Thursday, June 28, 2012

SPAIN MARA KE FINALE EURO 2012



KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR EURO 2012

FULL TIME
Spain Vs Portugal
0 - 0

SEPAKAN PENALTI
4 - 2

***Spain mara ke Peringkat Akhir dengan aggregate 4 - 2


Fabregas yang masuk mengantikan Negredo pada minit ke-54 membuktikan Spain lebih layak beraksi di pentas final Euro 2012 apabila tendangan penaltinya membolehkan Sepanyol menewaskan Portugal 4-2 dalam penentuan sepakan penalti setelah aksi 120 minit perlawanan terikat seri 0-0

Separuh masa pertama memperlihatkan Sepanyol dan Portugal saling membalas serangan, peluang terbaik Spain untuk di depan menerusi rembatan Iniesta pada minit ke -29 sedikit melewati tiang gol. Begitu juga Portugal sepakan rendah Cristiano Ronaldo di minit ke 31 sedikit tersasar di sebelah kiri tiang gol yang dikawal oleh Casillas
Spain meraikan kemenangan
Pada separuh masa kedua corak permainan kedua pasukan menjadi lebih agresif, mungkin tiba masanya untuk melakukan sesuatu.Hasilnya jentera serangan Sepanyol banyak melakukan serangan, tetapi penyudah yang kurang berkesan membantutkan peluang untuk mendapatkan gol.

Perlawanan berlarutan hingga ke masa tambahan,dalam waktu tersebut kedua pasukan saling buntu mencari gol meskipun melakukan percubaan tetapi masih tidak menepati sasaran.

Pastinya kekalahan Portugal menerusi sepakan penalti memberi impak yang mendalam kepada Cristiano Ronaldo, di mana Portugal telah tewas sebelum beliau dapat melakukan tendangan penalti
Dengan kemenangan ini,Spain mara ke final Euro 2012 bertemu Germany ataupun Italy.

No comments:

Post a Comment