Thursday, July 11, 2013

Dasar MBMMBI

MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

I want to be Your Moon


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara".


Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama.

Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik yakni secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut:
_ percaya dan patuh kepada Tuhan;
_ berilmu pengetahuan;
_ berakhlak mulia;
_ bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
_ berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara;
_ memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Monday, July 8, 2013

Syarat minimun 7A untuk mohon jadi guru mulai tahun ini

Kosmo Online
08/07/2013 6:48pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelonggaran minimum 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon.

Sementara itu, Idris berkata kementerian juga sedang mengkaji bagaimana untuk meringankan beban guru dalam pelaksanaan sistem pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selain daripada menambah bilangan pembantu guru seperti yang telah dilaksanakan di Kedah dan Sabah.

Katanya, antara perkara yang diambil kira ialah penyediaan laporan yang tidak perlu terlalu banyak perincian dalam membuat penilaian mereka. - Bernama


Artikel Penuh:

Saturday, July 6, 2013

Keputusan Juara Rentak Ruai (AJaRR) Ke-6 2012

Anugerah Juara Rentak Ruai (AJaRR) Ke-6 sudah diketahui sebentar sahaja tadi. Beberapa buah lagu yang saya jangkakan / ramalkan menang betul-betul menang. Berikut merupakan keputusan tersebut:

Kategori Juara Lagu: Genggam Jariku (Gabriel Fairuz Louis)

Persembahan Terbaik: Ngarap Ke Bisi Tedai Pengerindu (Urai)
Vokal Terbaik: Enda Sanggup (Taju Ramaong)

Kategori Lagu Popular Undian:
1. Bajik - Hevance (7948 undian)
2. Kumang - Hailey (5600 undian)
3. Genggam Jariku - Gabriel Fairuz Louis (3604 undian)

Foto: Credit to FB Cats FM
Terdapat juga beberapa penyanyi yang saya lihat mempunyai kualiti yang bagus seperti Louis Benet dengan lagunya Sama Enggai Berserara, Lyssa dengan lagu Cherita Pengerindu Tua dan juga Donny Lang dengan lagunya Enggai Betemu Ditimbal Berserara.

Apa-apapun tahniah kepada pemenang dan juga Cats FM kerana usaha mengangkat martabat industri lagu-lagu Iban. Kepada semua pengiat seni & industri muzik Iban teruskan usaha untuk berkarya sekreatif mungkin.

chowww.....

Sabarlah wahai hati...

Entahlah... sejak akhir-akhir ini rasa lain macam saja hati. Bermacam-macam perkara muncul dibenak , di fikiran dan di hati. Harap-harap hati ini tabah dan sabar menempuh ujian ini!!


Anugerah Juara Rentak Ruai 6 (AJaRR 6)

Anugerah Juara Rentak Ruai ke-6 akan berlangsung pada malam ini (6 Jun 2013) di Dewan SUarah Sibu. Seramai 12 finalis akan bertanding untuk merebut gelaran Juara Lagu, Lagu Popular 1, 2 & 3, Persembahan Terbaik & Vokal Terbaik.

Penyertaan untuk tahun ini memperlihatkan lebih ramai penyanyi baru. Hanya beberapa nama yang boleh dikira senior dalam industri muzik iban seperti Urai & Stevenson. Namun ada juga finalis yang bukan baru menyertai anugerah ini. Malahan ada yang pernah menang angerah Juara Lagu seperti Kumpulan Hevance, Angerah Persembahan Terbaik seperti Urai, Stevenson pernah memenangi lagu popular nombor 2 untuk lagu Telih Diati Berdarah Di Mata dan Hailey juga pernah memenangi lagu popular nombor 3 untuk lagu Semina Tinggal Janji.

Credit to: (foto) Cats FM Website
Berikut merupakan senarai finalis AJaRR Ke-6:
1. Taju Remaong
2. Gabriel Fairuz Louis (Artis Baru)
3. Hailey (Artis Baru)
4. Leena Ranez (Artis Baru)
5. Pelima Mathew (Artis Baru)
6. Ranee Pat (Artis Baru)
7. Stevenson
8. Hevance
9. Donny Lang (Artis Baru)
10. Lyssa (Artis Baru)
11. Louis Benet (Artis Baru)
12. Urai

Jika dilihat di atas kertas, secara peribadi saya menjangkakan lagu Genggam Jariku (Gabriel Fairuz Louis) dan lagu Telih diati dipangka janji (Stevenson) mempunyai kekuatan untuk memenangi JUara Lagu.

Namun demikian, dari segi populariti lagu saya melihat lagu Kumang (Hailey), Enggai betemu ditimbal berserara (Donny Lang), Bajik (Hevance), Enda Sanggup (Taju Remaong) dan Urai kemungkinan berpeluang menang untuk kategori lagu popular.

Disamping itu, ada juga beberapa buah lagu yang saya minat dan dikira turut mempunyai peluang memberikan persaingan sengit ialah lagu Sama Enggai Berserara (Louis Benet), Berdarah Dalam Hati (Leena Ranez), Cherita Pengerindu Tua (Lyssa) dan Ranee Pat.

Kali ini saya meramalkan, vokal terbaik kemungkinan boleh dirangkul oleh Stevenson, Urai, Hailey atau Leena Ranez berdasarkan mutu suara yang jelas, tinggi dan sedap didengar.

Apa-apa pun saya menjangkakan keputusan yang ditunggu oleh semua peminat industri lagu-lagu Iban bakal menyaksikan persaingan sengit kali ini.  

Sunday, June 30, 2013

Rapatkan jurang pendidikan di Sabah, Sarawak

Oleh: Jeniri Amir [BH29/06/2013]

Kekurangan kemudahan jejas kualiti, prestasi pelajar
Ketika menjadi nazir sekolah dan Timbalan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kurikulum pada dekad 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tugas utama penulis ialah melawat sekolah, termasuk di luar bandar. 


Tujuannya untuk menilai proses pembelajaran guru dan kemudahan sekolah. Sebelum dan selepas lawatan, biasanya kami berbincang dengan guru besar atau pengetua, mencadangkan langkah memperbaiki kemudahan dan prestasi sekolah. 

Kementerian Pendidikan telah berusaha meningkatkan kemudahan dan menyediakan prasarana sekolah di Sabah dan Sarawak membabitkan peruntukan RM2 bilion bagi memastikan pelajar di luar bandar serta pedalaman tidak tercicir. Peruntukan itu bertujuan memberi manfaat kepada setiap pelajar luar bandar dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang.


Isu berkaitan kedaifan sekolah luar bandar di negara ini memang sentiasa diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Wakil rakyat di Sabah dan Sarawak sentiasa membangkitkan isu terbabit di Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, sekali gus memperlihatkan komitmen serta keprihatinan mereka untuk memastikan kualiti dan kemudahan pendidikan di negeri berkenaan setaraf dengan negeri lain di Semenanjung.

Mantan Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Puad Zarkashi yang banyak melawat sekolah di luar bandar dan pedalaman Sabah dan Sarawak tentu lebih arif masalah sekolah terbabit, dan aspirasi penduduk serta pelajarnya. Tidak dinafikan, kedaifan sekolah dan kekurangan kemudahan persekolahan di kedua-dua negeri ini sedikit banyak menjejaskan minat serta kesungguhan pelajar, seterusnya kualiti dan prestasi dalam peperiksaan.

Peruntukan RM2 bilion
Kekurangan itu menyebabkan sebahagian pelajar tercicir berbanding kanak-kanak di bandar. Kementerian Pendidikan telah berusaha meningkatkan kemudahan dan menyediakan prasarana sekolah di Sabah dan Sarawak membabitkan peruntukan RM2 bilion bagi memastikan pelajar di luar bandar serta pedalaman tidak tercicir. Peruntukan itu bertujuan memberi manfaat kepada setiap pelajar luar bandar dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang. 

Apakah masalah yang dihadapi sekolah pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak? Perumahan guru, air bersih dan elektrik, kemudahan makmal serta pusat sumber, kekurangan guru terlatih, bilik darjah tidak mencukupi dan keadaan asrama yang daif antara masalah yang tidak pernah selesai. Ketiadaan kemudahan atau kemudahan yang daif, tentu menimbulkan ketidakselesaan dan risiko dari segi keselamatan. Wajarkah kanak-kanak terbabit tinggal dan belajar dalam keadaan daif ketika rakan mereka di kota dan bandar menikmati kemudahan begitu selesa? 

Malah, kanak-kanak di kampung penulis (Kampung Tellian) tidak mempunyai sekolah sekitar 10 tahun kerana sekolah sedia ada tidak selamat digunakan. Akibatnya, murid sekolah rendah itu terpaksa menumpang di sekolah rendah yang agak jauh dari kampung. Ibu bapa merungut kerana ia memerlukan kos yang lebih, selain risau keselamatan anak. Persoalannya, bilakah sekolah itu akan dibina? 

Ketika kita meraikan ulang tahun ke-50 pembentukan Malaysia pada tahun ini, bukan sesuatu yang keterlaluan jika ibu bapa dan penduduk di pulau, pesisiran, pergunungan dan lembah di negeri terbabit memohon perhatian lebih bersungguh-sungguh diberi bagi memastikan negeri ini tidak ketinggalan dengan arus kemajuan pendidikan. 

Langkah Kementerian Pendidikan menubuhkan pasukan khas memantau serta mengenal pasti masalah sekolah di pedalaman seperti diumumkan Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Mary Yap Kain Ching baru-baru ini, memang dialu-alukan. Sebanyak 814 sekolah di Sabah dan Sarawak dikategori sebagai pedalaman dan kerajaan berusaha mengatasi masalah menerusi pelan jangka pendek serta panjang.

Anjak kualiti pendidikan 
Jawatankuasa itu perlu memberi perhatian terhadap aspek profesionalisme guru dan pengurusan sekolah, penempatan guru terlatih dengan opsyen sesuai, infrastruktur dan kemudahan asas sekolah, serta tahap literasi dan kemiskinan murid luar bandar. Ini antara faktor penyumbang pelbagai permasalahan pendidikan di luar bandar. Mengapakah kemudahan dan kualiti pendidikan di luar bandar perlu ditingkatkan? Apakah langkah terbaik untuk mengatasi masalah kekurangan murid? Bagaimanakah murid miskin dapat dibantu dari segi pelajaran dan kemudahan, termasuk buku rujukan?

Hakikat kadar celik huruf, kemiskinan, keciciran dan masalah sosioekonomi yang lain masih membelenggu luar bandar dan pedalaman, sudah memadai untuk kita menganjakkan kualiti pendidikan di sana. Kanak-kanak luar bandar perlu diberi kemudahan dan guru terbaik bagi memungkinkan mereka meraih keputusan terbaik dan akhirnya keluar daripada kemiskinan.

Kejayaan teknokrat dan profesional dari luar bandar hari ini kerana kejayaan mereka mendapat pendidikan. Pelajar miskin dan kekurangan zat mudah letih dan mengantuk di dalam kelas, dan sukar memahami dan menyerap apa-apa yang dipelajari.

Penulis ialah Pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak

Wednesday, June 19, 2013

Kencing Tikus: Faktor, Tanda, Rawatan & Pencegahan

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah:
  • Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
  • Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
  • Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
  • Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
Tanda dan Gejala

Gejala :
  1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
  2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
  3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
  4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
  5. Radang selaput mata.
  6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu atau ruam.

Tanda dan ujian makmal
  1. Ujian sel darah putih (WBC).
  2. Analisa air kencing juga menunjukkan keputusan luar biasa.
  3. Peningkatan kadar creatine kinase dalam darah dikesan pada lebih kurang 50% pesakit.
  4. Antara 40% pesakit mengalami sedikit peningkatan enzim hati.
  5. Diagnosa biasanya dibuat melalui ujian serologi (antibodi).
  6. Kuman dapat dilihat dengan jelas menerusi mikroskop dark field gelap (dark field microscopy), silver stained atau mikroskopi floresent.
  7. Tidak seperti Treponema, pallidum, leptospira boleh membiak melalui darah dan air tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal diperlukan.
  8. 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah.
  9. Ujian air kencing biasanya positif pada minggu kedua selepas serangan penyakit (illness) dan kekal sehingga 30 hari.

Komplikasi

Harapan(Expectations)(prognosis)
Sembuh dalam kebanyakan kes, bagaimanapun kematian boleh berlaku pada kes yang rumit dan tidak menerima rawatan yang sewajarnya.

Komplikasi:
  • Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
  • Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
  • Perdarahan yang teruk. <>• Respiratory (distress).
  • Kegagalan fungsi hati.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang
 ....boleh membawa maut sekiranya kritikal!!

Rawatan
 Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.

Pencegahan
 Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit



Kencing Tikus!!!


LEPTOSPIROSIS merupakan penyakit yang jarang berlaku yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.---> Kencing Tikus!!

Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.


CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA
Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.

Faktor risiko termasuklah:

• Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas- Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
• Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang , berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
• Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
• terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya,apabila terkena kulit yang luka,masuk dalam mata,hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.


GEJALA/SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

1. Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paru-paru atau ruam.


KOMPLIKASI

• Tindakbalas Jarisch-Herxheimer bila diberi penicillin.
• Jangkitan kuman di otak (Meningitis).
• Perdarahan yang teruk. 
• Respiratory (distress).
• Kegagalan fungsi hati.
• Kegagalan fungsi buah pinggang

*boleh membawa maut sekiranya kritikal!!


RAWATAN 

Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycin boleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.


PENCEGAHAN 

Elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung/ air tenang, terutama di kawasan iklim khatulistiwa. Jika anda terdedah kepada kawasan yang berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit.


sumber: http://www.tasik-puteri.com/forum/index.php?topic=975.0