Sunday, October 7, 2012

Buah-Buahan Tempatan: Buah Engkala

Untuk entry kali ini, saya menulis sambil menyaksikan TV. E...macamana tu? Boleh ke buat dua kerja dalam satu masa? Hahahahaahaaa...... tengahari tadi, saya dan keluarga pergi ke pasar untuk membeli keperluan. Pergi ke tamu di Serian memang membuatkan saya rambang mata. Wah, lama sudah tidak berjalan-jalan begini rasanya. Rindu pula dengan ibu bapa serta adik-beradik yang berada jauh. Rindu dengan sanak-saudara di kampung. Rindu kepada semua. Maklumlah, sayakan anak perantau. 

Hahaha...meyimpang pula. Emosilah pula saya kali ini. Nak dijadikan cerita, saya sempat membeli beberapa buah-buahan tempatan. Untuk entry ini saya muatnaikkan gambar BUAH ENGKALA. Rasanya, ramai yang tidak kenal dengan buah ini. 

Bila saya membeli buah ini di tamu / pasar Serian tadi, saya terus teringat pada sebuah kisah. Kisah yang terjadi semasa mengikut perkhemahan untuk Pentauliahan Leftenan Muda di Kem Alapong, Lundu. Lucu! Pecah perut saya dengan kawan-kawan ketawa. 

Sewaktu pembentangan LDK, seorang rakan membuat pembentangan berkenaan buah-buahan yang boleh dijadikan resepi dan dipasarkan sebagai pengisian Pengurusan Keusahawanan. 

"BUAH ENGKALA: AGI BELALAK MUN SIK KALAK" Itulah tagline yang dibentangkan oleh rakan tersebut. Banyak lagilah ungkapan-ungkapan yang melucukan. Sehingga sekarang saya masih terbayang akan peristiwa istimewa tersebut.

No comments:

Post a Comment