Friday, June 29, 2012

Spain Vs Italy Finale EURO 2012

Pasukan manakah yang bakal merebut gelaran juara kejohanan Edisi 2012 ini? Saya sendiri secara jujur sukar untuk membuat ramalan. Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang saya ikuti perkembangan dari peringkat awal. Begitu juga dengan Skuad Portugal. Tetapi inilah dua pasukan Eropah yang saya kira terbaik dan layak ke peringkat akhir / finale. 

Kalau dari segi pasukan dan pemain, Spain adalah pasukan yang saya kira cukup lengkap. Begitu juga dengan sejarah kemenangan yang telah mereka perolehi sepanjang tempoh 4 tahun ini dengan kemenangan World Cup 2010 dan EURO 2008. Ini juga bagi saya sedikit sebanyak akan menaikan semangat Spain untuk mencipta sejarah.

Walaupun begitu, Azzuri tidak boleh dipandang enteng. Pasukan ini mempunyai aura kekentalan yang saya kira jarang ada pada pasukan lain bagi kejohanan EURO 2012 selain Greece. 

Kedua-dua pasukan ini boleh melakukan apa sahaja kejutan....

Skuad Spain (EURO 2012)


Barisan Pemain Skuad Spain:
  1. Iker Casillas
  2. Albiol
  3. Piqué
  4. Javi Martínez
  5. Juanfran
  6. Iniesta
  7. Pedro
  8. Xavi
  9. Torres
  10. Fàbregas
  11. Negredo
  12. Valdés
  13. Mata
  14. Xabi Alonso
  15. Ramos
  16. Busquets
  17. Arbeloa
  18. Jordi Alba
  19. Llorente
  20. Cazorla
  21. Silva
  22. Navas
  23. Reina
Logo Spain
Skuad Spain

Bila merujuk kepada senarai pemain Skuad spain ini dan juga Jururlatih Kebangsaan Spain Vicente del Bosque yang merupakan tulang belakang kepada pasukan kebangsaan spain. Untuk rekod, Vicente del Bosque juga merupaka jurulatih yang membawa dan menjulang Spain sebagai Juara Wolrd Cup 2010 dan EURO 2008.

Tidak mustahil EURO 2012, skuad Spain sekali lagi membuat sejarah. 

Skuad Italy (EURO 2012)

Barisan pemain Itali:

1 Gianluigi Buffon
19 Leonardo Bonucci
16 Daniele De Rossi
3 Giorgio Chiellini
2 Christian Maggio
21 Andrea Pirlo
8 Claudio Marchisio
13 Emanuele Giaccherini
22 Alessandro Diamanti
11 Antonio Di Natale

Pasukan Itali terkenal dengan jolokan Azzurri. Kali terakhir menjulang trofi kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) pada tahun 1968. Dibarisi pemain-pemain bertaraf dunia dan berpengalaman, seperti Gianluigi Buffon, Daniele De Rossi, Andrea Pirlo dan Antonio Cassano.


Beraksi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Sepanyol, Republik Ireland dan Croatia. Selain muncul juara sejak 44 tahun lalu, pencapaian terbaik Itali di pentas Euro ialah kejayaan menlayakan kaki sehingga ke peringkat separuh akhir pada tahun 1980.
INFO PASUKAN BOLA SEPAK ITALI

Ditubuhkan semenjak: 1898
Gelaran: Azzuri
Pengurus: Cesare Prandelli

Pemain tumpuan: Antonio Cassano, Giampaolo Pazzini, Leonardo Bonucci, Daniele De Rossi, Alberto Gilardino, Claudio Marchisio,

Penjaring terbanyak: Luigi Riva (35), Alessandro Del Piero (27)

Pusingan kelayakan EURO 2012: Juara Kumpulan C

Sejarah di kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO)

1968- Juara

1988- Layak ke separuh akhir

2008- Layak ke separuh akhir

Itali Tundukan Jerman

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KE-2 EURO 2012

FULL TIME
Germany Vs Italy
1 - 2

Ozil (90+2) : Balotelli (20', 26')

***** ITALY MARA KE FINALE BERTEMU SPAIN*****

Pelebur impian Germany
NATIONAL STADIUM, WARSAW menjadi saksi bahawa jangkaan peminat seluruh dunia yang memilih Germany sebagai bakal seteru Spain di pentas finale pada 2 Julai nanti lebur. Italy berjaya menghantar pulang Germany di peringkat separuh akhir ke 2 dengan Mario Balotelli menjaringkan 2 gol. Walaupun begitu, skuad Germany hanya diberikan sagu hati 1 gol pada saat kecederaan oleh Ozil. 

Thursday, June 28, 2012

Sepanjang Denai Perjalanan

Entah...
Semakin ku cuba mencari kahtimah itu,
Semakin ku cuba selongkar ungkapan dulu,
Semakin ku teliti segenap inci ruang,
Semakin ku julang semangat juang.

Semalam aku di situ,
Bersama mimpi,
Bersama impian,
Bersama tekad,
Bersama harap.

Hari ini aku di sini,
Masih bersama mimpi,
Masih berteman impian,
Masih bersahabat tekad,
Masih berpegang harap.

Hari ini juga bertambah,
Mimpi ku ubah biar jadi nyata,
Impian ku siram biar jadi realiti,
Tekad ku kepal biar jadi semangat,
Harap ku pegang kejap biar semua jadi sebuah ceritera....

Esok, Lusa dan selamanya,
Akan aku sapu tangisan itu,
Akan aku sua minuman ilmu,
Akan aku selimut kalian dengan semua yang ada di dada ku.....

Aku....
Seorang cikgu..
Seorang guru...
Seorang pencorak masa depan mu..


SPAIN MARA KE FINALE EURO 2012



KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR EURO 2012

FULL TIME
Spain Vs Portugal
0 - 0

SEPAKAN PENALTI
4 - 2

***Spain mara ke Peringkat Akhir dengan aggregate 4 - 2


Fabregas yang masuk mengantikan Negredo pada minit ke-54 membuktikan Spain lebih layak beraksi di pentas final Euro 2012 apabila tendangan penaltinya membolehkan Sepanyol menewaskan Portugal 4-2 dalam penentuan sepakan penalti setelah aksi 120 minit perlawanan terikat seri 0-0

Separuh masa pertama memperlihatkan Sepanyol dan Portugal saling membalas serangan, peluang terbaik Spain untuk di depan menerusi rembatan Iniesta pada minit ke -29 sedikit melewati tiang gol. Begitu juga Portugal sepakan rendah Cristiano Ronaldo di minit ke 31 sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol yang dikawal oleh Casillas
Spain meraikan kemenangan
Pada separuh masa kedua corak permainan kedua pasukan menjadi lebih agresif, mungkin tiba masanya untuk melakukan sesuatu.Hasilnya jentera serangan Sepanyol banyak melakukan serangan, tetapi penyudah yang kurang berkesan membantutkan peluang untuk mendapatkan gol.

Perlawanan berlarutan hingga ke masa tambahan,dalam waktu tersebut kedua pasukan saling buntu mencari gol meskipun melakukan percubaan tetapi masih tidak menepati sasaran.

Pastinya kekalahan Portugal menerusi sepakan penalti memberi impak yang mendalam kepada Cristiano Ronaldo, di mana Portugal telah tewas sebelum beliau dapat melakukan tendangan penalti
Dengan kemenangan ini,Spain mara ke final Euro 2012 bertemu Germany ataupun Italy.

Wednesday, June 27, 2012

Bahang Euro 212: Pasukan Pilihan

Bahang Peringkat Akhir Euro 2012 kian terasa. Empat pasukan telah mara iaitu Spain Vs Portugal dan Germany Vs Italy. Daripada 4 pasukan tersebut saya memilih Spain bakal menentang Germany di peringkat akhir. Tetapi Italy juga tidak boleh dipandang sebelak mata. Ini merujuk kepada rekod perlawanan dan pertemuan diantara mereka (Germany Vs Italy).

Euro 2012 (Spain Vs Portugal)

Kejohanan kali ini sudah menghampiri penghujungnya, banyak kejutan dan keajaiban berlaku dalam kejohanan kali ini. Apa yang paling dikenang sudah pasti tersingkirnya pasukan pilihan seperti Belanda pada peringkat awal yang pada mulanya dijangka akan memberi saingan. Tetapi malangnya Belanda pulang tanpa sebarang mata. 

Walau bagaimanapun, Greece dilihat pulang bermaruah selepas tewas 4-2 kepada Jerman  manakala pasukan Spain menepati ramalan awal mara ke Separuh Akhir Euro 2012 selepas membenam cabaran France dengan jaringan 2-0 hasil sumbangan Xavi Alonso.



Pasukan Kegemaran 
Disamping itu, aksi kurang meyakinkan pasukan Englands sedari awal kejohanan menepati ramalan saya kerana tunduk kepada Italy dengan aggregate 4 - 2 sepakan penalti. Dengan itu pagi Jumaat (28 Jun) Italy akan menentang Jerman.


Pada ramalan saya Pasukan Spain akan menetang Jerman di peringkat akhir. Cayooo...cayooo

The Amazing Spider Man

Ini satu lagi movie yang saya tunggu sejak dari hari pertama iklan akan kemunculannya ditayangkan. Saya pasti akan menonton movie ini. Niat dihati lah tuuu!!! 

The Amazing Spider Man!!! Tak sabar nak tonton movie ini. Hobi sihat yang saya selalu saja lakukan dikala tidak limpahi dan dilemaskan dengan kerja yang menuntut setiap detik waktu bertungkus lumus. Sekarang masih ada masa untuk saya manjakan diri melakukan aktiviti ini.......See u there Spider-Man...

Happy Birthday

Bila sebut saja pasal tarikh-tarikh penting untuk orang-orang penting di sekeliling saya pasti ada yang saya akan lupa. Seriusly, itulah salah satu penyakit yang ada pada diri saya. Susah nak ingat tarikh-tarikh. Tapi kalau diberi arahan dan tugasan, lain pula saya boleh ingat sehingga arahan dan tugasan tersbeut berjaya dilangsaikan.

Bulan Jun, saya mempunyai tarikh yang penting untuk orang-orang penting dalam hidup saya. Yang pertama ialah 25 Jun  merupakan hari lahir adik perempuan saya yang bongsu iaitu Cecelia Annie. Tahun lepas semua kami sekeluarga terlupa tentang tarikh ini. Adik manja saya ini merajuk dan memberontak. Satu minggu tidak mahu turun ke sekolah. Tapi untuk tahun ini kami sekeluarga sudah bersiap awal. Mak  dan Ayah takut adik manja saya ini berolah lagi. Maka keputusan untuk meraikan sambutan hari lahir nya ke 9 tahun akan diadakan pada malam 30 Jun. Tapi sayang saya tidak dapat menyertai mereka kerana masih berada jauh di perantauan. SELAMAT HARI LAHIR MY LITTLE PRINCES CECELIA ANNIE....


Selain itu, satu lagi tarikh penting itu adalah 27 Jun. Tarikh ini merupakan hari lahir untuk insan yang sangat istimewa dalam hati saya. Opppsss....tapi biasalah saya ini kan. Sejak tahun 2009 hingga sekarang tahun 2012 (kami bersama) tidak pernah sekalipun saya meraikan hari lahir insan ini. Bukannya apa. Saya asyik jauh dari dia ketika tarikh ini bertandang. Bukan kejam!! Hahaha..hanya ucapan yang selalu saya titipkan. Tahun ini pun sama....Harapkan tahun ini dia dapat apa yang dia nak...gembira dan sihat selalu. Terima kasih kerana selalu disamping saya walau macam mana sekalipun diri saya....

SELAMAT HARI LAHIR UNTUKMU!!! MOGA PERJALANAN KITA INI AKAN SENTIASA DIBERKATI TUHAN SERTA BRAVE AND BOLD MENEMPUH HIDUP INI BERSAMA....AMEN


Saturday, June 23, 2012

Jejak

Rasanya sudah banyak tempat saya pergi, sudah banyak lorong dan denai saya lalui. Dan sudah banyak juga jejak yang di tinggalkan di belakang. Masihkah ada lagi? Dengan perasaan bercampur baur hati saya kali ini. Berbolak balik untuk menulis lalu timbullah idea tentang jejak. 

Seawal jam 9 pagi saya dikejutkan dengan  berita yang saya fikir sebagai satu berita yang sangat mengejutkan. Seorang rakan seangkatan sewaktu mengajar di SMK Balai Ringin disahkan pergi meninggalkan semua yang tercinta di muka bumi ini untuk selamanya.
Jejak: Masih Adakah Disitu?
Kenapa saya begitu agaknya? Saya sendiri sukar untuk menerima kenyataan. Seorang kawan yang saya kira sangat baik..Seorang guru yang tidak banyak kerenah.

Tahun 2011 juga turut menggamit saya gugur ke dalam lubuk kenangan. 15 Mei 2011 seorang rakan seangkatan ketika saya mengajar di SMK Ulu Balingian pergi meninggalkan jejak dan kenangan untuk semua yang tercinta dan rakan-rakan yang sentiasa mengingati beliau. Rakan saya ini juga seoarang yang aktif bersukan sehinggakan beliau pergi ketika mewakili bahaian Selangau dalam perlawanan bola sepak. Entahlah!! Saya sendiri sering berfikir. Nampaknya Tuhan itu maha adil. Manusia akan kembali ke pangkuannya tanpa sempat mencatur setiap inci dan detik yang ditinggalkan.

Saya insaf!! Tuhan itu Maha Mengetahui apa rencana-Nya untuk setiap orang hamba-Nya.

Friday, June 22, 2012

KEPUTUSAN SEM 1


Hahahahaha... Jeng...jeng...jeng.... Inilah keputusan yang saya dapat bagi Semester Pertama. Sedikit terkilan kerana saya tidak berjaya mendapat pointer 4.00. Tak apalah kan bukan rezeki semester ini agaknya. Lepas ini usaha perlu lagi. Hehehehehe...Terima Kasih Tuhan. Terima Kasih keluarga yang sentiasa menyokong saya. Terima kasih rakan-rakan sekelas yang sangat supporting. Begitu juga dengan Mentor kumpulan yang juga cool dan supporting... Terasa sangat bertuah kerana dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan mempunyai azam yang tinggi.


BIL
KOD
MATA PELAJARAN
JAM KREDIT (Z)
GRED
(Y)
(Z) x (Y)

1
EDM2104
PEDAGOGI
4
79 (A-)
3.67 x 4
14.68
2
PAN2103
PERKEMBANGAN PAKK
3
83 (A)
4.00 x 3
12.00
3
PAM2103
KURIKULUM &PEDAGOGI PAKK
3
86 (A)
4.00 x 3
12.00
4
PSK2102W
SENI DALAM PENDIDIKAN
2
86 (A)
4.00 x 2
8.00
5
PJK2103W
PENDIDIKAN JASMANI
2
90 (A)
4.00 x 2
8.00
6
MMK2103M
MUZIK PAKK 1
3
87 (A)
4.00 x 3
12.00
7
MOK2102W
ASAS PENDIDIKAN MORAL
2
84 (A)
4.00 x 2
8.00
8
TPK2102W
TEKNOLOGI PENGAJARAN
2
78 (A-)
3.67 x 2
7.34
9
ISO2102
OLAHRAGA
2
90 (A)
4.00 x 2
8.00
10
ISU2101
UNIT BERUNIFORM (KRS)
1
90 (A)
4.00 x 1
4.00



24

94.02
JUMLAH KESELURUHAN

94.02 / 24 KREDIT
3.92
























*** Terima Kasih atas segalanya. Akhirnya usaha itu ada di depan mata.


Mata Pelajaran Bagi Sem 2

Kursus WAJIB
ASK2202W PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
PTK2202W PENYELIDIKAN TINDAKAN
LNP2202W PENGAJARAN LITERASI DAN NUMERASI

PENGAJIAN PROFESIONAL
EDC2203 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
EDC2202 FALSAFAH DAN ETIKA GURU

Kursus MAJOR
PAU2203 PENTAKSIRAN PAKK
PAC2203 PERANCANGAN, PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PAKK

Kursus MINOR
MZP2203M MUZIK PAKK

KEMAHIRAN INSANIAH
ISC2201 KELAB
ISU2201UNIT BERUNIFORM
ISP2201 PERMAINAN


NOTE:
** 4.00 sentiasa dalam azam.


Snow White and Huntsman

Semalam juga saya turut pergi menonton wayang bersama rakan-rakan selepas penat mendengar ceramah dalam SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK. Kami memilih slot pukul 530 petang di MBO Cineplaxs The Spring. 

Tujuan utama saya nak tengok cerita ini adalah untuk mengembalikan kenangan yang saya kutip semasa sekolah rendah melalui buku Purti Salji dan 7 Orang Kerdil. Walau tajuk diubah saya tetap nak pergi tengok.

Berani saya katakan bahawa cerita ini berjaya menarik perhatian saya. Ini kerana turut menyerapkan nilai kemanusiaan dan kasih sayang walaupun telah dihiasi oleh gaya canggih teknologi......AMIGOS

Integriti

Semalam saya menghadiri satu seminar yang diberi nama SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK anjuran IPG Kampus Batu Lintang dan IPG Kampus Tun Abdul Razak. Banyak input baru yang saya dapat dari seminar ini. Baru sedar selama ini saya silap. Kadang-kadang benda yang remeh pun sebenarnya menunjukkan integriti dalam diri kita. 

Ceramah bertajuk FALSAFAH DAN PRINSIP PELAN INTEGRITI NASIONAL oleh En Mohammad Diah Hj. Wahari (Pengarah Sektor awam, Institut Integriti Malaysia) cukup memberi saya input yang merujuk kepada perkara-perkara yang selama ini dianggap remeh. 

Menurut En Mohammad Diah, Reader Digest telah melakukan penyelidikan berkenaan Integriti terhadap beberapa buah negara di dunia. Tiga cara yang digunakan. Pertama ialah penyelidik telah memilih kawasan tumpuan orang ramai di Kuala Lumpur. Sekepal kertas di letakkan di tengah kesesekan itu. 2 jam diberikan tetapi dalam ramai-ramai itu tidak seorang pun mengambil dan membuang sekepal kertas itu ke tong sampah.

Cara kedua yang digunakan oleh Reader Digest ialah memerhatikan warga Kuala Lumpur di sebuah bangunan yang sesak juga. 2 jam juga diberikan untuk memerhatikan. Tidak seorang pun diantara pengunjung yang menahan pintu untuk orang yang mengekorinya. Malahan lebih teruk pintu tersebut dihempas tanpa memperdulikan orang dibelakang.

Cara yang ketiga ialah menggunakan telefon bimbit yang diletakkan di beberapa kawasan. Sebanyak 80 buah telefon bimbit yang ditinggalkan berapa yang dikembalikan? Siapa boleh teka? Jawapannya ialah 0/80....Walaupun penyelidik menelefon balik telefon yang ditinggalkan dan dijawab oleh orang yang menemui tetapi telefon tersebut tetap tidak dikembalikan.

Merenung balik kepada input yang saya perolehi ini memang banyak perkara remeh yang kita sering pandang remeh dan tidak ambil peduli. Sehinggalah kudis tersebut bernanah dan berbau..,Ishhh Ishhh teruk...