Konsep nombor merupakan
salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor
memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik
prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan
kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar
kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor
ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan
kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar.
Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu diperkenalkan dengan secara perlahan konsep nombor dengan apa sahaja benda di sekliling. Ini kerana bahan-bahan maujud akan dengan sendirinya dapat diserap dan difahami oleh kanak-kanak prasekolahan.
No comments:
Post a Comment