Friday, May 10, 2013

Bina Insan Guru Siri 3, Kem Alapong

Puji Tuhan... berakhir sudah Bina Insan Guru (BIG) Siri 3 di Kem Alapong Lundu semalam (9/5/2013). Banyak aktiviti dan pengajaran yang diperolehi. Sesetengah aktiviti sangat mengujakan dan menyeronokkan. Aktiviti KEMBARA ALAM (memasak & orentaring) & KEMBARA LAUTAN (berkayak & Water confident). 

Dengan kekuatan seramai 63 orang peserta kami berjaya menempuh segala rintangan dengan jayanya. Semangat kekitaan dan kerjasama sangat jelas berjaya diterap serta dipupuk. Syukur kepada Tuhan!!!

Harapan saya untuk kesemua 63 orang peserta ini adalah agar menjadi guru yang benar-benar guru. Bukan sekadar menunggu gaji hujung bulan. 

"Seorang jurutera takkan mampu melahirkan seorang lagi jurutera, Seorang doktor takkan dapat melahirkan seorang lagi doktor, Tetapi seorang GURU mampu melahirkan beratus, beribu dan mungkin beribu orang guru".

No comments:

Post a Comment