Friday, June 29, 2012

Spain Vs Italy Finale EURO 2012

Pasukan manakah yang bakal merebut gelaran juara kejohanan Edisi 2012 ini? Saya sendiri secara jujur sukar untuk membuat ramalan. Kedua-dua pasukan ini merupakan pasukan yang saya ikuti perkembangan dari peringkat awal. Begitu juga dengan Skuad Portugal. Tetapi inilah dua pasukan Eropah yang saya kira terbaik dan layak ke peringkat akhir / finale. 

Kalau dari segi pasukan dan pemain, Spain adalah pasukan yang saya kira cukup lengkap. Begitu juga dengan sejarah kemenangan yang telah mereka perolehi sepanjang tempoh 4 tahun ini dengan kemenangan World Cup 2010 dan EURO 2008. Ini juga bagi saya sedikit sebanyak akan menaikan semangat Spain untuk mencipta sejarah.

Walaupun begitu, Azzuri tidak boleh dipandang enteng. Pasukan ini mempunyai aura kekentalan yang saya kira jarang ada pada pasukan lain bagi kejohanan EURO 2012 selain Greece. 

Kedua-dua pasukan ini boleh melakukan apa sahaja kejutan....

No comments:

Post a Comment