Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru | Happy teachers Day


Hari ini 16 Mei, merupakan antara tarikh penting dalam dunia pendidikan. Pada tarikh in setiap tahun merupakan sambutan dan meraikan Guru/Cikgu/Teacher atau pendidik. Jasa mereka dikenang dan diraikan. Anak-anak murid memberikan ucapan dan mengingati jasa guru dengan pelbagai cara. Ada yang hanya memberikan ucapan, ada yang memberikan hadiah, ada yang memberikan kad ucapan dan pelbagai lagi. Apa yang paling penting tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat bagi semua isi dunia pendidikan.


TERIMA KASIH CIKGU!!! Ungkapan yang sukar untuk dimengerti oleh isi dunia lain. Hanya cikgu yang tahu betapa ungkapan ini bagai air menyiram padang pasir. Nikmatnya terasa dan kebanggaan jelas terpancar oleh setiap guru/cikgu. Tiada lain yang diminta / diharap oleh seorang guru. Cukuplah sekadar anak-anak murid mengingati dan menghargai segala jasa & pengorbanan yang dicurahkan. 

Dengan kesempatan ini, suka saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang pernah mengajar dan mencurahkan ilmu kepada saya sejak sekolah rendah (SK KPG IRAN, SUAI), sekolah menengah (SMK SUBIS & SMK LUAR BANDAR MIRI) di universiti (UNIMAS) dan IPGKTAR. Terima kasih semua. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya!!!

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan guru yang sama-sama mengajar di SMK BALAI RINGIN, SERIAN, SMK ULU BALINGIAN, SELANGAU & SMK JULAU. Teruskan perjuangan suci ini. Tahniah & syabas kerana pengorbanan kalian merupakan sebahagian dari cerita & inspirasi kepada diri saya sendiri. 

No comments:

Post a Comment