Wednesday, May 29, 2013

TERIMA KASIH...

Oooohaaaa... hari ini 30 Mei 2013. Hari terakhir saya datang ke IPGKTAR. Saya keliling seluruh  kampus IPGKTAR untuk tatapan terakhir kali ini. Sedih, gembira, puas dan semangat bercampur baur. Terima kasih untuk semua insan-insan yang menjadi sebahagian daripada watak yang muncul, datang & pergi dalam ceretera hidup ini. TERIMA KASIH!!!

Azam selepas ini pula mestilah menuju satu destinasi iaitu PELITA.!!! Saya dah tetapkan PELITA saya. Moga apa yang saya harap & mahukan menjadi kenyataan. 

Thursday, May 23, 2013

Segalanya bermula disini....IPGKTAR 2013

Akar keladi melilit selasih,
Selasih ditanam di tepi kolam,
Sekalung budi seuntai kasih,
Akan dikenang berzaman-zaman.

Hari ini, 23 Mei 2013 maka tamatlah "tempoh" saya dan rakan-rakan menimba ilmu di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak. Dalam tempoh 18 bulan ini banyak kenangan pahit dan manis yang tercipta diantara kami. Yang pasti semua itu akan dikenang berzaman-zaman.

Untuk rakan-rakan semua, teruskan perjuangan suci, tabahkanlah hati, martabatkan profesion perguruan ini. Sayangilah bakal anak didik tanpa syarat. Maka dengan itu merupakan satu langkah untuk menjadi seorang guru yang berkesan. 

Ingat singkatan ini: 
ASK (A-Attitude), (S-Skills) & (K-Knowledge).
IPC (I-Intergrity), (P-Profesional) & (C-Commitment)

Diharap agar kita akan berjumpa di masa, suasana dan tempat yang berbeza suatu hari nanti. Terima kasih untuk segalanya!!!


Wednesday, May 22, 2013

Proses kreativiti bukan hasilnya (Prasekolah / Pendidikan Awal Kanak-Kanak)


Memahami adalah proses bukan hasil yang diperlukan oleh kebanyakan kanak-kanak. Kehidupan kita dalam orientasi kerja, budaya menumpukan penghasilan kadangkala kita terlepas pandang kepada perkara yang mudah untuk keseronokan melakukan sesuatu demi kepuasan diri. Kanak-kanak bagaimana pun mendapatkan kepuasan lebih daripada keseronokan. Mereka melalui proses dan mengembirakan saat yang dilalui. Oleh itu tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan sesuatu atau merasa tekanan kepada menyiapkan sehingga selesai. Kanak-kanak merasa seronok membawa pulang hasil rekaannya.

Najib dan Pasca PRU13


Orang Melayu melihat keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dari sudut pemikiran dan kepentingan orang Melayu manakala masyarakat Cina pula melihatnya dari sudut pandangan mereka. Jika ini dianggap sebagai polarisasi kaum, ia adalah perkara yang sangat nyata. Apabila sesuatu kaum bertindak atau membuat keputusan atas kepentingan kaumnya semata-mata, wujud suasana polarisasi tidak sihat. Dalam suasana yang penuh rahsia, akan wujud kekaburan maklumat yang menyebabkan banyak berita angin yang boleh memberi kesan kepada faktor keharmonian, keselamatan dan sebagainya.

Bagaimanapun, persepsi atau sudut pandangan mengenai kaum ini bukanlah terbatas kepada masyarakat Melayu dan Cina semata-mata. Cuma, perbezaan kedua-dua kaum inilah dilihat sebagai isu paling dominan dalam PRU-13 ini. Masyarakat India, Sikh dan kaum lain, termasuk etnik di Sabah dan Sarawak juga melihat PRU-13 dari sudut pandangan mereka yang mungkin berbeza dengan rakyat di Semenanjung Malaysia. Di kedua-dua negara itu, isu perkauman hampir tidak wujud kerana mereka boleh tinggal serumah walaupun berbeza etnik, bangsa dan agama.

Begitu juga golongan peniaga dari aspek perniagaan, pengguna pula mempunyai pandangan sendiri hingga ada yang bertindak mahu memboikot perniagaan kaum lain, pelabur dari aspek keyakinan mereka untuk menanam modal, orang muda dari kaca mata orang muda dan seterusnya. Orang politik pula melihat situasi ini dari sudut politik masing-masing, DAP menganggap mereka tidak cauvinis sedangkan pihak lain menganggap parti itulah yang meniup api perkauman di Malaysia. 

Perdana Menteri untuk semua 
Ada kumpulan yang menerima keputusan PRU-13 secara emosional dan ada golongan yang melihatnya secara praktikal. Dalam kekalutan panca pilihan raya ini, Datuk Seri Najib menegaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum di negara ini. Maknanya, walaupun wujud pelbagai pendapat, pandangan, pergeseran, tohmahan dan sebagai, Najib tetap yakin bahawa akhirnya semua rakyat mengharapkan kedamaian dan hidup dalam suasana harmoni.

Mungkin, pada Najib, jika dilayan semua pandangan ini, banyak masa akan dibuang dan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, hanya tujuh tahun lagi akan kecundang. Pemikiran ini jelas membuktikan ciri-ciri dan kualiti kepemimpinan seorang Perdana Menteri yang menjurus kepada keperibadian seorang negarawan. Sudah tentunya beliau tidak mahu penerima terhadap konsep 1Malaysia yang diperkenalkannya hanya mampu bertahan separuh jalan. Ini adalah dugaan dan cabaran yang perlu dihadapinya.

Sebagai pemimpin Melayu dan menerajui sebuah organisasi Melayu, UMNO, sebenar Najib berani membuat kenyataan yang tidak memihak walaupun tahu bahawa ia mungkin tidak disenangi oleh segelintir ahli UMNO dan orang Melayu. Beliau pastinya tahu bahawa dalam suasana emosi yang memuncak akibat kecewa dengan keputusan PRU-13 yang tidak seperti diharapkan, Najib tidak berselindung mengatakan bahawa UMNO bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di negara ini. Orang UMNO kecewa dengan masyarakat Cina kerana walaupun kerajaan sudah banyak berkorban dan melayani pelbagai tuntutan mereka, mereka tetap tidak mengundi calon BN. Trend menunjukkan orang Cina menyokong DAP dan calon parti dalam pakatan pembangkang lain.

Bagi Najib, rakyat pada pelbagai peringkat bebas mempunyai pandangan tersendiri, sekurang-kurangnya untuk satu ketika, tetapi perlu kembali kepada realiti bahawa Malaysia adalah sebuah negara masyarakat berbilang kaum, tradisi dan adat budaya serta perbezaan agama. Bagi kebanyakan rakyat, mereka melihat pasca PRU dalam lingkungan jangka pendek, tetapi Najib melihat kemungkinan yang akan terjadi pada PRU-14 jika perbalahan yang wujud hari ini tidak ditangani dengan baik.

Diselesaikan secara berhemah
Sepatutnya, isu pilihan raya sudah boleh diselesaikan secara berhemah selepas proses pasca pilihan raya seperti pembentukan kerajaan dan kerajaan negeri, majlis mengangkat sumpah anggota Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan sebagainya, selesai. Cuma, walaupun semua proses berkenaan berjalan lancar, pembangkang masih tidak puas hati dengan keputusan PRU-13 dan cuba mencari pelbagai kesilapan. Bantahan pula dilakukan menerusi perhimpunan haram di merata tempat yang dirancang.

Pembangkang yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim jangan fikir mereka saja tidak berpuas hati. Dalam kalangan calon BN yang kalah dan pengikut mereka juga tidak puas hati dengan keputusan kerana mereka yakin akan menang. Mereka juga mempunyai alasan tersendiri untuk merungut tetapi disebabkan hormat kepada keputusan yang dibuat secara demokrasi, ia terhenti begitu saja. Perhimpunan pembangkang secara besar-besaran yang diadakan di merata tempat tidak boleh melambangkan kekuatan atau sokongan padu rakyat terhadap DAP, PAS dan PKR.

Ramai juga rakyat yang marah dengan tindakan mereka, seolah-olah tidak boleh menerima kekalahan. Jika pembangkang boleh menerima kemenangan di 89 kerusi Parlimen dan 230 kerusi DUN, mereka sepatutnya boleh menerima kekalahan di kerusi lain yang ditandingi. Pembangkang tidak mempersoalkan kemenangan mereka di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, sebaliknya mereka mencari kesalahan di tempat lain dan dirasakan mempunyai motif tertentu. BN dapat menawan semula Kedah. Hanya orang yang berfikiran keanak-anakan saja yang tidak mahu menerima kekalahan.

Sumber: BH (19/05/2013)

Saturday, May 18, 2013

Memori bersamamu sahabat!!! ... 1998-2013

Hari ini 18 Mei 2013... maka genap sebulanlah dirimu sahabat pergi meninggalkan kami disini. Ingatan dan kenangan terus mengasak minda dan hati. Terasa seperti di dalam mimpi dan tidak percaya yang dirimu sahabat telah tiada. Airmata tidak pernah mahu berhenti mengalir ketika kenangan dan memori kita bersama muncul dibenak dan ruangan mata. 

Kembali kepada pertemuan kita sahabat: dirimu adalah junior saya ketika mula-mula berkenalan di SMK Subis. Saya di tingkatan 2 dan dirimu di tingkatan 1. Hanya kerana sebiji mempelam!!! Bermula dari itu kita terus menjadi kawan. Berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Setiap kali ada pertandingan di sekolah kita akan sama-sama menyertainya. Ada kala saya yang menang. Ada kala dirimu sahabat yang menang. Semangat ini terus dibawa sehinggalah kita sama-sama masuk ke universiti yang kebetulan kita belajar di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Cukup banyak kenangan dan cerita diantara kita sahabat. Berkongsi mee maggi sebungkus direndam menggunakan air sejuk, makan ulam mentimun di tengah malam, makan mempelam menggunakan garam, belajar sembahyang ke gereja bersama, masak di dalam hostel semasa di UNIMAS, dan banyak lagi kenangan yang saya kan simpan dalam ingatan agar dirimu kekal hidup dalam kenangan sahabat!!!

Masa di UNIMAS pun kita tetap memiliki semangat berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik. Kenangan tidak mungkin dapat dilupakan sahabat, kita sama-sama menyertai pertandingan UNIMAS IDOL. Dirimu mendendangkan lagu Nassier Wahab berjudul MEMORI CINTA LUKA. Manakala saya pula membawakan lagu Ibnor Reza (MIMPI YANG TAK SUDAH). Saya menang tempat kedua. Dirimu tempat ketiga sahabat. Kita sama-sama ketawa apabila keluar dewan pertandingan. Gembira!! 

Terus-terang sahabat, setiap kali terdengar lagu ini dirimu seakan muncul di ruangan mata. Terlalu banyak impian, cita-cita, mimpi dan cerita kita bersama. Semua ini akan kekal dalam diri sehingga ke akhir hayat. Puji Tuhan kerana mempertemukan saya dengan sahabat dan teman seperti dirimu sahabat. Sesungguhnya, dirimu tiada ganti!!!


Seindah pada waktu itu
Dalam sendu membelaiku
Asmara melewati
Kala sendu

Tersurat perpishan Ini
melayari hari
Terpadamlah api
Cinta yang menyala

Bridge:
Bukan alasan itu
Yang ku mahu darimu
Impian yang ku bina
Pudar layu
Tiada bermakna

Setelah lama ku korbankan
Tiada bererti
Dan biarkan terasing disini

Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri

Bridge:
Hanya saat ini
Yang akan menentu
Pasti tidak kau menoleh
Pada waktu indah itu

Hanya saat ini
Merubah dirimu kasih
Meresapi jiwamu yang lara

Korus:
Tidak ku duga mengapa begini
Berakhirlah kisah cinta nan luka
Tak mungkin akan bersinar kembali
Tak mungkin kau sedari

Musnah semua janji yang terucap
Dalam senyum menyusuk di dada
Dan kini kau telah pergi
Tinggalku sendiri

Doa untuk mu sahabat: semoga tenang dan aman di sana. Moga ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Mimpi, impian dan cita-cita yang kita bina bersama akan saya teruskan. Terima Kasih Tuhan kerana mempertemukan sahabat seperti dirimu sahabat. Terima kasih!!

Thursday, May 16, 2013

Lirik Lagu: PENDIDIK BUMI KENYALANG


Pendidik Bumi Kenyalang
Berdiri teguh berjanji tetap setia
Membimbing mendidik putera puteri Sarawak
Menuju cita mulia

Kata pasti kami kota
Inilah sumpah yang kami semua janjikan
Berkhidmat berbakti dengan hati yang ikhlas
Amanah timbang rasa

Segala rintangan itu hanya cabaran
Bersatu setiap masa
Pupukan semangat perpaduan
Tingkatkan nilai kerja

Maju Sarawak bahagia
Kamilah pendidik pembentuk masa depan
Membimbing sentiasa walau di mana saja
Jujur setiap masa

Pendidik Bumi Kenyalang
Dari seluruh Negari Malaysia
Bersama menuju ke arah cita-cita
Mendidik anak bangsa

Lirik Lagu : TERIMA KASIH CIKGU


Hari Pertama Masuk Sekolah
Tak Pandai Membaca, Mengira
Tetapi Cikgu Begitu Tabah
Mengajar Kami Sungguh-sungguh

Bermula A B C Sampai Z
Hitung 1 Sampai 10
Baru Ejaan Dan Kira-Kira
Kami Belajar Dengan Lancar
Berkat Kesabaran Guru Bijaksana
Memberi Pelbagai Petunjuk

Hari Demi Hari
Kami Pun Mengerti
Pelajaran Nilainya Tinggi
Kami Ingat Setiap Masa
Jasa Guru Mendidik Bangsa
Sambutlah Ini Ucapan Kami
Terima Kasih, Cikgu.

Selamat Hari Guru | Happy teachers Day


Hari ini 16 Mei, merupakan antara tarikh penting dalam dunia pendidikan. Pada tarikh in setiap tahun merupakan sambutan dan meraikan Guru/Cikgu/Teacher atau pendidik. Jasa mereka dikenang dan diraikan. Anak-anak murid memberikan ucapan dan mengingati jasa guru dengan pelbagai cara. Ada yang hanya memberikan ucapan, ada yang memberikan hadiah, ada yang memberikan kad ucapan dan pelbagai lagi. Apa yang paling penting tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi semua isi dunia pendidikan.


TERIMA KASIH CIKGU!!! Ungkapan yang sukar untuk dimengerti oleh isi dunia lain. Hanya cikgu yang tahu betapa ungkapan ini bagai air menyiram padang pasir. Nikmatnya terasa dan kebanggaan jelas terpancar oleh setiap guru/cikgu. Tiada lain yang diminta / diharap oleh seorang guru. Cukuplah sekadar anak-anak murid mengingati dan menghargai segala jasa & pengorbanan yang dicurahkan. 

Dengan kesempatan ini, suka saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar dan mencurahkan ilmu kepada saya sejak sekolah rendah (SK KPG IRAN, SUAI), sekolah menengah (SMK SUBIS & SMK LUAR BANDAR MIRI) di universiti (UNIMAS) dan IPGKTAR. Terima kasih semua. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya!!!

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru yang sama-sama mengajar di SMK BALAI RINGIN, SERIAN, SMK ULU BALINGIAN, SELANGAU & SMK JULAU. Teruskan perjuangan suci ini. Tahniah & syabas kerana pengorbanan kalian merupakan sebahagian dari cerita & inspirasi kepada diri saya sendiri. 

Chelsea julang Piala Liga Europa


Chelsea julang Piala Liga Europa
AMSTERDAM: Gol masa kecederaan Branislav Ivanovic membantu kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea menjuarai kejohanan Liga Europa selepas menundukkan Benfica 2-1 pada perlawanan akhir, awal pagi tadi.

Kejayaan Chelsea menjulang piala Liga Europa sebentar tadi menjadikannya kelab EPL pertama berjaya menjulang kesemua tiga piala utama UEFA. 
Terdahulu, penyerang Chelsea, Fernando Torres meletakkan kelab EPL itu di depan selepas melakukan larian solo sebelum berjaya menewaskan pemain pertahanan dan penjaga gol Benfica untuk jaringan awal pada minit ke-59. 

Bagaimanapun, sembilan minit kemudian, pemain Benfica, Oscar Cardozo berjaya menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Ketika masa sudah melewati minit ke-90, Chelsea yang dihadiahkan sepakan penjuru yang diambil Juan Mata berjaya ditanduk Ivanovic yang melepasi penjaga gol lawan dan menerjah jaring. - Reuters

Sumber:BH (16/05/2013)

Wednesday, May 15, 2013

2013 Federal Cabinet Line-up


The new 2013 Federal Cabinet line-up of Ministers and Deputy Ministers as per STAR News:

Prime Minister
Najib Razak (UMNO)

Deputy Prime Minister
Muhyiddin Yassin (UMNO)

Prime Minister’s Department:
Ministers:
1. Jamil Khir Baharom (UMNO)
2. Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Idris Jala (senator)
4. Joseph Kurup (PBRS)
5. Shahidan KAssim (UMNO)
6. Nancy Shukri (PBB)
7. Paul Low Seng Kwan (senator)
8. Joseph Entulu Belaun (PRS)

Deputy Ministers:
1. Razali Ibrahim (UMNO)
2. Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Ministry of Finance
1. Minister of Finance 1: Najib Razak (UMNO)
2. Minister of Finance 2: Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (UMNO)

Deputy Minister of Finance
3. Ahmad Maslan (UMNO)

Ministry of Transport
1. Minister: (Acting – post being held open pending MCA decision) Hishammuddin Hussein (UMNO)
2. Deputy Minister: Ab Aziz Kaprawi (UMNO)

Ministry of Defence
1. Minister: Hishammuddin Hussein (UMNO)
2. Deputy Minister: Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Ministry of Home Affairs
1. Minister: Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
2. Deputy Minister: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)

Ministry of Education & Higher Learning
1. Minister 1: Muhyiddin Yassin (UMNO)
2. Minister 2: Idris Jusoh (UMNO
3. Deputy Minister 1: Mary Yap Kain Ching (PBS)
4. Deputy Minister 2: P. Kamalanathan (MIC)

Ministry of Works
1. Minister: Fadillah Yusof (PBB)
2. Deputy Minister: Rosnah Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Ministry of International Trade & Industry
1. Minister: Mustapa Mohamed (UMNO)
2. Deputy Minister: Hamim Samuri (UMNO)

Ministry of Foreign Affairs
1. Minister: Anifah Aman (UMNO)
2. Deputy Minister: Hamzah Zainuddin

Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism
1. Minister: Hasan Malek (UMNO)
2. Deputy Minister: Ahmad Bashah Mohamad Hanipah (Senator)

Ministry of Communication & Multimedia
1. Minister: Ahmad Shabery Cheek (UMNO)
2. Deputy Minister: Jailani Johari (UMNO)

Ministry of Human Resources
1. Minister: Richard Riot Jaem (SUPP)
2. Deputy Minister: Ismail Abdul Muttalib (UMNO)

Ministry of Rural & Regional Development
1. Minister: Shafie Apdal (UMNO)
2. Deputy Minister: Alexander Nanta Linggi (PBB)

Ministry of Urban Wellbeing, Housing & Local Government
1. Minister: Abdul Rahman Dahlan (UMNO)
2. Deputy Minister: Halimah Mohamad Saddique (UMNO)

Ministry of Youth & Sport
1. Minister: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO)
2. Deputy Minister: M. Saravanan (MIC)

Ministry of Health
1. Minister: S. Subramaniam (MIC)
2. Deputy Minister: Hilmi Yahaya (UMNO)

Ministry of the Federal Territories
1. Minister: Tengku Adnan Tengku Mansor (UMNO)
2. Deputy Minister: J. Loga Bala Mohan (Senator)

The Ministry of Plantation Industries & Commodities
1. Minister: Douglas Uggah Embas (PBB)
2. Deputy Minister: Noriah Kasnon (UMNO)

Ministry of Energy, Green Technology & Water
1. Minister: Maximus Johnity Ongkili (PBS)
2. Deputy Minister: Mahdzir Khalid (UMNO)

Ministry of Agriculture and Agro-Based Industry
1. Minister: Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
2. Deputy Minister: Tajuddin Abdul Rahman (UMNO)

Ministry of Tourism & Culture
1. Minister: Mohamed Nazri Abdul Aziz (UMNO)
2. Deputy Minister: Joseph Salang Gandum (PRS)

Ministry of Science, Technology and Innovation
1. Minister: Ewon Ebin (UPKO)
2. Deputy Minister: Abu Bakar Mohamad Diah (UMNO)

Ministry of Natural Resources & Environment
1. Minister: G. Palanivel (MIC)
2. Deputy Minister: James Dawos Mamit (PBB)

Ministry of Women, Family and Community Development
1. Minister: Rohani Abdul Karim (PBB)
2. Deputy Minister: Azizah Mohamad Dun (UMNO)

Ministers: 30
Deputy Ministers: 27
Total: 57
Total ministries: 24
Senators reappointed: 1
New Senators: 5
Backbenchers: 82

Sources: Credit to Dayak Artistes & Musicians Association FB

'Benfica lebih hebat'


Amsterdam: Benfica mungkin lebih berbakat daripada Chelsea, tetapi masih dilabel sebagai pasukan bukan pilihan pada final Piala Europa awal pagi esok, menurut bekas ketua jurulatih England Sven-Goran Eriksson.

Pengendali dari Sweden itu mengetahui kemampuan Benfica selepas dua kali membimbing kelab yang pernah memenangi dua kejuaraan Eropah itu.

“Sudah pasti Chelsea pilihan kerana memiliki pasukan seimbang dan antara pemain termahal, tapi pada pendapat saya teknik permainan Benfica lebih baik.
“Teknik permainan Benfica lebih tajam. Mereka mengawal bola dengan baik dan sentiasa beraksi cemerlang,” katanya kepada akhbar harian aBola.

Juara Eropah 1961 dan 1962 itu bergantung kepada jentera tengah berkualiti Eduardo Salvio, Nicolas Gaitan, Pablo Aimar, Ola John dan Nemanja Matic untuk membuat hantaran kepada jentera serangan diketuai Oscar Cardozo yang bergandingan dengan Rodrigo Lima.

Gandingan Cardozo dan Lima setakat ini sudah meledak 71 daripada keseluruhan 118 gol musim ini.
Foto
LIMA jadi taruhan robek gawang Chelsea.

Eriksson yang membimbing pasukan itu ketika juara Portugal itu tewas 0-1 kepada AC Milan pada final Piala Eropah 1990 di Vienna percaya Benfica akan melupakan segera kekalahan 1-2 kepada seteru utama, Porto, Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan itu tidak pernah tewas sebelum turun mengharungi perlawanan itu dan kemenangan Porto menyaksikan mereka berada di landasan tepat untuk merangkul kejuaraan domestik.

“Final kejohanan Eropah sangat unik. Sebaik saja mereka bersiap sedia untuk pertembungan final, kekalahan kepada Porto pasti segera dilupakan.” Eriksson begitu hampir menghadiahkan tiga kejuaraan untuk Benfica pada 1983 apabila memenangi dua kejuaraan domestik tapi tewas 1-2 secara agregat kepada Anderlecht pada final Piala UEFA yang berlangsung secara timbal balik.

Pengendali dari Sweden itu pernah menikmati kejuaraan Liga Portugal tiga kali sepanjang dua kali membimbing kelab itu.

Pemain tengah Argentina Enzo Perez turut percaya Benfica akan segera lupakan kekalahan kepada Porto.

“Pasukan memang kecewa tapi kami percaya kekecewaan itu akan ditebus apabila bertemu Chelsea. Kami hanya perlu percaya kepada diri sendiri,” kata Perez.

Benfica mempunyai memori indah di Amsterdam apabila memenangi Piala Eropah buat kali terakhir ketika menewaskan Real Madrid pada 1962.

Sementara itu, pemain perancang Juan Mata mahu Chelsea menamatkan musim ini dengan memenangi Piala Europa dan mengesahkan kedudukan di tangga ketiga pada saingan Liga Perdana Inggeris jika mampu menewaskan Everton di tempat sendiri, Ahad ini.

“Musim ini hampir berakhir dan mungkin kami bakal menikmati penamat terbaik.

“Kami mahu memenangi takhta Eropah dan mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Inilah kali kedua dalam tempoh dua musim di Chelsea, kami akan beraksi untuk merebut trofi Eropah. Sudah tentu amat hebat jika menang dua takhta Eropah berturut-turut,” katanya. - Reuters

Sumber: myMetro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/15

Tuesday, May 14, 2013

Selamat Hari Lahir Princess Pivyliana Christina Bermas

Esok 15 Mei, merupakan tarikh lahir bagi Princess Pivyliana Christina Bermas yang pertama. Tidak terasa sudah setahun masa berlalu. Princess ini pun semakin membesar, lincah, nakal dan bijak. 
Malangnya, untuk sambutan hari lahir yang pertama ini untuk Princess Pivyliana Christina Bermas pun saya tidak dapat balik dan meraikan. Mereka raikan sendiri di sana. Almaklumlah saya sedang melaksanakan minggu-minggu terakhir kuliah. Terpaksa berkorban untuk kali ini.

Hanya doa yang saya titipkan semoga Princess Pivyliana Christina Bermas menjadi anak yang baik dan bijak. Semoga sihat dan membesar dengan baik. Amean!!!


Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Ibu


Tanggal 12 Mei setiap tahun adalah merupakan hari bagi mengingati jasa ibu. Terima kasih ibu. Jasamu tak terbeli oleh emas dan permata. Kasihmu dalam sedalam lautan. Sayangmu setinggi gunung everest.

Terima kasih ibu! Saya sayang ibu selamanya. Kau tiada ganti di dalam hidup ini. Doa untukmu ibu moga sihat selalu, terus gembira dan kehadiran cucu-cucu mu akan menceriakan kehidupan ibu & ayah. Kalian harta yang tidak ternilai anugerah yang pernah saya miliki. Terima kasih Tuhan!!


Friday, May 10, 2013

Bina Insan Guru Siri 3, Kem Alapong

Puji Tuhan... berakhir sudah Bina Insan Guru (BIG) Siri 3 di Kem Alapong Lundu semalam (9/5/2013). Banyak aktiviti dan pengajaran yang diperolehi. Sesetengah aktiviti sangat mengujakan dan menyeronokkan. Aktiviti KEMBARA ALAM (memasak & orentaring) & KEMBARA LAUTAN (berkayak & Water confident). 

Dengan kekuatan seramai 63 orang peserta kami berjaya menempuh segala rintangan dengan jayanya. Semangat kekitaan dan kerjasama sangat jelas berjaya diterap serta dipupuk. Syukur kepada Tuhan!!!

Harapan saya untuk kesemua 63 orang peserta ini adalah agar menjadi guru yang benar-benar guru. Bukan sekadar menunggu gaji hujung bulan. 

"Seorang jurutera takkan mampu melahirkan seorang lagi jurutera, Seorang doktor takkan dapat melahirkan seorang lagi doktor, Tetapi seorang GURU mampu melahirkan beratus, beribu dan mungkin beribu orang guru".

Monday, May 6, 2013

Statistik PRU13 Negeri Sarawak (Parlimen)

BN - 25 Kerusi

DAP - 5 Kerusi
1) Lanang
2) Sarikei
3) Sibu
4) Stampin
5) Kuching

PKR - 1 Kerusi
1) Miri

Sunday, May 5, 2013

Keputusan PRU13 Negeri Sarawak (Kemaskini)


Pengundi: 25,771 Pecahan Kaum: BBI: 68% C19% BI:13% 
1.     Nogeh Gumbek (BN) ----------------------------------8265
2.       Mordi Bimol (DAP)--------------------------------------------  462
3.       Patrick Anek Uren (STAR)----------------------------------  5293
4.       Datuk Dr Tekhee@Tiki Lafe (BEBAS)-------------------   6109
Pemenang: Nogeh Gumbek (BN) Majoriti: 2156

Pengundi: 37,017 Pecahan Kaum: BI:83% BBI:9% C:8% 
1.     Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN)----------- 24655
2.       Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)------------------------------- 3719
3.       Mura Kadir (STAR)---------------------------------------------   206
4.       Affendi Jeman (Bebas)-------------------------------------    233
Penyandang: Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN) Majoriti: 20936

Pengundi: 49,750 Pecahan Kaum: BI:79% C:12% BBI:8% 
1.     Datuk Fadillah Yusof (BN) ------------------------------- 29559
2.       Ahmad Nazib Johari (PKR)---------------------------------- 8116
Penyandang: Fadillah Yusof (BN) Majoriti: 21443

Pengundi: 53,336 Pecahan Kaum: C: 91% BI:5% BBI:3% 
1.     Chong Chieng Jen (DAP) ------------------------------30133
2.       Tan Kai (BN)---------------------------------------------------- 10491
Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP) Majoriti: 19640

Pengundi: 84,732 Pecahan Kaum: C:73% BI:13% BBI:13% 
1.       Datuk Yong Khoon Seng (BN)------------------------------ 22993
2.       Soo Lina (STAR) ------------------------------------------------     239
3.     Julian Tan Kok Ping (DAP)------------------------------ 41663
Pemenang: Julian Tan Kok Ping (DAP) Majoriti: 18670

Pengundi: 38,158 Pecahan Kaum: BI:65% BBI:22% C:12% 
1.     Rubiah Wang (BN) ---------------------------------------- 24202
2.        Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)-------   6801
Pemenang: Rubiah Wang (BN) Majoriti: 17401

Pengundi: 42,344 Pecahan Kaum: BBI: 61% C:27% BI:12% 
1.       Willy Mongin (PKR)---------------------------------------------- 10740
2.     Datuk Seri James Dawos Mamit (BN)------------------- 20461
3.       Dr Dripin Sakoi (STAR)------------------------------------------     704
Penyandang: Datuk Dr. James Dawos Mamit (BN) Majoriti: 9721

Pengundi: 33,713 Pecahan Kaum: BBI:75% BI:15% C:11% 
1.     Datuk Richard Riot Jaem (BN)---------------------------- 19494
2.        Edward Andrew Luwak (DAP)------------------------------ 6343
3.       Johnny Aput (STAR)---------------------------------------------   390
Penyandang: Datuk Richard Riot Anak Jaem (BN) Majoriti: 13151

Pengundi: 19,839 Pecahan Kaum: BI:73% BBI:21% C:6% 
1.       Mohamad Jolhi (PAS)------------------------------------------ 8301
2.     Nancy Shukri (BN)------------------------------------------ 13277
Penyandang: Nancy Shukri (BN) Majoriti: 11260

Pengundi: 27,360 Pecahan Kaum: BI:77% BBI:20% C:3% 
1.     Datuk Rohani Abdul Karim (BN)---------------------------- 14625
2.       Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)---------------------------  4661
Penyandang: Datuk Rohani Abdul Karim (BN) Majoriti: 10964

Pengundi: 29,789 Pecahan Kaum: BBI:63% BI:20% C:17% 
1.     Masir Kujat (BN)--------------------------------------------- 12168
2.       Datuk Donald Lawan (BEBAS)--------------------------------   3837
3.       Nicholas Mujah Ason (PKR)------------------------------------   5618
4.       Wilfred Stephen (SWP)------------------------------------------  476
Penyandang: Masir Kujat (BN) Majoriti: 6550

Pengundi: 19,303 Pecahan Kaum: BBI:73% BI:18% C:8% 
1.       Larry Soon@ Larry Sng Wei Shien (SWP)------------------------ 4187
2.       Nicholas Bawin Anggat (PKR)-----------------------------------  2530
3.       William@Nyallau Badak (BN)------------------------------------ 8278
Penyandang: William @ Nyallau Anak Badak (BN) Majoriti: 4091

Pengundi: 26,322 Pecahan Kaum: BI:50% BBI:43% C:7% 
1.     Datuk Seri Douglas Uggah Embas (BN)---------------------- 15476
2.       Cecelia Siti Una@Sittie Endek (PKR)----------------------------  4589
Penyandang: Datuk Douglas Uggah Embas (BN) Majoriti: 10887

Pengundi: 27,562 Pecahan Kaum: BBI:49% BI:44% C:7% 
1.     Tan Sri William Mawan Ikom (BN)----------------------------- 11600
2.       Ali Biju (PKR)--------------------------------------------------------------  9519
3.       Datuk Abang Rosli Abang Paleng (BEBAS)--------------------     681
Pemenang: Tan Sri William Mawan Ikom (BN) Majoriti: 

Pengundi: 24,716 Pecahan Kaum: BI:74% BBI:20% C:5% 
1.     Datuk Norah Abdul Rahman (BN) ---------------------------- 12535
2.       Jurina Mut (PAS)-------------------------------------------------------   1571
Penyandang: Norah Abdul Rahman (BN) Majoriti: 10964

Pengundi: 17,771 Pecahan Kaum: BI:81% BBI:15% C:4% 
1.       Ajiji Fauzan (PAS)------------------------------------------------   1747
2.     Datuk Wahab Dollah (BN)---------------------------------- 11896
Penyandang: Datuk Abdul Wahab Dolah (BN) Majoriti: 10148

Pengundi: 36,550 Pecahan Kaum: C:66% BBI:23% BI:11% 
1. Ding Kuong Hiing (BN) ------------------------------------------------- 13758
2. Wong Ling Biu (DAP)-------------------------------------------- 14263
Pemenang: Wong Ling Biu (DAP) Majoriti: 505

Pengundi: 22,522 Pecahan Kaum: BBI:83% BI:12% C:5% 
1.     Datuk Joseph Salang Gandum (BN)-------------------------- 9891
2.       Wong Judat (SWP)--------------------------------------------------- 3936
3.       Andy Wong Hong Yu (PKR)---------------------------------------- 2852
Penyandang: Datuk Joseph Salang Gandum (BN) Majoriti: 5555

Pengundi: 19,433 Pecahan Kaum: BBI:72% BI:16% C:12% 
1.       Ellison Ludan (SWP) ------------------------------------------------  417
2.       Thomas Laja (PKR)------------------------------------------------- 5004
3.     Ago Anak Dagang (BN)------------------------------------ 8786
Penyandang: Ago Dagang @ Aaron (BN) Majoriti: 8342

Pengundi: 57,143 Pecahan Kaum: C:72% BBI:18% BI:10% 
1.       Datuk Tiong Thai King (BN) ----------------------------------- 17983
2.       Alice Lau Kiong Yieng (DAP)------------------------------- 26613
Penyandang: Tiong Thai King (BN) Majoriti: 8630

Pengundi: 64,601 Pecahan Kaum: C:65% BI:20% BBI:15% 
1.       Lau Lee Ming (BN) -----------------------------------------------23967
2.        Narawi Haron (BEBAS)------------------------------------------   203
3.       Oscar Ling Chai Yew (DAP)----------------------------- 26808
Penyandang: Datuk Robert Lau Hoi Chew (BN) Majoriti: 2841

Pengundi: 26,477 Pecahan Kaum: BI:74% BBI:16% C:10% 
1.       Hai Merawin@Bonaventure (DAP)---------------------------   2219
2.     Datuk Dr Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah (BN)--- 14983
3.        Sylvester Ajah Subah@Ajah Subah (BEBAS)------------------- 2219
Penyandang: Datuk Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad (BN) Majoriti: 

Pengundi: 25,461 Pecahan Kaum: BBI:83% BI:13% C:3% 
1.     Datuk Joseph Entulu Belaun (BN)------------------------- 12040
2.       Joshua Jabing@Joshua Jabeng (PKR)--------------------- 3891
3.       Sng Chee Hua (SWP)-------------------------------------------- 4485
Penyandang: Joseph Entulu Belaun (BN) Majoriti: 7555

Pengundi: 39,972 Pecahan Kaum: BBI:68% BI:22% C:10% 
1.     Datuk Alexander Nanta Linggi (BN)--------------------- 13446
2.       Ramli Malaka (DAP)-------------------------------------------   3115
Penyandang: Alexander Nanta Linggi (BN) Majoriti: 9731

Pengundi: 12,456 Pecahan Kaum: BBI:77% BI:20% L:2% 
1.       George Lagong (SWP) --------------------------------------- 2129
2.       Abun Sui Anyit (PKR)------------------------------------------- 3283
3.     Ugak Kumbong (BN)------------------------------------- 9117
Pemenang: Ugak Kumbong (BN) Majoriti: 5834

Pengundi: 59,893 Pecahan Kaum: BBI:43% BI:28% C:28% 
1.       Datuk Seri Tiong King Sing (BN)-------------------------- 26967
2.       John Brian Anthony Jeremy Guang (DAP)---------------- 19025
Penyandang: Datuk Seri Tiong King Sing (BN) Majoriti: 7433

Pengundi: 28,351 Pecahan Kaum: BBI:44% BI:33% C:22% 
1.     Ahmad Lai Bujang (BN)---------------------------------- 13348
2.       Muhammad Zaid Tandang (PAS)-------------------------   7282
Penyandang: Ahmad Lai Bujang (BN) Majoriti: 6666

Pengundi: 71,170 Pecahan Kaum: C:57% BI:26% BBI:6% 
1.       Datuk Sebastian Ting (BN)------------------------------------24917
2.     Dr Michael Teo Yu Keng (PKR)--------------------------- 26909
3.       Chong Kon Fatt (STAR)----------------------------------------     306
Penyandang: Datuk Peter Chin Fah Kui (BN) Majoriti: 1992

Pengundi: 29,385 Pecahan Kaum: BBI:70% BI:21% C:9% 
1.     Anyie Ngau (BN)------------------------------------------- 9182  
2.       Patrick Sibat Sujang (BEBAS)---------------------------------    332
3.       Roland Engan (PKR)--------------------------------------------- 8986
Pemenang: Anyie Ngau (BN) Majoriti:  194

Pengundi: 24,278 Pecahan Kaum: M:37% C:23% I:% B/Sab:% B/Swk:39% L:% 
1.       Hasbi Habibollah (BN)---------------------------------------------- 12999
2.       Baru Bian (PKR)----------------------------------------------------------------  4698
Penyandang: Hasbi Habibollah (BN) Majoriti: 8301 

Pengundi: 18,845 Pecahan Kaum: BBI:47% BI:43% C:10% 
1.     Datuk Henry Sum Agong (BN)------------------------------------ 9928
2.       Alirahman Kamseh (STAR)---------------------------------------------      69
3.       Baru Langub (DAP)------------------------------------------------------  3898
Penyandang: Henry Sum Agong (BN) Majoriti: 6030