Monday, July 23, 2012

Pengaruh Persekitaran Fizikal Terhadap Tingkah Laku Kanak-Kanak di Prasekolah

Entry kali ini lebih menjurus kepada bidang prasekolah. Kenapa? Bagi saya entry ini antara entry yang penting pernah saya tulis di blog ini. Semua sedia maklum bahawa kanak-kanak suka kepada apa sahaja benda yang menarik, berwarna-warni dan boleh dijadikan tempat / alat untuk bermain. 

Oleh itu, untuk memberikan impak yang positif kepada kanak-kanak untuk merasa seronok di sekolah / prasekolah ialah menyediakan kawasan yang KONDUSIF. Maknanya ialah mempunyai keselamatan, keceriaan, kebersihan, kesihatan dan keselesaan. Jika kesemua aspek ini dipenuhi tidak mustahil kanak-kanak prasekolah akan seronok untuk datang ke sekolah. Suka saya meminjam kata-kata En Jaul Anak Bunyau (Guru Besar Cemerlang, SK Ulu Lubai, Limbang) yang berbunyi "buatlah sekolah kita menyebabkan kanak-kanak / murid-murid berlari ke sekolah dan berjalan apabila waktu balik tiba". Maksudnya, kanak-kanak / murid-murid lebih suka berada di sekolah daripada berada atau menghabiskan masa di rumah.

No comments:

Post a Comment