Wednesday, July 25, 2012

I'm Sorry...Sorry...Sorry

Sorry...
Aduh.. tiba-tiba teringat pula. Rindu ini bertandang lagi. Sudah beberapa hari rasanya emosi ini stabil dan terkawal. Tapi kali ini tiba-tiba terasa sayang itu makin mendalam. Apakhabar kalian di sana? Saya sayang kalian sedalam-dalamnya. Tiada ungkapan dan kata dapat menggambarkannya. Saya sayang Ethanryan Henze Semana, Presley Socrates Lutau, Pivyliana Christina Bermas, Cassandra Carrie, Casseylea Candy, Ma'am Angel , dear bro Tuan dan semua yang sudah lama tidak saya temui sejak kebelakangan ini. Sayang seribu kali sayang, dalam sedalam-dalamnya...

Tuesday, July 24, 2012

Latihan Nyanyian Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

Nyanyian merupakan sesuatu yang nampak mudah tetapi sangat sukar untuk diajar kepada kanak-kanak di prasekolah. Untuk tujuan latihan yang diinginkan kita memerlukan beberapa kaedah dan cara untuk melakukan latihan nyanyian tersebut. Antaranya ialah :

    a) Pemanasan Fizikal dilakukan terlebih dahulu
Lakukan pergerakan ringkas seperti melakukan tarian dengan diiringi muzik terlebih dahulu atau yang sewaktu dengannya.

   b) Pemanasan Vokal
Untuk tujuan ini, kita perlu mengajak kanak-kanak untuk melakukan latihan pernafasan yang biasanya di mulakan dengan pengawalan coaster diafragma. Selain itu, bublling juga boleh dilakukan dengan meletakkan jari telunjuk di pipi dan tiup angin keluar yang akan menghasilkan getaran.

  c) Latihan Vokal (Pic & Irama)
Latihan ini bertujuan memperkenalkan kanak-kanak dengan vokal terutamanya panjang pendek sesuatu sebutan dalam lagu. Begitu juga dengan irama.

Selain itu kita juga boleh meminta kanak-kanak untuk menyebut perkataan-perkataan yang boleh menjadi asas latihan untuk memantapkan sebutan supaya nyanyian lebih jelas. Contohnya ialah "White Lorry, Yellow Lorry"

Anak Temuai


LIRIK LAGU IBAN ANAK TEMUAI - 

JOSEPHINE JALIN


TEKAIT KU MEDA GAMAL NUAN NYA
PENYIGAT NADAI ENDUR NYEMA
KETERUBAH YA MALU DIPEDA
DUDUKKU DI RUAI NUAN DATAI

SUAH KU NYELING DI TISI DINDING
NEMU NYA YA MEDA BELAMA
BERAT KU PANSUT NYINGKANG KE RUAI
NGILAP KE MUA BEJELING

NURUNKU NYAUK MANSA BA RUAI
KAKI KU NYINGKANG ENDA BERASAI
NEMU NYA MANDI ANAK TEMUAI
LALU BEKELALA DI RANTU JALAI

TUA BEPADU DUDUK DI RUAI
BESUMPAH NANGGAM SEMAYA
SAYAU NEMUAI YA ENDA LAMA
ASA MEH ATI BEGULAI

*** Mulai ke pengingat lama jeman suba. Akai...akai...agi mit aku rambau lagu tu popular suba. Benung besekula di primary. Lama amat ga lagu tu udah. Diatu aku pan udah berapa taun dah umur...evergreen lagu tok.

Monday, July 23, 2012

Pengaruh Persekitaran Fizikal Terhadap Tingkah Laku Kanak-Kanak di Prasekolah

Entry kali ini lebih menjurus kepada bidang prasekolah. Kenapa? Bagi saya entry ini antara entry yang penting pernah saya tulis di blog ini. Semua sedia maklum bahawa kanak-kanak suka kepada apa sahaja benda yang menarik, berwarna-warni dan boleh dijadikan tempat / alat untuk bermain. 

Oleh itu, untuk memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak untuk merasa seronok di sekolah / prasekolah ialah menyediakan kawasan yang KONDUSIF. Maknanya ialah mempunyai keselamatan, keceriaan, kebersihan, kesihatan dan keselesaan. Jika kesemua aspek ini dipenuhi tidak mustahil kanak-kanak prasekolah akan seronok untuk datang ke sekolah. Suka saya meminjam kata-kata En Jaul Anak Bunyau (Guru Besar Cemerlang, SK Ulu Lubai, Limbang) yang berbunyi "buatlah sekolah kita menyebabkan kanak-kanak / murid-murid berlari ke sekolah dan berjalan apabila waktu balik tiba". Maksudnya, kanak-kanak / murid-murid lebih suka berada di sekolah daripada berada atau menghabiskan masa di rumah.

Sunday, July 22, 2012

KPM: Telefon bimbit dibenarkan di sekolah 2013


Berita terbaru yang mengejutkan ramai pihak telah dikeluarkan oleh KPM melalui media perdana kelmarin. Telefon bimbit akan dibenarkan di sekolah mulai tahun 2013.
Bagi sesetengah pihak terutamannya pelajar dan ibubapa, berita ini merupakan berita baik untuk mememudahkan perhubungan ibubapa dengan anak-anak.Faktor keselamatan pelajar yang selama ini menjadi runcing berikutan pelbagai tragedi terutama culik dan bunuh yang kian menjadi igauan ngeri ibu bapa dapat diminimakan.
Di sebalik segala tanggapan positif tentang berita tersebut, perlu diambilkira juga pandangan guru-guru yang pastinya tidak dapat menolak keputusan kerajaan. Guru-guru pastinya dalam dilema apabila peraturan baru ini dilaksana kelak.
Masalah besar mungkin tidak akan berlaku di sekolah-sekolah elit kerana pelajar di sana terdiri daripada pelajar terpilih yang pastinya lebih berotak dan berdisiplin.
Tetapi bagaimana pula dengan sekolah-sekolah menengah biasa, yang pelajarnya terdiri daripada pelbagai tahap IQ?
Penyebaran gambar-gambar dan filem porno, leka bermain game dan berbalas sms dengan rakan ketika guru mengajar akan memburukkan disiplin sesbuah sekolah.
Pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai objektif kerana tumpuan pelajar tidak kepada pengajaran guru sebaliknya leka dengan telefon dan gadget yang dibawa.Perlu maklum bahawa telefon pintar dan gadget canggih memang ‘berhantu’
Kecurian telefon bimbit atau gadget juga akan membawa masalah kepada guru-guru terutama guru disiplin.Kecurian telefon bimbit bukan seperti kecurian pen dan pensel kerana ia adalah barang berharga yang boleh dijual. Apabila kes kecurian berlaku guru akan terpaksa menangani kes. Ini sebenarnya adalah bebanan baru kepada guru.
Guru akan hadapi banyak masalah sebelum, semasa dan selepas waktu pengajaran. Apatah lagi sekolah-sekolah di Malaysia kini hanya terdapat beberapa orang guru lelaki berbanding guru wanita yang memonopoli kerjaya perguruan. Masalah disiplin akibat membawa telefon bimbit ke sekolah pastinya sukar dikawal.
Guru disiplin yang sebelumnya macho habis dalam menangani kes-kes disiplin bakal menjadi tikus mondok atau kura-kura yang menyorokkan kepalanya. Segalanya akan berubah kerana pastinya guru disiplin tidak mahu aksinya dirakam dan dimuat naik ke youtube. Bebudak sekarang punya dajjal- Nauzubillah!!!
Banyak masalah disiplin yang dihadapi para guru hari ini tidak dapat diselesaikan. Pelajar yang dibuang sekolah kerana pelbagai kesalahan berat juga akan kembali bersekolah di sekolah yang sama setelah membuat rayuan di peringkat atasan.
Ini membuatkan guru sering dipermainkan kerana kembalinya pelajar itu ke sekolah yang sama menggambarkan seolah-olah tiada undang-undang yang dapat dikenakan terhadap pelajar demikian. Pelajar bermasalah ini menjadi semakin berpengaruh di sekolah dan menjadi ikutan ramai pelajar lain.
Diharap pihak kerajaan melalui KPM akan meneliti baik buruknya memberi kebenaran kepada pelajar membawa telefon dan gadget lain ke sekolah.

Sumber / Pautan:
http://wasukalu.blogspot.com

Saturday, July 21, 2012

Akhirnya... Disinilah Diri Ini


PUTRAJAYA: Seramai 7,079 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) akan ditawarkan mengikuti latihan dan kursus perguruan mulai Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong.
Katanya, dari jumlah itu, seramai 4,433 GSTT akan mengikuti latihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mulai Februari, manakala selebihnya di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), bermula 9 Januari.
Beliau berkata mereka itu merupakan antara 13,184 GSTT yang telah berkhidmat sejak Jun tahun lepas dan diberikan keutamaan kerana memenuhi syarat, antaranya telah berkhidmat sebagai GSST lebih dua tahun serta berusia tidak lebih 35 tahun pada 31 Dis 2010.
"Kementerian Pelajaran memang memandang serius apa jua pandangan dan keluhan berhubung GSTT. Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) yang juga Menteri Pelajaran turut begitu prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh GSTT. "Ini (pengumuman hari ini) menunjukkan komitmen dan janji Timbalan Perdana Menteri kepada 13,184 GSST yang berkhidmat dalam Kementerian Pelajaran dan dikotakan oleh beliau sendiri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Guru Sandaran di sini Isnin.
Daripada 13,184 GSTT, Wee berkata seramai 1,799 pula sedang mengikuti kursus dan latihan perguruan mod Kursus Dalam cuti (KDC) manakala 2,788 GSST pula tidak mengemukakan dokumen yang lengkap untuk dipertimbangkan bagi mengikuti kursus perguruan dan mereka diberi tempoh sehingga Isnin depan (26 Dis) untuk membuat rayuan.
"Mereka diberi tempoh sehingga 26 Disember untuk kemukakan dokumen asal dan kami akan terima mereka secara berperingkat," katanya.
Selain itu, beliau berkata sebanyak 2,928 GSTT pula tidak layak untuk mengikuti kursus perguruan kerana melebihi had umur serta tempoh berkhidmat kurang daripada dua tahun secara berturut-turut.
Bagaimanapun, katanya disebabkan kumpulan itu komited terhadap sistem pendidikan negara, maka kementerian menawarkan mereka meneruskan perkhidmatan secara "contract of service".
"Contract of service ini tidak dibuat untuk jangka panjang...secara berperingkat dan boleh diperbaharui mengikut keperluan pada ketika itu," katanya.
Wee turut memberi jaminan bahawa mereka yang berkhidmat secara "contract of service", pendapatan dan kebajikan mereka akan tetap sama seperti ketika menjadi GSTT.
Wee berkata Timbalan Perdana Menteri juga membuat keputusan bahawa kesemua GSTT berkenaan, tidak perlu membayar balik gaji yang diterima mereka sejak Oktober lepas. "Dengan pengumuman hari ini, isu ini dianggap telah diselesaikan secara komprehensif dan jangan ada yang bangkitkannya lagi," katanya. - BERNAMA
Sumber / Pautan:
http://www.pengajar.info/search/label/GSTT


**** Saya menjadi salah seorang daripada senarai tersebut. Terima kasih Tuhan. Niat dan azam makin membara kerana inilah bidang yang sangat saya suka dan cinta sedari saya kecil.

Disini...bermulanya ia !!!

Semakan Kali Pertama
Ini merupakan semakan kali pertama yang saya dapat pada 19 Disember 2011 yang lepas. Betapa kecewanya perasaan di dalam. Segala perasaan bercampur baur. Tersentak dengan itu, mucnul pula satu perasaan putu asa. Terdetik di hati "Ahh... gagal lagi kali ini. Jika inilah caranya, lebih baik saya tinggalkan bidang yang amat saya cintai ini. Mungkin Tuhan itu ada rencana yang lain.


Semakan Tawaran Latihan Perguruan Bagi GSTT Ambilan Ke-2 Dis 2011

Tawaran Latihan Perguruan bagi calon Guru Sandaran Tidak Terlatih 
Ambilan ke-2 Disember 2011 boleh disemak melalui url 

27hb Disember iaitu beberapa hari kemudian, saya membuat semakan 
semula kerana beberapa orang rakan memberitakan kepada saya bahawa 
nama-nama mereka yang tidak ada dalam sistem pada hari 
pertama kemungkinan akan ada kerana masalah key-in nama 
tersebut ke dalam sistem. Saya mencuba juga. Walaupun pada 
ketika itu perasaan putus asa sangat menggunung dan 
menyesakkan. Pada semakan kali kedua itu tertera 
di kaca komputer. "Tahniah! Anda Berjaya untuk ambilan 
ke-2. Sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri Masing-masing" 
Itulah frasa yang sedikit memberi warna kembali dalam hidup 
saya. Tetapi belum lagi 100%. Saya tidak mahu terlalu mengharap. 
Saya berlagak seperti biasa. Seminggu kemudian iaitu 5hb 
Januari 2012 saya di minta melapor di sebuah sekolah di Sibu.
Saya sudah lupakan tawaran tersebut kerana menganggap 
ianya belum lagi rezeki saya dan lambat lagi rasanya. 

Toyota VIOS

Silver Bright VIOS

Clear White VIOS TRD


Silver Bright VIOS
Kenapa pula topik yang saya pilih kali ini menjurus kepada automatif. Sebenarnya begini, saya sangat tertarik dengan jenama kereta keluaran Toyota terutamanya VIOS ini. Cantik. Sederhana. Harga berpatutan.

Ada sesuatu yang menggamit perasaan bila memandang kereta ini. Bagi saya VIOS merupakan kereta mampu milik yang sangat ekslusif dan sedap mata memandang. Itu pendapat saya. Tak pula saya mahu membuat generalisasi yang boleh merangkumi orang lain.
Grey Granite VIOS

Isu Penempatan Graduan Pendidikan IPTA 2012


Kenyataan Media Mengenai Isu Penempatan Graduan Pendidikan IPTA, 27 April 2012


KENYATAAN MEDIA 

YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI 

MERANGKAP MENTERI PELAJARAN 

MENGENAI ISU PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN 

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat prihatin dengan masalah yang 
dihadapi oleh graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 
dan telah mengambil langkah-langkah prakmatik dalam menyelesaikan soal
penempatan mereka di sekolah-sekolah KPM.

Beberapa ketetapan dan penyelarasan telah dibuat bagi memastikan graduan 
ISMP yang belum ditempatkan dapat diserapkan di sekolah-sekolah bermula Mei ini.

Seramai 5,510 graduan IPTA telah mendapat panggilan temuduga dari 
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai Januari tahun ini. Proses
 temuduga telah diadakan secara berfasa. 

Seramai 4,953 graduan telah hadir dan dari jumlah tersebut SPP terpaksa 
menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap sementara 
557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila mereka tidak menghadirkan 
diri pada hari temuduga itu dijalankan.

Seramai 4,859 graduan telah berjaya dalam temuduga manakala 62 graduan 
telah gagal kerana tidak memenuhi empat (4) elemen yang dinilai iaitu keterampilan 
diri dan sikap, keupayaan berfikir dan kemahiran berkomunikasi, pengetahuan am 
dan isu semasa pendidikan serta pengetahuan bidang tugas.

Bagi sejumlah 4,859 graduan yang berjaya dalam temuduga, 29 graduan telah 
diberi penempatan ke Pusat Anak Permata Negara pada 8 April lalu.

Baki 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa. Penempatan 
Fasa 1 akan dilaksanakan pada 23 Mei 2012 dengan melibatkan 4,671 graduan.

Daripada jumlah itu, seramai 4,116 graduan akan ditempatkan di Sekolah Menengah, 
439 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, 98 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 
(SJKC) dan 18 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). 

Baki 159 pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam Penempatan Fasa 2 
pada bulan Julai 2012 . 

Pecahan graduan ISMP mengikut IPTA adalah seperti berikut :
Universiti Utara Malaysia (90), Universiti Sains Malaysia (368), 
Universiti Teknologi Malaysia (185), Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017), 
Universiti Pertanian Malaysia (482), Universiti Malaya (308), 
Universiti Sains Islam Malaysia (54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), 
Universiti Kebangsaan Malaysia (330), Universiti Teknologi Mara (132), 
Universiti Islam Antarabangsa (53) dan Universiti Malaysia Sabah (214).

Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 
5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian
guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan 
Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim 
yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai 
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan 
keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, 
Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT.

Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi 
mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan 
mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan 
notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari SPP.

Status Graduan Pendidikan Institut Pendidikan Guru (IPG)
• Pada Jun 2012, terdapat 2,484 graduan J-QAF keluaran IPG 
untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan. Kesemua mereka akan 
melalui urusan temuduga pelantikan sebagai PPPS oleh SPP terlebih 
dahulu sebelum penempatan diuruskan.

Status Graduan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 
• Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan 
pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA 
yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang 
telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 
Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam 
bidang pendidikan adalah tajaan KPM. 

Graduan boleh melayari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 
www.spp.gov.my untuk mengetahui samada mereka berjaya atau t
idak. Keputusan penempatan akan diumumkan oleh KPM dalam sedikit masa lagi. 

Saya berharap kenyataan media ini dapat menerangkan dengan jelas 
kedudukan ISMP IPTA. Kepada yang telah berjaya di dalam temuduga 
dan akan diberikan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, 
saya ucapkan tahniah. Semoga anda semua akan menjadi Guru yang berdedikasi 
dan dapat berbakti kepada negara. Kepada yang gagal pula, masih ada lagi 
ruang untuk terus berusaha.

YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ. MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri 
Merangkap Menteri Pelajaran

Sumber / Pautan:

Thursday, July 19, 2012

Permata Buat Isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

KPM Rangka Draf Peraturan Pendidikan Benarkan Pelajar Bawa Telefon Bimbit, iPad ke Sekolah


PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gelaja Displin Murid di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, kebenaran penggunaan iPad adalah selari dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian yang semakin popular di negara ini.

''Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.

''iPad juga mempunyai fungsi perbualan, alat komunikasi seperti Samsung Galaxy Note adalah sukar dikategorikan sebagai telefon bimbit atau komputer riba," katanya.

Ka Siong bagaimanapun menegaskan keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah tidak bermaksud Kementerian Pelajaran menggalakkan pembelian produk berteknologi tinggi dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 kini berada di peringkat akhir penyediaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan.

''Dalam tempoh ini, Kementerian Pelajaran mengalu-alukan pendangan daripada semua pihak," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 juga akan menetapkan peraturan untuk menangani perihal jenayah siber.

''Ini antaranya bertujuan mengelakkan pelajar menyalahgunakan alat komunikasi untuk tujuan yang tidak baik termasuk memfitnah guru di Internet," katanya.

- Utusan, 16 Julai


Pautan / Sumber:

Prasekolah Oh Prasekolah

Semalam saya diminta masuk ke kelas di sebuah prasekolah. Bahang kala kaki melangkah masuk memang menyebabkan saya terasa seram sejuk. Bukannya apa, saya sendiri berdebar-debar bagaimana saya nak kendalikan mereka nanti. Seramai 25 orang kanak-kanak sepatutnya. Tetapi yang hadir hanya 17 orang. Alamak, 17 orang itu pun saya terasa sangat sukar untuk kendalikan.  

Saya mula keliru. Adakah pilihan saya untuk memilih bidang prasekolah ini adalah pilihan yang tepat. Tapi bagi saya nak kendalikan kanak-kanak ini bukanlah satu masalah. Tapi perlukan masa untuk menyesuaikan diri. Bukan saya saja. Bahkan rakan-rakan guru perempuan pun menyatakan kekeliruan mereka dan kerisauan yang mula menggunung.

Malamnya pula saya berchatting dengan seorang kawan di FB. "Kamu janganlah risau. Saya yakin kamu boleh kendalikan kanak-kanak prasekolah itu. Saya lihat kamu suka pada kanak-kanak...." hahahahaha... saya tersenyum sendiri. Pada dasarnya memang begitu. Saya suka pada kanak-kanak. Suka melayan karenah kanak-kanak. Tetapi rasa itu berlainan apabila kendalikan anak orang lain.

Entahlah.... Saya harap saya dapat kendalikan kanak-kanak prasekolah ini dengan baik bila tiba saatnya nanti. "Sit and actions outside the boxes" Kata-kata yang dinyatakan En. Jaul Anak Bunyau dalam ceramahnya MENGGILAP PERMATA DI BELENTARA: PENGALAMAN DI SK ULU LUBAI LIMBANG. Yess... I Can.

Tuesday, July 17, 2012

Sahabat Itu Anugerah

sumber: google
Mempunyai seorang sahabat merupakan sebuah anugerah bagi kita kerana sahabat akan selalu ada mendampingi kita tidak hanya pada saat kita bahagia namun seorang sahabat akan tetap setia mendampingi kita disaat kita sedang terjatuh atau bahkan dalam situasi yang teruk sekalipun.

Berikut ini adalah beberapa kata mutiara persahabatan yang menggambarkan betapa berharganya seorang sahabat bagi kita :

"Sebaik-baik harta yang kita miliki adalah yang memberikan manfaat. Sebaik-baik sahabat adalah yang memberi nasihat"

"Sahabat yang baik adalah orang yang sangat kita percayai dan membuat kita tenang bersamanya. Dia menjadi tempat bercerita, berkongsi kesedihan dan tidak pernah menjaja rahsia diri kita"

"Seorang teman sejati akan membuat kita gembira dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat kita dalam doa-doanya"

"Tiada yang lebih indah daripada kasih seorang sahabat, sahabat menaruh kasih di setiap waktu selalu ada dalam setiap kesukaran"

"Kau tidak memerlukan banyak sekali teman melainkan hanya beberapa yang terbaik saja"

"Persahabatan sulit dijelaskan dan tidak pernah dipelajari di sekolah. Namun, jika seseorang tidak berusaha mempelajari makna persahabatan, dia tidak dapat mempelajari apa-apa"

Sahabat

Entahlah... Kenapa pula kali ini saya terfikir untuk menulis pasal persahabatan. Adakah kerana hati dan mood saya ketika ini turut dipengaruhi erti sahabat itu sendiri? Atau saya sendiri sangat rindu terhadap sahabat yang betul-betul faham diri ini? Sukar rasanya hendak diungkapkan. 

Rasanya, seumur hidup ini saya hanya ada beberapa orang sahabat. Pertama, semasa saya masih belajar di sekolah menengah. Mathew Menggu namanya. Ketika itu saya dan rakan akan berkongsi semua benda. Semua benda! Hidup di asrama cukup mudah dengan adanya sahabat ini. Apa sahaja kami buat berdua. Hahahaha...lucu pula rasanya bila teringat. Saya tak makan ke dewan dia pun tidak. Pendek kata semualah berkongsi. Tapi jangan pula salah anggap nope semualah. Takkan kongsi benda yang tak boleh dikongsi...kan. Lu fikirlah sendiri.
Erti Sahabat
Kedua, masa saya di Tingkatan 6. Ada seorang sahabat. Rano Saba namanya. Saya ketua pengawas. Dia penolong saya. Menjaga asrama Tingkatan 1. Macam-macam juga cerita lucu diantara kami. 

Ketiga, masa di Universiti. Ada dua orang sahabat sebenarnya. Seorang berasal dari Kapit. Seorang berasal dari Skrang, Betong. Semua benda juga kami buat bersama. Buat assignment bersama. Menasihati diantara satu sama lain kalau dilihat melakukan kerja yang salah. Perrhhhh..rindu pada kamu berdua Anselm Emang dan Dick Lembang Dugun. Tapi sekarang masing-masing membawa hal sendiri mengikut periuk nasi. 

Yang ke-4, selepas tamat zaman belajar. Zaman bekerja pula mengambil alih. Di zaman ini saya dipertemukan dengan seorang rakan di sebuah sekolah menengah (SMK Balai Ringin). Cikgu Christie Minggu @ Igat atau saya gelarkan dia Wan = Tuan. Dari scene bejabat tangan dan berkenalan membawa kami berkongsi flat. Kemudian saya dibawa balik ke rumah parent dia. Sejak itu hubungan baik saya dengan parents dia bermula sehingga saya di anggap sebagai anak. Saya mula selesa dengan keluarga ini. Hubungan kami rapat. Saya anggap dia sebagai adik walaupun dia dah ada anak 3 berbanding saya yang belum ada. Sebabnye saya lahir 30 Mac dan dia lahir pada 5 Jun... Dan hubungan persahabatan ini telah kami lalui bersama dengan pelbagai mood. Ada kala terasa, adakala gembira, adakala rindu, adakala terlupa / tersisih, bermacam-macam ceritera. 

Hahahaha....tak ramai kan sahabat saya. Kalau diconggak dengan jari hanya beberapa orang je. Hanya 5 orang. Yang lain tu saya lebih selesa menggelarkan kalian sebagai kawan. Sori kawan-kawan kalau terbaca blog ini. Bukannye apa...sebab kalian hanya sekejap-sekejap kemudian lost contacs. 

Saya sendiri mengharapkan, agar semua sahabat saya gembira dan berjaya walau dimana kalian berada. Saya sayang kalian. Sayang sangat-sangat....<3 U all


Monday, July 16, 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Hala Tuju
Falsafah Pendidikan Guru
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."

Friday, July 13, 2012

Keputusan Permohonan Ke IPTA 12/13 Bagi Lepasan STPM Diumumkan Pada 13 Julai (Jumaat)




KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 
(STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini.

Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian 
Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak 
keputusan permohonan mulai jam 12 tengah hari. 

"Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu
 laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi 
khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. 

Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau 
di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan 
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Menurut laman sesawang KPT, keputusan kemasukan permohonan akan 
dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai tetapi tiada sebarang tarikh dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa 
menafikan berlakunya kelewatan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA. 

"Keputusan bukan lambat. Memang 13 Julai telah ditetapkan. Keputusan belum 
boleh disemak, belum dimasukkan ke dalam sistem. Pemilihan akhir oleh universiti 
sedang berlangsung," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. - Bernama

Sumber:
1. https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/index.php  
 2. http://www.pengajar.info/2012/07/keputusan-permohonan-ke-ipta-201213.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+tuntutlahIlmuHinggaKeLiangLahad+%28%22Tuntutlah+ilmu+hingga+ke+liang+lahad%22%29

Will Yau Marry Me??

Is It Ok Like This???
Will You Marry Me?? 
Sudikah anda berkahwin dengan saya??
Sudikah anda menjadi suri hidup saya??
Sudikah awak menjadi teman hidup saya sepanjang hayat??

Hahahaaa... Sejak 9 Julai yang lalu rasanya baru hari ini saya berkesempatan untuk menulis lagi. Bukannya apa. Bukan malas. Bukan juga tiada masa. Tapi idea untuk menulis bukannya senang-senang saja datang. Mesti ada persoalan pokok yang mengujakan baru perasaan untuk menulis itu datang. 

Kali ini saya ingin menulis berkenaan dengan perkahwinan. Menarik jugakan... Hanya orang yang berkenaan sahaja yang faham dengan perasaan orang yang ingin berkahwin. Mesti hati berbunga-bunga. Dalam hati dihiasi sebuah taman agaknya. 

Beginilah, sebentar tadi saya baru terbaca comment rakan-rakan di FB seorang rakan. Selama ini diam. Tiba-tiba membuat kejutan. Membuat sesuatu yang diluar jangkaan. Hahahaha.... nak kahwin. !! Aku ni pula bilalah agaknya?? Belum sampai serulah agaknya...

Sweetkan kalau orang yang kita nak itu betul-betul menjadi hak kita sepanjang hayat. Tiada halangan, hidup bahagia dan ceria selalu. Itu impian semua orang agaknya. Semua orang nak yang indah-indahkan dalam bahtera rumah tangga yang dibina. Saya harap bila tiba masa nanti semua orang akan merasa keindahan rumah tangga itu... <3 <3

Monday, July 9, 2012

Benih Harapan

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.
A.Samad Said
Benih Harapan
1973

Yang Mana Satu??
Antara kata dan puisi yang diilhamkan oleh seorang insan seni yang saya sangat suka hasil tulisannya. Betul juga ungkapan A. Samad Said ini. Biap apa pun yang berlaku setiap apa yang benar tetap akan diketahu kebenarannya. Setiap apa yang baik akan diketahui juga kebaikannya. Setiap apa yang murni itu tetap akan dikenang jua. Bak kata pepatah "Hanya Jauhari Mengenal Manikam".

Dalam Masyarakat iban, ungkapan ini mempunyai persamaan dengan ungkapan "Dibungkus pan nuan abu, Tekebus meh abus, Dilalai ke nuan buah rian, Temu meh bau" atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai "Dibungkus pun abu arang, Terbang juga ditiup angin, Disembunyikan Buah Durian, Diketahui juga baunya".

Susah juga rasanya, kalau setiap orang daripada kita tiada usaha untuk menentukan ke mana halatuju sendiri. Harapan tiada di hati. Harapan tiada di jiwa. Ibarat menembak tanpa sasaran juga gayanya. Oleh itu bajalah harapan itu biar tumbuh dan mekar menjadi pepohonan rimbun memayung setiap orang di sekeliling kita.

Saturday, July 7, 2012

Rindu

Rindu bertandang lagi kekasih....

Hahahaha... hari ini perasaan dalaman ini sukar untuk diramalkan. Tidak menentu. Apa yang paling jelas saya rindu orang-orang penting dalam hidup ini. Kerinduan ini tidak dapat di bendung. Sukar sangat... Entahlah.!

Sumber Inspirasi
Rasanya, si gadis cilik ini merupakan kenapa perasaan ini memmbuak-buak. 10 hari lagi gadis cilik ini akan genap 2 bulan. Tapi tak apa kan... Tenangllah wahai hati. 4 minggu lagi kita akan berjumpa wahai puteri cilik...

Hendak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa si dahan pauh,
Hendak tidur, tidurlah mata,
Jangan mengenang orang yang jauh.



Tuesday, July 3, 2012

Malam

Malam...
Tika kau menjelma,
Aku masih di sini,
Mematung diri,
Memikir kapan lagi,
Boleh aku menghimpun kekuatan hakiki.

Malam...
Kau selimuti aku dengan gelapmu,
Kau buaikan aku dengan nyaman sepimu,
Kau alaskan aku dengan indahnya suasanamu.

Malam...
Kau hadiahkan aku bintang berkerdipan,
Kau sinari aku dengan bulan kekuningan,

Malam...
Indahnya tika kau hadir dalam hidup ini,

Malam...
Hadirmu seketika cuma,

Malam...
Hadirkanlah aku ke dalam mimpinya,
Biar dia tahu aku sayang,
Biar dia tahu aku cinta,
Biar dia tahu aku rindu,

Malam...
Kau terbangkan pesanku ini...
Khabarkan padanya....
AKU CINTA PADANYA....

First Time We Meet

Someone give me this quote





















Hahahaaa... macam-macam cara kita meluahkan apa yang terbuku di hatikan.?? Betul juga. Saya sendiri tidak terfikir betapa pertemuan yang tidak disengajakan telah menjadi suatu yang sangat penting dalam hidup ini. Hanya sekadar menawarkan pertolongan kecil sahaja ketika itu. Hingga sekarang pertolongan itu menjadi ingatan. Masakkan tidak, pertolongan itu telah bertukar menjadi suatu yang melucukan.

Begini sebaenarnya, masa itu aku dan seorang rakan telah mengikut kursus kejurulatihan PLKN untuk Program Intagrasi. Seorang peserta tersebut minta tolong untuk membetulkan tv yang tidak boleh dihidupkan. Saya bawa sekali remote dari bilik hotel saya dan cuba membantu setakat yang mampu. tapi tetap tak dapat di on kan....rupa-rupanya mereka telah setkan masa untuk tv itu boleh di on semula. Itulah alkisahnya...Macam-macam cara Tuhan mempertemukan kita.

Tak sangkan kan...!!! Anyway, Thanks God because You send me this person.!!

Monday, July 2, 2012

Spain Mengganas Italy Longlai

KEPUTUSAN FINALE EURO 2012

FULL TIME
Spain Vs Italy
4 - 0
Kamilah Juara
David Silva 14'
Penjaring Aksi Finale
Fernando Torres 84' 
(Penjaring terbanyak Kejohanan)











Jordi Alba 41'

Juan Mata 88'











Finale EURO 2012 antara 2 pasukan yang saya minat amat saya nantikan. Semalaman berjaga akhirnya saya dapat rasakan sedikit terkilan di dada. Pasukan Italy yang saya lihat garang pada separuh akhir dengan menewaskan Jerman seakan-akan hilang taring pada aksi finale.

Sedari awal saya menjangkakan bahawa Italy mampu menangkis serangan Spain yang saya kira cukup lengkap dari semua sudut. Dari depender hinggalah ke penyerang, semuanya lengkap. Pemain yang disenaraikan sebagai pemain gantian juga bukan calang-calang. Buktinya Juan Mata dan Torres yang diturunkan sebagai pemain gantian mampu menyumbangkan gol.

Manakala pasukan Azzuri yang saya kira akan mampu menjinakkan Spain kelihatan longlai dan hilang punca. Penyudah yang tumpul seakan-akan membayangkan yang Azzuri tidak mampu mencabar pasukan Spain sedari awal. Balotelli kelihatan hilang sentuhan berbisanya. Kemudian kecederaan yang melanda Thioga telah memaksa Italy bermain 10 pemain turut menunjukkan piala EURO 2012 bukan milik mereka... 

Akhirnya, Spain mengesahkan bahawa merekalah Raja Bola Sepak Dunia dan berada di ranking pertama dunia....Dalam tempoh 4 tahun sejak 2008 Spain telah menjulang 3 kemenangan penting. Bermula dengan Juara EURO 2008, Juara Wolrd Cup 2010 dan Juara EURO 2012....Marvellous JOBS