Sunday, September 30, 2012

Pusat Pembelajaran Sains & Matematik

Hari ini juga, saya dengan rasa keletihan yang masih bersisa selepas balik daripada pentauliahan di Kem Alapong, Lundu berhempas pulas menyiapkan Pusat Pembelajaran di prasekolah IPGKTAR. Idea seorang insan biasa, yang berusaha dengan luar biasa untuk menghasilkan yang luar biasa.

Tekun

Pusat Pembelajaran

Bahagian Teknologi (Kenderaan Darat)

Bahagian Matematik (Nombor)

Bahagian Sains (Menyiasat Alam Kehidupan)

Akhirnya, kerja saya siap juga (yang dimulakan sejak 830 pagi hingga 4.00 petang) meskipun idea yang terhasil secara spontan. Hanya sempat memikir dan mencanai pengisian pusat pembelajaran ini dalam masa satu malam. Syabas!! 

Terima kasih pada Kak Siti, Maz, Ayien & Jura sebab ada menyumbangkan tenaga untuk mengambil gambar saya sedang bekerja, laminate bahan-bahan yang saya sediakan dan memeriahkan lunch saya hari ini. hahahahahaaa....

Teks Ucapan Bajet 2013

Untuk perkongsian bersama, saya muatnaik teks ucapan penuh bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak (Perdana Menteri & Menteri Kewangan) di Dewan Rakyat, Jumaat, 28 September 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang di bawah:-

                    http://www.treasury.gov.my/data/ucapan/ub13.pdf

"MEMAKMURKAN NEGARA, MENSEJAHTERAKAN RAKYAT: SEBUAH JANJI DITEPATI"

Bajet Oh Bajet: Bajet 2013

Bagan Datoh: Bajet 2013 jauh lebih adil berbanding bajet bayangan pembangkang yang hanya menabur janji. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata dakwaan kononnya bajet itu untuk pilihan raya adalah tuduhan berulang yang sering disuarakan setiap kali bajet dibentangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).Katanya, hakikat sebenar Bajet 2013 adalah bajet paling seimbang dengan defisit hanya empat peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berbanding bajet yang dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat lebih awal, tetapi kurang penelitian.


Tidak praktikal 
Mereka cuba menabur janji yang tidak dapat dilaksanakan kerana tidak praktikal, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi Tabika Kemas peringkat negeri di sini, semalam. 

Ahmad Zahid memberi contoh empat negeri dikuasai pembangkang gagal melaksanakan bajet yang dibentangkan di negeri masing-masing. Malah, manifesto pembangkang pada pilihan raya lalu juga tidak dilaksanakan kerana mereka beranggapan manifesto bukan perjanjian tetapi momokan meraih undi rakyat, katanya. 

Nilai sendiri 
Justeru, beliau mengajak rakyat menilai keprihatinan Perdana Menteri menyediakan Bajet 2013 hingga manfaatnya dirasai bermula golongan miskin tegar hingga ke peringkat perdagangan antarabangsa. 

Bajet ini memperlihatkan perimbangan atau susunan lapisan sosial dan lokaliti. Mereka yang berada di pedalaman juga diambil kira dengan pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan, katanya.

Sumber: Berita Harian (30/9/2012)

Chelsea Vs Arsenal

FullTime:
2:1

Tahniah Chelsea kerana bermain dengan baik. Dari mula lagi saya sudah rasakan yang Chelsea mampu menang. Nampak gayanya, pasukan kegemaran saya ini bermula dengan agak baik untuk musim ini. Syabas.

Sunday, September 23, 2012

Travelog: Mimpi & Impian

Minat membaca memang sudah ditanam oleh bapa sejak kecil ke dalam diri kami adik beradik. Kami dibelikan buku cerita. Kadang-kadang bapa akan menjadi penglipur lara kepada kami adik beradik sebelum tidur atau bila saja ada kelapangan. Suka! Sangat Suka! Sampai sekarang saya tersenyum sendiri bila teringat. 

Oleh sebab itu, minat yang telah ditanam, dibaja dan disiram oleh bapa sejak kami kecil terus mekar dan berkembang. Saya sangat suka membaca. Banyak buku, novel dan majalah menjadi kegemaran. Sehinggalah suatu hari saya diberikan oleh seseorang tajuk sebuah buku. Dia mencari buku tersebut semasa kami membeli buku di sebuah kedai buku di Kuching. Itupun untuk menghabiskan baucer buku 1Malaysia yang diberikan. Selepas membaca buku itu saya terus minat untuk membaca siri seterusnya. Buku itu adalah tulisan Roza Roslan. Sangat dekat, personally saya akui hampir dengan diri. 
Pertama: Travelog CINTA ABADI (Masa Yang Berlalu)
Ke-2: Travelog IMPIAN ABADI (Itu Yang Tertulis)
Ke-3: Travelog KEHIDUPAN ABADI (Perjalanan Menuju Remaja)
Selepas membaca buku-buku ini, satu perasaan yang sudah dan pernah wujud suatu masa dahulu bertandang lagi. Perasaan yang sudah wujud sejak saya masih dibangku sekolah. Benar! Lama sudah wujud. Tapi saya tidak tahu caranya. Buntu! Keliru memikirkan kemampuan diri. 

Suatu masa dahulu: saya pernah bermimpi dan berangan-angan untuk menulis cerita atau novel sendiri. Saya mahu semua orang yang membacanya terhibur dan merasa dekat dengannya. Bila saya membaca buku-buku tulisan Roza Roslan ini, impian dan mimpi itu datang lagi. Suatu hari, saya nak tulis dan hasil travelog saya sendiri. Itu impian! Itu mimpi! Bila agaknya kan... 

KidZania : Impian, Mimpi, Harapan & Cita-Cita

Pada hari ketiga benchmark, saya pergi ke KidZania (Pusat Karier Kanak-Kanak). Setelah segala urusan selesai di kaunter tiket dan pegawai jualan, saya dibenarkan masuk. Sebabnya, saya tidak membawa kana-kanak, syarat untuk masuk at least seorang kanak-kanak ada. Saya diiringi dua orang pemandu arah yang turut memberikan penerangan berkenaan semua isi KidZania. Berikut merupakan gambar yang saya sempat rakamkan berkenaan isi KidZania.
Papan Tanda Jalan / Laluan

KZ National Painting School

Dental Care

Kurlz Saloon
Gambar diatas merupakan sebahagian daripada pengisian di KidZania. Banyak lagi bahagian yang tidak saya muatnaik di sini. Personally, saya sangat setuju dengan pembangunan idea kreatif KidZania ini. Pengalaman yang dilalui kanak-kanak di sini secara tidak langsung memberi gambaran kepada kanak-kanak terhadap impian dan cita-cita. Pengetahuan dan pengalaman di sini sebenarnya akan tumbuh dan membesar bersama kanak-kanak tersebut.


Saya percaya, setiap kanak-kanak yang merasai sendiri pengalaman di sini pasti jelas akan gambaran impian mereka sendiri. Malahan mereka akan betul-betul jatuh cinta dengan impian yang disatukan dengan pengalaman di KidZania. 


Pendapat saya (tiada kaitan dengan sesiapa), ibu bapa, guru-guru dan kanak-kanak harus datang ke KidZania ini. Siramlah biji benih impian generasi masa depan, bajailah cita-cita anak watan, biar tumbuh dan mekar menjadi bunga kebangaan dunia, khasnya Malaysia. Chaiyok...Chaiyok KidZania. 

TQ, Terima Kasih.

Saturday, September 22, 2012

Bahagian Ke-2 Hari Ke-2 Benchmark

Bertolak tepat pukul 1130 pagi dari SKSBU terus menuju ke SK Padang Tembak 1. Sampai di sana, saya disambut dengan paluan kompang dari murid-murid sekolah ini. Dibawa terus ke pusat sumber untuk taklimat ringkas. Perasaan kagum menyelinap lagi (entah untuk yang keberapa kali sudah perasaan ini hadir). Kemudian terus di bawa ke Prasekolah Permata Aktif SKPT 1. 
Disambut dengan bunga manggar & paluan kompang.

Melangkah saja masuk ke prasekolah SKPT 1 membuatkan saya tergamam lagi. Ahhh.... puji Tuhan. Indahnya alam pendidikan yang diceburi ini. Kanak-kanak yang menanti dan dahagakan ilmu kian menggamit diri. 

Diluar Kelas Prasekolah Permata Aktif

"Apa yang paling penting ialah KEKUATAN ini" Guru prasekolah Ainalita berkata sambil menunjuk ke kepala. Faham saya, kekuatan mental... 

Learning By Doing
Ini yang saya dapat di prasekolah ini. Seperti entry sebelum ini, saya hanya memuatnaik beberapa keping gambar sahaja. Perjalanan kali ini sangat menyeronokkan. Seronoknya.... Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ilmu yang saya perolehi berlipat kali ganda. Terima Kasih...

Perjalanan Hari Ke-2 Benchmark (21/9/2012)

Wooo.. Woooo..... Semangat itu PENTING ok...!!

Hari ini saya menggunakan kemeja berjalur ke bawah berwarna biru dan juga necktie biru... Warna kegemaran (kebanyakkan biru penghias almari pakaian ku). Dengan semngat itu saya melangkah pergi ke sekolah pertama hari ini. Saya akan pergi ke SK Seri Bintang Utara. Dengar cerita sekolah terbaik dan SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Sampai di SKSBU tepat pukul 830 pagi. Disambut dengan ramah oleh guru besar sekolah itu. Perasaan teruja semakin menggunung. Di bawa melihat-lihat persekitaran SKSBU. wooooo...patutlah. Memang ada budaya atau ETOS tersendiri sekolah ini. Murid-murid pun memberi salam dan tunduk ketika berjalan melalui pelawat. Kagum sendiri saya...

Kemudian di bawa masuk ke kawasan prasekolahnya. Ada dua buah. Sangat cantik dan perasaan bertuah menyelinap ke sanubari. Bukannya apa, perasaan itu wujud melihat betapa komited nya guru-guru prasekolah di SKSBU. Kelas penuh dengan warna-warni. Al-maklumlah, firtah kanak-kanak memang sukakan warna-warni. 
Penyambut Tetamu

Didikan Satu Bangsa, Satu Negara Satu dalam semuanya

Prasekolah Bijak
Dalam entry ini, saya hanya kepilkan bersama beberapa gambar. Namun, saya simpan yang selebihnya. Bukan kedekut. Tapi ada rasionalnya. Nantilah saya berikan alasannya... hahahahaha...

Di akhir pertemuan pertama ini (mungkin akan ada yang kedua atau ketiga...), jamuan diadakan di Pusat Sumber SKSBU. Amboi bertaraf dunia you .... cantik, indah, kondusif dan bla bal bal... kalau tak nak juga ke library tak tahulah. Selepas berborak dan berkongsi apa yang patut, perpisahan menjelma. Di pintu masuk SKSBU tarian sudah menanti. Kuda kepang dan joget johor dihidangkan.. Ahhh ... tak puas lagi sebenarnya, tapi masih ada misi perlu dilangsaikan... Iaitu SK Padang Tembak 1...... Here I come !!   

Thursday, September 20, 2012

Perjalanan Hari Pertama Benchmark (20/9/2012)

Bertolak dari Kuching tepat pukul 605 pagi dengan penerbangan AK5620. Sampai di LCCT Kuala Lumpur pada pukul 750 pagi. Sempat bersarapan di LCCT. Makan ayam KFC jak dengan air Milo. Kemudian terus bertolak ke Tadika Rama-Rama Bestari di Seksyen 7 Shah Alam. Banyak juga maklumat dan input baru yang saya dapat.

Tepat 1230 tengahari bertolak ke Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, KL. Tengahari ini dijemput MERARAU bersama Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKPT. Habis MERARAU terus melawat ke prasekolah IPGKPT. Wooow... Itu perkataan pertama yang terpancul dari mulut. Sangat menarik. Kelasnya penuh dengan BBM/ABM yang saya kira sangat sesuai untuk memastikan kanak-kanak prasekolah ini 'BERLARI TURUN KE SEKOLAH, BERJALAN UNTUK BALIK KE RUMAH". Saya hanya memuatnaik beberapa keping gambar sahaja. Yang selebihnya untuk entry lain kali.
HASIL KERJA KANAK-KANAK

SALAH SATU TUNJANG KSPK PRASEKOLAH
RUANG DAPUR YANG KEMAS & BERSIH

Benchmark (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)

Suasana Gembira Kanak-Kanak
20 September 2012 kian hampir. Ini beerti tarikh lawatan ke Kuala Lumpur kian dekat. Lawatan ini akan pergi ke beberapa buah tadika dan prasekolah. Tujuannya ialah untuk menambahkan ilmu di dada. Hahahaha....betullah tu! Antara tempat yang akan dituju ialah Tadika Rama-Rama Bestari (The Little Caliphs), SK Seri Bintang Utara, SK Padang Tembak 1 dan Prasekolah IPG Kampus Teknik, KL.

Harapan menggunung moga lawatan / benchmark ini akan menjadi penambah rencah ilmu di dada sebagai bekalan menempuh gelombang untuk mengemudi bahtera dunia prasekolah yang saya pilih ini. 

Wednesday, September 19, 2012

Pentaksiran & Penilaian Perkembangan Awal Kanak-Kanak


Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), dalam menghuraikan kurikulum prasekolah menyatakan bahawa pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu dijalankan secara berterusan. Selain bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan di dalam kesemua domain- domain kognitif, afektif dan psikomotor, penilaian tersebut juga memberi maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif dan hala tuju pengajaran dan pembelajaran.

Disamping itu, dengan membandingkan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu mengikut umur membolehkan guru, memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses pemerhatian, mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan guru memahami perkembangan serta kemajuan pembelajaran kanak-kanak.

Dari sisi yang lain, pengetahuan yang terhad dalam aspek pentaksiran dan penilaian perkembangan kanak–kanak perlu didalami dan difahami oleh guru prasekolah bukan sekadar berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian. Kanak–kanak mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru perlu didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan pratikal seperti rekod anekdot dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk penilaian yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif kanak–kanak (Saayah Abu, Siti Saleha Samsuri  & Surayah Zaidon, 2006).

Kesimpulannya, pentaksiran dan penilaian pendidikan awal kanak-kanak seharusnya dilakukan sebaik mungkin untuk memastikan perkembangan dan potensi kanak-kanak boleh dikembangkan dan digilap. Sikap “ambil mudah” dan “melepaskan batuk ditangga” seharusnya dikikis. Ini kerana peringkat pendidikan awal kanak-kanak merupakan akar kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Jika tersilap langkah pada peringkat akar, akibatnya akan musnahlah generasi dan masa depan negara.

Ekoran itu, portfolio kanak-kanak Prasekolah dilihat sebagai satu dokumentasi penting yang dapat menceritakan dan memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang mengikuti program prasekolah. Oleh sebab itu portfolio seharusnya digunakan sepenuhnya dalam menilai perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak. Namun, jika pelaksanaannya sekadar sebagai satu fail untuk mengumpul hasil kerja kanak-kanak. Ini merupakan satu kerugian yang besar bukan sahaja kepada kanak-kanak tetapi juga keseluruhan pelaksanaan program prasekolah. Pelaksanaan portfolio yang bertepatan adalah penting bagi menjamin perkembangan kanak-kanak dinilai dengan berkesan dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. 

Saturday, September 15, 2012

Implikasi Penggunaan BBM / ABM Dalam P&P


Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) sememangnya akan memberikan impak yang positif terhadap murid sekiranya guru telah membuat persediaan rapi untuk setiap langkah pengajaran yang ingin disampaikan dalam objektif pembelajaran.

Salah satu daripada implikasi positif penggunaan BBM dalam proses pembelajaran ialah ianya akan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dimana semua murid melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Contohnya semasa melaksanakan aktiviti menggunakan BBM ini guru akan memberi peluang kepada semua murid untuk pergi ke hadapan dan mengeja perkataan yang terdapat pada papan carta pusing yang telah disediakan. Ini akan menambahkan perbendaharaan kata murid sekaligus mereka akan mendapat pengetahuan baru.

Jika dilihat dari segi interaksi pula, penggunaan BBM yang berpusatkan murid ini akan menggalakan interaksi yang lebih berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak akan berasa takut dan malu dengan murid sebaliknya mencuba segala aktiviti yang diadakan berdasarkan kepada panduan yang telah diberikan oleh guru. Murid akan bertanya kepada guru sekiranya mereka kurang jelas tentang isi pelajaran yang diajar.  

Di samping itu, melalui aktiviti penggunaan BBM ini juga akan memupuk semangat kerjasama di kalangan murid. Belajar secara berkumpulan dalam bilik darjah memerlukan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli kerana ianya akan memberikan impak yang besar terhadap suasana pembelajaran. Semua murid memainkan peranan penting dalam menjaga disiplin diri dan perlu peka terhadap pengajaran yang diajar oleh guru di semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya semasa belajar suku kata ini murid yang sudah fasih membaca boleh membantu rakan yang masih lemah penguasaan membaca mereka mengeja perkataan yang diberikan dalam kad suku kata pada BBM yang telah disediakan oleh guru.

Penggunaan BBM yang berkesan juga akan menggalakkan guru untuk meningkatkan kadar penggunaan kemahiran pedagogi mereka di dalam bilik darjah. Bagi menghasilkan perlaksaaan aktiviti yang berkesan, guru akan mengambil kira latar belakang dan kebolehan murid. Secara tidak langsung ini akan menjadikan mereka lebih professional dalam mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam usaha untuk mencapai objektif pembelajaran di dalam bilik darjah.

Dalam erti kata lain dengan adanya integrasi pendekatan yang digunakan akan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada semua murid kerana mereka tidak terikat dengan teknik pengajaran tradisional yang agak membosankan dimana ianya lebih berpusatkan guru sahaja. Aplikasi penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar ini akan lebih berkesan kerana ianya tidak hanya terikat kepada kaedah “talk and chalk”.

Oleh itu, penggunaan BBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat mampu memberi kesan yang positif baik kepada murid dan guru sama ada dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun peningkatan dalam akademik dan amalan dalam ikhtisas perguruan.  

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

Muhyiddin jemput rakyat kemuka input Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mengadakan hari terbuka untuk membolehkan masyarakat meneliti, mendapatkan penjelasan dan memberi maklum balas kandungan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata program selama dua hari itu, yang akan diadakan pada Oktober, bertujuan menjemput pihak berkepentingan untuk melontarkan pandangan serta perkongsian idea sebelum pelan itu dibentangkan kepada Kabinet dan dimuktamadkan pada Disember. 


"Masih terdapat ruang dan peluang untuk pihak berminat mengemukakan perkara-perkara yang mereka fikir perlu dimasukkan di dalam pelan itu. Perkataan kunci di dalam laporan ini ialah peningkatan kualiti bidang pendidikan. 

"Kalau cadangan itu dilihat boleh menambahbaik kualiti pendidikan, kami bersedia menerima dan memasukkan cadangan-cadangan di dalam laporan," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan tinjau peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah di sini, hari ini.



Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.



Laporan awal pelan itu yang memaparkan visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki, memperinci anjakan yang diperlukan untuk mencapai objektif itu. 


Tambah Muhyiddin, kementerian juga akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada semua peringkat masyarakat agar mereka mengetahui kandungan pelan berkenaan, dan bidang mana pihak kerajaan memberi keutamaan. 


"Kami akan cetak bahan penerangan yang mudah, dalam bahasa yang mudah, agar ramai dapat memahami kandungan laporan itu," jelas beliau. 


Muhyiddin berkata kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikan untuk memacu isu pelaksanaan, menguruskan komunikasi dengan pihak berkepentingan dan mengumpul maklum balas secara berterusan. 


"Sebagai langkah susulan, kami mungkin akan menubuhkan jawatankuasa pemantau yang terdiri daripada wakil kementerian, ibu bapa, dan ahli akademik untuk memberi input dan pandangan dari semasa ke semasa tentang apakah yang patut dilakukan dan bidang mana perlu diberikan lebih tumpuan," jelasnya. 


Justeru itu, Muhyiddin berkata apa yang penting ialah setiap perakuan perlu diambil kira dari falsafah pendidikan dan bahasa pelajaran yang dilaksanakan selama ini, dan apa-apa yang dilaksanakan mestilah sesuatu yang pratikal dan munasabah, serta tidak lari daripada tujuan untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. 


Beliau juga meminta orang ramai untuk membaca laporan awal itu sebelum membuat sebarang kesimpulan atau keputusan. 


Terdahulu, Muhyiddin ditemani Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Abd Ghafar Mahmud dan guru besar sekolah itu Puan Sarimah Ahmad, meninjau seramai 89 pelajar menduduki peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah. 


Muhyiddin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon UPSR, dan berharap ibu bapa akan membantu memberi semangat dan dorongan agar anak mereka boleh menumpukan perhatian kepada peperiksaan. 


Seramai 517,139 calon yang berdaftar menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai semalam hingga Khamis. - 



Sumber: Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/12

Tuesday, September 11, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan Untuk Pribumi Sabah & Sarawak

Kerajaan akan lancar transformasi pendidikan pribumi Sabah, Sarawak

LANGKAWI 7 Sept. - Kerajaan akan melancarkan program transformasi pendidikan khas bagi masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan pendidikan masyarakat di negeri itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari tidak boleh menggunakan formula yang sama untuk semua pihak kerana ada masyarakat yang memerlukan tumpuan dan perhatian tertentu. - BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


KUALA LUMPUR 11 Sept. - Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. - 

Sumber: UTUSAN (Dikeluarkan pada 1317pm)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)


Sembilan bidang keutamaan dalam pelan pembangunan pendidikan

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi.
Sembilan bidang itu ialah:
1. Memartabatkan profesion perguruan
2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah
3. Meningkatkan kualiti sekolah
4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran
5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa
6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan
7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja
8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber
9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. - 

Sumber: UTUSAN (Dikeluarkan pada 1208pm)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)


Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.
Antara perkara yang boleh dijangka daripada pelaksanaannya adalah:

Gelombang Pertama mulai 2013 hingga 2015.
* Peningkatan dalam kemahiran guru
* Kualiti pengajaran
* Keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah
* Mutu kepimpinan sekolah

Gelombang Kedua dari 2016 hingga 2020
* Berlaku perubahan struktur sistem pendidikan negara yang menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerja baharu.
* Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.

Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025
* Semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. - 

Sumber: UTUSAN (Dikeluarkan pada 1152am)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Komprehensif - PM 

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 begitu komprehensif dan menyeluruh.

Sehubungan itu, beliau berkata, langkah yang dilaksanakan kerajaan itu adalah cerminan kepada generasi masa depan Malaysia yang lebih gemilang berasaskan pendidikan berkualiti. - 

Sumber: Utusan. (Dikeluarkan pada 10.40am)


Monday, September 10, 2012

Mendisiplinkan Kanak-Kanak Prasekolah

Apakah perkara pertama yang terlintas di benak apabila disebut tentang mendisiplinkan kanak-kanak prasekolah? Adakah ia sama dengan cara mendisiplikan anak-anak kita di rumah?

"Sayangkan anak-anak, tangan-tangankan" 

Mungkin kata-kata ini boleh dijadikan landasan untuk mendisipilnkan anak-anak atau kanak-kanak prasekolah. Kita tegur mereka bukan bererti kita marah. Tetapi kita mengajar mereka ke arah yang sepatutnya. 


Satu lagi apa yang terlintas di benak saya adalah kita sebagai guru prasekolah atau ibu bapa kalau di rumah perlu mengamalkan "THREE F". F pertama ialah FAIR. Kita kena adil dalam mebuat tindakan dan teguran. Kedua iala FIRM. Tindakan tegas perlu dibuat untuk sebarang keadaan dan situasi. F yang ketiga ialah FRIENDLY. Kita perlu mesra kepada anak-anak atau kanak-kanak prasekolah. Dengan ini mereka akan merasa bahawa mereka penting dalam hidup kita. 

Perkara yang perlu dielakkan. Kalau boleh mesti dihindari ialah F=FEARS... jangan takutkan mereka...


PM Lancar Pelan Pendidikan Esok (11/9/2012)



KUALA LUMPUR - Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan dilancarkan esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) bakal melonjakkan kualiti dan pencapaian bidang tersebut pada aras yang lebih tinggi.
Melalui pelan itu, kualiti keseluruhan sistem pendidikan yang meliputi guru, modal insan, kurikulum, pentaksiran, penyampaian dan pengurusan pendidikan bakal menerima satu perubahan besar.
Pelan itu juga bukan sekadar pernyataan dasar tetapi dokumen yang memperincikan strategi dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk mencapai sasarannya.
Pelaksanaannya akan dibuat secara telus dan demi mencapai matlamat itu, kepimpinan tertinggi di peringkat kementerian akan mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu yang perlu dicapai selain laporan tahunan perlu diumumkan kepada pihak awam.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2012&amp:dt=0910&amp:pub=Kosmo&amp"sec=Negara&amp:pg=ne_03.thm 

Saturday, September 8, 2012

Muara Hati - Hafiz feat Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali
[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta

Friday, September 7, 2012

Konsep Kendiri Positif

Berfikiran Positif
Pakar-pakar psikologi berpendapat bahawa orang yang berjaya adalah mereka yang mempunyai konsep kendiri yang positif. Begitu juga sebaliknya. Konsep kendiri yang positif menghasilkan keyakinan diri yang tinggi, mempengaruhi cara seseorang berfikir, menjadi asas  bagaimana seseorang melabel kekuatan atau kelemahan dirinya, mempengaruhi kesihatan dirinya dan menjadi asas bagaimana seseorang membuat ramalan akan masa depannya.

Kurikulum Baharu Mata Pelajaran Sejarah



KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran merangka kurikulum baharu mata pelajaran Sejarah untuk pelajar sekolah menengah bertujuan melahirkan warga negara yang mempunyai semangat patriotisme lebih tinggi.


Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kurikulum baharu itu berpandukan kepada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.
“Kerajaan memberi perhatian khusus terhadap kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah di sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57 Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah di sini semalam.
Jawatankuasa yang ditubuhkan pada Mei 2011 dianggotai 10 pakar sejarah dan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif PSM, Tan Sri Omar Mohd. Hashim.
Fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukan hala tuju perkembangan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam merealisasikan keperluan semasa dan cabaran masa depan.
Sumber:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2012&dt=0907&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Perkembangan Kanak-Kanak

Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5 aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasakn kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. 

Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor persekitaran (nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan individu.

Konsep Kendiri & Murid


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa bebelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Bagai Bunga Kembang Tak Jadi
Rangkap pantun di atas boleh dijadikan suatu panduan untuk membincangkan tentang konsep kendiri. Ini kerana seseorang itu membentuk kendirinya sendiri sejak dari kecil. Jika tersilap langkah dan orang yang dijadikan rujukan maka akan berlaku kepincangan terhadap konsep kendiri seseorang. 

Konsep kendiri diperkenalkan oleh William James pada tahun 1988. Dalam istilah konsep kendiri James menyifatkan kendiri sebagai ‘saya’ dan menegaskan, setiap orang perlu tahu mengenai diri sendiri. Istilah ‘saya’ ini dapat dilihat daripada pelbagai perspektif yang merangkumi aspek-aspek seperti tubuh badan, pemikiran, pakaian, tempat tinggal, ahli keluarga rakan-rakan dan segala perkara yang berkaitan dengan diri sendiri. Pendek kata ‘saya’ boleh menjadi hak peribadi serta menjadi sebahagian daripada diri yang dikenali sebagai konsep kendiri. Konsep kendiri seseorang dapat mempengaruhi cara berinteraksi dengan persekitaran sosial secara langsung.


Thursday, September 6, 2012

Komunikasi & Tingkahlaku Kanak-Kanak

Cara dan bagaimana kita berinteraksi atau berkomunikasi dengan kanak-kanak mempunyai pengaruh yang begitu besar terhadap perkembangan konsep kendiri yang positif. Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i) komunikasi verbal 
ii) non-verbal. 

Komunikasi verbal adalah komunikasi secara lisan, manakala komunikasi non-verbal pula adalah komunikasi bukan lisan. Komunikasi non-verbal merupakan satu bentuk komunikasi yang dinyatakan melalui gerak tubuh badan, nada suara, jarak dan sebagainya. Contohnya memberi senyuman, menjegilkan mata, memasamkan muka, mengerutkan dahi dan menguatkan suara. Komunikasi non-verbal juga berfungsi sebagai metakomunikasi, iaitu komunikasi tentang mesej yang ingin disampaikan. Contohnya, kanak-kanak mengatakan bahawa dia gembira dan kegembiraan ini dapat dilihat daripada riak wajahnya yang ceria.

Tuesday, September 4, 2012

Rolling In The Deep - Adele

There’s a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it’s bring me out the dark.
Finally I can see you crystal clear
Go ahead and sell me out and I’ll lay your ship bare.
See how I’ll leave, with every piece of you
Don’t underestimate the things that I will do.
There’s a fire starting in my heart,
Reaching a fever pitch and it’s bring me out the dark.
The scars of your love, remind me of us.
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can’t feeling
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat
Baby I have no story to be told
But I’ve heard one of you and I’m gonna make your head burn,
Think of me in the depths of your despair
Making a home down there as mine sure won’t be shared
The scars of your love, remind you of us.
They keep me thinking that we almost had it all
The scars of your love, they leave me breathless
I can’t feeling
You had my heart inside your hand
We could of had it all

And you played it to the beat
Rolling in the deep
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
But you played it with a beating
Throw your soul threw every open door
Count your blessings to find what you look for
Turn my sorrow into treasured gold
You pay me back in kind and reap just what you sow
(I wish you never gonna miss you)
We could of had it all
We could of had it all (I wish you never gonna miss you)
It all(3 times)
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
And you played it to the beat
We could of had it all
Rolling in the deep
You had my heart inside your hand
But you played it,
You played it,
You played it
You played it to the beat

Monday, September 3, 2012

Pengaruh Konsep Kendiri

Senyum Selalu 

"BERFIKIRLAH SECARA POSITIF, BERCAKAPLAH SECARA POSITIF, NESCAYA ANDA AKAN BERTINDAK SECARA POSITIF"

Kami Guru Malaysia



Kami guru malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putera puteri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami
tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami
tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan