Tuesday, October 16, 2012

Khasiat Tembikai anti-kanser


Buah tembikai merah merupakan sumber tinggi carotenoid : lycopene, sejenis bahan antioksiden bersifat anti-kanser. Bahan ini menghalang penyakit kanser seperti prostat, payudara, endometrial, peparu dan usus (colorectal).
Buah tembikai yang tinggi antioksiden ini juga kaya dengan vitamin A, C dan B (asid folik), magnesium, zink dan pelbagai jenis galian lain daripada bahan yang dikenali sebagai beta-karotene.
Vitamin A dalam buah tembikai amat penting untuk kesihatan mata dengan mengurangkan risiko rabun malam,dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih- Lymphocytes dari jangkitan kuman.
Vitamin B6 menolong sistem imuniti mengeluarkan antibodi. Vitamin B6 mampu mengekalkan fungsi saraf dan bentuk sel darah merah.
Vitamin C mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus dan melindungi badan dari radikal bebas. Radikal bebas mempercepatkan proses tua seperti katarak.
Buah tembikai mengandungi sumber Kalium(Potassium).Mineral kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang. Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan
Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.  

No comments:

Post a Comment