Seorang
calon Bebas di Sarawak bertanding atas alasan mahu membuktikan bahawa dia dapat
meraih lebih banyak undi berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Pada PRU-12
itu, dia kalah teruk dan hilang wang pertaruhan.
Kali ini calon Bebas yang bertanding di Parlimen Sibu itu pasti akan sekali lagi hilang wang pertaruhan. Seorang lagi calon Bebas bertanding kerana dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN).
Kali ini calon Bebas yang bertanding di Parlimen Sibu itu pasti akan sekali lagi hilang wang pertaruhan. Seorang lagi calon Bebas bertanding kerana dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN).
Ada
juga yang bertanding semata-mata kerana mahu memastikan penyandang kalah,
manakala seorang lagi berpendapat penyandang memperlihatkan prestasi buruk
dalam tempoh lima tahun lalu.
Yang lain bertanding kerana kecewa tidak dipilih atau dipilih semula oleh parti. Ada juga calon Bebas yang ‘ditanam’ untuk memecahkan undi bagi memberi kelebihan kepada calon atau parti tertentu.
Mahu publisiti
Ada juga yang seronok bertanding kerana inginkan publisiti atau mencuba nasib kalau-kalau umpannya mengena. Ada pelbagai alasan calon Bebas bertanding, daripada yang bersifat peribadi hinggalah kerana ingin benar-benar mahu membela rakyat.
Di Sarawak, ada 82 calon yang bertanding untuk merebut 31 kerusi. Selain Barisan Nasional, ada 15 calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP (11), Sarawak Workers Party (SWP) enam calon, STAR (7), PAS (5), dan Bebas tujuh.
Untuk pertama kali dalam tempoh 35 tahun, semua kerusi di Sarawak ditandingi pada PRU-13 ini. Penulis menjangka semua calon STAR dan PAS akan kalah termasuk ada yang bakal hilang wang deposit.
Kedua-dua parti itu pada amnya bukan saja tidak mempunyai pengaruh dan sokongan akar umbi yang kuat, tetapi dilihat hanya bergerak aktif menjelang pilihan raya. Parti itu dianggap tidak serius.
Kali ini, jumlah calon Bebas di Sarawak tidak banyak. Mengapa? Sebahagiannya adalah kerana syarat baru yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan calon menarik diri selepas pencalonan.
Sebelum ini, Sarawak antara negeri yang paling banyak kawasan tanpa bertanding. Pada pilihan raya negeri April 2011, ada 40 calon Bebas mencuba nasib dengan sebahagian besar hilang wang pertaruhan.
Pada PRU-12, ada lima kawasan tidak ditandingi. Ada daripada calon menarik diri dua hari selepas hari penamaan. Sebelum ini, Sarawak pernah menyaksikan ada calon Bebas yang kononnya lupa kad pengenalan apabila sampai di pusat penamaan, selain ada yang mendakwa lupa membawa wang pertaruhan.
Malah, ada juga penyokong atau pencadang yang tiba-tiba tidak hadir. Bukan tidak ada penyokong dan dan pencadang yang mengumumkan tidak lagi menyokong calon terbabit selepas hari penamaan calon.
Peluang menang tipis
Ramai
yang bertanya bagaimanakah peluang calon Bebas? Penulis percaya sebahagian
besar mereka sedar bahawa peluang untuk menang adalah amat tipis. Jadi, kenapa
harus berlawan jika tahu akan kalah?
Soal kalah adalah satu persoalan, tetapi calon Bebas mempunyai agenda sendiri mengapa mereka bertanding. Terus terang, jika rekod silam menjadi sandaran, bagai tidak ada cahaya di hujung terowong bagi 99.5 peratus calon Bebas.
Tidak dinafikan dalam sejarah politik Sarawak, calon Bebas pernah mencatatkan prestasi yang di luar jangkaan. Daripada sekitar 10 kerusi panas di Sarawak, calon Bebas dijangka memberi tentangan sengit di Mukah dan Mas Gading.
Penulis ialah pemerhati politik dan pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak

Sumber: BH (02 Mei 2013)
No comments:
Post a Comment