Kenapa? Kenapa saya sudah sangat lama tidak update blog ini? Banyak persoalan yang bermain di minda sebenarnya. Setelah sekian lama saya menyepikan diri. Senang cerita seakan melupakan kewujudan blog ini. Tetapi sebenarnya tidak sama sekali. Prinsip saya satu dan mudah. Pantang berundur kala sudah mara.!!! Mean, sekali saya telah bermula dan tidak akan berakhir jika tiada alasan kukuh yang menyebabkannya tergendala or lenyap. Itu adalah SAYA!!
Sebenarnya begini. Hasrat untuk sentiasa mengUpdate blog ini sentiasa ada tetapi saya batalkan. Senang cerita saya pendamkan buat seketika. Tahun 2011 berlalu dengan keadaan huru-hara dalam kamus hidup saya. Berlari ke sana berkejaran ke situ, sekejap ke sini...arrhhhhggg penat betul melalui perjalanan hidup yang berliku. Tapi itulah yang mengajar saya tentang erti kesabaran dan keikhlasan menikmati hidup seperti yang Tuhan telah rencanakan.
Awal tahun 2011 saya tercari-cari apa azam saya tahun ini. Tapi..kosong. Saya tidak nampak dimana harus saya bermula. Keliru! Pusing! Pening! bercampur gaul. Bulan pertama berlalu tanpa apa-apa perkembangan yang boleh dibanggakan. Kemudian pada bulan kedua (Februari 2011) perjalanan berliku saya bermula sehinggalah bulan kelima (Mei 2011). Selepas itu saya kembali berkejaran ke sana sini mencari arah. Ada yang boleh dijadikan landasan untuk berteduh barang seketika sementara menanti gelombang berhenti menghempas pantai. Tapi tidak lama.
Kemudian saya berkelana lagi sehinggalah pada bulan September 2011 barulah saya dapat rasakan bahawa gelap yang menyelubungi selama ini kembali cerah. Bulan Oktober menjadi penentunya. Tetapi ibarat anjing menyalak bukit. Itu yang saya rasakan ketika itu. Pengharapan terus saya simpan dan pendam dalam diri. Sehingga Disember 2011. Ketika itu saya rasakan bahawa saya akan meninggalkan bidang yang amat saya cintai iaitu "PROFESION PERGURUAN" buat selama-lamanya. Ini kerana semua rakan saya diterima masuk atau ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPG. Tapi tidak saya.
Kecewa usah disebut. Tapi saya sering ungkapkan pada diri. Usah cepat kecewa. Mungkin Tuhan ada rencana lain untuk saya. Saya cuba untuk tersenyum seperti tiada duri yang sedang merobek-roek hati. Berlagak biasa. Awal Januari 2012 iaitu 7 Januari 2012 saya dikejutkan satu SMS yang mengandungi pelbagai rencah perasa didalamnya. Sukar untuk saya gambarkan.
"Ya Tuhan, Kasih itu sabar....mungkin inilah nikmat kesabaran yang sering ibu sebut dan diulang-ulang jika aku mengeluh. Terima kasih Tuhan."
Aku diterima masuk atau ditawarkan melanjutkan pelajaran ke IPG Kampus Tun Abdul Razak. Melapor pada 11 Januari 2012. Ya ampun...saya cuma ada 2 hari untuk mempersiapkan diri. Saya tak kisah. Siap semua urusan saya terus bertolak ke kuching pada 10 Januari 2012. Semasa dalam perjalanan itu sempat juga saya berazam. Tidak seperti tahun 2011 yang berlalu tanpa azam yang tersemat di hati. Tahun ini saya mahu menjadi seorang Guru Pelatih yang berjaya dan menjadi contoh.....Detak hati saya. Amen.