Monday, October 22, 2012

Peranan Guru Prasekolah Dalam Proses Transisi Rumah Ke Prasekolah


Guru prasekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menghadapi kerenah kanak-kanak. Kehebatan seorang guru mempercepatkan proses penerimaan pembelajaran dan persekitaran prasekolah kepada kanak-kanak .Beberapa perkara perlu dititikberatkan bagi memendekkan kepelbagaian ragam kanak-kanak di prasekolah antaranya:-
i)       Guru bijak mewujudkan dan mengeratkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa sendiri akan merasa selamat untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.Guru memainkan berperanan sebagai pendidik, pembimbing, pengasuh kanak-kanak dan model yang baik. Dengan ini kanak-kanak akan lebih merasa selamat dan mempercayai guru yang berada di prasekolah sebagai pengganti kepada ibu bapa mereka. Mereka juga akan lebih cepat menerima suasana prasekolah seperti suasana di rumah mereka.
ii)       Guru menerapkan peraturan dan disiplin di prasekolah dengan cara yang bijak, dan tidak drastik kepada kanak-kanak serta menyatakan perbezaannya dengan amalan yang berlaku di rumah mereka.
iii)      Guru perlu mendapat maklumat dari ibu bapa tentang kanak-kanak bagi menangani perbezaan murid dari segi  ras, latar belakang, pengalaman dan kepandaian yang berbeza dengan kepelbagaian pendekatan    yang sesuai.
iv)     Guru prasekolah merancang aktiviti yang menyeronokkan dan berkesan bagi mempercepatkan   kanak-kanak menyesuaikan diri dengan  persekitaran prasekolah, aktiviti pembelajaran ,peraturan, dan  kawan yang baru di prasekolah.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment