Thursday, January 3, 2013

Kisah Jangka Hayat Manusia dan Binatang

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung tinggal seorang lelaki dengan 4 ekor binatang iaitu anjing, lembu, kuching dan ayam. Lelaki tersebut tinggal bersama-sama dengan binatang-bintang tersebut dengan aman dan damai. 

Lembu
Kuching
Ayam (Google search)
Anjing
Suatu hari, lelaki itu bermimpi yang kesemua mereka di kampung itu diberikan jangka hayat untuk hidup masing-masing oleh seorang tua. Menurut orang tua di dalam mimpi lelaki tersebut, jangka hayat lelaki itu dan 4 ekor binatang tersebut adalah seperti berikut;

1) Manusia (Lelaki) - 20 Tahun
2) Anjing - 20 Tahun
3) Lembu - 20 Tahun
4) Kuching - 20 Tahun
5) Ayam - 20 Tahun

Bangun saja dari tidur, lelaki itu terus menceritakan mimpi tersebut. Akan tetapi kesemua binatang tersebut (anjing, lembu, kuching dan ayam), tidak mahu menerima jangka hayat 20 tahun kerana dianggap terlalu lama. Kesemua binatang tersebut hanya mahukan jangka hayat 10 tahun dan ke bawah. Oleh sebab itu, setiap ekor binatang tersebut mempunyai baki 10 tahun jangka hayat mereka. 

Akan tetapi, manusia (lelaki) tersebut mahukan jangka hayat hidup yang lebih lama. Oleh sebab itu, kesemua baki jangka hayat 4 ekor binatang tersebut (40 tahun) menjadi milik lelaki tersebut. Selepas ditambah, maka jangka hayat manusia (lelaki) tersebut menjadi 60 tahun. 

Seperti yang diketahui, kesemua binatang tersebut merupakan binatang yang bekerja keras untuk tuannya. Maka baki jangka hayat yang tinggal dan diberikan kepada manusia (lelaki) itu juga merupakan jangka hayat untuk bekerja keras. Oleh sebab itu, sepanjang hidup manusia (kita) di bumi ini kita hanya akan bekerja dan bekerja. Ini kerana jangka hayat 20 tahun (jangka hayat asal manusia adalah tempoh untuk belajar berdikari dan bergantung kepada ahli keluarga yang lain). Selepas itu, manusia akan terus bekerja dan bekerja sampailah ke akhir hayat. 

No comments:

Post a Comment