Friday, August 3, 2012

PBS (PENGALAMAN BERASAKAN SEKOLAH)

Rasanya, entry kali ini merupakan entry terakhir yang saya dapat tulis sebelum pergi ke sekolah untuk menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) atau suatu ketika dulu ia dikenali sebagai ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Perasaan bercampur baur untuk menghadapi sendiri pengalaman tersebut.  Perasaan kali ini berlainan sekali meskipun saya sendiri mempunyai pengalaman mendidik selama lebih 3 tahun. Tetapi tidak pernah terlintas pula untuk menjadi pendidik di peringkat rendah. Mungkin sebab itulah perasaan ini sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. 

Selain perasaan bercampur baur tersebut, ada juga timbul persoalan. Mampukah saya menyiapkan tugasan yang diberikan lantaran sekolah saya ditempatkan boleh dikira di pendalaman. Tiada line internet yang sudah tentu sukar untuk saya mencari bahan-bahan sebagai rujukan. Walaubagaimanapun, detak hati mengatakan, inilah cabaran. Baru sahaja mahu bermula. Belajar dari sekarang. Jangan manjakan diri!! 

Sekolah Kebangsaan Sungai Sepiring, Selangau. Sebuah sekolah yang begitu asing bagi saya sehinggalah saya ditempatkan mengajar di SMK Ulu Balingian, Selangau iaitu dengan jarak 10 minit dari SK Sungai Sepiring suatu ketika dahulu. Ekoran itu, ada sesuatu yang ingin saya kenali di sekolah ini dan membawa saya untuk menjalani PBS di sekolah ini untuk tempoh 2 minggu (6 Ogos - 17 Ogos 2012). 

Harapan saya moga pengalaman ini benar-benar memberi sesuatu impak dan nilai tambah ke dalam diri. Agar dapat mencanai ilmu dalam dada untuk anak bangsa yang memerlukannya. 

*** Jumpa lagi 3 minggu dari sekarang jika saya hanya berada d SK Sungai Sepiring tanpa pergi ke Bandar Sibu. Jika saya ada keluar ke tempat-tempat yang ada line internet, saya akan updatekan di sini. Bye...bye. Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment