Friday, August 31, 2012

Konsep Kendiri Kanak-Kanak Pertengahan & Akhir

PERKAMBANGAN KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri adalah apabila seseorang kanak-kanak mula membesar, mereka akan mula bertanya pada dirinya “ Siapakah saya ? Sukakah saya pada diri saya ? semuanya persoalan yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan diri sendiri. Konsep diri adalah sesuatu yang kompleks. Antara fungsi konsep kendiri ialah untuk penilaian kendiri contohnya ialah “Adakah saya lakukan dengan betul ? Selain itu ia juga berperanan sebagai pengukuhan kendiri dan juga berfungsi untuk penentuan dalaman dan luaran. Menurut David Shaffer, konsep kendiri merupakan kombinasi antara fizikal dan psikologikal yang dianggap sebagai sesuatu yang unik pada setiap individu. Beliau menggunakan istilah “ looking glass self ” untuk menegaskan bahawa seseorang itu memahami dirinya seperti pantulan bagaimana orang lain bergerak balas terhadap diri mereka.

Sistem kendiri terbahagi kepada 3 iaitu :-
Pengetahuan kendiri ( self-knowledge ) : 
Apakah yang kanak-kanak tahu tentang dirinya
Penilaian kendiri ( self-evaluation ) : 
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pandangan kanak-kanak terhadap dirinya
Pengaturan kendiri ( self-regulation ) : 
Bagaimana dan bila kanak-kanak memperoleh kawalan kendiri

Thursday, August 30, 2012

Kelip-Kelip - Remy Ishak


Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malammu cerah

Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi

Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Ku Akui - Hafiz

Katakan padaku kekasih
Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu
Ternyata aku yang harus di persalahkan
Ku akui


Aku leka dengan kerjayaku
Mengejar kekayaan di dunia ini
Betapa hancurnya hatimu laluinya
Ku akui


Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagi
Akan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini


Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau di sisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku


Jangan jangan
Jangan ku ulangi lagi

Jika dapatku mengulangi
Perjalanan cintaku bersamamu lagiAkan ku jaga
Sebaik-baik cinta ini


Kini ku rasa kehilangan
Ku sedar betapa pentingnya kau disisi
Yang selalu ada
Yang selalu rindu
Terhadap diriku

Don't Take It For Granted

        
Sumber: http://hanspunyablog.blogspot.com
Selamat Hari Merdeka kepada seluruh rakyat Malaysia. Sambutan kemerdekaan kali ini bertemakan JANJI DITEPATI sempena 55 tahun negara kita sudah memerintah diri. Banyak sudah kejayaan dikecapi dan dirasai. Umur 55 tahun ini saya lihat sebagai sebuah negara yang sudah matang untuk meniti kejayaan yang memerlukan pelbagai rempah rasa agar kemerdekaan hasil perjuangan rakyat (pejuang terdahulu) terus terasa kemanisan dan nikmatnya. 

Banyak sudah kejayaan bersama ditempuhi dan tempa. Saya kira wajarlah setiap orang rakyat Malaysia mempertahankan kemerdekaan ini. Jangan senang dihasut anasir yang kurang baik. Pertahankan apa yang kita ada sekarang. Jangan jadikan apa yang kita ada sekarang sebagai galang ganti kepada keghairahan dan PHD (perasaan hasad dengki). Don't take it for granted!!! 

Sayangi Malaysia. Kenali sejarah kewujudannya. Tidak mengenal sejarah kewujudan Malaysia bererti kita merancang untuk merasa peritnya diperintah oleh bangsa lain. Orang yang tidak tahu mengenai sejarah lampau kemungkinan akan mengulanginya... PEACE NO WAR...

Kemerdekaan Negara Ke 55 Tahun

Kemerdekaan negara utuh atas teras permuafakatan: Najib


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kemerdekaan yang dicapai negara sejak 55 tahun lepas akan terus utuh atas teras permuafakatan dan kerjasama daripada semua pihak.
Perpaduan nasional yang bertunjangkan kepelbagaian akan kekal menjadi tiang seri kekuatan nasional, katanya dalam perutusan Hari Kebangsaan yang ke-55 yang disiarkan di RTM di sini sebentar tadi.
Najib berkata, selama 55 tahun, "Kita berjaya melangkau jangkaan serta telahan yang dibuat pelbagai pihak, termasuk di kalangan warganegara sendiri, dan terbukti, ramalan kononnya apa yang dimenangi bapa-bapa pengasas negara secara aman serta bijaksana tidak akan mampu dikekalkan apatah lagi ditambah baik, adalah meleset sama sekali.

"Jelasnya, dari satu titik ke satu titik, kita berjaya membawa kebebasan dan keamanan kepada sebuah negara yang dahulunya terjajah dan terancam," kata Perdana Menteri.

Najib berkata, daripada sudut kemakmuran nasional pula, ekonomi negara berkembang mapan dengan usaha sistematik dijalankan kerajaan bagi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan dapat dirasai oleh semua.

Perdana Menteri berkata, Pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan Fasa Kedua (GTP 2) bakal melonjakkan lagi kemakmuran negara ke peringkat lebih tinggi, dan akan menyaksikan pembabitan masyarakat yang lebih meluas, sekali gus pembabitan yang lebih bermakna daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat.

Bagaimanapun, katanya, segala usaha dan prakarsa yang dilakukan itu akan hanya tinggal sia-sia jika tidak didakap dan dimanfaatkan oleh semua segmen masyarakat.
"Kita kini berada pada satu kala masa yang amat monumental bagi Malaysia. Di sana-sini, rakyat boleh melihat perubahan ketara bukan sahaja di peringkat individu hatta di peringkat keluarga dan komuniti.

"Justeru, marilah kita menjulang citra Malaysia dengan memenuhi segala janji yang dipateri dan potensi yang dimiliki demi seluruh warganya.

"Janganlah kita sampai mempunah binasa apa yang telah bersusah payah dipupuk dan dicipta. Janganlah sesekali pula, diporak-peranda harmoninya watan yang sekian lama terbina," katanya.

Perdana Menteri berkata, kejayaan yang diimpikan Malaysia bukan hanya kejayaan bersifat material tetapi kejayaan yang bersifat holistik, dan untuk itu di bawah Dasar Transformasi Nasional, prakarsa transformasi bukan sahaja melibatkan kerajaan melalui GTP dan ekonomi melalui ETP (Program Transformasi Ekonomi), tetapi juga Transformasi Politik serta Transformasi Kawasan Luar Bandar.

Najib berkata, sesungguhnya, langkah berani pihak kerajaan melaksanakan Program Transformasi Politik bagi mengimbangkan kebebasan individu dan keselamatan negara membugar dan mengakarkan lagi demokrasi di Malaysia, sebagai satu budaya yang menjadi asas kepada kestabilan nasional.

"Malaysia adalah bukti dan manifestasi janji ditepati dan harapan yang dipenuhi," tambahnya.

Beliau berkata, bagi memahami kebenaran daripada kenyataan itu, setiap rakyat di negara ini perlu kembali kepada susur galur sejarah di mana pada hakikatnya negara mencapai kemerdekaan di tengah-tengah "pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya dalam suasana di mana survival kita sebagai sebuah negara berbilang bukan sahaja daripada segi kaum, bahkan juga agama dan bahasa, pernah disangsikan oleh masyarakat dunia."

"Kita juga berjaya mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah yang mana suatu ketika dahulu lebih separuh warganya hidup di bawah paras kemiskinan, dengan bergantung kepada beberapa komoditi, menjadi sebuah negara dengan ekonomi bersifat pelbagai," kata Najib.

Perdana Menteri berkata, malah, dewasa ini, Malaysia berkembang sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi dan "berpacu pantas merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020".

"Sepanjang detik yang berlari, kita menggantikan kebimbangan dengan harapan, kita mencipta sebuah negara di mana yang penting adalah kemahuan dan kesanggupan untuk bekerja keras.

"Juga, di mana, anak seorang petani, pekebun kecil, buruh dan nelayan berjaya menjadi usahawan serta profesional. Pucuk pangkalnya, kita mencipta sebuah negara sehingga anak-anak Malaysia boleh mendambakan masa depan yang lebih baik," kata Najib.

Beliau berkata, semuanya ini, merupakan nikmat daripada perancangan penuh teliti dan pelaksanaan amat berkesan oleh pihak kerajaan yang diberi mandat mentadbir semenjak kemerdekaan diperoleh.

"Walau apa pun, kejayaan yang dikecapi bukan sepatutnya menjadi alasan untuk kita berpeluk tubuh, sebaliknya, ia harus menjadi mangkin menuju sinar yang lebih terang benderang pada hari muka," kata Najib yang turut mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-55 kepada semua rakyat Malaysia.
- BERNAMA

Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kemerdekaannegarautuhatasteraspermuafakatan_Najib/Article/  

Wednesday, August 29, 2012

Subjek Sejarah berat, serius


                                               KESINAMBUNGAN...generasi muda hari ini bakal meneruskan kesinambungan 
sejarah negara. - Gambar hiasan
DIBANDINGKAN keberuntungan hidup antara generasi dulu dan kini perbezaannya ibarat langit dan bumi.Generasi dulu terpaksa berhempas pulas demi meneruskan kelangsungan hidup, padahal golongan muda hari ini menikmati kesenangan dalam pelbagai aspek pembangunan, kemudahan dan modenisasi.
   
  • Foto
    DEMI MASA DEPAN...didiklah generasi muda dengan semangat patriotisme supaya mereka tidak lupa asal usul sejarah negara. - Gambar hiasan
  • Foto
    PELBAGAI...biarpun ada pelbagai cara untuk menunjukkan semangat cintakan negara, jangan lupa pada asas sejarah. - Gambar hiasan

Malangnya, kepelbagaian kemudahan itu turut menjadikan mereka kurang peka terhadap tuntutan 
memartabatkan perjalanan sejarah hingga menganggapnya tidak penting.

Justeru, timbul tanggapan mereka dilabelkan sebagai generasi buta sejarah hingga menimbulkan 
polemik dalam masyarakat yang tertanya-tanya apakah kemampuan golongan itu mengemudi 
negara kelak tanpa sikap patriotisme asli.

Persoalannya, apakah faktor yang menyebabkan mereka alpa? Masyarakatkah yang bersalah 
kerana lepas tangan atau proses pembangunan yang terlalu pantas menyebabkan golongan itu 
hanya mengejar keperluan material.

Pensyarah Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 
Profesor Madya Dr Ishak Saat berkata, generasi muda hari ini dikelilingi kesenangan 
dan kemudahan dan jarang didedahkan dengan kesusahan serta perjuangan masyarakat 
terdahulu.


Subjek Sejarah di sekolah yang hanya bersandarkan peperiksaan semata-mata juga menyumbang 
kepada kekurangan penghayatan sejarah di kalangan golongan muda.


“Fenomena ini menyebabkan semangat patriotisme boleh dipersoalkan, malah lebih menyedihkan 
mereka melihat sejarah dan mentafsirkannya berdasarkan pemahaman sendiri.


“Mereka membuat penafsiran sendiri dan enggan menjiwainya. Jadi, jangan menunding jari jika 
golongan berkenaan buta sejarah sebab mereka diajar dengan pendekatan seperti itu,” katanya.


Isu generasi muda hari ini yang menganggap sejarah sebagai aspek picisan cukup membimbangkan, 
apatah lagi mereka juga gagal menunjukkan semangat patriotik mendalam terhadap negara seperti 
generasi terdahulu.


Keadaan ini menimbulkan polemik dan kebimbangan di kalangan masyarakat mengenai 
kecenderungan masa depan generasi ini dalam mengemudi negara suatu hari nanti.


Beliau berkata, sejarah mesti diajar dengan prinsip supaya tidak dikuasai golongan tertentu 
semata-mata, sebaliknya perlu dikongsi bersama.


“Malangnya, hanya golongan tertentu saja mendominasi perjalanan serta cerita sejarah ini 
manakala selebihnya hanya diberi ‘sedikit’ saja pengetahuan mengenainya.


“Ini turut menjadikan minat yang sedikit semakin merudum. Dalam hal ini, bukan salah sepenuhnya 
generasi muda andai kata mereka tidak minat kerana mekanisme digunakan bagi menarik minat 
mereka juga kurang tepat,” katanya.


Bagaimanapun, itu bukan alasan terus mengetepikan tanggungjawab untuk menarik minat 
generasi muda lebih peka terhadap perjalanan dan kepentingan sejarah.


“Jika tahu mereka jauh, apa salahnya kita menarik semula perhatian golongan itu dengan mekanisme 
tertentu.


“Jangan pisahkan mereka dengan sejarah kerana ini adalah kelangsungan dan kesinambungan 
perjalanan negara. Kalau bukan mereka yang meneruskannya siapa lagi,” katanya.


Ditanya adakah sukar ingin memupuk minat golongan terbabit terhadap sejarah, beliau berkata, 
ia tidak sukar kerana pandangan mereka lebih kritikal serta mempunyai kekuatan pandangan 
baru menerusi pelbagai sumber.

“Mereka boleh memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah, jadi masyarakat perlu 
menggunakan peluang ini bagi mendekati golongan sasaran.


“Malangnya, apa dilakukan secara bermusim seperti hanya pada bulan kemerdekaan 
sedangkan penghayatan sejarah perlu sepanjang masa agar sentiasa mantap.



“Mekanisme digunakan tidak cukup, jadi tidak hairan mereka langsung tidak tertarik,” katanya.
Katanya, generasi dahulu lebih prihatin kerana sistem pendidikannya tidak terlalu berorentasikan 
peperiksaan.


“Malah, guru dulu sanggup berkorban demi meningkatkan semangat patriotik di kalangan pelajar.

“Bagaimanapun, cabaran dulu dan kini berbeza. Generasi dulu lebih fokus pada pembinaan jati 
diri tapi kini penghidupan lebih mencabar dengan pembangunan semakin rancak selain materialistik.


“Tapi, jiwa patriotisme juga mesti dititikberatkan. Kita tidak mahu melahirkan 
generasi cerdik pandai tetapi buta sejarah negara sendiri,” katanya.


Mahasiswa program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah, Mohamad Husairi Hanafi mengakui, 
generasi muda kurang berminat pada sejarah kerana beranggapan ia aspek yang leceh, sukar dan
tidak penting.


Menurutnya, faktor dibesarkan selepas zaman kemerdekaan serta hidup dikelilingi kemudahan 
juga menjadi penyebab mereka enggan ‘membebankan’ fikiran dengan fakta sejarah.


“Sejarah selalunya dianggap aspek berat, serius selain hanya untuk orang lama, sebab itu kurang 
mendapat tempat di hati generasi muda.


“Pemahaman kurang jelas juga menjadikan mereka tidak berminat, sekali gus bakal memberi kesan 
jangka panjang.


“Malah, saya mengakui golongan muda hari ini lebih suka pada kebebasan,” katanya.

Rakannya, Emy Nazira Embong berpendapat, kecenderungan generasi muda kepada aspek 
keseronokan mendorong mereka ‘mengabaikan’ kepentingan sejarah.


“Biarpun subjek itu diajar, mereka tidak mendalaminya secara serius. Pada mereka, buat apa 
(belajar) sedangkan negara sudah mencapai kemerdekaan.


“Tanggapan seperti itulah yang membuatkan mereka ambil mudah dan menganggap 
sejarah tidak penting, padahal sebuah bangsa berjaya kerana sejarahnya,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 29/08/2012


Tuesday, August 28, 2012

Sosioemosi dan Kanak-Kanak Prasekolah


Hurlock (1997) menyebut masa atau usia tahun-tahun awal kanak-kanak sebagai The Golden Age di mana terdapat enam perkembangan kanak-kanak yang dapat dilihat pada tahap ini tetapi perkembangan yang paling sukar bagi kanak-kanak adalah perkembangan sosioemosi di mana mereka berhadapan kesukaran untuk bergaul dengan ibu bapa, guru, rakan-rakan atau orang lain. 

Menurut Elksnin dan Elksnin, 1995 menyatakan anak-anak yang memiliki ketrampilan sosial yang baik akan lebih mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih berani mengekspresikan diri, lebih mudah diterima oleh rakan-rakan sebaya dan akan lebih berjaya dalam akademiknya.

Monday, August 27, 2012

Kanak-Kanak Prasekolah dan Konsep Nombor



Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan keadaan sebenar. 

Sepatutnya, kanak-kanak tersebut perlu diperkenalkan dengan secara perlahan konsep nombor dengan apa sahaja benda di sekliling. Ini kerana bahan-bahan maujud akan dengan sendirinya dapat diserap dan difahami oleh kanak-kanak prasekolahan. 

Thursday, August 23, 2012

PBS Oh PBS... Akhirnya

Kanak-Kanak Prasekolah Cemerlang
Pengelaman yang diperolehi di Prasekolah Cemerlang ini telah benar-benar membuka mata dan hati diri. Sebelum ini, perasaan yang bercampur baur telah bertukar kepada gumpalan semangat kental untuk mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu.

Banyak perkara yang dipelajari setelah saya sendiri mendampingi kanak-kanak ini. Perasaan seronok dan teruja untuk membuktikan saya tidak silap memilih profesion ini kian menebal dan menggunung. Apa yang jelas perasaan sayangkan anak-anak yang sudah wujud dalam diri kini bertambah-tambah. Saya merasakan saya boleh membahagikan kasih sayang terhadap anak-anak ini tanpa syarat. 

Amen.

Penggunaan Boneka Untuk Meningkatkan Komunikasi Kanak-Kanak Prasekolah


Bagi meningkatkan komunikasi kanak-kanak di prasekolah, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan kreativiti. Antara kaedah yang saya lihat mampu meningkatkan komunikasi kanak-kanak di prasekolah ialah dengan menggunakan boneka. 

Melalui cara @ kaedah ini kanak-kanak di prasekolah mampu meningkatkan keupayaan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak dan meningkatkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak tersebut. Ini kerana dengan boneka kanak-kanak di prasekolah boleh diminta untuk bercerita dan berkongsi apa sahaja pengalaman yang mereka tahu dan miliki. 


Apa yang jelas, boneka digunakan untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah yang dihadapi iaitu meningkatkan keupayaan komunikasi dan menambahkan bilangan perbendaharaan kata kanak-kanak. Dalam kaedah @ cara ini, kanak-kanak diberi kebebasan untuk memilih boneka. Kanak-kanak dan guru menjalankan aktiviti bercerita dengan menggunakan boneka. Kanak-kanak juga menggunakan boneka untuk menjawab soalan yang di kemukakan kepadanya. 

Selain itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk bermain boneka bersama-sama rakan. Implikasinya, kanak-kanak dapat bercerita kepada rakan-rakan dan guru dengan yakin dan berani. meningkatkan bilangan perbendaharaan kata yang dikuasai mereka.

Mengenal Huruf Besar dan Huruf Kecil Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

Kanak-kanak prasekolah seperti yang semua sedia maklum merupakan kanak-kanak yang berumur diantara 4 tahun hingga 6 tahun. Tetapi, majoritinya ialah kanak-kanak prasekolah adalah berumur diantara 5 tahun dan 6 tahun. 

Pendidikan kanak-kanak di prasekolah adalah sesuatu yang sukar untuk dijangkakan. Ini kerana secara lumrahnya, kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza dan unik. Ekoran itu, sistem mengajar kanak-kanak di prasekolah haruslah mengikut kebolehcapaian atau kebolehmampuan kanak-kanak tersebut. Kadang-kadang kanak-kanak prasekolah yang lebih muda umurnya lebih cepat belajar dari kanak-kanak berumur 6 tahun. Ada juga kanak-kanak yang memerlukan tempoh hanya satu tahun untuk menguasai 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul). Dan sebaliknya pula kanak-kanak yang jenis lambat, tempoh 2 tahun mengikut kelas prasekolah pun belum tentu cukup untuk menguasai kemahiran 4M tersebut. 

Apa yang paling jelas ialah, kanak-kanak di prasekolah boleh menguasai kemahiran 4M ini dengan teknik latih tubi dan hafalan. Setelah mereka menghafal (tanpa mengenal huruf dan nombor tersebut), baru mereka akan belajar mengeja dan membaca (mencantumkan KV + KV atau KV + KVK).

Friday, August 3, 2012

PBS (PENGALAMAN BERASAKAN SEKOLAH)

Rasanya, entry kali ini merupakan entry terakhir yang saya dapat tulis sebelum pergi ke sekolah untuk menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) atau suatu ketika dulu ia dikenali sebagai ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Perasaan bercampur baur untuk menghadapi sendiri pengalaman tersebut.  Perasaan kali ini berlainan sekali meskipun saya sendiri mempunyai pengalaman mendidik selama lebih 3 tahun. Tetapi tidak pernah terlintas pula untuk menjadi pendidik di peringkat rendah. Mungkin sebab itulah perasaan ini sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata. 

Selain perasaan bercampur baur tersebut, ada juga timbul persoalan. Mampukah saya menyiapkan tugasan yang diberikan lantaran sekolah saya ditempatkan boleh dikira di pendalaman. Tiada line internet yang sudah tentu sukar untuk saya mencari bahan-bahan sebagai rujukan. Walaubagaimanapun, detak hati mengatakan, inilah cabaran. Baru sahaja mahu bermula. Belajar dari sekarang. Jangan manjakan diri!! 

Sekolah Kebangsaan Sungai Sepiring, Selangau. Sebuah sekolah yang begitu asing bagi saya sehinggalah saya ditempatkan mengajar di SMK Ulu Balingian, Selangau iaitu dengan jarak 10 minit dari SK Sungai Sepiring suatu ketika dahulu. Ekoran itu, ada sesuatu yang ingin saya kenali di sekolah ini dan membawa saya untuk menjalani PBS di sekolah ini untuk tempoh 2 minggu (6 Ogos - 17 Ogos 2012). 

Harapan saya moga pengalaman ini benar-benar memberi sesuatu impak dan nilai tambah ke dalam diri. Agar dapat mencanai ilmu dalam dada untuk anak bangsa yang memerlukannya. 

*** Jumpa lagi 3 minggu dari sekarang jika saya hanya berada d SK Sungai Sepiring tanpa pergi ke Bandar Sibu. Jika saya ada keluar ke tempat-tempat yang ada line internet, saya akan updatekan di sini. Bye...bye. Jumpa lagi...

Thursday, August 2, 2012

Telong (Rumah Panjang Ku)

Sebuah tempat yang menyimpan 1001 kenangan dan cerita tentang hidup diri ini. Suatu ketika dahulu, zaman aku kecil tempat ini merupakan sebuah tempat yang terpencil jauh di pendalaman. Sesiapa saja yang mendengar nama kampung ku ini pasti gerun dan dapat membayangkan kesusahan untuk keluar dan masuk ke kampung ku ini.

Berjalan kaki melalui denai dan paya sedalam paras lutu, Kalau kurang bernasib baik, kadang-kala paras paya akan melepasi lutut. Bukan setakat paya malam meredah hutan pula. Arhh... itulah kenangan. Masa aku masih bersekula dahulu, kalau ingin balik ke sekolah, aku dan rakan-rakan sekampung terpaksa bertolak dari kampung seawal jam 4 pagi. Kalau tidak, alamatnya lewatlah sampai ke sekolah. 

Bersambung.....


Rindu Bayangan


Artis – Carefree
Lagu - Rindu Bayangan 

Intro
-----
Am / F / Dm / E /
Am / Am //

Verse 1
-------
Am                     Dm
Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
G                         E          Am
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Am        G  F       
Lupakan saja cerita lama
     Dm                      E
Usah dirayu pada yang tak sudi

Verse 2
-------
Am                     Dm
Janganlah dinanti pada yang telah pergi
G                      E          Am
Hanya luka lamakan berdarah kembali
Am       G  F
Kini kecewa tidak terkata
     Dm        E        Am
Mengapakah itu disebut lagi

Chorus
------
Dm     G              C 
Apalah.. yang hendak di kata
      Dm          G               C     A
Sudah suratan takdir yang menentukan... ohh ohh..
Dm     G     C
Inilah ragam manusia
       Dm                     E
Manis di bibir pandai bermain lidah

Verse 3
-------
Am                      Dm
Berputar-putar membelitkan kata-kata
G                     E           Am
Hanya linangan air mata yang menitis
Am         G  F
Pada bayangan di angin lalu
      Dm          E        Am
Membisikkan kata rindu bayangan

Solo (flute)
------------
Dm -> G / C /
Dm -> G / C -> A /
Dm -> G / C /
Dm / E /

*Ulang Verse 3 dan akhiri dengan Am / Am / A //

Kitaran Keperluan Kewangan

Entry kali ini saya ingin mengajak pembaca semua bercerita tentan kitara keperluan kewangan. Kenapa? Sebenarnya, bab kewangan melibatkan hal yang sangat sensitif dalam kehidupa kita pada hari ini. Semua perkara memerlukan wang. kalau tidak diguna, dirancang dan dicari dengan cara yang betul, maka wang boleh menyebabkan banyak perkara berlaku.

Tulisan / entry ini mengambil kira mereka yang menamatkan pengajian dan belajar di Universiti tidak kira apa jenis sijil yang diperolehi. Tetapi yang lebih terkesan saya kira adalah golongan siswazah bagi degree pertama. Ini kerana menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam (Jun 2010), terdapap seramai 32, 000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Jadi, saya harapkan entry ini boleh menerangkan serba sedikti cara merancang kitaran kewangan.
1) Tamat Pengajian
2) Mula Bekerja (Cabaran Alam Pekerjaan & Kehidupan Bermula)
3) Pengurusan Kredit
4) Perlindungan Insurans
5) Berkahwin
6) Membina Keluarga
7) Simpanan & Pelaburan
8) Bersara
9) Perancangan Harta Pusaka

Fikir-fikirkan....

Wednesday, August 1, 2012

Muzik & Pergerakan Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

Kepentingan MUZIK + PERGERAKAN kepada kanak-kanak prasekolah adalah seperti berikut:
1) Keseronokan = Ini selaras dengan kecenderungan kanak-kanak kepada BMB (Belajar Melalui Bermain)
2) Kreativiti
3) Menarik Minat
4) Mengembangkan Potensi
5) Kesedaran terhadap Nilai dan Estetika
6) Meningkat Emosi Yang Stabil
7) Kesihatan Tubuh Badan
8) Keyakinan
9) Membina Pengalaman Baru Melalui Penerokaan

Semasa aktiviti MUZIK + PERGERAKAN dilakukan juga secara langsung telah melibatkan perkembangan motor halus dan motor kasar yang terangkum dalam kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor.