Tuesday, April 9, 2013

Melissa Francis memenangi Kategori Artis Wanita Stailo ABPBH 2012

ABPBH 2012 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil (7 April 2013) cukup memberi kejutan dan impak kepada dunia hiburan tempatan khususnya lagu dan artis Iban.

Melissa Francis bersama piala kemenangan
Foto: Credit to FB Melissa Francis
Melissa Francis yang cukup dikenali di Bumi Kenyalang dengan lagu Mutus Ati, Beserara Enggau Aimata, Baya Pantai dan banyak lagi berjaya menewaskan beberapa nama besar seperti Lisa Surihani, Yana Shamsudin, Nora Danish dan Stacy. 

Artis Wanita Stailo
1. Lisa Surihani
2. Yana Shamsudin
3. Melissa Francis ( PEMENANG )
4. Nora Danish
5. Stacy



Secara peribadi, kejayaan Melissa Francis (merupakan artis Iban / Dayak) pertama menang di anugerah berprestij ini boleh dijadikan satu panduan dan penanda aras untuk artis iban / dayak yang lain. Usaha dan bekerja keras pasti akan memberikan tuaian yang memuaskan.
Melissa Francis Artis Wanita Stailo ABPBH 2012
Foto: Credit to FB Melissa Francis
Tahniah Melissa Francis!!! Semoga selepas ini akan melahirkan dan menghasilkan karya-karya yang lebih bermutu dan diterima oleh semua orang. 


4 comments: