Friday, July 13, 2012

Keputusan Permohonan Ke IPTA 12/13 Bagi Lepasan STPM Diumumkan Pada 13 Julai (Jumaat)




KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 
(STPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2012/2013 akan diumumkan Jumaat ini.

Pemangku Pengarah Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Kementerian Pengajian 
Tinggi (KPT), Ismail Nor Hassan Basri berkata calon yang memohon boleh menyemak 
keputusan permohonan mulai jam 12 tengah hari. 

"Pemohon boleh menyemak permohonan mereka menerusi tiga saluran utama iaitu
 laman sesawang KPT; talian bantuan (Helpline), talian hotline; dan menerusi 
khidmat pesanan ringkas (SMS)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi. 

Calon boleh menyemak menerusi laman web http:upu.mohe.gov.my atau 
di talian hotline 03-8870 6767, Helpline 03-8870 6777 dan 
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Menurut laman sesawang KPT, keputusan kemasukan permohonan akan 
dikeluarkan pada minggu kedua bulan Julai tetapi tiada sebarang tarikh dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa 
menafikan berlakunya kelewatan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA. 

"Keputusan bukan lambat. Memang 13 Julai telah ditetapkan. Keputusan belum 
boleh disemak, belum dimasukkan ke dalam sistem. Pemilihan akhir oleh universiti 
sedang berlangsung," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. - Bernama

Sumber:
1. https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan/index.php  
 2. http://www.pengajar.info/2012/07/keputusan-permohonan-ke-ipta-201213.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+tuntutlahIlmuHinggaKeLiangLahad+%28%22Tuntutlah+ilmu+hingga+ke+liang+lahad%22%29

No comments:

Post a Comment