Merry Christmas & Happy New Year 2013 |
Selamat Hari Krismas dan Tahun Baru 2013 kepada semua sahabat handai serta para kenalan diri. 2012 telah sampai ke penghujung. 2012 telah menepa pelbagai kisah dan warna di dalamnya. Ada cerita gembira, ada pula cerita luka.
Untuk diri, tahun 2012 telah membawa seribu satu macam cerita. Januari membuka cerita dengan khabar gembira diterima. Berjalan lancar sehingga ke pertengahan 2012. Kemudian, untuk babak seterusnya, ada cerita dan keadaan huru-hara sedikit dalam perjalanan diri.
Bermula November 2012, cerita luka menjenggah pula. 24 November 2012 accident berlaku di Bukit Bangunan, Jalan Sri Aman - Serian. 8 Disember 2012 pula, nenek tercinta pergi untuk selama-lamanya. Kesedihan usah ditanya. Kemuncaknya, 14 Disember 2012, sekali cerita luka yang sudah berparut semakin dalam. Air mata yang baru saja mahu kering mengalir lagi. Datuk tercinta pula pergi untuk selama-lamanya. Arrhhh..... Mungkin ini ujian namanya.
2013 is Coming |
Tahun 2013 kian menjelang. Azam tahun lalu ada yang sudah dikecapi. Namun masih ada yang tertangguh. 12.12.12 sudah berlalu pergi. Tidak mengapalah. Mungkin ada masa dan ketika yang lebih sesuai dan tepat pada masanya akan tiba. Tuhan itu maha mengetahui.
Azam tahun ini, diri ini mengharapkan segala impian akan tercapai dengan jayanya. Diberikan kesihatan diri dan keluarga yang baik. Diberikan keselamatan dan kecintaan dalam diri & keluarga. Amaen...
No comments:
Post a Comment