akur kepada nasihat Najib agar tidak merajuk terlalu lama. Yang pasti, Najib mempunyai banyak saluran berwibawa untuk mendapatkan maklum balas mengenai calon, termasuk personaliti dan potensinya untuk menang. Penelitian yang mendalam terhadap semua kriteria membabitkan calon membuktikan keseriusan beliau untuk memastikan hanya calon yang terbaik dan mampu menang ditampilkan. Tentu beliau mahu rakyat memberi reaksi positif terhadap senarai calon yang diumumkannya dalam beberapa hari lagi. 


BN tentu tidak mahu mengambil risiko menampilkan calon yang tercalar peribadi dan tidak diterima rakyat sehingga kehilangan kerusi semata-mata menjaga hati individu terbabit. Biarlah calon yang ditampilkan dapat memberi nafas baru. Percayalah, jika calon menepati ciri-ciri tepat mampu menang, peluang mempertahankan kerusi dan merampas kembali kerusi yang BN kalah dalam PRU lalu amat cerah. 

Penulis percaya Najib menilai setiap calon dan wakil rakyat secara objektif berdasarkan komitmen mereka dan sokongan pengundi. Justeru, wakil rakyat sedia ada tidak perlu melobi menjadi calon semula kerana mereka berpotensi dipilih dan menang dalam pilihan raya jika memberi khidmat terbaik kepada pengundi di kawasan masing-masing. 


Satu daripada kriteria penting ialah kelayakan calon. Sesuai dengan tuntutan zaman dan keadaan, calon yang sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan ijazah pertama perlu dipilih. Ketokohan, daya kepemimpinan, berintegriti tinggi, berkebolehan, berpengalaman, mempunyai rekod prestasi dan kepakaran diambil kira. 


Kepelbagaian kepakaran dan pengalaman wakil rakyat membantu pemimpin parti dan negara merumus ramuan dasar terbaik bagi masa depan negara. 


Wakil rakyat prihatin jadi pilihan 
Bagi rakyat pula, mereka ingin melihat wakil rakyat yang komited membawa pembangunan ke kawasan mereka. Untuk itu, mereka mahu melihat wakil rakyat yang prihatin dan memiliki sentuhan kerakyatan, iaitu wakil rakyat yang bersedia turun padang bagi mendengar keluhan, masalah dan aspirasi mereka. Apa gunanya wakil rakyat yang berkelayakan jika tidak sanggup mendengar masalah dan isu yang membelenggu rakyat? Apa gunanya wakil rakyat yang hanya mementingkan agenda peribadi, iaitu untuk mengaut kekayaan semata-mata? 


Rakyat mahu melihat wakil rakyat yang sanggup merasai denyut nadi dan gerak rasa mereka. Untuk itu, tentu lebih elok jika calon yang dipilih ialah anak tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di kawasan yang bakal diwakilinya. 


Lebih memahami pengundi 
Hal ini kerana calon berkenaan lebih mengenali rakyat dan pengundinya, selain dapat menghayati masalah dihadapi pengundi. Rakyat lebih suka jika calon yang bertanding orang dikenali. 


Najib pernah berkata, jika ada wakil rakyat yang tidak disukai, rakyat akan beri isyarat. “Jadi jawatan dalam parti tidak menjamin kemenangan seseorang itu ketika pilihan raya, hanya mereka yang disukai, disenangi dan mesra dengan rakyat akan dipilih.” 


Sesungguhnya, jika ditanya rakyat, mereka mahu wakil rakyat yang sanggup bersama ketika mereka menghadapi masalah. Wakil rakyat sedemikian adalah mereka yang bersedia meringankan beban rakyat. Bagi pengundi dan penduduk di luar bandar terutamanya, wakil rakyat adalah segala-galanya. 


Kini, rakyat tidak lagi suka dengan wakil rakyat yang hanya menunjuk batang hidung sewaktu menjelang pilihan raya semata-mata. Wakil rakyat yang mempunyai hubungan awam yang baik dan sentiasa mendampingi mereka akan melekat di hati rakyat. 


Penulis ialah pensyarah kanan dan penganalisis politik di Universiti Malaysia Sarawak

Sumber: Berita Harian (14/4/2013)

Wednesday, April 10, 2013

Melissa's win marks new milestone for Dayak music industry

KUCHING: A new milestone was reached for the Dayak music industry following the win by Iban singer Melissa Francis in one of the categories of the just concluded Anugerah Bintang Popular Berita Harian in Kuala Lumpur.

Dayak Arts and Culture Enthusiasts Association (PPSKDK) president Mervyn Tajem said this will pave the way for more Dayak artistes and musicians to push themselves and go for national and international accolades.

He congratulated Melissa for winning the Most Sytlo Female Artiste at the contest held last Sunday after garnering the most number of votes, edging bigger names in the national entertainment industry such as Lisa Surihani and Yana Shamsuddin.

“As a young artiste, Melissa Francis has done well to not only boost her name further but also to promote our Dayak music industry as a whole.

“It is our hope that more Dayak artistes be recognised for other achievements in the future. We do have very talented singers, song writers and musicians. The next aim is to break through the barriers so that their work will be more exposed and recognised by other music industry especially the Malay music industry in Malaysia,” Mervyn said.

The surprise victory by Melissa was hailed by Sarawakians who shared the achievement through the social media. However, there were also those who lamented the lack of spotlight accorded by the national media on her.

The 26-year-old lass, through her Facebook page, expressed her gratitude to her fans for voting her to victory and she thanked them for their continuous support throughout her singing career.
On another matter, Mervyn also commended the feat achieved by another Iban singer Gabriel Fairuz Louis who was selected to represent Malaysia for the XXII Discovery International Pop Music Festival in Varna, Bulgaria from May 17 to 19.

He said Gabriel, who comes from Durin, Sibu, is another home grown talent who has made the Iban and Dayaks proud. He added he was excited by the prospect of Gabriel singing his Iban song ‘Pechaya’ at the international stage.

“He will be the first Iban representing the country in this competition and to be given the opportunity like this tells us that our artistes and songs are getting more accepted. Now, the international audience can get to hear an Iban song. We wish him well and hope that he will do his best to win the categories that he is nominated in,” said Mervyn.

He also informed that PPSKDK will be organising the second Iban Classic Song competition again towards the end of the year.

The first was organised last year. The competition aims to unearth new talents and to promote classic Iban songs. 

Source: Borneo Post (10 April 2013)

Shila mohon maaf

 Shila mohon maaf
Bersyukur kerana dapat memenangi trofi Penyanyi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 buat kali pertama, Shila Amzah memohon maaf apabila tidak dapat menyertai siri jelajah mahupun memeriahkan malam kemuncak anugerah itu, Ahad lalu berikutan komitmen terhadap konsert bergerak di Amerika Syarikat (AS).

Masih berada di Las Vegas usai siri konsert terakhir selepas Lincoln Centre New York dan San Francisco, hari ini pemenang Asian Wave itu dijadualkan terbang semula ke Shanghai bagi menyiapkan penggambaran video muzik untuk China Idol. 
Terima kasih emak, abah, keluarga, Shila Amzah Entertainment dan tidak lupa Shilalas kerana terus memberikan sokongan padu terhadap kerjaya seni saya. Terima kasih juga kepada BH yang menyokong industri hiburan menerusi penganjuran dan pengiktirafan buat karyawan seni. 

Saya minta maaf sebab tidak dapat hadir. Selepas menamatkan konsert di AS bersama lima penyanyi lain, saya kembali ke Shanghai bagi menyiapkan beberapa projek termasuk lagu tema China Idol dalam bahasa Mandarin, yang asalnya disampaikan Kelly Clarkson, katanya menerusi kiriman e-mel.

Berduet dengan Julio Iglesias 
Shila turut menyatakan rasa terharu apabila diberi peluang membawakan lagu A Moment Like This dalam versi Mandarin memandangkan ramai lagi penyanyi besar di China, apatah lagi itulah pertandingan Idol pertama di sana.

Jadual promosi dan tugasan lain sedia untuk dipenuhi sebaik konsert di AS selesai. Selain lagu China Idol, saya turut mempergiatkan latihan vokal sebagai persediaan menghadapi Konsert Julio Iglesias. Saya diundang sebagai artis jemputan pada konsert berkenaan. 

Persembahan itu sangat istimewa kerana selain tampil solo di ketiga-tiga lokasi nanti, saya juga bakal berduet dengan penyanyi tersohor itu membawakan lagu When You Tell Me That You Love Me dan All For You, katanya.

Mengikut jadual, Shila yang ditemani ibu bapanya bakal menjelajah bersama Iglesias bermula di Shanghai pada 14 April disusuli Shenzen (18 April), manakala konsert terbabit dijangka selesai selepas destinasi terakhir di Beijing (21 April).

Mahu siapkan album Melayu
 Walaupun sebelum ini Shila memaklumkan perlu sekurang-kurangnya tinggal setengah tahun di China demi tuntutan kerjaya seni, dia akan pulang seketika selepas konsert bagi melengkapkan pula pembikinan album Melayu yang hampir selesai.

Insya-Allah saya akan gunakan peluang dan kesempatan yang diberikan ini sebaik mungkin. Harap semua mendoakan perjalanan saya supaya dipermudahkan oleh-Nya, ulas penyanyi itu yang turut mendapat ucapan tahniah di laman sosialnya sebaik diumumkan sebagai pemenang, 7 April lalu.

Sumber: Berita Harian (10 April 2013)

Penamaan calon 20 April, Pengundian 5 Mei: SPR


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 20 April ini, manakala pengundian pada 5 Mei.

Tempoh berkempen ialah selama 15 hari berbanding 13 hari pada pilihan raya umum 2008. Pengundian awal ditetapkan pada 30 April. 
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR, jam 12.30 tengah hari tadi yang disiarkan di TV3, RTM1, NTV7, 8TV and TV9. 

Abdul Aziz berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang diwartakan esok.

Katanya, pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Sumber: Berita Harian (10 April 2013) 

Tuesday, April 9, 2013

Pertandingan mewarna kanak-kanak Pusat Prasekolah IPGKTAR 2013

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Unit Perpustakaan IPGKTAR bersama Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTAR. Seramai 23 orang kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun telah menyertai pertandingan ini.


Pemenang Pertama hingga tempat ke-5

Tempat Pertama: Dayangku Siti Nurirzahtul
Kenang-Kenangan 2013
Hadiah untuk pemenang
Sepanjang pertandingan ini berlangsung, bermacam-macam ragam yang ditunjukkan kanak-kanak. Ada yang mengeluh tangan sakit, penat serta idea-idea yang diluar jangkaan kita.

"Cikgu, saya warnakan latar belakang lukisan saya dengan warna hitam ya. Hari malam mestilah warna hitam"

"Cikgu, tengok tanah saya warna merah. Warna merah sebab cahaya matahari saya warna merah".

Pelbagai ragam inilah yang menghiburkan dan nikmat sebagai seorang guru prasekolah. Kadang-kadang kanak-kanak ini bertindak dan melihat apa yang orang dewasa tidak lihat. Mereka kreatif dan jujur!!

Melissa Francis memenangi Kategori Artis Wanita Stailo ABPBH 2012

ABPBH 2012 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil (7 April 2013) cukup memberi kejutan dan impak kepada dunia hiburan tempatan khususnya lagu dan artis Iban.

Melissa Francis bersama piala kemenangan
Foto: Credit to FB Melissa Francis
Melissa Francis yang cukup dikenali di Bumi Kenyalang dengan lagu Mutus Ati, Beserara Enggau Aimata, Baya Pantai dan banyak lagi berjaya menewaskan beberapa nama besar seperti Lisa Surihani, Yana Shamsudin, Nora Danish dan Stacy. 

Artis Wanita Stailo
1. Lisa Surihani
2. Yana Shamsudin
3. Melissa Francis ( PEMENANG )
4. Nora Danish
5. Stacy



Secara peribadi, kejayaan Melissa Francis (merupakan artis Iban / Dayak) pertama menang di anugerah berprestij ini boleh dijadikan satu panduan dan penanda aras untuk artis iban / dayak yang lain. Usaha dan bekerja keras pasti akan memberikan tuaian yang memuaskan.
Melissa Francis Artis Wanita Stailo ABPBH 2012
Foto: Credit to FB Melissa Francis
Tahniah Melissa Francis!!! Semoga selepas ini akan melahirkan dan menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu dan diterima oleh semua orang. 


Wednesday, April 3, 2013

DUN bubar serentak (BH - 3.4.2013)

Empat negeri pembangkang ikut keputusan Kerajaan Pusat

Kuala Lumpur: Empat negeri pembangkang sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serentak dengan Parlimen. 

Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor bersedia berbuat demikian selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen yang dikatakan diumumkan selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini. 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam mengesahkan akan mengikuti langkah Najib dalam menentukan pembubaran DUN Kedah.


Kita sudah bersedia 


“Kita sudah bersedia menempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Kita akan ikut keputusan terdahulu yang kita buat dan tunggu sajalah hari mengundi nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.


Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, sebelum ini menyatakan tidak akan mengadakan pilihan raya berasingan dengan Kerajaan Pusat kerana akan menyebabkan banyak kesulitan. 

Beliau juga berkata, PAS dan rakan dalam pakatan pembangkang di Kedah mampu menghadapi PRU Ke-13 pada bila-bila masa.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga mengesahkan kerajaan PAS Kelantan akan mengikut langkah Kerajaan Persekutuan dan PAS negeri sudah bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa jika Parlimen dibubarkan hari ini.


Boleh jimatkan wang


“Kita sudah lama bersedia. Malah, masalah berkaitan calon boleh dikatakan selesai, tiada sebarang masalah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di Kota Darulnaim.


Nik Aziz sebelum ini pernah menegaskan bahawa Kelantan lebih selesa membubarkan DUN mengikut Parlimen kerana dapat menjimatkan wang rakyat.


“Saya sudah buat kenyataan ini dulu dan akan bubar DUN secara serentak bagi mengelak perbelanjaan besar dan terlalu menjadi tumpuan,” katanya.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata, Kerajaan Selangor akan membubarkan DUN serentak jika Najib membubarkan Parlimen sebelum 22 April.


Katanya, ini selaras dengan keputusan sebelum ini untuk membubarkan DUN pada 22 April jika Najib tidak berbuat demikian sebelum tarikh berkenaan.

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain pula berkata, pihaknya hanya menunggu pengumuman pembubaran Parlimen pada bila-bila masa.


“Kita sudah bersedia. Kita ikut bubar jika Parlimen dibubar.. itu pun kalau esok (hari ini). Selama ini, semua pihak hanya menunggu tarikh pembubaran kerana DUN Pulau Pinang akan tamat tempoh pada 2 Mei depan,” katanya ketika dihubungi.


“Jika bubar, kita bubar sajalah.... saya tidak mahu beri komen lebih... jika nak tanya apa-apa, rujuk Ketua Menteri,” katanya ketika dihubungi

PM dijangka lancar menifesto Sabtu (BH - 3.4.2013)


BN adakan mesyuarat khas esok 
Kuala Lumpur: Tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan hari ini diperkukuhkan lagi dengan perkembangan terkini dan beberapa program yang dirancang oleh Barisan Nasional (BN) untuk beberapa hari akan datang. 

Selain mesyuarat Kabinet hari ini yang dikatakan akan menjadi mesyuarat terakhir untuk penggal ini, BN akan mengadakan mesyuarat khas mengenai persiapan menghadapi pilihan raya, esok. 

Malam Sabtu ini pula BN dijangka mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan melancarkan jentera pilihan raya dalam majlis khas di Stadium Putra Bukit Jalil, membabitkan kehadiran kira-kira 10,000 orang dari seluruh negara.

Secara langsung di TV 
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam mengesahkan mesyuarat khas BN akan diadakan esok, tetapi butiran majlis melancarkan manifesto hanya akan diputuskan dalam mesyuarat itu.

Namun, BH difahamkan persiapan majlis melancarkan manifesto dan jentera pilihan raya BN sudah diatur termasuk menyiarkannya secara langsung menerusi televisyen.


Petanda Parlimen akan dibubarkan seawal hari ini semakin jelas berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet hari ini dengan pakaian berwarna gelap dan tali leher seragam warna merah untuk sesi bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sesi bergambar 
Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet adalah kelaziman sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Sementara itu, ada yang menyatakan Perdana Menteri akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2013 di Brunei pada 25 dan 26 April, tetapi kehadirannya bukan kemestian kerana Menteri Luar boleh menghadiri persidangan itu seperti yang pernah diamalkan sebelum ini.

Berikutan itu, kemungkinan Parlimen dibubarkan hari ini atau selewat-lewatnya dalam tempoh beberapa hari akan datang makin hangat diperkatakan sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian yang dijangka diadakan dalam bulan ini.

Perdana Menteri berucap di televisyen jam 11.30 pagi ini (BH - 3.4.2013)


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri akan berucap secara langsung di televisyen pada jam 11.30 pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Perdana Menteri selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong (BH - 3.4.2013)

Foto
KENDERAAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat bergerak pulang dari Istana Negara ke Pejabat Perdana Menteri kira-kira jam 9.10 pagi tadi. - Foto BH Online


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bergerak keluar dari Istana Negara kira-kira jam 9.10 pagi tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.



Perdana Menteri menghadap Yang Di-Pertuan Agong pagi ini (BH - 3.4.2013)

Foto
KENDERAAN rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat memasuki Istana Negara jam 8.25 pagi ini. - Foto Khairul Azry ABidin


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Istana Negara kira-kira jam 8.25 pagi tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen bubar seawal esok (BH 2/4/2013)



Parlimen bubar seawal esok



Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet
Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

“jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. 

Tempoh 60 hari adakan PRU-13
“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi. 

Merokok lepas bangun tidur tingkat risiko barah paru-paru (Berita Harian 2/4/2013)



WASHINGTON: Perbuatan merokok sebaik bangun tidur pada waktu pagi meningkatkan risiko diserang barah paru-paru, menurut kajian baru. 

“Kami mendapati perokok yang merokok sebaik bangun tidur mempunyai paras bahan kimia tembakau dikenali NNK adalah lebih tinggi di dalam darah perokok jika mereka merokok sebaik bangun tidur,” kata profesor kesihatan biotabiat, Steven Branstetter, dari Universiti Pennsylvania State. 

Bahan kimia NNK akan menghasilkan sejenis lagi bahan kimia dikenali NNAL apabila seseorang merokok. Paras NNAL dalam darah boleh digunakan untuk meramalkan risiko barah paru-paru pada tikus selain manusia.

Menurut Branstetter, penyelidikan lain menunjukkan NNK mendorong pertumbuhan tumor paru-paru pada beberapa spesies tikus. 

Di samping itu, paras NNAL stabil dalam perokok dari semasa ke semasa dan ukuran tunggal boleh menunjukkan dengan tepat pendedahan individu. 

Branstetter dan rakannya, Joshua Muscat, yang juga profesor sains kesihatan umum, memeriksa data mengenai 1,945 perokok dewasa daripada Tinjauan Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Negara yang memberikan contoh air kencing bagi analisis NNAL. 

Peserta juga memberikan maklumat mengenai tabiat merokok, termasuk berapa cepat mereka merokok selepas bangun tidur. 

Penyelidik mendapati kira-kira 32 peratus peserta yang diperiksa memulakan tabiat itu dalam masa lima minit selepas bangun; 31 peratus dalam masa enam hingga 30 minit; 18 peratus dalam masa 31 hingga 60 minit dan 19 peratus mula merokok lebih sejam selepas bangun. 

Di samping itu, penyelidikan juga mendapati paras NNAL dalam darah peserta berkait rapat dengan usia peserta, umur mereka mula merokok, jantina dan sama ada perokok lain tinggal di rumah mereka, antara faktor lain. 

“Paling penting, kami mendapat paras NNAL tertinggi di kalangan perokok yang merokok sebaik bangun tidur, tidak kira kekerapan merokok dan tfaktor lain yang meramalkan kepekatan NNAL. – Agensi