Monday, October 29, 2012

Item Wajib Setiap Jejaka

oleh ALIF ABU BAKAR

FRASA lelaki sejati memakai hitam berkemungkinan boleh dipersetujui ramai. Malah, pada tahun 1990, kumpulan muzik bergenre R&B/funk, Cameo turut meminjam kenyataan Real Men... Wear Black sebagai tajuk album mereka.

Apakah kuasa yang terkandung dalam warna pilihan jejaka itu? Jawapannya mudah, ia satu rona ringkas yang mampu mengekspresikan 1,001 gaya lelaki tanpa bantuan warna lain.

Hitam sudah mampu membentuk personaliti maskulin seorang lelaki. 

Apa jua jenis pakaian berwarna hitam pasti menjadi pilihan lelaki di serata dunia, begitu juga Malaysia. Namun sayangnya, kecenderungan itu tidak kelihatan pada pemilihan sut. Segelintir sahaja menyedari aura sut hitam, manakala selebihnya lebih teruja menyarungkan sut berona terang khususnya golongan selebriti lelaki tempatan.

“Artis-artis lelaki kita sukakan pakaian atau sut berwarna terang dan yang berkilat. Bagi mereka, sut hitam bakal membuatkan mereka tampak bosan dan tidak menyerlah di karpet merah.

“Di sinilah silapnya mentaliti yang mereka pegang. Cuba teliti pemakaian selebriti lelaki Hollywood. Majoriti mereka selesa menggayakan sut hitam. Ia mungkin kelihatan ringkas, tetapi kebijaksanaan suai padan dan potongan yang sempurna mampu menciptakan penampilan eksklusif.

“Sewajarnya, artis lelaki yang datang berpasangan perlu tampil ringkas dengan sut hitam. Selebriti wanita memang tidak dinafikan perlu bergaya sehabis baik bagi menangkap perhatian sekeliling. Lelaki pula perlu menjadi pelengkap kepada gaya wanita dan memakai sesuatu yang tidak keterlaluan.

“Pakaian lelaki tidak dinilai semata-mata pada kecantikannya, malah lebih kepada penonjolan karakter yang diserlahkan. Oleh yang demikian, jika anda diberi tajaan sekalipun, pastikan pakaian tersebut bertepatan dengan personaliti diri,” demikian pesanan bernas yang diutarakan pereka fesyen prolifik, Bon Zainal.

Sebagai ‘raja sut lelaki’, Bon cukup arif tentang identifikasi persalinan rasmi jejaka itu. Menyifatkan bahawa sut hitam adalah item wajib ada dalam setiap almari lelaki, ujar Bon, ia menjadi pilihan mudah dan terbaik sekiranya anda mengalami masalah memilih pakaian bersesuaian.
JAKET hitam denim mirip kulit buaya tampak ranggi dipadankan bersama jean kain kapas ini.


Kuasa sut hitam terletak pada keseluruhan aspek yang dibawanya. Selain menjadi pendamping untuk acara formal, ia boleh diolah untuk disesuaikan ke majlis kasual dan santai.

Segak seorang jejaka dalam sut hitam akan lebih mantap dengan potongan dan saiz yang tepat. Sut hitam klasik kebanyakannya tertumpu kepada potongan slim yang amat sesuai bagi jejaka bertubuh segak. Keseimbangan bahagian atas dan bawah juga perlu sesuai dengan bentuk badan.

Selain itu, warna hitam sebenarnya boleh dipecahkan kepada beberapa tona warna. Sut hitam boleh diterjemahkan menerusi rona hitam arang, karbon, ebony, ivory, onyx, matte dan banyak lagi.

Memilih sut hitam
Apabila memilih sepasang sut hitam, apa yang perlu diambil kira adalah jenis butangnya. Sut hitam berbutang sebaris (single breasted) adalah pilihan terbaik dan seelok-eloknya yang mempunyai dua butang. Terdapat juga sut single breasted berbutang tiga dan empat tetapi, ia bergantung kepada fizikal dan ketinggian seseorang.

Sut hitam silang pangkah (herringbone), mirip kulit atau hitam bertekstur antara gaya yang boleh dibentuk menerusi persalinan merentas zaman tersebut. Hentikan stigma bahawa sut hitam hanya menepati tema pakaian acara formal kerana ia mampu digayakan lebih daripada itu.
“Sepasang sut hitam boleh membentuk 10 hingga 15 gaya yang berbeza. Anda boleh hapuskan formaliti dengan mengenakan jaket hitam bersama seluar putih atau kelabu.

“Jean juga sepadan dengan jaket atau blazer hitam. Sekiranya mahu penampilan santai tetapi kemas, sarungkan baju T leher V warna putih dan lengkapkan bersama jaket hitam.

“Anda perlu kreatif dengan sut hitam. Cukup dengan satu sut, anda boleh mencipta pelbagai gaya tanpa perlu gusar komen orang ramai.

“Tiada siapa akan menegur anda memakai sut hitam berulang kali. Paling penting, suai padan dan bijak mengatur gaya berlainan,” jelas Bon yang memiliki 12 koleksi sut hitam pelbagai stail dan potongan.

Tambah Bon, kasut hitam menjadi pilihan terbaik bagi sut hitam. Stoking pula perlu dipadankan mengikut kesesuaian majlis. Acara formal lebih sesuai dengan stoking hitam, sporty pula tampak menarik bersama stoking putih dan baju T putih, ibarat gaya sinonim Raja Pop Dunia, Michael Jackson.

Bagaimanapun, semuanya berbalik kepada kehebatan warna hitam yang padan dengan semua rona. Campurkan apa sahaja warna bersama hitam, ia sama sekali tidak akan bercanggah.

BON Zainal (dua dari kanan) memiliki 12 koleksi sut hitam peribadi pelbagai stail dan potongan.

Tatacara gaya
Selepas sut hitam segak disarungkan, jangan rosakkan keseluruhan penampilan dengan kesilapan penggayaan rambut. Pesona sut hitam perlu disokong gaya rambut yang kemas dan rapi.

Ujar Bon: “Sut hitam ke acara formal perlu disertakan bersama gaya rambut dirapi menggunakan gel. Selalunya, rambut disikat ke belakang (slick back) dengan gaya kebasahan (wet look) menjadi pilihan sempurna penampilan ini.

“Bergaya bersama jaket hitam bagi acara kasual pula memerlukan rambut ringkas dan rileks. Tidak salah jika jejaka berambut panjang mengikat rambut mereka seperti gaya ekor kuda.”

Satu lagi elemen perlu dititikberatkan kaum Adam di luar sana adalah penjagaan badan. Sememangnya diakui, hitam mampu memberi ilusi fizikal bentuk badan yang besar menjadi lebih kecil. Namun, perut buncit dan lemak berlebihan pada kawasan tertentu seperti pinggang dan punggung, secara terang-terangan mencacatkan penampilan.

Lelaki dinasihatkan menjaga bentuk badan agar sut hitam yang disarungkan mampu menyerlahkan penampilan luaran sempurna. Untuk kelihatan segak dan kacak, ia perlu seimbang dari segi pemilihan pakaian dan usaha menjaga bentuk badan.

Sumber: Kosmo! Online - Stailo

Friday, October 26, 2012

Usah Bebankan Guru, Pelajar



Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my

TANYA PENDAPAT...pengenalan sistem penilaian baru memerlukan penerangan mendalam supaya pihak terbabit tidak akan menjadi mangsa keadaan. - Gambar hiasan

PEMANSUHAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2014 pasti memberi anjakan baru kepada sistem pendidikan dan peperiksaan negara yang kini merentasi era globalisasi.

Pemansuhan itu satu mekanisme baru bagi menyaingi proses pembelajaran peringkat global, sekali gus mencapai matlamat melahirkan pelajar berprofil tinggi.

   PELAKSANA...pastikan juga guru tidak terbeban kerana mereka akan menjadi mekanisme pelaksana. - Gambar hiasan

BAGAIMANA CARANYA...persoalan bagaimana mahu mengklasifikasikan pencapaian pelajar sains menerusi sistem penilaian SBA juga memerlukan penyelesaian. - Gambar hiasan

BELAJAR...menerusi PMR, pelajar boleh memasuki aliran pilihan seperti vokasional, justeru, pengenalan sistem penilaian baru, adakah peluang sama tetap ada atau sebaliknya? - Gambar hiasan


GEMBIRA...pemansuhan PMR dijangka akan melonjakkan lagi profil pelajar ke tahap tertinggi dan tidak hanya berorientasikan akademik semata-mata. - Gambar hiasan

Bagaimanapun, ada pihak beranggapan pemansuhan itu akan gagal jika pengenalan baru menerusi Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SBA) yang akan menggantikan PMR tidak mampu dilaksanakan dengan baik.

Persoalannya, mampukah SBA memberi impak lebih baik berbanding PMR?

Pengarah Makmal Penyelidikan Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Mohd Sahandri Gani Hamzah berkata, pemansuhan atau pengenalan dua sistem penilaian tidak perlu dipertikaikan, namun kemampuan kedua-duanya memberi impak terbaik kepada sistem pendidikan negara.

Beliau berkata, setiap sistem penilaian perlu mengambil kira pelbagai aspek dan wajar dilaksanakan apabila sudah bersedia kerana implikasinya besar kepada sekolah, pelajar, tenaga pelaksana, masyarakat dan masa depan.

“Persediaan penting kerana kita tidak mahu apabila sistem penilaian baru diperkenalkan, impaknya tersasar sehingga menjadi uji kaji semata-mata.

“Kita juga tidak mahu apabila sistem lama dimansuhkan, ada pihak tidak berpuas hati dan mula mempersoalkannya. Ini boleh menggugat proses dan keharmonian sistem pendidikan negara.

“Yang penting, sistem penilaian yang digunakan itu mampu memberi impak terbaik dan lebih baik daripada sistem sedia ada, barulah pemansuhan itu berbaloi,” katanya.
PMR yang diperkenalkan pada 1993 bagi menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) akan dimansuhkan pada 2014 bertujuan mengelak sistem pendidikan negara daripada terus berorientasikan peperiksaan.

Menerusi SBA, pihak sekolah sebagai pengendali tetapi masih di bawah pengawasan Lembaga Peperiksaan untuk memastikan soalan yang disediakan berkualiti, setara dan mampu mengukur prestasi pelajar.

Katanya, tidak salah jika mahu memperkenalkan sistem penilaian baru, namun kajian mendalam perlu dilaksanakan bagi memastikan ia mencapai matlamat.

Selain itu, katanya, sistem diperkenalkan itu perlu telus dan tidak menambah beban fizikal dan mental guru sebagai mekanisme pelaksana.

“Sebab itu, sebelum melaksanakannya, kajian mendalam perlu dilakukan kerana tidak mahu timbul masalah yang akhirnya akan menjadikan pelajar, guru dan sekolah sebagai mangsa keadaan.

“Memang benar, banyak negara maju melaksanakannya, namun di negara kita masih banyak aspek perlu diambil kira. Contohnya, kesediaan guru sebagai mekanisme pelaksana juga penerangan jelas agar lebih memahami.

“Jika tidak, saya percaya pengenalan sistem penilaian baru itu pasti rumit, sekali gus menambah beban dan tekanan sedia ada. Yang menjadi mangsa ialah pelajar dan guru,” katanya mengakui tempoh kajian yang tinggal kira-kira dua tahun sebelum pelaksanaan sudah memadai.

“Panel yang bertanggungjawab dalam sistem ini perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak sama ada kementerian, sekolah, guru, pakar akademik atau badan bukan kerajaan.

“Pendapat mereka juga boleh membantu memberikan input terbaik selain penerangan kepada masyarakat khususnya ibu bapa yang selama ini sudah serasi dengan sistem penilaian lama,” katanya.

Antara persoalan yang perlu dititikberatkan ialah bagaimana mahu mengklasifikasikan kedudukan pelajar mengikut aliran ketika di tingkatan empat.

“Menerusi PMR, kita boleh mengklasifikasikan mereka berdasarkan keputusan.
Bagi yang cemerlang akan memasuki aliran sains, yang lain sastera atau vokasional.

“Apabila SBA diperkenalkan, apakah kriteria yang akan digunakan, bagaimanakah kita mampu menilai pelajar berkenaan?

“Semua ini memerlukan jawapan dan penyelesaian. Sebab itu penting perbincangan bersama untuk mengetahui persediaan dan tahap kemampuan kita memperkenalkan sistem penilaian baru,” katanya.

Mengakui pemansuhan PMR sebagai langkah berani melahirkan pelajar serba boleh dan kompeten selari kehendak semasa, selain mahu menyamai sistem penilaian diguna pakai di negara maju.

Bagaimanapun, ia tidak boleh dilakukan secara drastik dan perlu melalui frasa demi frasa supaya sistem penilaian itu selari dengan standard yang ingin dicapai.

“Kita tidak boleh menafikan, bidang pendidikan juga perlu melalui anjakan perubahan supaya selari dengan negara maju, namun biarlah ia dilaksanakan secara konsisten, bukan tergesa-gesa.

“Mencapai standard seperti negara maju memerlukan masa, komitmen, perancangan dan persediaan. Bagaimanapun, usaha ini wajar diberi pujian dan sokongan kerana kita berani berubah.

“Bagaimanapun, ia juga perlu diseimbangkan dengan perubahan pemikiran. Jika mahu lakukan perubahan sistem, cara berfikir, menerima dan membuat tindakan juga perlu berubah.

“Andai sistem saja yang berubah tetapi pemikiran tetap di takuk lama, sistem ini akan gagal,” katanya.

Beliau juga berharap masyarakat diberi penerangan jelas supaya mereka lebih memahami dan bersedia menerima perubahan sistem penilaian lama kepada baru.

“Penerangan jelas kepada masyarakat pasti memberi kelegaan dan membuatkan mereka faham. Kita tidak mahu, hanya sebelah pihak saja beria-ia melakukannya tetapi yang lain tidak menyokong.

“Gunakan medium seperti media massa dan elektronik untuk menerangkan mengapa perubahan mesti dibuat terutama kepada masyarakat kelas sederhana dan bawah.

“Perubahan ini bakal memberi impak kepada semua, justeru, penting bagi pihak terbabit mengetahuinya dengan jelas supaya tidak akan timbul kekeliruan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/22

** Saya sangat tertarik dengan artikel ini. Ini kerana ia menyentuh arah tuju pendidikan negara.

Thursday, October 25, 2012

Kisah Sekumpulan Landak di Musim Sejuk

Landak
Pada zaman dahulu kala, tinggal sekumpulan landak di sebuah hutan. Mereka tinggal di situ dengan aman dan damai. Makanan mencukupi tanpa perlu merasa bimbang. Akan tetapi, ancaman lain pula yang bertandang. Kawasan itu seringkali dilanda musim sejuk melampau yang seringkali membunuh landak-landak berkenaan.

Suatu hari, musim sejuk bertandang. Kumpulan landak ini duduk rapat-rapat untuk mendapatkan haba masing-masing supaya tidak kesejukan. Apabila bertindih-tindih sebegitu, pasti ada diantara landak-landak tersebut yang akan terluka oleh bulu-bulu tajam yang mereka miliki. 

Oleh kerana tidak dapat menahan luka, ada yang menjauhkan diri dan menahan sejuk sendirian. Disebabkan itu, ramai diantara landak-landak itu yang mati kesejukan. Apabila melihat ramai rakan yang mati kesejukan, landak-landak itu kembali duduk rapat-rapat dan bertindih-tindih tanpa mempedulikan luka-luka akibat bulu tajam masing-masing. Mereka tetap begitu sehingga musim sejuk tersebut berakhir. 

Akhirnya, kumpulan landak-landak yang rela terluka akibat bulu-bulu tajam rakan lain boleh terus hidup untuk musim yang seterusnya; untuk kesekian kalinya. 

Melalui cerita ini, dapatlah disimpulkan begitulah ibarat hidup kita dalam bekerja atau bersahabat [semua perkara]. Tidak semua masa dan ketika akan merasa manisnya sahaja. Ada masanya kita akan merasa sakit dan tersinggung. Terluka dan dilukai adalah lumrah kehidupan. Segalanya untuk kita belajar tentang rasa kesyukuran. Kita terluka kerana kita disayangi. Mereka melukai jua kerana mereka sayang. Itulah kehidupan. Proses mematangkan diri supaya tidak mementingkan diri. 

Aku Tak Akan Bersuara - Nike Ardilla

Izinkan Cintaku 
Berbunga Dihatimu 
Biar Terus Mekar Jadi pengalaman 
Telah Lama Ku Dahaga 
Belaian Seorang Insan 
Semoga Bersamamu 
Ceria Hidupku 

c/o 
Ku Tak Akan Bersuara 
Walau Dirimu Kekurangan 
Hanya Setiamu Itu Kuharapkan 
Ku Tak Akan Menduakan 
Walau Kilauan Menggoda 
Kasih Dan Sayangku 
Tetap Utuh Untukmu 

Hanya Kupinta Darimu setialah Selamanya 
Sehingga Abadi... 
Cinta Ini Sayang Itu Kudoakan 

Tak Mungkin Kan Terjadi 
Kehancuran Cinta Kita 
Andainya Hatimu 
Seperti Hatiku

Wednesday, October 24, 2012

Bukan Sekadar Buah: Anggur

Sedapnya buah anggur
Teringat zaman kecil-kecil dahulu. Tinggal jauh di pendalaman. Jarang pergi ke pekan atau bandar. Sekali-sekala kalau pergi ke pekan Niah atau ke bandar Miri / Bintulu akan membuat diri seperti orang yang hilang arah. Semua benda nampak cantik, menarik dan kalau boleh semua nak dibeli. Nasib baiklah, ayah seorang ayah yang sangat perihatin. Hingga sekarang, AYAH merupakan sumber inspirasi diri. Tidak pernah mengelu, tidak pernah mengatakan TIDAK. USAHA itu penting kata ayah...

Kenapa pula entry kali ini saya tulis pasal buah anggur? Kanak-kanak sebaya dan sezaman dengan saya pasti tahukan... Dahulu, harga buah anggur ini punyalah mahal. Macam nak beli emas. Tapi kerana anak, ayah belikan untuk kami adik-beradik. Bila balik ke kampung saya dan adik-beradik bercerita. Bercerita dengan kawan-kawan. Mereka apa lagi.!! Terngaga!! Tapi sekarang semua boleh di rasa. 

Tiada istilah di pendalaman. Kalau jauh pun dari pekan atau bandar cuma beberapa minit atau jam sahaja. Oleh sebab itu, kanak-kanak zaman sekarang lebih advance berbanding  kanak-kanak zaman dahulu.

Konvokesyen Prasekolah IPGKTAR 2012

Tanggal 24 Oktober 2012, maka berlangsunglah majlis Konvokesyen Prasekolah IPGKTAR 2012 di Dewan Sri Samarahan. Bertemakan SEMUANYA BERMULA DISINI majlis ini dirasmikan oleh Pengarah IPGKTAR Pn Hamsiah Bt Abdullah Masni. 

Pentas & Props
Seramai 11 orang kanak-kanak prasekolah ini telah bergraduan dan semestinya akan memasuki alam persekolah di arus perdana iaitu Tahun 1. Manakala 14 orang lagi kanak-kanak hanya menerima hadiah kerana masih berumur 5 tahun dan masih belajar di prasekolah ini untuk tahun hadapan. 

Wajah Ceria Kanak-Kanak Untuk Menerima sijil & Hadiah
GOOD START, GROW SMART sememangnya ungkapan yang perlu direnung bersama jika menyingkap dunia persekolahan kanak-kanak di prasekolah. Umpama buah, jika benihnya baik maka hasilnya pun pasti baik. Oleh itu, permulaan didikan, disiplin dan bimbingan perlu diterapkan semasa kanak-kanak di dunia pendidikan awal seperti prasekolah. Jika tidak, akan susah untuk membentuk mereka nanti. Melentur buluh biarlah dari rebungnya!!!. 

Monday, October 22, 2012

Kepentingan program transisi kepada kanak-kanak


i)            meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke sekolah tanpa banyak  masalah dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
ii)           mengukuhkan kembali kemahiran asas yang dipelajari di prasekolah dan dapat digunapakai  ke Tahun Satu dalam aspek kognitif, efektif dan psikomotor .
iii)          Kanak-kanak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru yang mengajar di Tahun Satu dan  serta pendekatan yang lebih formal.
iv)         Memberi keyakinan dan rasa selamat kepada kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
v) Kanak-kanak telah bersedia dan menyesuaikan diri menerima pendidikan secara formal

Kepentingan program transisi kepada ibubapa

i)           mewujudkan keyakinan dan kepercayaan ibu bapa terhadap keperluan dan keselamatan anak mereka di sekolah baru.
ii)           mengetahui perjalanan pengurusan dan pentadbiran kurikulum dalam pendidikan awal dan ke peringkat yang lebih tinggi.
iii)          mengetahui peraturan dan amalan yang biasa dijalankan di sekolah. 

Peranan Guru Prasekolah Dalam Proses Transisi Prasekolah Ke Tahun 1


Sebagai insan guru yang memahami kanak-kanak prasekolah, adalah perlu guru prasekolah merancang beberapa perkara yang perlu dititikberatkan bagi program transisi antaranya:-

i)        menyediakan profil peribadi, rekod berkaitan perkembangan kanak-kanak serta  latar belakang pencapaian pembelajaran mereka di prasekolah. Tugas guru juga  termasuk mengenalpasti kanak-kanak berkeperluan khas yang bermasalah dalam pembelajaran.
ii)      menyediakan dan mendedahkan pengalaman sebenar kepada kanak-kanak tentang  suasana persekitaran di sekolah rendah (di Tahun Satu).
iii)  membuat lawatan ke sekolah yang akan menerima kanak-kanak ke Tahun Satu.
iv)   bekerjasama atau berbincang dengan guru Tahun Satu 
v)      mengetahui sukatan pelajaran Tahun Satu.
vi) memberi penerangan yang jelas kepada kanak-kanak tentang perubahan rutin pembelajaran di prasekolah dan pembelajaran di Tahun Satu.   
vii) guru prasekolah memahami iklim dan budaya sekolah di Tahun Satu.
viii)   menyediakan murid dengan kemahiran asas sosialisasi, sosio-emosi dan psikologi 

Peranan Guru Prasekolah Dalam Proses Transisi Rumah Ke Prasekolah


Guru prasekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menghadapi kerenah kanak-kanak. Kehebatan seorang guru mempercepatkan proses penerimaan pembelajaran dan persekitaran prasekolah kepada kanak-kanak .Beberapa perkara perlu dititikberatkan bagi memendekkan kepelbagaian ragam kanak-kanak di prasekolah antaranya:-
i)       Guru bijak mewujudkan dan mengeratkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak itu sendiri. Ibu bapa sendiri akan merasa selamat untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.Guru memainkan berperanan sebagai pendidik, pembimbing, pengasuh kanak-kanak dan model yang baik. Dengan ini kanak-kanak akan lebih merasa selamat dan mempercayai guru yang berada di prasekolah sebagai pengganti kepada ibu bapa mereka. Mereka juga akan lebih cepat menerima suasana prasekolah seperti suasana di rumah mereka.
ii)       Guru menerapkan peraturan dan disiplin di prasekolah dengan cara yang bijak, dan tidak drastik kepada kanak-kanak serta menyatakan perbezaannya dengan amalan yang berlaku di rumah mereka.
iii)      Guru perlu mendapat maklumat dari ibu bapa tentang kanak-kanak bagi menangani perbezaan murid dari segi  ras, latar belakang, pengalaman dan kepandaian yang berbeza dengan kepelbagaian pendekatan    yang sesuai.
iv)     Guru prasekolah merancang aktiviti yang menyeronokkan dan berkesan bagi mempercepatkan   kanak-kanak menyesuaikan diri dengan  persekitaran prasekolah, aktiviti pembelajaran ,peraturan, dan  kawan yang baru di prasekolah.

Transisi Prasekolah Ke Tahun 1


Transisi prasekolah ke Tahun Satu pula adalah  persediaan yang dijalankan bagi tujuan membantu kanak-kanak  menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari prasekolah  ke pendidikan formal di Tahun Satu di sekolah rendah. Persediaan ini penting bagi membantu mereka lebih bersedia ke arah pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Transisi Dari Rumah Ke Prasekolah


Transisi dari rumah ke prasekolah adalah proses yang meliputi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh kanak-kanak dalam proses untuk pergi ke prasekolah. Mereka diajar dengan disiplin-disiplin tertentu contohnya mandi, menggosok gigi, memakai baju dan bersarapan sebelum ke sekolah. Transisi ini banyak dibantu oleh ibu bapa. Ia  bertujuan  untuk membantu dan menyokong kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah ke sistem pendidikan yang formal  atau  prasekolah. Sesampai di prasekolah pula mereka akan disambut oleh guru dan mereka akan diajar melakukan rutin bagi persediaan ke arah pembelajaran.

Konsep Transisi Prasekolah


Dari segi definisi transisi bermaksud proses perubahan dari satu tahap, gaya atau tempat ke perubahan yang lain. Dari segi Konsep transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada dua iaitu transisi dari rumah ke prasekolah dan transisi dari prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu).  

Friday, October 19, 2012

Memperkukuh Pendidikan Awal Kanak-Kanak

62. Melangkah ke ruang pendidikan awal kanak-kanak, kualiti pendidikan prasekolah amat penting sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan asas. Untuk ini, sebanyak 1.2 bilion ringgit disediakan bagi tujuan pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sebagai tambahan, sebanyak 380 juta ringgit disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.

63. Berhubung perkhidmatan taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti pula, demi memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif,Kerajaan mencadangkan insentif-insentif berikut:

Pertama:
Geran pelancaran 10 ribu ringgit kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat;

Kedua:
Potongan cukai 2 kali ke atas elaun atau subsidi yang diberi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan kanak-kanak akan diberi kepada majikan;


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Ketiga:
Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun diberi kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak swasta; dan

Keempat :
Pengecualian cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 peratus setahun kepada pengusaha pra-sekolah swasta.

64. Pada masa ini, kita dapati ramai kanak-kanak kurang upaya dari keluarga berpendapatan rendah yang tidak mendapat pendidikan awal kerana kekurangan TASKA OKU. Untuk ini Kerajaan akan melaksanakan projek perintis TASKA OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi downsyndrome, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.

Petikan Teks Ucaptama Bajet 2013 
(Dibentang di Dewan Rakyat pada September 2012)

Tuesday, October 16, 2012

Need You Now - Lady Antebellum


Picture perfect memories, scattered all around the floor.
Reaching for the phone cause, I can't fight it any more.
And I wonder if I ever cross your mind.
For me it happens all the time.

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now.
I said I wouldn't call but I lost all control and I need you now.
And I don't know how I can do without, I just need you now.

Another shot of whiskey, can't stop looking at the door.
Wishing you'd come sweeping in the way you did before.
And I wonder if I ever cross your mind.
For me it happens all the time.

It's a quarter after one, I'm a little drunk and I need you now.
I said I wouldn't call but I lost all control and I need you now.
And I don't know how I can do without, I just need you now.

I guess I'd rather hurt than feel nothing at all.

It's a quarter after one, I'm all alone and I need you now.
And I said I wouldn't call, but I'm a little drunk and I need you now.
And I don't know how I can do without, I just need you now.

I just need you now.

Oh baby I need you now

Talking To The Moon - Bruno Mars


I know you’re somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I’m crazy
But they don’t understand
You’re all I have
You’re all I have
Chorus: 
At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you’re on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I’m feeling like I’m famous
The talk of the town
They say
I’ve gone mad
Yeah
I’ve gone mad
But they don’t know
what I know
Cause when the
sun goes down
someone’s talking back
Yeah
They’re talking back
Chorus:
At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you’re on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon
Ahh Ahh,
Ahh Ahh,
Do you ever hear me calling?
Cause every night
I’m talking to the moon
Still trying to get to you
In hopes you’re on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon
I know you’re somewhere out there
Somewhere far away

Kanser & Kawan

Banyakkan artikel yang saya uploadkan pada hari ini di dalam blog AkuAnakIban. Entahlah, terlalu banyak cerita di sepanjang jalan hidup ini. Kata orang "banyak udang, banyak kuah. banyak orang, banyak juga tingkah". 

Tidak terasa diri kini sudah menjangkau umur yang dikira sebagai cukup matang. Namun begitu, ramai juga orang yang ditemui. Menjadi kawan, teman dan sahabat. 

Pada awal September 2012, saya dikejutkan dengan khabar seorang sahabat lama yang dimasukkan di ICU Hospital Miri. Sahabat ini disahkan menghidap kanser usus tahap 3. Terkejut saya! Selama ini dia sihat dan aktif selalu. Orangnya ceria dan sentiasa bersemangat.

Beberapa kali juga saya pergi melawat dan menemani sahabat tersebut di Hospital Umum Sarawak. Walaupun dalam keadaan sakit, sahabat ini sangat bersemangat dan macam tiada apa yang sedang berlaku dalam diri. Cuma keadaan dirinya yang nampak sangat susut berat badannya. Kasihan. 

"Tuhan, ampunkan dosa aku dan dosa kawan-kawan, sahabat-sahabatku dan semua orang yang aku sayang. Amen!!" 

Buah delima & kanser


Pandagan phytokimia buah delima mempunyai kesan anti-kanser bukanlah fakta baru. Telah terbukti dari pelbagai penyelidikan lebih sedekad ini bahawa selain kebaikan kesihatan dari buah delima (seperti melegakan radangan dan mengurangkan risiko sakit jantung) boleh menahan dan/atau merawat kanser.
Antara sifat anti-kanser yang telah dikaji ialah kanser prostate dan kanser payudara.
Buah delima kaya dengan flavanoid dan bahan lain seperti gallocetechins, pelargonidin, sitosterol dan asid ellagik. Kebanyakan bahan-bahan ini adalah antioksidan polyphenol serupa dengan yang didapati dalam buah-bauhan lain berwarna ungu kemerahan. bahan yang menarik perhatian buah delima ini ialah asid ellagic yang mempunyai sifat anti-radangan, anti-microb dan anti-kanser.
Asid Ellagik, yang menhalang atau mengawal infeksi bakteria dan serangan virus, sebagai bahan ellagitannin. Kompaun ini juga boleh merwat salmodellosis kerana sifat antimikrobnya. Dalam kajian 2005 “anticancer Research” menunjukkan kesan mengawal sel kanser prostat, paydara dan kolon, dalam “World Journal of gastroenterology” juga menunjukkan kesan yang sama pada sel cancer pankreas.

Apa yang tercatat di atas adalah hasil kajian zaman famasitukal yang memerlukan pembuktian siantifik. Dari seerah lagi kita dapati buah delima ini telah digunakan sebagai penawar bermcam penyakit dan amat sesuai untuk kaum wanita. Mengapa kita mesti bergantung pada kajian dan pembuktian saindifik sahaja, bacalah buku perubatan kesihatan yang berdasarkan alam semula jadi. Industri farmesutikal ini timbul zaman penindustrialian , iaitu hanya duar ratus tahun. Komplot “Big Pharma” ini adalah untuk meraih keuntungan dengn menghasilkan ubat dadah yang boleh dipaten dan menjana kekayaan. Big Pharma tidak akan menykong bahan alami kerana tidak boleh dipaten untuk mendapat royalti kekayaan.
Mengapa pelu lalui kemoterapi ? Kemoterapi membunuh semua sel maka pesakit akan mengalami kesan sampingan yang sangat teruk. Rasullullah sendiri tidak menggalakkan peubatan yang ada memberi kesan sampingan. Oleh itu saya mengajak anda agar berubah dan kembali ke ciptaan Allah swt untuk memulihkan sakit kita.
Sumber: http://mypenawar.wordpress.com/

Kebaikan susu kambing berbanding susu lembu


Susu kambing lebih popular jika dibandingkan dengan susu lembu. 65% dari susu yang  diminum adalah dari susu kambing, dan kegemaran ini bukan hasil kempen dan promosi yang hebat.
“Susu tidak dijadikan sama” oleh Allah SWT. Setiap jenis susu ada kesesuaiannya
bagi makhluk tertentu. Jika dikaji dengan teliti akan lihat hubungkait antara
susu (sama ada lembu atau kambing) dengan tubuh manusia. Semua manusia dicipta
agar bergantung sepenuhnya pada susu ibu sekurang-kurangnya selama enam bulan
pertama. Tidak ada makanan lain di seluruh dunia ini lebih baik dari susu ibu.
Perkara ini telah terbukti sama ada di makmal atau di dunia harian. Selepas
beberapa bulan itu telah berlalu bagaimana cabaran masa depan ? Mengapa pilih
susu kambing jika dibandingkan dengan susu lembu yang lebih mudah diperolehi dan
hebat dipromosikan.
Berikut ada 5 sebab mengapa susu kambing lebih baik dari susu lembu.
1. Susu kambing kurang allegenik
Makanan utama kanak-kanak alah ialah susu lembu. Kesan sampingan termsuk
muntah, cirit birit, gatal kulit dan ada yang lebih teruk lagi seperti
anaphylactic shock! Perkara ini perlu diambil serious. Tindak balas alahan
adalah kesan dari protein allergen dikenali sebagai Alpha s1 Casein yang
terdapatdalam susu lembu. Tahap Alpha s1 Casein dalam sus kambing adalah 89%
kurang dari susu lembu, dengan lain perkataan kurang memberi kesan alahan.
Dalam satu kajin baru-baru ini telah didapati 93% kanak-kanak yang alah susu
lembu boleh minum susu kambing tanpa sebarang masalah.
2. Susu kambing homogenise semula jadi
Jika anda letakkan susu lembu segar dan susu kambing segar ke dalam gelas
berasingan dan letakkan di dalam peti sejuk, esok paginya anda akan dapati susu
kambing tidak berubah manakala susu lembu sudah berpisah dua iaitu krim di atas
dan susu skim di bahagian bawah. Ini adalah proses pemisahan semulajadi akibat
kompaun agglutinin dan ia selalu menyebabkan susu lembu berpisah. Konsumer
selalunya menghendaki produk yang kelihatan cantik, oleh itu industri makananan
tenusu telah menggunakan satu proses yang dinamakan homogenisasi. Kaedah ini
memaksa cecair melalui satu tekanan tinggi melalui lubang yang sangat kecil yang
merosakkan dinding sel globul lemak dan menghapuskan agglutinin yang menbiarkan
ia kelihatan cantik dan bercampur rata.
Masalahnya ialah proses homogenisasi merosakkan dinding sel globul lemak yang
pecah, ia akan melepaskan superoksid (radikal bebas) dikenalai sebagai Xanthine
Oxidase. Radikal bebas akan menyebabkan berbagai masalah kesihatan seperti
mutasi DNA yang kana membawa kepada kanser. oleh itu, khasiat homogenisasi
semula jadi sangat ketara. Susu kambing mempunyai globul lemak yang kecil dan
tidak ada agglutinin yang menyebabkan ia berkeadaan homogen lebih lama dan
menghapuskan bahaya kesan homogenasasi.
3. Susu kambing lebih mudah dihadam
Susu kambing mengandungi globul lemak lebih kecil dan lebih paras asid lemak
rantain sederhana. Ini bermakna semasa proses penghadaman, setiap globul lemak
dan asid lemak individu akan mempunayi nisbah permukaan-ke-isipadu yang lebih
besar mengakibatkan proses penghadaman yang lebih mudah dan berkesan. Juga
apabila protein dalam susu gumpal dalam perut, menghasilkan bolus yang lebih
lembut jika dibandingkan dengan hasil dari susu lembu. ini membenarkan badan
menghadam protein lebih lancar dan lengkap jika dibandingkan dengan susu lembu.
4. Susu kambing jarang menyebabkan ketidak toleransi laktosa
Semua susu mengandungi paras laktosa yang dipanggil ‘gula susu’. Ramai orang
kekurangan enzim bernama laktas yang digunaan untu menghadam laktosa.
Kekurangan ini akan menyebabkan ketidak toleransi laktosa, satu masalah yang
biasa, Alahan sus lembu disebabkan proteinallergen manakala ketidak toleransi
laktosa ialah peka karbohidrat.
Susu kambing mengandungi kurang laktosa jika dibanding dengan susu lembu dan
oleh itu ia lebih mudah di hadam bagi mereka yang tidak toleransi laktosa.mmYang
anehnya ialah laktosa susu kambing hanya 10% kurang dari laktosa susu lembu
tetapi ramai yang berjaya sihat dengan susu kambing. Walaupun jawapan kepada
persoalan ini kurang jelas, hipotesisnya ialah oleh sebab susu kambing mudh
hadam dan penyerapan yang tinggi, maka laktosa ‘lebihan’ yang tidak terhadam
yang menyebabkan sakit perut kesan ketidak toleransi laktosa
5. Susu kambing lebih serasi dengan tubuh manusia jika dibandingkan dengan susu
lembu
Dalam hal ini kedua-dua bikmia dan termodinamik perlu diambilkira. isu
biokimia, kita tahu susu kambing mempunyai lebih asid lemak seperti asi linoneik dan asid arachidonik dan juga lebih Vitamin B-6, vitamin A dan niacin jika dibandingkan dengan susu lembu. Susu kambing juga lebih sumber potasium yang memberikan ia bersifat alkali manakala susu lembu kurang potasium bersifat asid.
Secara termodinamik pula, susu kambing lebih sesuai diminum oleh manusia. Seorang bayi mula kehidupan dengan berat badan 3-4kg, anak kambing biasanya bermula kehidupan dengan berat 3-4kg, dan anak lembu pula mula dengan berat 45kg. Secara termodinamiknya kedua-dua binatang ini mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza untuk hidup dan membesar. Susu lembu untuk memberi anak lembu berat 45kg dan transformasi kepada lembu 550kg. Susu kambing dan juga susu ibu direka cipta untuk anak berat 3kg ke pada dewasa 55kg-80kg. Jelas kelhatan mengapa obesiti meningkat di negara yang mengamalkan minum susu lembu.
.
Akhir kata, kita dapat perhatikan susu kambing mempunyai beberapa ciri yang melihatkan ia lebih superior dibandingkan dengan susu lembu. Susu kambing kurang allergenik, homogenis semulajadi, mudah dihadam, tidak toleransi laktosa, dan lebih superior secara biokmia/termodinamik dibandingkan dengan susu lembu.
Minumlah susu kambing yang tidak mengandungi hormon tumbesaran atau antibiotik yang banyak diamalkan oleh dindustri tenusu lembu.

Diet Pesakit Kanser: Boleh atau Tidak Boleh

Makanan yang sangat digalakkan

Bawang Putih

Diet untuk pesakit kanser payudara

Sangat TIDAK digalakkan

Soya galakan pembesaran tumor / kanser



Pengambilan makanan atau minuman berasaskan kacang soya boleh menjejaskan rawatan kanser dan menggalakkan tumbesaran tumor di kalangan pesakit kanser payudara, menurut sekumpulan saintis.

Penyelidik dari Universiti Georgetown yang membentangkan kajian mereka dalam satu persidangan perubatan di sini semalam berkata, terdapat kemungkinan kaitan antara pengambilan kacang soya dan tindak balas ubat kanser payudara yang biasa diambil iaitu tamoxifen.

Menurut mereka, kajian yang dilakukan terhadap tikus makmal menunjukkan, tikus yang diberi makanan atau minuman berasaskan kacang soya dari kecil bertindak balas sempurna dengan tamoxifen.

Sebaliknya, tikus yang mula diberi makan bahan itu ketika dewasa dan selepas diserang kanser payudara, didapati kebal dengan rawatan yang diberikan.

"Kajian ini mencadangkan agar wanita yang tidak biasa mengambil kacang soya, patut menghentikannya jika disahkan menghidap kanser payudara," kata Leena Hilakivi-Clarke, yang juga merupakan profesor bahagian onkologi di universiti tersebut.

Menurutnya, kacang soya mengandungi bahan isoflavone yang meniru penghasilan hormon estrogen yang oleh tubuh pada paras rendah dan ia dikategorikan sebagai sumber protein yang sihat.

Bagaimanapun, manfaat dalam menentang penyakit yang paling ditakuti wanita itu biasanya dikaitkan dengan kanser payudara jenis penerima positif hormon rendah bagi wanita Asia, yang biasa mengambil soya dalam diet harian mereka sejak kecil.

Disebabkan tamoxifen biasanya diberi kepada pesakit kanser dengan saraf penerima estrogen atau progesteron tumor jenis positif, kajian mencadangkan mereka yang mengambil soya pada usia dewasa boleh menyebabkan ubat tersebut tidak berkesan.