Thursday, August 23, 2012

Mengenal Huruf Besar dan Huruf Kecil Untuk Kanak-Kanak Prasekolah

Kanak-kanak prasekolah seperti yang semua sedia maklum merupakan kanak-kanak yang berumur diantara 4 tahun hingga 6 tahun. Tetapi, majoritinya ialah kanak-kanak prasekolah adalah berumur diantara 5 tahun dan 6 tahun. 

Pendidikan kanak-kanak di prasekolah adalah sesuatu yang sukar untuk dijangkakan. Ini kerana secara lumrahnya, kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza dan unik. Ekoran itu, sistem mengajar kanak-kanak di prasekolah haruslah mengikut kebolehcapaian atau kebolehmampuan kanak-kanak tersebut. Kadang-kadang kanak-kanak prasekolah yang lebih muda umurnya lebih cepat belajar dari kanak-kanak berumur 6 tahun. Ada juga kanak-kanak yang memerlukan tempoh hanya satu tahun untuk menguasai 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul). Dan sebaliknya pula kanak-kanak yang jenis lambat, tempoh 2 tahun mengikut kelas prasekolah pun belum tentu cukup untuk menguasai kemahiran 4M tersebut. 

Apa yang paling jelas ialah, kanak-kanak di prasekolah boleh menguasai kemahiran 4M ini dengan teknik latih tubi dan hafalan. Setelah mereka menghafal (tanpa mengenal huruf dan nombor tersebut), baru mereka akan belajar mengeja dan membaca (mencantumkan KV + KV atau KV + KVK).

No comments:

Post a Comment