Tuesday, January 1, 2013

01.01.2013

Hari pertama bagi tahun 2013. Seawal 630 pagi sudah bangun. Kepala masih terasa berat kerana sedikit lewat tidur semalam. Al-maklumlah mood meraikan kedatangan tahun baharu 2013. Jam 3 pagi tidur. Tepat jam 700 pagi bertolak untuk kembali ke Kuching. 

Perjalanan Oh Perjalanan!~!! Banyak perkara muncul di kepala. Segala macam, bentuk dan rupa percaturan dirangka dan dilakar di kepala dan hati. Impian dan azam tahun ini sudah begitu jelas bagi diri ini. Tinggal usaha dan tekad sahaja yang perlu ditambah sebagai perasa kepada semangkuk sup itu!!! Heheheehee...

Tergambar juga gelagat anak buah sebagai murid sekolah rendah pada hari pertama pada hari ini. Bagaimana agaknya reaksi dia ditinggalkan mak dan ayah, datuk dan nenek di asrama. Oh Cassendra Carrie Frankee, moga hati dirimu terang untuk menerima ilmu yang dicurahkan oleh guru mu!!

Lagi satu, saya pasti mak Cassendra Carrie Frankee iaitu Alice (adik saya) mengalirkan airmata. Teringat ketika beliau menghantar dan meninggalkan Cassendra di prasekolah tahun lepas di SK Batu 18 Bintulu. 

Cecelia Annie Akat juga kian meningkat dewasa. Tahun ini masuk ke darjah empat. Adik yang sangat bijak. Tahu apa yang dia buat dan mahu. Suka bercakap dan belajar sendirian. Andai mahukan sesuatu, jarang sekali membentak. Tapi akan berdiam sahaja. (Hehehehe...sama agaknya dengan perangai diri saya masa kecil-kecil dahulu).

Janji untuk tahun ini diantara saya, bapa & emak kepada Cecelia Annie Akat, kalau peperiksaan akhir tahun mendapat tempat pertama LAPTOP akan menjadi ganjaran. Tahun 2012 beliau hanya mendapat tempat ke-2 sahaja. 

# Moga perancangan dan percaturan menjadi kenyataan untuk tahun 2013. Amean. 

No comments:

Post a Comment